Pages

Solat Time

Tuesday, December 30, 2008

Selamat Tahun Baru 1430H dan 2009M

Assalamualaikum..

Semoga panjang umur, diberkati dan murah rezeki buat kawan-kawan. Selamat Menyambut Tahun Baru aku ucapkan buat kalian.

Apa azam kawan-kawan tahun ni? Azam aku, nak jadi insan yang lebih bertaqwa, berilmu dan mengurangkan kelalaian dalam hidup. Harap-harap dapatlah tambah ahli keluarga. Hehehehe..

Tahun baru, azam pun baru. Azam lama dah dibakulsampahkan sama ada kita dah capai apa yang kita azamkan ataupun tidak. Apa-apa pun, selamat berhijrah daripada baik kepada yang lebih baik. Mudah-mudahan jadi yang terbaik. 

Buat guru-guru, selamat bersiap-sedia untuk sesi persekolahan yang baru. Buat yang bukan di dalam bidang perguruan, selamat dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab anda sebagai pekerja dan taukey.

Buat ibu-bapa yang anak-anaknya bersekolah, selamat berbelanja dan pening kepala dengan kerenah anak-anak yang nakkan baju, seluar, kain, tudung dan peralatan sekolah yang baru. Tu belum kira yuran sana-sini yang perlu dijelaskan. Moga kalian tabah dengan dugaan hidup.

Tahun depan katanya (siapa yang berkata, akupun tak tahu) ekonomi akan terus merosot. Sama-samalah kita bersiap-sedia dengan badai taufan kegawatan yang sedang dan bakal kita hadapi. Semoga Allah Azza wa Jalla melindungi kita semua dan memberikan ketabahan serta kecekalan buat kita.

Selamat Menyambut Maal Hijrah!

Monday, December 22, 2008

Musim demam chikungunya dan hujan

Assalamualaikum..

Perihal demam chikungunya menyerang Malaysia. Aku rasa tahun lepas takdak pun perkataan Chikungunya dalam hidup rakyat Malaysia. Ni apa yang aku rasa la. Sebab sejak dua-tiga bulan ni yang kerap sangat perkataan chikungunya ni timbul sampai ada di kalangan sahabat kita yang terkena demam ni. Punya popular penyakit ni. 
Aedes Aegypti
Demam ni mula dilaporkan ada di Malaysia pada tahun 1999 lagi. Cumakan, masa tu ramai yang taktau. Penyakit ni dibawa oleh nyamuk Aedes jenis Aegypti. Nyamuk aedes ni ada dua tiga jenis seperti Aedes Albopictus dan lain-lain. Jangan taktau.

Antara simptom penyakit Chikungunya termasuk demam yang mencecah 39 darjah Celcius, keradangan biasanya digambarkan sebagai petekia atau makulopapular biasanya membabitkan kaki, tangan dan badan, dan artralgia atau artritis menyerang pelbagai sendi yang boleh melumpuhkan sekiranya teruk. Terdapat juga sakit kepala, jangkitan conjunktiva, serta sedikit fotopfobia.

Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi. Ujian serologi untuk Chikungunya terdapat di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

Tidak terdapat sebarang rawatan khusus bagai Demam Chikungunya. Penyakit ini biasanya terhad diri dan akan sembuh sendiri. Rawatan gejala dicadangkan selepas mengenepikan penyakit yang lebih merbahaya lain.

Demikian la info ringkas tentang sakit demam Chikungunya ni. Nak lebih, masuk wikipedia atau cari dalam mana-maan jurnal perubatan yang sedia ada.

Oleh yang demikian, aku menyeru kepada kawan-kawan supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati setiap masa kerana sekarang ni musim hujan dan nyamuk banyak.

Semoga Allah Taala pelihara kita semua, amin..

Monday, December 15, 2008

Syafaakumullah..

Assalamualaikum..

Musim hujan begini ramai yang jatuh sakit. Ada yang sakit demam, selsema dan macam-macam. Aku berdoa semoga kita semua dilindungi InayahNya dan mendapat keberkatan serta sihat tubuh badan untuk menerus dan memperbanyakkan lagi ibadah seharian kita.

2-3  hari lepas, anakku yang si Nadia, selsema. Alhamdulillah, setelah ikhtiar dengan pergi berjumpa doktor, semuanya kembali seperti normal. Maha Suci Allah yang mendatangkan sakit, dan Dialah jua yang menghilangkannya. Ubat dan lain-lain adalah ikhtiar kita semua. 

Sakit itu datang dalam pelbagai bentuk. Ada yang sebagai bala dan peringatan. Ada juga yang datang sebagai kaffarah, penebus dosa kita. Sesungguhnya Allah itu Maha Hebat. Dia mencipta sakit dan penyakit, dan Dia juga mencipta penyembuh untuk setiap kesakitan yang ditanggung hambaNya. 

Andaikata sakit itu tiada dalam kamus kehidupan manusia, kita akan menjadi lalai, bongkak dan takabbur serta tidak mengambil endah peri keperluan untuk menjaga kesihatan. Tidak akan ada manusia yang menghargai erti sebuah kehidupan yang sihat. 

Ingatlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara:
1. Muda sebelum tua.
2. Lapang sebelum sempit.
3. Sihat sebelum sakit.
4. Kaya sebelum miskin.
5. Hidup sebelum mati.

Semoga kita semua berlapang dada dengan ujian dan peringatan yang Allah SWT berikan kepada kita, kerna sesungguhnya itu tanda Dia Maha Menyayangi.


Thursday, December 11, 2008

Eidul Adha yang semakin sirna

Assalamualaikum..

Selamat kembali bekerja buat warga kerja yang tidak bercuti. Aku demam dan selsema ekoran hujan yang tak henti-henti mencurah di negeri Terengganu. 

Sememangnya hujan itu satu rahmat, tetapi apabila kadar air hujan itu menyebabkan berlakunya banjir (bah - kata orang utara), membawa penyakit, tnah runtuh dan sebagainya, ianya tidak lagi membawa rahmat, bahkan ianya dikira sebagai satu bala dan amaran dari Allah Azza wa Jalla.

Sepanjang perjalanan aku pulang ke kampung mertua di Rhu Renggeh dan Bukit Depu yang teletak di dalam daerah Kuala Terengganu, aku terpaksa meredah air yang melintasi jalanraya di beberapa tempat. Antara tempat-tempat yang ditenggelami banjir sepanjang perjalanan aku ialah: Jalan Kerteh-Paka, Jalan Paka-Dungun, Jalan Merchang dan beberapa jalan lain. 

Alhamdulillah, semasa perjalanan pulang, paras air di sungai-sungai utama di Terengganu surut hingga ke bawah paras berjaga-jaga. Namun, langkah berjga-jaga terus diambil oleh pihak berkuasa kerana jangkaan air pasang besar yang akan melanda pada 13-15 Disember ini. Sekiranya hujan turun mencurah-curah tidak berhenti, akan memburukkan lagi keadaan yang sedia parah. Apa-apa pun, aku doakan semoga mereka yang ditimpa musibah untuk terus cekal, sabar dan redha di atas ujian dari Allah SWT. 

Suasana berhari raya di negeri-negeri pantai timur agak meriah jika dibandingkan dengan negeri-negeri di sebelah pantai barat. Apa yang aku dapati sejak kebelakangan ini, sambutan hari raya Eidul Adha seolah-olah longlai dan tewas jika dibandingkan dengan Krismas. Umat Islam sendiri tidak lagi menyambut dengan meriah perayaan dalam agama Islam ini. Jika dibuat perbandingan, ternyata Eidul Adha adalah merupakan perayaan terbesar di dalam kalendar umat Islam. Malangnya, kita melihat bahawa suasana itu tidak wujud di kalangan Muslimin dan Muslimat di Malaysia dewasa ini.

Apakah tindakan kita seterusnya?

Monday, December 8, 2008

Eidul Adha

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EIDIL ADHA.
SEMOGA PENGORBANAN KITA SEMUA DITERIMA ALLAH AZZA WA JALLA.

Tuesday, December 2, 2008

Kambination Part VI

Assalamualaikum..

Terima kasih tidak terhingga buat kawan2 yang hadir pesta Kambination tempoh hari. Buat yang tidak hadir, memang hangpa rugi. Walau apapun, terima kasih di atas doa yang dikirim bersama angin lalu. Pesta berjalan dengan aman, tiada gangguan daripada pihak polis mahupun FRU serta makhluk halus. Mungkin Kambination itu merupakan yang terakhir sebelum abg Iz menamatkan zaman bujangnya.

Pesta berlangsung dengan suasana yang sederhana meriah. Disebabkan ramai dari luar kawasan yang tidak dapat hadir, maka topik perbincangan pun berlegar di kalangan warga Lembah Klang sahaja. 

Tiada maklumat dan berita sensasi yang boleh dikongsi bersama. Cumanya, Alhamdulillah kerana ramai di antara sahabat-sahabat kita walaupn di dalam zaman gawat ini, mereka boleh hidup dan meneruskan gaya hidup sedia ada dengan teratur dan stabil. Manakala buat mereka yang berniaga sendiri seperti aku, kesan kegawatan ekonomi sudah mula terasa. Stok-stok saham dan kaunter-kaunter utama ditutup rendah menyebabkan ruang untuk berbelanja semakin mengecil.

Di UK sekarang, bank-bank komersial sudah tidak memberikan pinjaman kepada mereka yang ingin membeli rumah. Sehinggakan tuan rumah membenarkan para pembeli yang ingin membeli premis dibolehkan membayar ansuran secara bulanan. Berita gembira buat mereka yang ingin membeli kereta terpakai dari UK, sekarang harga kereta terpakai sudah turun sehingga 50%. Bolehlah membeli buat sesiapa yang berwang (bukan beruang). Dalam erti kata lain; Dunia di luar sana semakin parah ekonominya.

Ini membuktikan bahawa kapitalisma bukanlah satu cara yang baik untuk kehidupan manusia.Kapitalisma adalah barah dan virus yang merosakkan muamalat dalam hidup kita. Ianya merupakan punca kepada kemiskinan di seluruh dunia. 

Dan kepada mereka yang ada duit lebih, bolehlah mula melabur di dalam emas. Memandangkan trend pasaran emas semakin naik, keuntungan untuk jangka masa pendek dan panjang boleh dibuat di dalam portfolio pelaburan seperti emas dan perak. 

Antara bentuk pelaburan emas yang terbaik buat masa sekarang ialah sama ada membeli barangan emas ataupun 'mint' iaitu syiling emas. Boleh di dapati di cawangan bank-bank tertentu sahaja. Antara bank-bank yang menawarkan perkhidmatan ini ialah Public Bank dan Maybank. Kalau kawan-kawan rasa susah untuk menyimpan emas di dalam bentuk fizikal memandangkan tiada peti besi ataupun kedekut nak buka peti simpanan di bank, kawan-kawan boleh juga membuka akaun emas iaitu GIA (Gold Investment Account) di Public Bank ataupun Maybank.

Selebihnya aku serahkan kepada pertimbangan kawan-kawan untuk melabur dan menjaga pelaburan yang sedia ada untuk menghadapi krisis kewangan global yang sedang melanda. Selamat mencuba.

p/s: Pesan Tok Guru Nik Aziz; "Berbelanja jangan sampai membazir, berjimat jangan sampai kedekut". 

Friday, November 28, 2008

Obituary

Assalamualaikum..

Buat semua warga Kom87, hari ni adalah hari yang menyedihkan buat kita semua kerana sdr kita Meor Saiful Hamdi telah kehilangan bapa kesayangannya; Meor Abd Malik yang pergi menyambut seruan Ilahi pada jam 7.30 pagi tadi.

Takziah kami ucapkan buat sdr Meor sekeluarga. Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh pakcik Meor Abd Malik dan memasukkan beliau ke dalam golongan yang diredhai. Al-fatihah.

Kita juga berharap agar seluruh keluarga Meor Saiful Hamdi agar sentiasa bersabar, redha dengan ketentuan Allah SWT. Setiap yang hidup pasti jua mati akhirnya. Tua pun gugur, muda pun gugur. Moga Allah memberikan kekuatan buat keluarga Meor Saiful.

Thursday, November 27, 2008

Meh kamben, meh...!

Assalamualaikum..

Buat sedara semua warga Kom87, adalah dengan ini, saya selaku moderator dan presiden Kom87 menjemput sedara warga sekalian untuk menghadiri majlis Makan Malam bersama Kamben yang dianjurkan bersama. Maklumat terperincinya seperti di bawah:

  • Tarikh: 29 November 2008
  • Tempat: rumahnya sdr Izanee, Taman Melawati, Selangor.
  • Masa: selepas solat Maghrib.
  • Tema: potluck (bawak la makanan apa patut untuk dijamah bersama).
Pohon dapat menghadirkan diri. Semoga dengan kehadiran tuan/puan ke majlis itu nanti akan memeriahkan lagi suasana yang sedia ceria ini. 

Berkata Abu Najwa: "Barangsiapa yang tidak menghadirkan dirinya ke suatu majlis di mana adanya kamben sebagai juadah istimewa, maka sesungguhnya mereka itu berada di dalam golongan orang-orang yang rugi".

Harap maklum.

Monday, November 24, 2008

Hujung minggu yang penuh debaran

Assalamualaikum..

Hujung minggu yang penuh aksi dan debaran. Mana tidaknya, semalam saja ada dua perkara yang di luar jangkaan aku berlaku. 

Yang pertama, berlaku kebakaran kecil selang 4 buah rumah dari rumah aku. Tengah asyik aku makan nasi tengahari, tiba-tiba siren kereta bomba berbunyi depan rumah aku. Aku ingatkan ada bomba datang melawat sanak-saudara sebab selang tiga pintu ada geng anak muda polis menyewa dan bila ada kawan-kawan polisnya yang datang, depa selalu pasang siren. Saja nak tunjuk power la kot. 

Tapi dalam kes bomba ni bukannya 'practical joke' atau CAS nak tunjuk power. Memang berlaku kebakaran sebab bila aku keluar tengok, ada kepulan asap. Nasib baik jiran aku yang duduk sebelah rumah yang terbakar tu ada. Sempatla dia ambik tindakan apa patut. Bila aku tanya pada abang bomba tu apa punca kebakaran, dia cakap thermos air. 

Buat kawan-kawan, berhati-hati dan selalu periksa air dalam thermos elektrik tu ada air ke tidak. Jangan main pasang je.

Lepas tu pulak, malam tadi di Dataran MPAJ sebelah rumah aku, sepatutnya ada perhimpunan raksasa sempena 'Ceramah Perdana Himpunan Mansuhkan ISA'. Antara yang dijangka memberikan ceramah ialah Mat Sabu, Anwar Ibrahim (tak mai pun mamat ni, sembang ja lebih) dan ramai lagi. Kecoh beb! Laungan 'Allahu Akbar' bersahut-sahutan. Pergh! Ramai orang beb! Polis dengan FRU pun ramai. Dah la Pandan Indah tu dah cukup ramai, mai pulak geng luar nak berhimpun, lagilah ramai. Hujan tak membantutkan semangat orangramai yang cintakan keadilan dan nak hapuskan ISA untuk berhimpun. Polis dan FRU ja yang berhimpun tak dapat pahala.

Menurut laporan daripada HarakahOnline, kira-kira tujuh orang petugas yang terdiri daripada Unit Amal PAS ditahan di Balai Polis Pandan Indah. Mereka ialah Ketua Pemuda PAS Wilayah;Kamaruzaman Mohamad, Mohd Sani Hamzan, Timbalan Pengarah Unit Amal (3); Saripuddin Mohd Yatim, Mohd Amir Ali Mohd Shah, Hafiz Zulkifli, dan Azman Abd Hamid termasuk Mat Sabu dan Salahudin Ayub. Dan dilaporkan bahawa mereka semua telah dibebaskan pada pukul 4.30pagi tadi.

Aku lepak depan rumah rumah sambil tengok budak-budak FRU beratur atas jalan depan rumah aku. Lepas tu ada la geng polis pangkat tinggi-tinggi mai lalu depan rumah aku. Tiba-tiba ada satu mamat polis ni, suruh aku masuk dalam rumah sambil gawang-gawang gari kat aku. Aku cakap: "Saya tengok dalam kawasan rumah, apa salah saya?" Dia mintak dengan elok suruh aku masuk rumah jugak. Aku cakap nanti aku masuklah. Aku cakap lagi: "Cik buatlah kerja cik, jangan dok ganggu ketenteraman awam. Saya tak kacau orang, tak kata sepatah pun kat orang lalu-lalang. Yang cik nak suruh saya masuk dalam rumah ni apa pasai?" Elok ja dia nak mai dekat aku, bos dia panggil. Memang cari pasai sungguh polis tu. Kalau tak, ada dua kemungkinan: sama ada dia insaf ataupun aku masuk balai sama. 

Pengalaman aku masuk balai kena jerkah atas sebab melawan polis bukannya takdak. Kerja lawan-lawan polis ni aku dah buat masa aku umur 17 tahun. Kalau setakat hang nak gawang gari dan maki-hamun/ugut aku, bukan nak cakap besaq la, InsyaAllah tak makan beb! Aku pernah dihantar ke sekolah oleh SB selama 3 hari berturut-turut sebab pak aku kena tahan dalam lokap. Kesnya, arwah pak aku dituduh nak pejatuhkan kerajaan BN dan buat kerja subversif. Muahaahahahaha!! Ptui! Bodohnya SB. Ada akai tapi takmau pakai. Perangai macam darai, baik lagi orang sakai.

Friday, November 14, 2008

Ahli baru

Assalamualaikum..

Berita terkini yang aku terima daripada sdr. Mart Jeni, kita dapat ahli baru dan diucapkan selamat datang ke dunia yang fana' ini. Tahniah buat sdr. Syamsul Rizal (betui ka ejaan nama dia ni) dan isteri kerana baru menimang cahayamata setelah 13 tahun mendirikan rumahtangga.

Menimang anak perempuan sendiri buat pertama kalinya yang dilahirkan seberat 2.29kg bersamaan tarikh 11.11.08, jam 11 malam. Huish! main nombor apa ni?Apa-apa pun, tahniah sekali lagi. Buat yang belum berjaya mendapat cahayamata, jangan putus asa. Teruskan usaha anda, insyaAllah Allah Taala makbulkan niat/hajat anda. Dan setelah bersungguh-sungguh berusaha, tawakkallah padaNya. 

Yang belum nikah/kawin, kena la nikah/kawin dulu. Nak anak boleh, sama ada anak orang lain, bukan anak manusia ataupun anak tekak. Dan ingatan buat kita semua, anak2 adalah tanggungjawab bersama di antara ibubapa, guru2, masyarakat dan kerajaan. Didiklah dengan didikan al-Quran dan Sunnah Rasul SAW. Nescaya kita tidak akan menyesal kelak.

Wednesday, November 12, 2008

Presiden Amerika dan ketuanan Melayu

Assalamualaikum..

Rahm Emanuel dan Barrack Obama

Meh crita pasai bakal (belum angkat sumpah lagi) Presiden Amerika; Barrack Obama. Nama penuhnya Barrack Hussein Obama II. Hussein? Ya! Hussein. Islam ka dia? Takde la. Dia tu beragama United Church of Christ. Pak si Barrack Obama ni namanya Barrack Obama, Sr yang dilahir dan dibesarkan sebagai seorang Muslim, tapi kemudian menukarkan kepercayaannya kepada atheis (tak percaya wujudnya tuhan).

Jadinya, apa yang nak diutarakan di sini ialah kebarangkalian yang amat besar untuk Barrack Obama melantik seorang yang berbangsa Yahudi yang berfahaman 'tok-tok' sebagai 'Chief of Staff'1. Namanya Rahm Emanuel.
Emanuel Bersaudara: Ezekiel, Rahm or Rahamim, dan Ariel bersama bapa mereka Benjamin Auerbach (tukar kepada Emanuel) 

Siapakah Rahm Emanuel? Dilahirkan di Chicago, Illinois. Bapanya; Benjamin M. Emanuel adalah salah seorang anggota kumpulan Zionist ganas: IRGUN2. Rahm Emanuel pernah menjadi sukarelawan untuk askar Yahudi ketika Perang Teluk 1991. Rahm Emanuel terkenal sebagai seorang yang cenderung menggunakan pendekatan 'gangster' dalam karier politiknya. Berkawan rapat dengan David Axelrod (seorang lagi Yahudi 'tok-tok'), 'Chief Strategist' untuk kempen pilihanraya presiden Barrack Obama. 

Bila kita lihat balik, semua yang rapat dan menjadi orang kepercayaan tuan Presiden Amerika, adalah dari golongan Yahudi 'tok-tok'. Oleh yang demikian, barangsiapa yang suka Barrack Obama menang ke atas Mc Cain, mereka adalah orang yang terkhilaf. Mc Cain memang telah di'set'kan untuk tewas ditangan Barrack Obama. Sebab bila kita lihat kepada keputusan pilihanraya presiden US, kita dapati bahawa 'turn' kali ini mesti dimenangi oleh wakil daripada Demokrat. 

Kenapa kita berbicara tentang Amerika? Kerana suka tak suka, ianya akan menentukan lanskap, cuaca politik dan ekonomi dunia yang mendatang. Kehidupan kita tentunya akan merasai 'perubahan' baru ini. Baik atau tidak sesuatu perubahan itu, hanya Allah Taala jua yang Maha Mengetahui.

Ramai di antara kita rakyat Malaysia suka dan gembira di atas kemenangan Barrack Obama kerana kononnya beliau lebih prihatin dan bertolak-ansur terhadap isu-isu semasa di Timur Tengah. Semua tu hanyalah wayang kulit. Cuba lihat penasihat-penasihatnya! 

Ada juga yang melihat bahawa sistem demokrasi di Amerika subur dengan menangnya seorang yang berdarah campuran dalam pilihanraya presiden. Di Malaysia, kita 'dah lama dah..' (meminjam ungkapan cekDet) amalkan sistem ni, sebagai contoh; CekDet. Beliau berdarah Malayalee yang keturunannya datang dari Kerala, India. Bila masa orang yang lahir di Tanah Melayu (ketika itu) dan asal keturunannya dari India jadi bangsa Melayu?  Ni kalau nak bercakap soal ketuanan Melayu, dah lama ketuanan Melayu lingkup. 

Ok, berbalik kepada tajuk kita, pendapat peribadi aku; umat Islam akan terus dan lebih terancam dan di aniaya di bawah regim Barrack Hussein Obama II. Macam mana dan siapa sekalipun yang menjadi Presiden Amerika, itu tidak penting. Yang penting, siapa yang menaikkan Presiden itu. Barrack Obama ialah 'goyem' ciptaan Zionist laknatullah untuk dijadikan boneka dan kuda tunggangan. Yang penting, Israel tetap tidak akan terjejas dan Islam akan terus diperkotak-katikkan oleh kafir dan umat Islam sendiri.

Ya Allah! Kau jauhkanlah bala dan ujianMu dari kami, amin...

Nota kaki:
  1. Chief of Staff: merupakan satu jawatan yang amat penting dalam kerajaan Amerika. Merupakan orang no. 2 berkuasa selepas Presiden. Tugasannya ialah menasihati presiden di dalam soal politik, polisi dan menangani isu-isu. Menentukan siapa dan apa yang patut dicakap kepada tuan presiden serta menjaga kepentingan presiden.
  2. Irgun: kumpulan pengganas Yahudi. Nama penuhnya ialah HaIrgun HaTzva'i HaLe'umi BeEretz Yisra'el, הארגון הצבאי הלאומי בארץ ישראל, "National Military Organization in the Land of Israel". Bertanggungjawab ke atas pembunuhan beramai-ramai di Deir Yassin, Jerusalem di antara 9-11 April 1948. Rentetan daripada peristiwa Deir Yassin tersebut, menyebabkan tercetusnya peperangan Palestin-Yahudi 1948 dan bermulalah Al-Nakba ataupun malapetaka Palestin 1948.
Rujukan:
  1. Wikipedia
  2. www.bollyn.info
  3. www.mapsofworld.com/us-presidents/

Friday, November 7, 2008

Asssalamualaikum..

Semenjak dua tiga minggu ni, aku perhatikan suasana di blog kita ini agak dan semakin muram. Mungkinkah topik yang diposkan tidak menepati citarasa dan jauh menyimpang daripada perbincangan hangat seperti politik dan sebagainya.

Sebenarnya aku teringin juga nak berbicara hal-ehwal politik di tanah air kita yang tercinta ini. Akan tetapi, memandangkan sudah terlalu banyak blog2 di luar sana yang menjurus kepada perbincangan politik, maka aku sedari tak perlulah aku nak tumpang sekaki menyemarakkan sama ada perasaan marah atau kecewa ataupun harapan rakyat marhaein seperti kita ini terhadap kerajaan yang sedia ada.

Aku mengajak kawan2 semua untuk sama2 merenung tentang suasana dan iklim ekonomi sejagat dewasa ini. Akibat daripada keruntuhan sub-prima di US, memberikan petanda awal akan kegawatan ekonomi dunia yang bakal dan sedang melanda. Malangnya kerajaan Malaysia sehingga ke hari ini sedaya upaya cuba menipu kita dengan pelbagai kenyataan di dada akhbar milik mereka  kononnya ekonomi kita tidak terjejas. 

Bagi mereka yang makan gaji, mungkin tidak ketara terjejas, tetapi bagi mereka yang berniaga, sudah mula mencari alternatif lain untuk meneruskan kesinambungan pendapatan. Di Singapura sudah ada syarikat-syarikat yang  membuang pekerja. 

p/s: nanti aku sambung lagi.

Friday, October 31, 2008

Cahayamata dan ujian dari Allah SWT

Assalamualaikum..

Terkini:

Tahniah buat sahabat kita Mohd Syukri bin Mohd Isa, pensyarah di PUO, Ipoh kerana baru mendapat cahayamata yang ketiga. Khabarnya anak lelaki. Semoga Allah Taala melimpahkan rezeki buatnya sekeluarga.

Posting asal:

Bersempena hari Jumaat yang indah ini, marilah kita sama-sama merenung dan mengambil pengajaran daripada apa yang kita perolehi melalui artikel di bawah ini. Semoga menjadi ingatan buat kita semua, InsyaAllah.

"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. 

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : 
"Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia."-(Maksud Al-Hadith. aku tak dapat cari hadith di atas dipetik daripada kitab mana.)

Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.
Pertama: Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah:
o Saidul (penghulu) Istighfar
o Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
o Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38)
o Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

Dan doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah: 
o Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128)
o Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)
o Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

Kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti :
• menakutkan anak-anak dengan sekolah
• menakutkan dengan tempat gelap
• menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
• menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

Ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak seperti tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak dan terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

Keempat: Menegur anak secara negatif dan mengeluarkan kata-kata kesat seperti maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).
• membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

Kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

Keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. 

Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata: "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

Kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

Kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

Kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

Kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

Keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

Ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

Keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

Kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam. 

Semoga kita semua mendapat input informasi yang boleh digunapakai dalam kehidupan seharian kita, InsyaAllah.

Thursday, October 30, 2008

A chicken soup

Assalamualaikum..

Got it from a friend of mine and love to share with y'all... Voila! And happy reading!

A woman over 40 will never wake you in the middle of the night and ask, 'What are you thinking?' She doesn't care what you think. 


If a woman over 40 doesn't want to watch the game, she doesn't sit around whining about it. She does something she wants to do, and it's usually more interesting. 



Older women are generous with praise, often undeserved. They know what it's like to be unappreciated. 

Women get psychic as they age. You never have to confess your sins to a woman over 40. 



Once you get past a wrinkle or two, a woman over 40 is far sexier than her younger counterpart.

Older women are forthright and honest. They'll tell you right off if you are a jerk, if you are acting like one. You don't ever have to wonder where you stand with her.

Yes, we praise women over 40 for a multitude of reasons. Unfortunately, it's not reciprocal. For every stunning, smart, well-coiffed, hot woman over 40, there is a bald, paunchy relic in yellow pants making a fool of himself with some 22-year old waitress. 

Ladies, I apologize. For all those men who say, 'Why buy the cow when you can get the milk for free? Here's an update for you. Nowadays 80% of women are against marriage. Why? Because women realize it's not worth buying an entire pig just to get a little sausage!

Tuesday, October 28, 2008

Tahniah buat semua...!!

Assalamualaikum..


Selamat sejahtera dan moga Allah SWT memurahkan rezeki tuan/puan di hari yang indah ini. Yang pertama sekali, aku nak ucapkan terima kasih buat semua yang hadir dan yang tidak dapat menghadirkan diri. Alhamdulillah, segala kerja pra dan pasca kenduri telah berjalan dengan lancar. Aku selaku tuan rumah, memohon ampun dan maaf kiranya ada menyinggung hati dan perasaan para tetamu terutamanya kawan-kawan yang hadir. Sekiranya ada di kalangan sahabat-sahabat yang rasa 'tak syiok', semua kelemahan datangnya daripada aku dan isteri selaku hos majlis kenduri tempoh hari. 

Apa2 pun, buat mereka yang tidak hadir, memang rugi la hangpa tak mai. Muahahahaha!! 

Dikesempatan ini juga, aku mengucapkan takziah buat saudara kita Fakhrul Zaman bin Mansor yang telah kehilangan orang tersayang yakni pakcik Mansor ayahndanya. Semoga Allah Azza wa Jalla melapangkan dada dan memberikan kekuatan buat mereka sekeluarga. 

Dan juga, kiranya benar perkhabaran tentang saudara kita si Abu Atief yang berjaya menimang cahayamata baru dan menambah umat Nabi Muhammad SAW, tahniah aku ucapkan. Kalau tak benar sekalipun perkhabaran itu, 'Mabrouk Muqaddam' aku ucapkan.

Buat sahabat-sahabat yang lain, aku pohon kiranya kalian selalu masuk blog, tolongla jangan touch n go saja. Paling tidak, sepatah dua kata pun sudah cukup memberikan impak dan kesan buat semangat kawan-kawan yang masuk ke blog ni. Tanpa hangpa semua, blog ini pasti akan sunyi dan gersang. Marilah kita bertekad dan berazam untuk memeriahkan kembali blog ini yang suatu ketika dulu menjadi medan pertemuan secara rasmi tatkala jarak membataskan pertemuan.

Akhir kata, aku doakan kalian semua dilindungi dan dirahmati Allah SWT dalam apa jua pekerjaan yang telah, sedang dan akan laksanakan. 

p/s: Abe Mark, thanks for those pixs. Really meant alot to me. Dan buat Abu Atief; Tahniah! Tahniah! Tahniah aku ucapkan. Moga Allah SWT melimpahkan rahmatNya ke atasmu sekeluarga wahai Abu Atief.

Tuesday, October 21, 2008

Tuan-tuan dan puan-puan..

Assalamualaikum..

Aku selaku tuan kepada teratak kecil dan wakil kepada keluargaku dengan ini ingin mengajak warga Komuniti87 sekalian untuk bersantap dan beramah-mesra bersama-sama kawan-kawan di  majlis yang akan diadakan seperti berikut:

Majlis: Aqiqah / Masuk Rumah Baru ( rumah tu sekenhen) / Rumah Terbuka / Hari Lahir.
Tarikh: 25hb Oktober 2008 (Sabtu)
Masa: 12-6.00 petang (untuk kawan2 Komuniti87 sila mai sblh malam lepas Maghrib).
Tempat: 8G, Jalan Pandan Indah 1/15, Pandan Indah, Kuala Lumpur.
Tema: Kasual dan ceria.
Hidangan (cadangan): 
- nasi Maqluba dan nasi putih. 
- lauk: lahm ghonam bilbandurah wa khadrawat musyakkal.
    bamia bilbandurah.
    syurbah 'adas (bukan adidas).
    ayam rendang berkuah.
    dan serba sikit benda-benda merapu yang aku tak tau.

Aku jemput semua kawan-kawan mai dengan keluarga. Cukup ke tidak makanan, belakang kira. Janji aku jemput. Dan aku nak minta maaf awal-awal sekiranya nanti perkhidmatan layanan dan keselesaan buat mereka yang bakal mengunjungi teratak kecilku nanti serba kekurangan.

Buat yang tidak dapat hadir, aku faham akan segala masalah dan kekangan yang tuan/puan sedia ada. Doakanlah semoga majlis aqiqah tu nanti suskses dengan aman dan berjaya, amin...

Buat yang tak dapat mai malam disebabkan ada kerja lain, nak ikut jadual biasa seperti yang tertera di atas pun boleh. 

Maka, sila lah mai.. Terima kasih...


Monday, October 13, 2008

Syawal yang sederhana...

Assalamulaikum..

Pertama sekali, aku mohon maaf sebab dah lama tak update blog kita ni. Ya! Aku pun sedari akan kesuraman blog kita ni. Muahahah!! Bukan senang yob nak istiqomah dengan kerja baik macam ni. Ada saja gangguan dan kekangan. Baik dari segi masa, keringat, idea dan sebagainya.
Alhamdulillah. Segalanya berjalan dengan lancar sekali akan perjumpaan raya bersama-sama sahabat Idrisiah. Walaupun ada yang datang lewat macam aku ni. No more excuses yang patut aku terangkan di sini. Apa pun, tahniah buat mereka yang sudi meluangkan masa datang berhari-raya bersama. Ada yang datang berkeluarga macam Abe Mark, Ustaz Ya dan aku sendiri. Dan ada juga yang mai dengan pasangan hidup masing-masing macam Zaki Saidin dan Sepul Asri. Yang mai Hans Solo pun ada gak, si Jamil. 
Juadah hidangan; seperti komen Abe Mark yang telah menerangkannya di dalam posting sebelum ini. Ada kurma, air zam-zam lagi dan pelbagai. Sederhana tetapi meriah. Komitmen kawan-kawan yang hadir memang aku puji. Aku tak mau nak CAS mereka yang tak dapat dan sengaja tidak hadir. Mngkin masing-masing ada kekangan dan urusan yang lebih aula dan aham. Mungkin..
Abe Iz dah makin bertambah-tambah serinya. Almaklumlah, darah manis. Darah manis dan hitam manis takpa, jangan kencing manis. Kencing manis kalu, seduit pun tak guna. Cepat letih, gigi rongak, kaki dan tangan mudah reput. Buat yang ada kandungan gula dalam darah yang tinggi, pandai-pandailah jaga kesihatan anda.
Orang di benua Afrika mati sebab banyak tak dapat makan, orang Malaysia mati sebab banyak makan. Dan makanlah rezeki dari sumber yang halal dan diredhai Allah SWT. Semoga kita mendapat kekuatan untuk beribadah kepadaNya.
Besar kemungkinan kenduri akan diadakan di rumah aku pada masa yang terdekat ni. Tapi aku sedang mencongak sama ada nak buat dalam cuti sekolah ataupun sempena Syawal yang mulia. Masih dalam dilema lagi ni. Sebabnya cuti sekolah dah dekat sangat dengan tarikh tu. Nak la jugak aku tengok kawan-kawan dari Ipoh dan lain-lain tempat dapat mai makan kenduri kecil aku nanti. Ka gumana abe Mark? Walau apapun jua keputusan yang akan diambil kelak, kenduri insyaAllah ada. Cumanya kecil atau besar skala kenduri itu bergantung kepada keadaan semasa.
Kambing insyaAllah ada. Sama ada bergolek atas altar pembakaran atau tidak, itu bergantung kepada permintaan. Mungkin masakan ala arabian, mungkin masakan melayu. Segalanya berkemungkinan.

Friday, September 26, 2008

Ahlan.. ahlan ya Syawal..

Assalamualaikum..

Allah Maha Kaya. Dia mencipta perasaan sedih, Dia juga imbangi dengan perasaan gembira. Sakit dan sihat. Miskin - kaya. Begitulah seterusnya lumrah hidup.

Dan bilamana kita sebut perjuangan, kita ada kemenangan dan kekalahan. Di antara kemenangan kita ialah tibanya Syawal. Kita menang dalam erti kata sebulan kita harungi puasa di siang hari dan beribadah sepenuh jiwa kerana Allah Taala. Dan Allah SWT menghadiahkan kita dengan perayaaan seperti Syawal ini. Dan kekalahan adalah buat mereka yang gagal dalam mengharungi cabaran dan godaan hawa-nafsu.

Semoga datangnya Syawal ini, memberikan kerahmatan, kesihatan, kesuburan, kematangan dan semua aspek yang positif ke dalam hidup kita semua.

Marilah kita merayakan hari Eidul Fitri yang bakal tiba dengan penuh rasa syukur, tawadhu' serta taqwa kepada Allah SWT. Ampun maaf dipinta andaikata ada mengguris jiwa dan terlajak kata.

Selamat Menyambut Hari Raya. Kullu Am, wa Antum Bikhair!!

Wednesday, September 24, 2008

Perginya seorang srikandi Islam...

Assalamuaaikum..

Semasa jari ini mengetuk papan gelintar menyusun kata, ada hati di luar sana yang sedang menangis hiba. Meratapi pemergian dan perpindahan seorang insan tersayang yang dipanggil ibu, ke alam barzakh sebelum bertemu Rabbul Jalil di akhirat kelak.

Sesungguhnya perpisahan itu sesuatu yang mendukacitakan. Setelah sekian lama hidup bersama, berkongsi duka-lara di alam kehidupan ini. Al-Fatihah kita sedekahkan buat ibu saudara kita Saiful Asri bin Hasan Basri. Moga Allah Taala memberikan kekuatan buat mereka sekeluarga yang baru sahaja kehilangan bonda tercinta. 

Tatkala kita sibuk mencari dan membeli persiapan untuk berhari-raya, ada hati di luar sana yang pastinya edul Fitri kali ini penuh dengan suasana hambar. Moga Allah SWT tenangkan hati hamba-hambaNya.

Marilah kita sama-sama mendoakan semoga roh ibu Saiful Asri diletakkan ke dalam golongan yang diredhai Allah Aza wa Jalla dan menerima segala amal kebaikannya semasa beliau hidup. Jasanya mendidik anak2 menjadi insan berguna dan memberikan kasih-sayang yang tidak terhingga buat mereka.

Meninggal pada pukul 4.30 pagi tadi, setelah dibawa pulang dari HUKM pada petang hari sebelumnya. Setelah mengalami komplikasi hati dan lain-lain, beliau pergi bertemu Ilahi dengan tenang di sisi anak-anaknya.

Takziah kami rakamkan dan ucapan belasungkawa buat Saiful Asri sekeluarga. Moga Allah memberikan kekuatan buatmu sekeluarga untuk menempuh hari mendatang.

Friday, September 19, 2008

Subsidi oh subsidi

Assalamuaaikum..

Saja nak kongsi cerita perihal subsidi ni. Kasi perangat mana yang dah sejuk @ suam-suam kuku. Hope y'all enjoy reading the story.. and happy fasting and god speed.

A man called CheDot owns a farm, which can produce 10 apples every day. He has 5 workers to operate the farm. Each of them eats 1 apple daily and it is enough to keep them operating the farm normally. He too eat 1 apple. The remaining 4 apples, the landlord sells them at RM10 each and he earns RM40. He uses the RM25 to improve the farm operation and facilities. He gives RM2.00 to each of his workers and he keeps the remaining RM5.00 as profit.

Day by day, the farm is well developed and all of the 5 workers are happy with the money they can save.

When CheDot sold his farm and there is a new landlord, PokLeh comes to continue the farm operation. He says to the workers: "We need to improve the farm quality and redefine our way of thinking. From now on all of you only need to pay RM1.00 for each apple you eat. It is very cheap as the price is RM10 each outside the farm."

The workers have no choice but to pay RM1.00 for the apple they eat daily. Their earning decreased from RM2.00 to RM1.00 per person. As usual, PokLeh sells the 4 apples and he gets RM40. He uses RM25 for farm improvement and pays RM10 to his 5 workers. He gets RM5.00 as profit. On top of that, he gets another RM5.00 from the apples that he sells to his workers. In total, he gets RM10 as profit every day.

Soon, the apple price increases to RM20 each. The new landlord gets a higher profit as he gets RM80 for the 4 apples he sells daily. Then, he decides to give the farming improvement contract to one of his close, friend Samy. Samy says: "Apple cost naik, improvement cost also musti naik."

So, the farm improvement cost increases from RM25 to RM50. In actual, the improvement only cost RM30. The remaining RM20, PokLeh and Samy share evenly among themselves!

Let's calculate how much PokLeh gets daily:
RM10 (from farm improvement cost: 50-50 with Samy)
RM20 (Net profit by selling 4 apples: [Gross profit, RM80] - Improvement cost, RM50] - [Wages RM10] = RM20)
RM5 (from selling apples to his workers)

In total, PokLeh gets RM35 daily compare to RM10 initially when he takes over the farm from CheDot.

His profit increases RM25 and the workers are still getting RM1.00 daily per person.

The greedy PokLeh does not want to stop there. One day, he says to his fellow workers:" You see ah, the current market price for one apple is RM20 and you are only paying RM1. See how lucky you are! I have to SUBSIDY RM19.00 for each of the apples you buy and total I need to SUBSIDY RM95.00. This will greatly burden the farm and we might get bankrupt if we continue like this. In order to avoid bankruptcy, I need to increase the apple price that you buy from RM1.00 to RM1.50 and I will bare the remaining RM18.50 per apple as my subsidy to you all. "

So, greedy PokLeh adds RM2.50 to his current profit and the number becomes RM37.50.

After you have read the story, I am sure you have already understood the meaning of a 'SUBSIDY' given by the BN government. The RM95 subsidy was never existed in the first place and so was the RM52 billion fuel subsidies generously 'given' by the Barang Naik government.

Cutting fuel subsidy is actually just a reason to steal money from your pocket. Are you gonna stand there and let them rob you???

Thursday, September 11, 2008

Ramadhan dan ahadith..

Assalamualaikum..

Dewasa ini ramai di kalangan kita yang suka menyebut dan menukilkan hadith-hadith yang kita tidak tahu/tidak mahu untuk ambil tahu martabat hadith-hadith tersebut sama ada soheh, hassan, dhoif mahupun maudhu'.
Seperti contoh yang dapat aku kongsikan bersama kalian ialah:

1. "Bulan ramadan itu permulannya bulan rahmat, pertengahannya bulan maghrifah (ampunan) dan akhirnya adalah pembebasan dari api neraka". - Hadith ini berstatus hadith mungkar. Diriwayatkan oleh Al U'qaili dalam Adh Dhu'afa (172), Ibnu Adi (1/165), Al Khatib dalam Al Muwadhadhih (2/77), Ad Dailami (1/1/10-11), Ibnu 'Asakir (8/506/1), dari jalan Sallam Bin Siwar dari Maslamah b Ash Shalt dari Az Zuhri dari Abu Salamah dari Abu Hurairah secara marfu'.

2. “Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. - Ini adalah hadith palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (Sila lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if , m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah, Halab, Syria).

3. Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:
Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh.

Apakah sikap dan pendirian kita sebagai setiap muslim yang mengaku kasih kepada baginda Rasulullah SAW tetapi dalam masa yang sama menukilkan hadith-hadith palsu seperti di atas?

Sedangkan Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan ke atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya: "Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka". (Bukhori, Muslim)

Marilah kita bersama-sama merenung kembali dan bermuhasabah di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini supaya kita dapat menjadi 'a greater muslim'.

Thursday, September 4, 2008

Ramadhanul Karim, Allahu Akbar!!


Assalamualaikum..


PERINGATAN RAMADHAN

Kubur setiap hari menyeru manusia sebanyak lima kali:

1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Basmallah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadur Rasulullah", supaya kamu dapat jawaban kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;

1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya. 
2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.

Friday, August 22, 2008

Hadiah Malam Jumaat

Assalamualaikum..

Aku nukilkan kisah para wali Allah yang diemailkan oleh sahabat kita sdr. Mart Jeni. Semoga kita dapat mengambil iktibar dengan apa yang kita perolehi melalui kisah ini.

Hadiah Malam Jumaat (Pengalaman Salih Al-Maizy)


Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat, Salih Al-Maizy pergi ke masjid untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya dia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan.

Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lambat lagi. Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing. Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil
berbual-bual sesama mereka. Al-Maizy ternampak seorang pemuda ahli kubur
memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih.

Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam
yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya yang
gemerlapan. Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam
kuburnya. Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si
pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa. 

Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam
kuburnya. Tapi sebelum dia masuk Al-Maizy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya. "Wahai hamba Allah! Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa?" tanya Salih Al-Maizy. "Wahai Salih, adakah
engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?"
tanya pemuda itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu?" tanya Al-Maizy lagi.

Si pemuda menerangkan bahawa talam-talam itu berisi
hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati
yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan
doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar. Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah
berkahwin dengan suami baru. Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda.


 
Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari Jumaat apabila
melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya. Al-Maizy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. Lalu dia bertanya nama dan alamat ibunya supaya dia dapat menyampaikan keadaan anaknya. Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al-Maizy terjaga. Pada sebelah paginya Al-Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu si pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya. Ibu tersebut menangis mendengar
keterangan Al Maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah. Kemudian dia berkata: "Wahai Salih! Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku. Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur
ketika kecilnya." Al-Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerana lupa untuk mendoakan anaknya selama ini. "Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al-Maizy lalu bangun meninggalkan wanita tersebut. 

Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu. Dia masuk ke dalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. "Wahai Salih! ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup”. Salih Al-Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal.
 

Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut. Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al-Maizy berangkat ke masjid untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana Biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah dia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulunya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gembira.

 

Pemuda tersebut mendekati Salih Al-Maizy seraya berkata: "Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu. Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari Jumaat." katanya lagi. "Eh, engkau boleh mengetahui hari Jumaat?" tanya Al-Maizy. "Ya!”. "Apa tandanya?" tanya Al-Maizy. "Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat, selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat." Salih Al-Maizy terjaga dari tidurnya. Dia cuba mengingati mimpinya dan merasa gembira kerana sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.

(Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas).

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW).

Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)".

Wednesday, August 20, 2008

Love, hate and womanhood

Assalamualaikum..

How to Poison Your Mother-in-Law - A China Story

A long time ago in China, a girl named Li-Li got married and went to live with her husband and mother-in-law. In a very short time, Li-Li found that she couldn't get along with her mother-in-law at all. Their personalities were very different, and Li-Li was angered by many of her mother-in-law's habits. In addition, she criticized Li-Li constantly.

Days passed, and weeks passed. Li-Li and her mother-in-law never stopped arguing and fighting. But what made the situation even worse was that, according to ancient Chinese tradition, Li-Li had to bow to her mother-in-law and obey her every wish. All the anger and unhappiness in the house was causing Li-Li's poor husband great distress. Finally, Li-Li could not stand her mother-in-law's bad temper and dictatorship any longer, and she decided to do something about it.

Li-Li went to see her father's good friend, Mr. Huang, who sold herbs. She told him the situation and asked if he would give her some poison so that she could solve the problem once and for all. Mr. Huang thought for awhile, and finally said, "Li-Li, I will help you solve your problem, but you must listen to me and obey what I tell you." Li-Li said, "Yes, Mr. Huang, I will do whatever you tell me to do." Mr. Huang went into the back room, and returned in a few minutes with a package of herbs. He told Li-Li, "You can't use a quick-acting poison to get rid of your mother-in-law, because that would cause people to become suspicious. Therefore, I have given you a number of herbs that will slowly build up poison in her body. Every other day prepare some delicious meal and put a little of these herbs in her serving. Now, in order to make sure that nobody suspects you when she dies, you must be very careful to act very friendly towards her. Don't argue with her, obey her every wish, and treat her like a queen." 

Li-Li was so happy. She thanked Mr. Huang and hurried home to start her plot of murdering her mother-in-law. Weeks went by, and months went by, and every other day, Li-Li served the specially treated food to her mother-in-law. She remembered what Mr. Huang had said about avoiding suspicion, so she controlled her temper, obeyed her mother-in-law, and treated her like her own mother. After six months had passed, the whole household had changed.

Li-Li had practiced controlling her temper so much that she found that she almost never got mad or upset. She hadn't had an argument with her mother-in-law in six months because she now seemed much kinder and easier to get along with. The mother-in-law's attitude toward Li-Li changed, and she began to love Li-Li like her own daughter. She kept telling friends and relatives that Li-Li was the best daughter-in-law one could ever find. Li-Li and her mother-in-law were now treating each other like a real mother and daughter.

Li-Li's husband was very happy to see what was happening. One day, Li-Li came to see Mr. Huang and asked for his help again. She said, "Dear Mr. Huang, please help me to keep the poison from killing my mother-in-law! She's changed into such a nice woman, and I love her like my own mother. I do not want her to die because of the poison I gave her." Mr. Huang smiled and nodded his head. "Li-Li, there's nothing to worry about. I never gave you any poison. The herbs I gave you were vitamins to improve her health. The only poison was in your mind and your attitude toward her, but that has been all washed away by the love which you gave to her."

HAVE YOU REALIZED that how you treat others is exactly how they will treat you? There is a wise Chinese saying: "The person who loves others will also be loved in return." 



This is another story:

Geography of womanhood 
• From 13 to 18 a woman is like Africa - virgin and unexplored 
• From 19 to 35 she is like Asia - hot and exotic 
• From 36 to 45 she is like America - fully explored and free with her resources 
• From 46 to 55 she is like Europe - exhausted, but still has points of interest 
• From 56 on she is like Australia - everyone knows it's down there but no one gives a damn 

Tuesday, August 12, 2008

Bas, abang Jawa, gadis yang pandai 'justify' dan trafik jam.

Assalamualaikum..

Lawak petang Selasa.
Di dalam satu bas di suatu petang ketika ramai orang berebut-rebut untuk pulang ke rumah, terdapat seorang gadis yang keadaannya agak resah sedang duduk berdepan dengan seorang lelaki Jawa yang sedang berdiri berhimpit-himpit dengan penumpang yang lain. Memang kebiasaannya di waktu begini jalanraya sibuk dan ‘trafik jam’. Jadi bas tu tidak dapat bergerak dengan sempurna.

Gadis yang resah tu rupanya nak terkencing. Tetapi dia tak dapat turun sebab orang ramai dan bas tidak berhenti. Rumahnya pun masih jauh lagi. Tahan punya tahan last-last terkencing le sikit. Dia pun buat-buat buka handbag dan cuba mencari sesuatu. Tanpa disedari abang Jawa di depannya asyik memerhatikan gelagatnya dengan agak lama juga.

Nak dijadikan cerita, orang yang duduk sebelah gadis tersebut pun bangun sebab dah sampai ke destinasi. Jadi gadis tersebut pun mengalihkan tempat duduk kerana ‘sit’ dia dah basah. Jadi abang Jawa ni pun nak duduk. Bila dia tengok basah, dia tanya kepada gadis tersebut. "Aduh bu.. ngapa tempat ni basah ya?"

Jawab gadis tersebut, "Ohh... tadi botol minyak wangi saya tertumpah. Saya cari tutupnya tapi tak jumpa. Dalam beg tangan pun tidak ada".

Jadi abang Jawa tu pun keluarkan le sapu tangannya dan lap tempat duduk tu sebelum duduk. Setelah duduk dia pun cium le saputangan tersebut untuk menghidu wangiannya. Hidu punya hidu, baru la abang Jawa tu tau sambil tersenyum abang Jawa tu jawab: "Lo... kalau minyak wangi jenama ini, kalau mau, saya ada penutupnya.".

P/s: Cerita di atas adalah rekaan semata-mata. Tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah mati. Dipetik daripada email yang aku terima daripada seorang kawan.

Tuesday, August 5, 2008

Cerita sana-sini

Assalamualaikum..

Minggu sudah hari Selasa lebih-kurang pukul 2 petang, berlaku kejadian tembak-menembak belakang rumah aku di Pandan Indah. Betul-betul tepi tingkap dapur rumah aku. Aku tiada di rumah sebab ada di pejabat. Mak mertua yang sedang membasuh pinggan-mangkuk, terkujat. Anak aku yang tengah menonton cerita Barney&friends kat Astro pun terkujat sampai menangis. 

Mana taknya, ada seorang perompak cuba merompak (ya lah, dah dia tu perompak, sure lah kerjayanya merompak) telah membuat percubaan merompak di siang bolong. Malangnya, rumah yang cuba dirompaknya tu adalah rumah polis. Mungkin polis tu sedang bercuti dan bukannya sedang 'ngulo' (bersangka baik la ni), tetiba saja ada orang asing masuk melalui pintu belakang rumahnya menyebabkan beliau terkejut lalu melepaskan tembakan amaran yang pertama.

Perompak tu berjaya meloloskan diri keluar dari rumah polis tu. Tapi polis tu kejar sampai betul-betul belakang rumah aku, dan melepaskan tembakan kali kedua. Akhirnya, perompak itu berjaya diberkas di hujung lorong belakang rumah aku. Alhamdulillah, kurang sorang penjenayah di bumi Malaysia ni (untuk sementara waktu).

Secara tak langsung, aku pun sedar jiran di lorong belakang rumah aku tu polis rupanya. Nampak sangat kurangnya semangat kejiranan. Muahahaahah.

Jumaat lepas, lebih-kurang pukul 9.45 pagi bertempat di Taman Connaught, Cheras, berlaku kejadian ngeri kisah sebuah lori yang kerosakan brek menghentam 7 buah kenderaan yang menyebabkan 2 maut di tempat kejadian. Kejadian tu berlaku dekat dengan pejabat aku. Tempat kejadian tu memang menjadi laluan rasmi aku untuk ke CC aku di Pantai Dalam. Nasib aku baik barangkali sebab tak lalu di tempat kejadian pada masa tu. 

Apa yang aku nak kongsikan di sini, benarlah pepatah tua menyebut "Malang tidak berbau". Kalau malang itu berbau, sudah pasti kita akan senantiasa mengelak bau tersebut. 

Semoga kita semua dirahmati dan dilindungi sentiasa oleh Rabbul Jalil, amin..

Monday, July 28, 2008

It ain't over until the fat lady sing..

Assalamualaikum..

Selamat Menyambut dan Memperingati Peristiwa Isra' dan Mikraj.


Subhanallah, Walhamdulillah wa La ila haillallah wa Llahu Akbar! All praise to Allah, the Almighty. Syukur ke HadratNya. Program yang disusun berjalan dengan lancar walaupun tiada sesi menembak tupa (tupai) disebabkan kelewatan yang tidak dapat dielakkan.

Sebelum terlupa, aku nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat kawan2 yang hadir. Tak lupa juga yang tidak dapat hadir di atas sebab-sebab tersendiri. Terima kasih buat Mail Ninja selaku hos (tuan tanah kedaung) yang sudi dan telah memberikan layanan bertaraf 6 bintang buat kawan2. Memang sempoi, da bomb, hebat, syiok gila albab dan yang sewaktu dengannya.

Aku sampai rumah pukul 12.30 pagi. Letih, mengantuk, lenguh badan semua ada. Tapi dalam hati, perasaan teruja, seronok dan puas membuatkan aku rasa berbaloi dengan masa,tenaga dan wangringgit yang telah dikeluarkan. Memento bersama-sama kawan lama memang tidak boleh dijual-beli. Tiada galang ganti.

Memang tepat gelaran durian 'SEDAP' Mail. Ditambahkan pulak makan deroyan dalam sungai. Pergh! Lepas tu pulak, adanya ikan talapia bako dan kamben. Memang pukul habis. Janji bersurai pukul 1.00 petang boleh pi lajak sampai 2.30 petang. Tu pun, nak diikutkan hati mau je aku lajak sampai pukul 6 petang. Tapi dah janji dengan bini nak balik awal, kena la hormati janji. 

Lepas selesai di rumah Mail, aku, Mart Jeni, Yusrin dan Borg pergi melantak pulak popia basah bawah Larut Matang Supermarket. Lepas tu, nak jadi kebetulan, stall murtabak paling sedap di dunia pun bukak. Murtabak tu memang power! Tanya la Mart Jeni sama Yusrin kalau tak percaya. Murtabak Syed Ali tingkat bawah bangunan Perbandaran Taiping. Tak percaya, pi beli.

Satu lagi cuti hujung minggu bersama kawan-kawan yang terbaik dalam hidup aku. Yang tidak dapat hadir, hangpa memang rugi besar. Tapi takpa, ianya bukanlah penutup. Ianya baru satu permulaan pengembaraan yang hebat.

Buat kawan-kawan; tenkiu, tenkiu dan tenkiu semua. Tanpa hangpa, boleh jadi malap hidup aku. Muahaahahaha!!




Friday, July 25, 2008

Let the hunting begin..

Assalamualaikum..

Buat semua rakan-taulan, marilah kita berlapang dada dan mensyukuri nikmat Allah Azza wa Jalla yang telah dikurniakan kepada kita terutamanya nikmat Iman dan Islam.

Program 'Mari Mengenal Durian SEDAP Ismail Nizar di Kg. Pauh' adalah seperti berikut:
  1. Tarikh : 27hb Julai 2008
  2. Masa : 7.30 pagi - 1.00 petang (jangkaan)
  3. Tempat : Rumah Sdr. Ismail Nizar aka Mail Ninja  bin Ibrahim.
Tentatif seperti yang telah dipersetujui secara tidak rasminya:
  1. 7.30 - 8.30 pagi - Berkumpul dan sarapan secara jama'i di kedai kampung yang sedap.
  2. 8.45 - 10.00 pagi - Acara menembak tupai bersama abg Rambu di dusun Mail Ninja (kalau tupai tiada, kita tembak burung) dan mengutip deroyan.
  3. 10.30 - 11.50 pagi - Makan deroyan sambil berendam ala-ala artis seperti dalam majalah Mangga. Diselang-selikan dengan penampilan khas kamben dan ikan talapia bako. Pergh!! Terujanya aku yang menulih tentatif ni.
  4. 12.00 tghari - 1.00 petang - Sesi bebas seperti gusti lengan, buat lawak (ni serah pada Mart Jeni untuk handle), tazkirah (kalau ust. Abu Atief nak buat la) dan yang boleh mengeratkan lagi ikatan silaturrahim.
  5. 1.05 petang - Majlis ditangguhkan.
Harapan buat semua, semoga perjalanan dan program yang telah diaturkan mendapat keberkatan dan lancar seperti yang telah dijaualkan.

Addendum:
  • untuk yang bertolak dari KL, akan memulakan perjalanan seawal pukul 3-4 pagi.
  • untuk yang bertolak dari selain dari KL, bolehlah menguruskan jadual perjalanan anda sendiri.

Monday, July 21, 2008

It is time..

Assalamualaikum..

Waduh! Waduh! Waduh! Memang teruja bangat aku masa hujung minggu baru ni. Memang syiok tak terkata. Ni aku nak habaq!!

Hujung minggu yang sudah yakni semalam dan dua malam sudah, aku balik kampung ditemani bro Izanee. Aku balik kampung sama anak bini aku la. Si Izanee pi cari cinta yang baru mekar di Kuala Kangsar (fully sponsored tuh). Untuk pengetahuan semua, ni aku nak kongsi cerita ni.. Taiping baru je selesai dua kali banjir beb! Siap ada penempatan mangsa bencana alam lagi. Diceritakan bahawa balai polis Simpang yang tak pernah tenggelam, kali ni tenggelam paras dada beb! Bukan dada itik mahupun platipus, tapi dada manusia dewasa. Saiz orang Malaysia la. Tapi, Alhamdulillah la, keluarga aku sorang pun tak kena bencana banjir tu. Berkat sokong kepimpinan ulama barangkali.

Sabtu petang aku pergi ke Ipoh, ada urusan perniagaan sikit. Usai urusan,  janji nak jumpa dengan ust Ape (Syukri Mohd Isa). Belakang, dia pi tibai balik kampung, henpon pulak tinggai di rumah dia. Tak dapat la aku nak berjumpa. Lepas tu telefon la si Zaki Yusof, belakang dia pulak pi tibai balik kampung mak mertua dia di Kuala Selangor. Kecewa la juga tak dapat jumpa. Hajat hati nak belanja makan besar nasik lemak ayam kampung tengah bandaraya Ipoh. Lepas tu tepon pulak si Din Ketin. Pun malang jugak, ada program al-Fadhil Ust Harun Din di masjid Jalan Dairy depan Politeknik Ipoh. Dia mai lewat sikit katanya. Masa tu lepas solat Maghrib. aku memang tak leh nak tunggu lama2 sebabnya anakbini aku tinggalkan di rumah kawan bini aku di Taman Saikat. Saja la kot2 dapat jumpa kejap pun jadilah. Lama sangat sebabnya dah dekat pukui 9malam. Anak aku pun meragam. Tak leh nak tunggu lama-lama. Pun tak dapat nak berjumpa. Nak lepas rindu kawan2. Tapi hajat tak kesampaian. Memang resmi orang Ipoh ni sibuk gamaknya. Memang la. Lepas ni tobat dah aku tak tepon habaq nak turun Ipoh. Semuanya ada urusan beb! Muahahahaha!!!

Walau macam manapun, hati aku terubat dengan perjumpaan bersama si Mail Ninja di rumah ayahnya Ust Ibrahim di Kg Pauh. Dijamu dengan durian yang sememangnya mantap dan jitu dari segi rasa dan bau. Sedap gila! Dia sanggup menumpaskan tiga ekor tupai yang menjadi dalang merosakkan buah duriannya. Bertemankan raifel tua bapaknya. Kalaula aku tahu, semestinya aku pun nak join menembak. Selama ni aku tak tau si Mail tu sharp shooter part timer contract killer. 

Ok, berita buat kawan-kawan semua, Mail Ninja ajak kita semua pi rumah dia sambil mengabiskan stok durian SEDAP di rumahnya. Sambil berendam di sungai tepi rumahnya. Diajuga bagitau kat aku dia nak cari ikan buat bakar. Waduh!! Tak teruja lagikah kawan-kawan semua? Hari ahad hujung minggu ni katanya sambil tersenyum kambing. Ert!! Bercakap soal kambing, aku rasa kita perlu bawa dari KL kalau jadi pi rumah Mail hujung minggu ni. 

Jadi, sapa yang nak pi hujung minggu ni? Tuan tanah kedaung dah bersuara. Tunggu kita ja bagi green light. Ni kalau ada kolaborasi pulak dengan si Asri Scottie, sure impak maksimas punya hujung minggu yang mendatang.

Apa kata survey?

Monday, July 7, 2008

Sekadar renungan

Assalamualaikum..

BEZA LELAKI DAN PEREMPUAN


Lelaki


Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN ??!


Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??!


Suami wajib bagi nafkah pada isteri, tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

Wanita

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.


Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.


Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).


Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.


Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....