Pages

Solat Time

Tuesday, December 30, 2008

Selamat Tahun Baru 1430H dan 2009M

Assalamualaikum..

Semoga panjang umur, diberkati dan murah rezeki buat kawan-kawan. Selamat Menyambut Tahun Baru aku ucapkan buat kalian.

Apa azam kawan-kawan tahun ni? Azam aku, nak jadi insan yang lebih bertaqwa, berilmu dan mengurangkan kelalaian dalam hidup. Harap-harap dapatlah tambah ahli keluarga. Hehehehe..

Tahun baru, azam pun baru. Azam lama dah dibakulsampahkan sama ada kita dah capai apa yang kita azamkan ataupun tidak. Apa-apa pun, selamat berhijrah daripada baik kepada yang lebih baik. Mudah-mudahan jadi yang terbaik. 

Buat guru-guru, selamat bersiap-sedia untuk sesi persekolahan yang baru. Buat yang bukan di dalam bidang perguruan, selamat dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab anda sebagai pekerja dan taukey.

Buat ibu-bapa yang anak-anaknya bersekolah, selamat berbelanja dan pening kepala dengan kerenah anak-anak yang nakkan baju, seluar, kain, tudung dan peralatan sekolah yang baru. Tu belum kira yuran sana-sini yang perlu dijelaskan. Moga kalian tabah dengan dugaan hidup.

Tahun depan katanya (siapa yang berkata, akupun tak tahu) ekonomi akan terus merosot. Sama-samalah kita bersiap-sedia dengan badai taufan kegawatan yang sedang dan bakal kita hadapi. Semoga Allah Azza wa Jalla melindungi kita semua dan memberikan ketabahan serta kecekalan buat kita.

Selamat Menyambut Maal Hijrah!

6 comments:

Anonymous said...

Hoi kawan-kawan, jangan lupa kawan kita si bro Iz nak tamatkan zaman bujangnya. Tahun depan beb! 26 Januari. Saja nak habaq awai. kang takut lupa.

Anonymous said...

Saudara/i yang dirahmati Allah swt

Assalamualaikum

Aku ni kira tergolong antara kumpulan peranggan lima sbb anak aku dua2 dah masuk tadika.. tadika yob lagi kaw dr sekolah rendah hahahah...

Ya di ofis aku ni dah terasa kegawatannya... kami semua sudah diarah agar tidak membazir.. kat mana2 port yg takde org lampu kena tutup... TV pon tak boleh on pas kul 5.. maka kadang2 tu bila kena stay back maka separuh opis dah bergelap.. hahahaha.. dulu camni gak lunch hour kena tutup lampu.. lama2 cam hot2 ciken shit la..

Anonymous said...

Hehehehe..

Takpa la tu. belajaq jangan membazir. hot-hot chicken shit tu atas individu. Disebabkan tiada rasa kebertanggungjawaban pada setiap individulah yang menyebabkan Malaysia saban hari rugi berapa juta. Jangan salahkan politikus sahaja. Kena cermin muka sendiri (ni untuk aku dan mereka yang nak berjimat), perbetul dulu salah silap yang rutin, barulah betul.

Kritikan buat politikus itu satu perkara yang baik dan kena sentiasa, tapi semuanya bermula dengan diri sendiri. Dok gitu che mark?

Mark, mu habih brapa rat untuk register masuk anak2 ke sekolah untuk sesi yang baru ni?

Anonymous said...

Salam ..

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1430 dan SELAMAT DATANG TAHUN 2009 . Cina kata tahun ni tahun lembu , tahun yg paling baik untuk kahwin ( kopak, kopak, kebum , kebum - ikut bunyi kompang ) ... jd patut ler Abg Iz nak kahwin . Time raya cina plak tu ... sah lepas ni kena banyak makan limau .

Kepada Mak Bapak yg anaknya nak masuk sekolah TAHNIAH aku ucapkan .. berapa ratus abis , jgmn di ambil kira sangat . Anggap itu satu pelaburan . Tak Gitu Abu Atief . Eh ! mane pegi nyer Si Atief ni ? sonyap ajer . Atief ooo Atief jawab ler ... tak kan sibuk cr kelengkapan sekolah anak2 sampe lupa nak lawat blog ni .

Ma kasih atas nasihat Mr Presiden bg golongan guru . Aku lak Jumaat n Sabtu ni ada meeting guru , sure pg n petang .

ADIOSSS. SPEKI

Anonymous said...

Buat Lokman Razi, aku mintak maap banyak2 tak dapat pi kenuri adik hang sebab hari yang sama aku ada perjumpaan keluarga di bukit kapar, klang.

maap no!

Anonymous said...

Ya ambo pong begitu jugak lak nak pinta ampun dan maaf kepada saudara Loqman Razi kerana pada tarikh yg sama aku sedang bermusafir ke Kelantan & Terengganu bersama keluarga.. kira pagi jummat tu sempat le solat subuh diImami oleh MB kelantan himself, the Man, cooler than ice Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat hehehe.