Solat Time

Thursday, August 25, 2011

Selamat Menyambut Eidulfitri

Assalamualaikum..

Sengaja aku awalkan sikit posting kali ni kerna khuatir tak sempat nak mintak maaf. Dikesempatan ini, aku bagi pihak warga kerja Komuniti 87 mengucapkan Selamat Hari Raya Fitrah (bukan fitnah tau!). Maaf Zahir dan Batin jika ada salah dan silap.


Ye lah.. kadang-kadang dalam dok melawak dan menulis nih, ada yang terasa hati. Justeru, dengan rasa rendah diri dan ikhlas hati, ku pohon ampun dan maaf bersempena hari lebaran yang bakal mendatang.


Bersama-sama ini aku sertakan lirik takbir raya buat mereka yang selalu lupa macam aku nih. Moga dengan adanya lirik nih, kita berani dok saf depan dan tak ketaq bila orang passing mic mintak sambung takbir raya. Baru ade kellas gitew bila taon ni depa tengok budak Idrisiah mengganas di surau/masjid qaryah masing-masing!!!! 

 Jangan Lupa Lirik!!!


Dan undian Rumah Terbuka Aidil Fitri masih terbuka. Silalah kepada sesiapa yang sudi menjadi hos dan cadangkan tarikhnya. Terima kasih dan selamat bergembira. Kerana hari raya itu adalah hari kemenangan. Takkan nak sambut hari kemenangan dengan menangeh pulak? Dok gitew?



Tuesday, August 23, 2011

Persiapan raya

Assalamualaikum..

tanya sama pokok, apa sebab goyang?

Wallaweh.. rasanya baru je lepaih malam Lailatul Qadr. Sebab ikut kepada tok guru aku ngaji dulu, dah banyak malam ikut tahun-tahun sudah jatuh time-time macam ni. Walau apapun jua, jangan berenti meneruskan ibadah malam anda semua. Secara peribadi, aku akui tahun ni kurang sikit beribadat berbanding tahun-tahun sudah sebab ada anak kecik. Anak pulak pesen ngajak nyembang bila masuk pukul 2 pagi sampai la ke subhi. Muke nohen je. Yang maknye dah terbongkang serender pukul 3 pagi. Ate.. hero tak bergaji ni le yang nyambung tugasan. Alasan bini: Ala..! Abg keje sendiri. Kalo ngantuk, bleh tido dalam opis kalau masuk opis. Tak ke berkelemayor mate bile mentari memunculkan diri di pagi esok harinya?


Ha.. dengo tu? Tu le masalahnye orang Melayu ni. Asai aje kerje sendiri: Eeii... syioknye.. kalo maleh, tido je kat rumah, kalau rajin pegi opeh. Kalau rase nak balik, balik je. Tak macam kami yang makan gaji. Ada masa dan peraturan. Kena ikut semua tuh. Betui ke?


Muahahahahaha! Aku gelak lagi: Muahahahahahah! Banyak la kome punye syiok. Ate.. che buat cenggitu dua bulan berturut-turut. Nak kene bako dengan staff sebab tak bayo gaji? tu kira ok le kena bako idup-idup. Kene ditangkap, lepas tu disiat kulit idup-idup, sape nak nolong? Tu yang staf, yang gomen asyik dok mintak bayo cukai sana-sini, kome tak rase. Setakat cukai pendapatan tak ngape lagi. Ni.... kalau kentut pun boleh dicukai, memang dah lama kena cukai, yob!!! Tak percaye? Berenti keroje kome sekarang, bukak bisnes Sdn Bhd., bukan Enterprise. Baru le kome tahu kaye ke idak kerajaan Msia (rakyat Malaysia kompem miskin).


Ok. Dah merapu meraban aku ni. Next topic: Persiapan raya cemana? Berapa pasang baju kurung/melayu kome taon ni? Kalau dah banyak sangat duit bonus tu, pegi le cari rumah anak yatim, belikan le baju raye ke deme tu ha. Jangan asyik pikio anak-bini kite je. Yang under priviledge tu pun kita kena senantiasa ingat. Che kome pikio, kita bergaduh laki-bini sebab nak tuko langsir baru kaler ape, sedangkan ramai yang takde kasut/selipar sebab x mampu. Tak sedih ke yob? Memang dah jauh sangat kite ni dengan Islam. Che kite sesame berubah demi Allah dan RasulNya. Jom kita azam sempena Ramadhan yang tinggal tak berapa hari je lagi nih. 

Maaf Zahir dan Batin

Ok, topik seterusnya. Iftor dan solat Terawihnya sudah, bertemu dan berpisah pun sudah. Sampai masa kita ke episod yang seterusnya; Perjumpaan Hari Raya. 

Rasanya, kita dah maklum bahawa kita akan buat Perjumpaan Hari Raya yang belum ditentukan lagi. Tempat perjumpaan tu kalau ikut posting yang sebelum ni rasanya di rumah banglow nan terbontang indah milikan abg Borg (tapi tak dapat green light lagi daripada tuan tanah kedaung). Apa-apa pun, jom kita buat survey.
ha.. sapa yang tak teringin kalau macam ni?

Ha.. bila nak bikin rumah terbuka raya? Di mana (ikut ati aku kita buat di rumah abg Borg)? Jom mengundi!!!

p/s: undian ini hanya untuk warganegara Malaysia yang sah dan bukannya pengundi hantu yang di'sah'kan oleh Gomen.

Friday, August 19, 2011

Sambungan laporan Iftor

Assalamualaikum..

Sori geng! Aku dua tiga hari ni tak berapa sihat badan. Batuk-batuk. Mak mertua pun batuk-batuk. Buang dosa barangkali.





Aku takmau menulis panjang. Banyak sangat permintaan untuk aku upload gambo masa majlis tu. Aku merakamkan terima kasih buat suami-isteri tuan rumah yang bertungkus-lumus menyediakan servis yang terbaik untuk semua tetamu yang hadir. Serius, Abu Atief suami-isteri, hangpa pasangan terbaik!!! Terima kasih juga buat para isteri dan suami yang bawak juadah dari rumah (home made cookings) yang memang lazeezun awi-awi. Harap-harap kalo ade buat iftor taon depan, jangan le sesegan bawak lagi.





Cumanya ada sikit calar majlis tu dengan adanya sesi tak rasmi main mercun. Dapat plak info wujudnya mercun yang boleh menghancurkan jari. Bunga api masih ok. Tak bagi langsung karang, kata sekat pulak orang nak berseronok. Diharap selepas ni, kita sensitif sikit perkara-perkara macam ni. Satu lagi, ada jugak kutu dok sembang pasai duit, duit, duit. Ni spesis satu lagi yang cukup cemarkan majlis. Kalau nak bagi peluang cari wang sekalipun, patut padan la. Sampai xdak topik lain dah nak boleh bersembang. Tak sempat nak bertanya kabo pun ha. Semak kepala aku. Kawan-kawan yang lain tu aku taktau. Tapi aku memang berserabut.





Kalau dulu, dok sibuk MLM. Skang dok sibuk jaja cerita pelaburan pulak. Lepas ni? Jual-beli kapal selam? Bukan tak boleh. Boooleeeeh..! Bagus bila berkongsi maklumat dapat side income. Cumanya janganlah itu ja topik yang keluar dari mulut. Dah macam takdak perkara lain nak bersembang. Mungkin aku dah muak sebab aku orang berniaga sepenuh masa. Dok asyik cerita duit, duit, duit masa kerja. Bila bersantai, memang nak cerita benda lain selain duit. Dah la setahun sekali berjumpa pun susah. Mungkin ramai yang tak setuju dengan aku. Terpulang... hak masing-masing. Tiada paksaan.



Apa-apa pun, tu cuma sekelumit kecil perkara yang tak perlu diangkat sehingga menjadi masalah ummah. Banyak manusia banyak ragam. Apa yang penting, majlis tu tetap hebat. Siap ada kutipan derma kilat bantu saudara kita yang dalam kesusahan. Terima kasih dan Jazakallahu Khairal Jaza' buat seemua yang memberikan sumbangan ikhlas. Semangat yang macam ni lah yang kita nak tengok subur di kalangan kita. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.


Barakallahu fiikoum!

p/s: and abg Asr, thanks for providing us the ride. We really had a pleasant journey and smell. Muahahahaha.. this is best bro!

Monday, August 15, 2011

Dan hasilnya..

Assalamualaikum..

Ceria? Letih? Dahaga? Apa-apa pun yang kawan-kawan rasakan, aku nak ucapkan satu perkataan: Tahniah! Sebab berjaya lalui dan berkongsi satu malam yang amatlah ngetop bestnya. Tak cukup dengan kata-kata. sapa yang sengaja tak pi, memang rugi besar. Manakal bagi yang punyai urusan, kekangan dan alasan yang Allah Taala saja yang tau, memang ceq tak dapek nak nolong eh.


Bersyukur sangat aku dengan majlis yang berjalan dengan cemerlang walaupun ter'pause' sekejap dek kerana adik Chong Wei beraksi menentang Lin Dan. Tok-tok guru dan para asatiz pun makan sambil ngadap tv. Nak ngabokan betapa Chong Wei tu punyai peminat yang berlatarkan pelbagai. 


Ok. Berbalik kepada topik. Ucapan terima kasih juga buat saudara2 yang sudi meluangkan masa, tenaga dan wang ringgit untuk majlis semalam. Dalam kepelbagaian ragam dan latar keluarga serta kerjaya sesama kita, akan tetap ada satu persamaan yang tidak boleh kita nafikan, pernah berkongsi satu daerah ilmu yang sama; Idrisiah. Al-Faatihah buat para guru dan asatiz/asatizah yang telah pergi bertemu Ilahi. Dan doa sejahtera buat mereka yang masih hidup. Moga Allah SWT menguatkan kesatuan hati dan eratkan silaturrahim yang sedia terjalin ini. 



Terima kasih... terima kasih.. terima kasih...

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh hamba menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita bertemu lagi.

Sunday, August 7, 2011

Muktamad sudah!

Assalamualaikum..

Setelah menjalankan pengundian tempat dan masa untuk Iftor Jama'ei, maka telah bersepakat dan memuktamadkan keputusan seperti berikut:

  • Tarikh: 14hb Ogos 2011M bersamaan 14 Ramadhan 1432H.
  • Masa: Ikut waktu berbuka di Ipoh la.. Nama pun iftor.
  • Tempat: Rumah al-Fadhil Ustaz Ahmad Zaki aka Abu Atief, Jelapang, Ipoh.
  • Tema: Country side yang patuh shariah dan pot luck.
Pohon untuk sedara/sedari sekalian untuk waq-waq dan sebarkan melalui SMS, telegram, burung merpati atau dalam apa jua bentuk alat dan cara komunikasi kepada sahabat-sahabat yang tidak berkesempatan mengunjungi blog dan Facebook kita perihal majlis ini. 

Marilah kita sama-sama mencari peluang dan ruang untuk merapatkan lagi hubungan sesama kita yang telah sekian lama bertaut. Insyaallah, kami yang dari Kuala Lumpur dan seantero pelusuk tanahair akan cuba seboleh mungkin untuk hadir ke majlis tersebut.

Diharap dengan keputusan yang telah disepakati ini akan dapat membantu saudara sekalian untuk melapangkan diri dan menghadiri serta memeriahkan lagi malam tersebut. Semoga dengan kehadiran kita semua di dalam majlis tersebut, diberkati Allah Azza wa Jalla.

Thursday, August 4, 2011

Cadangan tarikh Iftor

Assalamualaikum..

Pe kabo yob-yob dan senah-senah semua? Ade yang dah terkolap puase ke? Kalau masih maintain seratus-peratus rekod tuh, kena la maintain sampey abih Ramadhan ye.. 


Ok. Memendekkan cerite, al-maklumlah pose-pose ni, mate pun cepat kelabu nak membace tulisan yang panjang lebor mase berpose nih. Teman teruih strettudepoin je. Sekarang ada 2 cadangan tarikh untuk Iftor Jama'ei kite. Satu cadangan datang daripada al-Fadhil Ustaz Ahmad Fariz aka Abu Husnie pada 14hb Ogos bersamaan hari Ahad. Manakala satu cadangan lagi, datangnya daripada tuan tanah; Sohibul Bayt, al-Fadhil Ustaz Ahmad Zaki aka Abu Atief pada 20hb Ogos bersamaan hari Sabtu.

Teman tak kisah. Dua-dua tarikh tu ada fengshui (walaupun teman tak percaye pada fengshui). Terpulang jumhur sahabat semua untuk menentukan tarikh itew yang dirasakan seswai, how...! 

Tu satu. Satu lagi berkenaan venue atau dalam bahasa tempatannya; tempat. Tak putuih lagi. Ada dua offer yang menariks terhebat da bomb di abad ini. Satu, bertempat di rumah Abu Atief yang tak berjauhan dengan bandar Ipoh itew, bersebelahan pulok dengan susur keluo Jelapang nan permai itew. Manakala satu lagi offer yang hebat sama level dengan kehebatan Ultraman Gaia; di rumah banglow beso terbentang abg Borg yang terletak di kaki bukit yang permai itew di Lekir (ni aku tembak je, tapi rasanya hampir tepat). 

Oleh yang demikian itew, moleklah kiranya kita memutuskan sama ada mana tarikh keramat dan tempat bertuah untuk kita laksanakan misi yang penuh barakah dan maghfirah dari Rabbul Jalil, insyaAllah, how...

Jangan le lelame sangat. Kang keterujaan itu beransur suam, abih sirna segala kesiagaan. Ayuh!! Bersama menentang kerajaan zalim yang sedang berpetualang di tanahair tercinta. Takbir!!!