Solat Time

Tuesday, August 5, 2008

Cerita sana-sini

Assalamualaikum..

Minggu sudah hari Selasa lebih-kurang pukul 2 petang, berlaku kejadian tembak-menembak belakang rumah aku di Pandan Indah. Betul-betul tepi tingkap dapur rumah aku. Aku tiada di rumah sebab ada di pejabat. Mak mertua yang sedang membasuh pinggan-mangkuk, terkujat. Anak aku yang tengah menonton cerita Barney&friends kat Astro pun terkujat sampai menangis. 

Mana taknya, ada seorang perompak cuba merompak (ya lah, dah dia tu perompak, sure lah kerjayanya merompak) telah membuat percubaan merompak di siang bolong. Malangnya, rumah yang cuba dirompaknya tu adalah rumah polis. Mungkin polis tu sedang bercuti dan bukannya sedang 'ngulo' (bersangka baik la ni), tetiba saja ada orang asing masuk melalui pintu belakang rumahnya menyebabkan beliau terkejut lalu melepaskan tembakan amaran yang pertama.

Perompak tu berjaya meloloskan diri keluar dari rumah polis tu. Tapi polis tu kejar sampai betul-betul belakang rumah aku, dan melepaskan tembakan kali kedua. Akhirnya, perompak itu berjaya diberkas di hujung lorong belakang rumah aku. Alhamdulillah, kurang sorang penjenayah di bumi Malaysia ni (untuk sementara waktu).

Secara tak langsung, aku pun sedar jiran di lorong belakang rumah aku tu polis rupanya. Nampak sangat kurangnya semangat kejiranan. Muahahaahah.

Jumaat lepas, lebih-kurang pukul 9.45 pagi bertempat di Taman Connaught, Cheras, berlaku kejadian ngeri kisah sebuah lori yang kerosakan brek menghentam 7 buah kenderaan yang menyebabkan 2 maut di tempat kejadian. Kejadian tu berlaku dekat dengan pejabat aku. Tempat kejadian tu memang menjadi laluan rasmi aku untuk ke CC aku di Pantai Dalam. Nasib aku baik barangkali sebab tak lalu di tempat kejadian pada masa tu. 

Apa yang aku nak kongsikan di sini, benarlah pepatah tua menyebut "Malang tidak berbau". Kalau malang itu berbau, sudah pasti kita akan senantiasa mengelak bau tersebut. 

Semoga kita semua dirahmati dan dilindungi sentiasa oleh Rabbul Jalil, amin..

11 comments:

marn said...

pandan indah tak la teruk sangat kalau nak dibandingkan dengan klang. jenayah berlaku di mana-mana (ni nak sedapkan hati sendiri je nih).

umi said...

wsalam. sori le chat kat sini je. xleh access shoutbox. aah mmg rumah kat situ pun la. anak abg jaafar yg mentioned dalam comment utk previous entry. saya skang keja di jpa, putrajaya. balik je raya ni. nak balik mana lagi. mak abah kat sana. insyaAllah boley jumpa nanti. skang keja mana? actly nak panggil apa ye? haha

abe bub said...

pindah je marngg.. buak mende dok kat kawasang padang tembok tuuh.. nok ppindoh pegi area rhumoh yusering langsung paka BONG jer terghuhh.. mapohh la rakyak mesia skarang nihh doh tak amang...

z_rahman said...

Assalamualaikum wbt.....

Wa bru blik semyg hajat untuk peperiksaan awam bdk sekolah nnt.... cuma ada kemusykilan tentang kaifiat solat hajat ni, tang sujud sekali selepas salam....... Soalannya bleh kita sujud di luar solat selain sujud syukur dan sujud tilawah?

Kalau ada sbrg xplntion ttg hukumnya, wa ada tny asatazah dkt cni tp jawapan krg memuaskan sbb alasan diblehkn sbb ada tulis dalam buku bkn kitab tanpa dalil-dalil yng mantop......

Ada sesape blh tlg....plz

Mart Cavalera said...

Tggu sajer jawapan yg mantop wal fadot dr wakil The Jamnul Brotherhood.. Abu atief pon bulih goreng benda nih....

Anonymous said...

Salam ..

Zahdur mu ni Ustaz ke Cikgu ?

Ayuh Gbok jawab soalan Dur tu . Keluar kan segala dalil2 yang hg tau . Tiba2 aku teringatkan arwahnya Ustaz Yusof yang ngajor kita Usul Fiqh ( ala yang masa ngajo selalu sebot pasel meriam . Meriam ? )

Adiso. SPEKI

Che' Mak said...

Aku udah merefer pada alfadil ustaz amali amhuri, menurut beliau hukum sujud selepas salam dr solat hajat ialah sunat.. Tahp tu jer la yg dia kabo. Kita dengo dalil dr the other side pulak hihihi

abu_ateif said...

minggu lepas aku ader tulih ckit ttg masalah si zahkendur tu tapi tak leh nak send tak tau pasal apa punya le tensen...

sujud lepas salam aku rasa tak dak masalh tp kalau sebelum salam hanya ada sujud sahwi jer...krn berpegang kpd hadis rasul masa seorang hamba tu dekat ngan tuhannya waktu dia sujud.

sujud yang dimaksudkan dlm hadith tu umum tak kira masa rakaat pertama,kedua or bila2...org melayu biasa dok tibai sujud lama2 waktu sujud rakaat terakhir jer...yang ni tak dak dalil.

setakat tu jer aku tau...aku pun tak pasti orang yang baca ni faham ka tak apa yang aku tulih ni.

marn said...

aku ras soalan abg dur tu perihal sujud di luar solat selain daripada sujud syukur dan tilawah tu rasanya senang ja.

aku tak jumpa sebarang dalil yang mengatakan sama ada perkara tu sunat ataupun ditegah. So, jatuh harus la. tapi bab ibadat ni kena berhati2 sebab asal ibadat itu haram kecuali yang dituntut oleh agama Islam sahaja. Lain daripada tu, jangan dok memandai2 la.

Pegangan peribadi aku, selagi tak jumpa dalil yang soreh dan mantap, aku takkan buat dan ikut perilaku orang lain.

abu_ateif said...

kita ni kira baguih la sembang pasal boleh ker sujud atau idak lepas salam n mcm2 lagi....tapi berapa ramai sedara2 islam kita kat mesia ni tak kira remaja ka tua ganyut ka mmg jarang sujud atau sekali 2 jer sujud dalam setahun or mmg tak diajar bersujud dari kecik sampai la ke tua?

Puyot said...

heheheeh... setuju sangat la abu atief oi. kadang tu yang dok rajin sujud pun selalu lupa dan alpa akan tugasannya sebagai hamba dan makhluk Allah.

Ada tok kadi yang besaq kepala, ada tok imam yang CAS, ada peniaga dan saudagar yang sombong, ada guru dan ustaz yang tak laksanakan amanah kerja dengan sempurna.

Tu la tahap iman kita-kita ni. tak kira apa jua pekerjaan kita semasa hidup, kena ingat intipati solat tu. Solat bukan sekadar tuntutan jasmani di mana banyak di kalangan kita yang buat sekadar di pinggiran. Sedangkan solat tu mengajar kita erti melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi, tiada perasaan keterpaksaan, menghinakan diri kepada Rabbul Jalil dan berbuat perkara dengan kualitas yang maksimas.

Sujud tu sendiri bila dilaksanakan kena sempurna. Kalau tak, rosak dan cacat ibadah kita. Kena aplikasikan ketelitian dan sikap menyempurnakan sesuatu kerja dengan penuh dedikasi.

Apa perkara yang paling ringan dalam hidup? Kata Imam Ghazali: "Meninggalkan solat".

Mari kita sama-sama renungkan.