Solat Time

Thursday, February 24, 2011

Musim & Pilihanraya

Assalamualaikum..

Selamat dalam apa jua pekerjaan yang sedang sahabat-sahabat lakukan. terima kasih kerana masih sudi menjengok blog ini yang makin lama makin nak sirna sinarnya. Makin kurang kemaskini, dan makin kurang pengunjung. Al-maklumlah, sekarang dah banyak medium sebagai pengganti blog ni. Antaranya, Twitter, Facebook, MySpace dan lain-lain. Mungkin ramai sahabat yang lebih suka menggunakan medium selain blog ini sebagai penghubung antara satu sama lain. Walau apapun jua, aku ucapkan tahniah kerana masih berhubung sesama kita. Ada dua musim skang ni. Satu, musim batuk. Satu lagi musim pilihanraya. 

Satu:
Musim batuk, ramai yang terkan batuk. Aku bernasib baik sebab tak kena batuk. Tapi anak2 tersayang dah terkena. Abih ratusan jugak untuk bli ubat2an. Masa ni sapa yang ada klinik, memang bikin untung. Cuaca yang tak menentu adalah faktor utama penyumbang kepada gejala ni. Banyakkan minum air kosong yang dimasak ataupun air mineral. Kurangkan pengambilan masakan yang berminyak dan kurangkan aktiviti luar. 
Berikut adalah di antara petua untuk mengurangkan batuk. Aku copy-paste dari blog sapa ntah.

  • Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi.
  • Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.
  • Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu.
  • Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.
  • Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.
  • Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.
  • Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.


Petua aku pulak, ambik daun cekor mang dua tiga helai, lepas tu basuh, selawat (selawat syifa') terus kunyah kasi hancur dan telan. Insyaallah, mujarab. sebab aku dok amal. Alhamdulillah, so far berkesan yob.
ni le rupe pokok dan daun cekor.

Dua:
Musim pilihanraya. PRK mendatang ada dua. Satu di Merlimau, Melaka dan yang kedua di Kerdau, Pahang. Aku takmau sentuh yang tu sebab memang dah tau sapa yang menang. Belum pun mula tempoh berkempen, BN dah mula kempen. Memang busuk perut depa tu. Tak boleh buat apa dah. Kita pakat-pakat doa minta kita dan depa diberikan hidayah Ilahi supaya diberikan cahaya dan petunjuk kebenaran. Moga Allah memberikan kesabaran yang ampuh kepada para pejuang kebenaran. Hat yang dok atas pagar ni, resmi lalang. Tak boleh pakai. Ikut arah angin bertiup ja. Puak-puak ni banyak komen, tapi tak buat kerja. Cakap ja pandai. Kerja malas nak buat. Ni pandangan aku. Hang pa tak setuju, tu hak demokrasi hangpa.

Yang aku nak sentuh hari ni, perihal pilihanraya kampus yang baru selesai. Tu pun Universiti Perlis tak selesai lagi. Boleh kata ProAspirasi (ni penyokong kerajaan BN) banyak pegang kerusi di rata-rata universiti di Malaysia nih. Tu pun setelah mendapat sokongan padu pihak universiti berserta tipu helah yang nyata.


Yang terbaru, kes di UPM. Sampai pecah-pecah kaca dan ada yang tercedera. Kesnya, 10 calon ProMahasiswa (ni kita kata pembangkang) dibatalkan kemenangan. Kecoh beb! Sampai gaduh-gaduh. Kes bermula bilamana timbalan Naib Canselor UPM Prof Dr Fauzi Ramlan membatalkan kemenangan 10 calon yang menang. Budak-budak tu tak puas hati walaupun selepas perjumpaan diadakan dan pihak Universiti memberikan balik kemenangan pada mereka. Depa nak Prof berayun mangkuk 14 tingkat tu mintak maap secara terbuka. Pembatalan kemenangan dibuat atas alasan ada terima bantahan daripada pihak ProAspirasi. Antara lainnya ialah atas alasan berkempen secara berkumpulan. What the fish??? Atas alasan tu ja?
Ni la 'dia'nya
Aku dah malu dengan kualiti prof yang ada di Malaysia ni. Depa nak mengajaq ka depa nak berpolitik? Kalau nak berpolitik, masuk dan pilih mana-mana platform la bhai. Apa cer? Dengan budak-budak pun hang nak tindaih? Perut busuk sungguh la. Ka dia rasa BN ni yang bagi rezeki kat dia? Nampak sangat jenih tak reti nak pi surau dan mengaji ikut kuliah agama. Tu yang 'tak reti' tuh. Orang cakap jahil, marah. Tapi kalau 'tak reti', takpa. Muahahahahaha..

Apa-apa pun, selamat dalam menempuh cabaran yang mendatang. Selamat berjuang duhai para pejuang kebenaran. Doaku bersama kalian.


Wednesday, February 16, 2011

Cerita sana-sini

Assalamualaikum..

Semoga cerias elalu. Dah banyak minggu aku tak update blog kita ni. Rasanya makin susut nilai akan kepentingan blog kita ni. Namun, aku akan tetap teruskan mengemaskini selagi terdaya.

Raya Cina dah berlalu. Sekarang kita berada di dalam tahun Arnab. Apa yang ada dengan tahun Arnab? Aku taktau pasai fengshui. Yang aku tahu, kita menyambut tahun baru dengan pelbagai peristiwa. Antara yang terbesarnya ialah peristiwa ledakan kemarahan rakyat negara Tunisia. Sampai terpelanting Presidennya. Tak lama lepas tu, Mesir pula. Hosni sudah pengsan beberapa kali selepas melarikan diri ke Sharm el-Syeikh yang terletak di Semenanjung Sinai. Mesir sekarang berada di bawah pemerintahan tentera. Sejauh mana perubahan berjaya dibuat, wallahu a'lam. Moga Mesir kembali aman tenteram untuk anak-anak Malaysia menuntut ilmu di sana. 

Ramai di kalangan kita yang lepasan Mesir. Aku tak tahu sedalam mana perasaan akan para lepasan ijazah bila bersembang perihal kacau-bilau di negara yang di suatu ketika tempat mereka menimba ilmu. Pada aku, Mesir punya sejarah tersendiri. Baik dengan kisah Firaun, King Farouq, Gamal Abdul Nasir, Hassan al-Banna, Anwar Sadat sehinggalah regim pemerintahan Hosni Mubarak. 

Sehingga kini, masih ramai para ilmuwan yang hidup menyumbang bakti kepada agama Islam. Antara ilmuwan yang masih hidup ialah Syeikh  alQardhawi yang hidup dalam buangan serta ramai tok-tok guru yang mengajar di al-Azhar; universiti tertua di dunia. 

Di Malaysia, kita dijamu dengan pelbagai kisah masyarakat. Macam semalam, ibu kepada dua orang anak kecil yang bagi anak2nya minum racun. Dek kerana tekanan perasaan sehingga menggangu kesihatan mental. Minggu sudah, ibu kepada seorang anak pra sekolah membunuh diri selepas menghumban anaknya sendiri dari tingkat 5 pangsapuri, pun dek kerana tekanan perasaan.

Rasanya ramai yang dah jadi gila, cumanya tak mengaku jadi gila. Ye lah, mana ada orang gila yang mengaku gila. Antara contoh paling baik: gila pangkat, harta, kuasa dan kedudukan. Ada yang tak malu mengaku First Lady of Malaysia, ada juga yang perasan orang mengundi dia bukan sebab parti, tapi sebab diri sendiri. Muahahahahaha..! Macam-macam cerita dalam dunia hari ini.

Walau apapun jua, kita kena sedar bahawa penyakit itu datangnya daripada Allah SWT. Sama ada penyakit yang kita nampak mahupun tidak. Tujuan kita diberikan penyakit itu, ada banyak sebab. Boleh jadi untuk mengangkat matabat kita dengan ujian penyakit tersebut. Boleh jadi sebagai kaffarah dosa lampau dan boleh jadi juga ianya satu bala untuk kita. 

Sama-sama kita mencari keredhaan Allah SWT dan dijauhkan kita daripada segala penyakit, bala dan wabak. Kebelakangan ini, banyak juga kisah orang bercerai-berai. Justeru, sama-sama kita mencari kekuatan dalaman dan kesabaran di dalam mengharungi kehidupan yang serba payah penuh dengan mehnah dan tribulasi. 

Kembalilah kepada Sang Pencipta. Bersamanya ada penawar untuk semua jenis penyakit. Untuk yang jiwa bermasalah, solat hajat, tahajjud serta alQuran sebagai penawar. Untuk yang berpenyakit secara fizikal, carilah ubat dan ikhtiar melalui cara yang Halal. Jangan guna perantara seperti jin dan syaitan untuk mencari kesembuhan. Kelak membinasakan.

Akhir kalam, 2011 sudah masuk ke tengah bulan Februari. Kacau-bilau, jiwa kacau dan sebagainya menjadi intisari cerita berita tatapan umum. Apakah tahun ini penuh dengan kisah duka nestapa? Na'uzubillahi minzaalik. Jom dekatkan diri kita dengan Allah SWT baik ketika siang mahupun malam.