Solat Time

Tuesday, February 26, 2008

Pangkor dan pilihanraya umum ke-12

Assalamualaikum..

Buat mereka yang baru masuk blog, di sini aku sekali lagi menyenaraikan nama-nama mereka (bukan calon pilihanrayakali ke-12) yang sudi melapangkan masa dan ruang untuk bersama-sama ke Pangkor pada 14 dan 15 Mac nanti:
  1. Sirajuddin dan isteri bersama anaknya seramai 3 org.
  2. Ahmad Farez Jalaluddin dan isteri bersama anak seramai 3 org.
  3. Ahmad Suzaini dan isteri bersama anaknya seramai 2 org.
  4. Saiful Asri & isteri.
  5. Jamnul Azman dan isteri bersama anaknya seramai 2 org.
  6. Zaki Yusuf & keluarga.
  7. Arman Shahril - solo.
  8. Ismail Nizar - solo.
  9. Zaki Saidin - solo.
  10. Izanee - solo.
  11. Syukri Mat Isa & keluarga.
  12. Fakhrul Zaman dan isteri bersama anaknya seramai 2 org.
  13. Jamil Fahmi dan isteri bersama anaknya seramai 2 org.
  14. Hisyam Fahmi dan isteri bersama anaknya seramai 2 org.
  15. Samsul Rizal - tak tau nak mai solo ke bersama isteri.
  16. Jamnul Aziah - berduet (bertemankan emaknya).
Manakala mereka yang lain, aku tak dapat maklumat. Masih dalam risikan. Kalau ada tempat, bolehla diletakkan di dalam chalet, kalau tiada lagi chalet, bolehla ambil tapak khemah.

Kita ke topik yang satu lagi. Kehangatan dan bahang pilihanraya kali-12 semakin terasa selepas penamaan calon lewat tanggal 24 Februari. Sama ada Barisan Nasional mahupun Barisam Rakyat yang menjadi pilihan kawan-kawan, aku berharap sekiranya terdapat percanggahan pendapat dan pendirian dalam komen di blog ni, biarlah ianya dibuat secara berhemah dan tidak menggunakan kata-kata nista. Sebab orang Melayu ni lebih suka bahasa berhemah berbanding kasar. Bak kata pepatah: "Yang merah saga, yang kurik kundi, yang indah bahasa, yang baik budi."

Moga PRU ke-12 ni, membawa perubahan ke arah yang lebih baik untuk Islam, negara dan rakyat. Jalankan tanggungjawab anda sebagai pengundi. Pilihlah calon yang bertaqwa, berakhlak mulia, amanah, berilmu dan berjiwa rakyat.

Jangan lupa memangkah undi dengan cermat kiranya tidak mahu undi rosak. Laksana dan penuhi tanggungjawab sebagai manusia merdeka dan bebas dalam membuat keputusan untuk memilih bakal pemimpin dengan penuh hemah. Tanggal 8 Mac akan kita saksikan sama ada episod baru bersama peran yang baru ataupun peran yang lama.

Monday, February 18, 2008

Kadar jenayah: Mengapa dan ke mana halatuju kita?

Assalamualaikum..

Para sahabat sekalian, aku tertarik dengan tajuk yang dikemukakan oleh Sdr. Abu Atief tentang kadar jenayah dan cara-cara PDRM mengambil jalan untuk mengatasi gejala yang boleh memporak-perandakan kehidupan kita. Antaranya ialah:
  1. Tambah anggota polis.
  2. Tambah balai polis dan pondok polis.
  3. Lanjutkan tempoh pencen perkhidmatan polis.
  4. CCTV pasang kat tempat2 kadar jenayah tinggi.. berita terbaru, ada cctv tak payah pakai wayar la pulak (wireless).
  5. Tambah peruntukan utk beli baju kalis peluru kat polis.
  6. Ntah apa2 lagi idea untuk cegah jenayah.
Tapi, jenayah terus menunjukan peningkatan yang cukup cemerlang gemilang dan terbilang. Sebabnya hukum tuhan yang mencipta manusia diketepikan. Manusia cabar Allah dengan hukum ciptaan sendiri yang kononnya boleh menyelesaikan masalah jenayah.

Penjara sesak sesesak sesaknya. Fikir2kanlah wahai sahabatku. -dipetik dan disusun semula daripada komen Sdr. Abu Atief di dalam posting yang sebelum ni.

Persoalan yang timbul:
  1. Mengapa kejadian kes-kes jenayah berat dan ringan dilakukan oleh masyarakat hari ini jauh lebih banyak berbanding dahulu?
  2. Apakah faktor-faktor sama ada luaran mahupun dalaman yang dilihat boleh menyebabkan seseorang penjenayah boleh melakukan jenayah?
  3. Bagaimana menangani masalah ini daripada menjadi lebih teruk?
  4. Apakah tanggungjawab membanteras jenayah hanya terletak pada bahu kerajaan semata-mata ataupun tanggungjawab bersama?
  5. Bagaimana dan apakah tindakan yang sewajarnya perlu diambil untuk membasmi kalau tidak pun, mengurangkan kadar jenayah yang sedia ada?
  6. Apakah cara yang berkesan bagi mengelakkan kejadian jenayah daripada berulang?
Marilah kita sama-sama melihat, memerhati, mengkaji, berfikir, mencari, mengenalpasti dan membuat tindakan dan mengambil langkah yang sewajarnya untuk membanteras jenayah yang semakin bermaharajalela di dalam kehidupan kita dewasa ini.

Perlu diingatkan, meletakkan semua kesalahan ke atas bahu pemerintah adalah perkara yang paling mudah untuk kita lakukan tanpa perlu berfikir. Yang kita mahukan ialah sumbangan kita kepada agama, masyarakat dan negara tercinta. Mari kita sama-sama merungkai permasalahan ini.

Tuesday, February 12, 2008

Tips semasa hendak membeli tayar

Assalamualaikum..

Selamat hari-hari (dipetik daripada kata-kata si Apek dalam radio ERA). Sempena cuti Raya Cina baru-baru ni dan juga cuti-cuti lain yang bakal menyusul, aku dapat anggarkan ramai di antara kita yang telah, sedang dan akan berjalan ke sana-sini menaiki kenderaan. Dan antara perkara yang paling penting pada kenderaan beroda ialah tayar. Kerana tayarlah satu-satunya anggota badan kenderaan yang menyentuh tanah. Setinggi-tinggi kapal terbang di langit, bila nak 'landing', mesti pakai tayar. Kalau naik kapal laut atau sampan, tu tak masuk la dalam golongan ni. Sengaja aku kongsikan bersama kalian tips yang berguna kerana ilmu yang berguna itu adalah ilmu yang bermanfaat dan dimanfaatkan. Selamat mencuba.

Tips mengenai tayar dan suku sakatnya.

Cuba periksa tayar kereta kita, perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar terdapat satu penyambung. Sekiranya penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, maka mulalah mengumpul duit kerana tayar kita perlu ditukar dalam masa 3-4 bulan lagi. Apabila kita hendak membeli tayar terdapat beberapa perkara yang perlu kita ambil berat!! Kerana ini melibatkan keselamatan.

1. Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Kalau Wira 1.3, dan kita hendak menggunakan sport rim, cukup setakat saiz rim 14 inci; kerana jika kita menggunakan saiz 15 inci:

i. Kekuatan pecutan kereta akan menurun.

ii. Speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat.

iii. Kesemua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayatnya.

iv. Penggunaan minyak akan menjadi lebih (minyak makan kuat).

2. Selepas mendapat saiz yang sesuai, cuba perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang seperti dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun) dan batch pengeluaran dikilang. Jadi apabila tayar tidak memenuhi spesifikasi, maka senang bagi pihak pengeluar menarik balik tayar di pasaran. Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama 2 tahun selepas di kilang (selepas tempoh itu getah tayar akan mati (keras) dan tidak selamat digunakan). Sebagai contoh; rangkaian nombor yang ada 4001 bermaksud tayar tersebut di kilang pada minggu ke 40 tahun 2001 dan tarikh ‘expired’ tayar tersebut sepatutnya minggu ke 40 tahun 2003. Jadi sekiranya kita dapati ada kedai yang menjual tayar dengan harga yang luarbiasa murahnya, cuba periksa tarikh tayar tersebut dikilangkan, mungkin tayar tersebut adalah tayar yang telah tamat tempoh penggunaannya. Dari pengalaman yang pernah diceritakan, tayar yang telah tamat tempoh ini akan lebih senang meletup semasa kelajuan tinggi.

3. Tentang saiz tayar, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Biasanya seperti contoh ini 205/50 VR 16 maksudnya, tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan tayar (dari rim ke permukaan jalan) adalah 50% dari kelebaran 205 mm, dan untuk kegunaan rim bersaiz diameter 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar tersebut sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar. Sekiranya dipandu lebih dari kelajuan tersebut, sifat fizikal akan berubah dan besar kemungkinan tayar tidak lagi berfungsi dengan baik.

4. Tentang jenis tayar pula, kebanyakkan kita lebih suka memilih tayar import terutama dari Jepun. Harganya lebih mahal dan dikatakan lebih lembut. Memang benar, tayar seperti Michelin, Yokohama, Falken dll. lebih lembut kerana tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim sederhana yang kurang panas dan apabila digunakan di Malaysia yang sememangnya panas terik, tayar tersebut akan mempunyai jangkahayat yang pendek (cepat habis bunganya). Kebisingan tayar adalah bergantung kepada bunga tayar. Lebih senyap sesuatu tayar, maka lebih rapat bunga tayarnya dan tidak sesuai untuk permukaan jalan yang basah. Lebih bising tayar, lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah. Jadi kalau kita hendakkan tayar yang senyap, kita terpaksa lebih berhati-hati semasa hujan.

5. Tayar sepatutnya ditukar kedudukannya setiap 3 bulan. Caranya, tayar depan kiri, ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan, ditukarkan ke kiri belakang (untuk 4 tayar sama saiz). Lebih baik sekiranya tayar simpanan/ganti juga di masukkan ke dalam pusingan tukaran tayar. Caranya, masukan tayar ganti ke kanan belakang, belakang kanan ke depan kanan, depan kanan ke belakang kiri, depan kiri ke dalam boot ganti, belakang kiri ke depan kiri. Semua pusingan ini bergantung kepad jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta.

6. Jika kita perhatikan bunga tayar selepas beberapa lama, bunga tayar mula menghaus. Sekiranya kadar kehabisan bunga di bahagian tepi kiri-kanan tayar lebih cepat berbanding di bahagian tengah, ini bermaksud; tekanan tayar adalah kurang dari yang sepatutnya. Sekiranya bahagian tengah lebih cepat haus, maksudnya tekanan terlalu tinggi. Sekiranya haus di bahagian luar sahaja, tayar kita terlalu mencapah ke dalam dan jika haus bahagian dalam sahaja, tayar kita terlalu mencapah ke luar (alligment tayar perlu dibetulkan). Sekiranya bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka absorber kita perlu diganti.

Sekiranya masih tidak elok juga bunga tayar selepas semua langkah-langkah di atas telah diambil, sila tukar kereta anda.


Monday, February 4, 2008

Surat

Assalamualaikum..

Salam sejahtera buat semua. Selamat kembali bekerja untuk mereka yang bekerja. Untuk yang masih bercuti, selamat bercuti.

hiasan bukan sekadar hiasan
terletak elok gayanya terhidang
kesian, memang aku kesian
buat mereka yang tak dapat datang

Alhamdulillah, puji-pujian buat Allah Azza wa Jalla, Raja sekalian raja dan tuan punya alam semesta ini. Kambination the Fourth telah selamat dijalankan dengan jayanya. Kehadiran seperti biasa; aku, Mart Jenny, Yusrin (new father), Asr, Jamil, Izanee (of course la, dia tuan rumah), Halim Shafie dan cameo appearance by Zaki Saidin. Terima kasih buat Zaki Saidin kerana sudi melapang dan meluangkan masa untuk turut serta bersama-sama meraikan kambination. Buat kawan2 yang pernah menghadiri kambination version sebelum ni, kena jaga-jaga sebab Zaki Saidin memang power. Tercabar jugak ahli-ahli lama bila melihat cara dia melipat dan lompat tikam kambing-kambing yang tersusun rapi, indah di mata, lazat dilidah terletak eloks di atas perdupaan. Langkahnya langsung tidak ada sedikit pun cacat-cela. Bak kata orang putih: Flawless. Macam dah lama bergiat dalam aktiviti yang seumpamanya.

aduhai kasih aduhai..!!

Kembali kepada topik terhangat kita. Adakah tuan/puan ada menerima surat jemputan masing-masing dalam sehari dua ni? Sekiranya ada, pohon ambil tindakan seberapa segera mengikut langkah-langkah dan arahan yang telah diberikan di dalam surat tersebut. Ini bagi mengelakkan keadaan kelam-kabut dan kerja 'last minute' yang telah lama kita aplikasikan sejak zaman-berzaman. Menyahut seruan kerajaan (kita ikut mana yang baik, kita bangkang mana yang tak baik) untuk menglokalkan diri dan mengubah cara hidup.

bukan contoh surat sebenar

Manakala yang belum menerima sebarang surat, pohon menghubungi rakan lain yang mempunyai maklumat tentang perjumpaan kita nanti. Antara yang tahu maklumat perjumpaan secara terperinci ialah Saiful Asri dan Jamil Fahmi.

Semoga segala pencarian, pekerjaan dan amalan dalam kehidupan kita akan dipermudah dan diterima oleh Allah SWT. Amin...

Pantun dua kerat lepas makan kambin:
Gendang gendut tali skiping
sekali dia kentut, semua terpelanting

Tack & vi ses agen.

Friday, February 1, 2008

Selamat Menyambut Hari Wilayah

who's your daddy now?
Assalamualaikum..

Selamat bercuti buat warga Wilayah Persekutuan KL, Putrajaya dan Labuan. Moga dengan kelepasan yang diberikan dapatlah semua bermesra dan mengeratkan lagi tali silaturrahim sesama anak bini dan handai taulan.

Info ringkas buat semua: Hari Wilayah disambut pada setiap 1 Februari setiap tahun sempena meraikan Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia. Persoalan: kalau Kuala Lumpur bukan lagi ibu negara Malaysia, akan adakah sambutan Hari Wilayah?

Untuk pengetahuan buat yang lama dan baru join blog ni, Kambination the Fourth will make a comeback on 2nd of February. Lepas Maghrib di Taman Melawati. Sesiapa yang teringin nak join, sila la ke sana. Rumah bapaknya Izanee. Juadahnya masih sama. Kambin, kambin a lotsa kambin. Muahahaha...

Buat yang tak dapat nak joinkan diri, semoga ceria selalu di dalam apa jua situasi anda sekarang.

Tack & vi ses agen.