Solat Time

Friday, October 22, 2010

Islamic Fashion Festival (Kuala Lumpur-Jakarta-Monte Carlo)

Assalamualaikum..

Tu dia hangpa. Jangan taktau. La ni dok sibuk pasai isu Islamic Fashion Festival (Kuala Lumpur-Jakarta-Monte Carlo) baru-baru ni yang penaungnya 1st. Lady of Malaysia (CAS) Datin Rosmah Mansor (tengah tulih nama dia ni pun aku rasa melugai) aka BikMama.

Aku kongsi ngan hangpa la akan pakaian CAS islamik gaya BikMama. Aku marah!!! Sebab dia hina Islam. Kalau dia hina aku, tarak papaye.. No hal and no hell. Tapi bila dia pemain agama Islam macam ni, memang aku menzahirkan kemarahan aku. Nak sangka baik lagi lagu ni? Nak dok tengah-tengah ataih pagaq lagi? Bodo tadak teloq la sapa yang tak berani nak menzahirkan kemarahan. Orang tadak teloq ni sama maksud dengan dayus. Dayus takkan hidu bau syurga. Bukan sekadar tak dapat masuk beb. Hidu bau pun Allah Taala tak kasi. Sendri mau ingat!!!!

Peringkat marah aku ni, level maki BikMama depan anak2 aku yang kecik. Supaya depa tau sapa dia musuh Islam. Bukan PAS tau, tapi Islam. Kalau orang kapiaq dok hina, tu aku paham sebab depa tu memang musuh dan kerja depa la dok hentam Islam dan cari jalan bagi musnah buang satu-satunya agama suci dalam dunia ni. Agama depa dah musnah lama dulu dah.

Yang jadi marah sangat-sangat ni sebab orang Islam (geng Munafiq) yang dok pulun lebih-lebih nak perosak agama. Cilaka!

Jom layan gambaq2 di bawah supaya hangpa sedaq sikit sapa dia hat dok berteriak sakan, melalak sana-sini la ni di PWTC kononnya depa la pejuang bangsa, agama dan negara. Pee raaahhh mabuk!!!

tu tulisan 'Muhammad' kat dada ngan kat 'celah bedah' tu.

'cleavage' nampak. Islamiknya...

hat ni ikut mazhab BikMama

Islamic celah mana? Bra pun tak pakai...

lepaih ni boleh la, para ustaz UMNO soh bini depa pakai lagu ni. Islamik beb!!!

Aku nak tunggu apa Sohibul Samahah para mufti sana-sini hat dok pandai bercakap keluaq fatwa. KALAU depa kata setuju, aku nak mintak bini depa pakai dulu pakaian lagu ni. Barulah 'Kepimpinan Melalui Teladan'.

Ada brani?!!

Monday, October 18, 2010

Bajet 2011

Assalamualaikum..

Apa ada dengan Bajet untuk kita semua? Agak2 segala bil, kos sara hidup, pendapatan bulanan, keselamatan kita di Malaysia ni terbela tak?

Jom tengok Bajet 2011 yang telah dibentangkan di Dewan Negara.

* Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025. - jangan 'mampu' tengok dan nganga sudahla

* Pembinaan projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015. - WOW!!! Ada lagi projek MEGA..!

* Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta. - bunyi gempaq gila.

* Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit. - hat ni aku setuju.. cina dok buat duit lama dah weh..!

* Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015. - baguih..!

* RM85 juta untuk membina kemudahan infrastruktur bagi membolehkan hotel dan pusat peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi menarik pelancong. - hat ni baguih jugak!

* RM50 juta bagi membina beberapa laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang. - jenih macam ni DAP tak ketaq sebab kot mana pun, gomen musti ada peruntukan punya. Depa dok goyang kaki ja..

* Pembangunan pusat peranginan bersepadu eco-nature pertama di dunia bernilai RM3 bilion oleh Nexus Karambunai di Sabah bermula tahun depan. - hat ni depa mencarut apa aku taktau. Yang aku tau, belanjanya besaq, kroni pun gelak besaq.

* Pemansuhan duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan pada kadar lima peratus sehingga 30% bagi menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di Asia. - kita tunggu apa harga barang yang turun (rasanya takkan).

* RM119 juta untuk membangunkan penciptaan kandungan tempatan, hosting kandungan tempatan dan pembukaan saluran baru untuk kandungan. - ni dialu-alukan.

* Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit. - hat ni ramai yang suka..!

* RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah. - jom perabih duit rakyat!

* RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi. - ni cun.!

* Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan. - yang terbaeekk!!

* RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi. - aku suka..! harap2 jangan kualiti macam 'Memdam Berahi'.

* Kadar cukai perkhidmatan dicadang dinaikkan satu peratus kepada enam peratus untuk menjamin kesejahteraan masa hadapan negara. - toksah la dok pi kedai yang ada cukai 5% tu.

* Cukai perkhidmatan juga dicadang dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar. - jom potong Astro!!!

* Meningkatkan penguatkuasaan dan pengauditan serta memperluaskan liputan ke atas semua pihak yang sepatutnya membayar cukai bagi memantapkan kutipan hasil. - mampoih la sapa yang lapse tak bayaq cukai. Depa nak ligan oo..

* Menyusun semula dan memperkukuhkan aspek pendidikan dan latihan dengan belanja mengurus RM29.3 bilion untuk Kementerian Pelajaran, RM10.2 bilion (Kementerian Pengajian Tinggi) dan RM627 juta (Kementerian Sumber Manusia). - aik?! selama ni beselerak ka?

* Menubuhkan "Talent Corporation" di bawah Jabatan Perdana Menteri pada awal 2011 untuk membangunkan pangkalan data tenaga kerja berkepakaran serta menjalin kerjasama dengan jaringan bakat di seluruh dunia. - no comment!

* RM212 bilion diperuntukkan bagi Bajet 2011 iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan 2010. - saja nak poyo la tu bagitau belanja koi naik, padahai depa sesah tak hingat!

* Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.2 bagi perbelanjaan pembangunan.

* Di bawah peruntukan mengurus, RM45.6 bilion adalah bagi emolumen dan RM28.2 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan, RM86.4 billion diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenakan Bayaran Tetap.

* Sejumlah RM1.4 bilion disediakan untuk pembelian aset dan RM1.2 bilion untuk perbelanjaan lain. - aset siapa agak2nya?

* Bagi peruntukan pembangunan, RM28.3 bilion disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar. - bantuan biaq la sampai..

* Sejumlah RM15.5 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat. - ni pun cas poyo, end-up habuk pun tara.

* RM4.4 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM955 juta bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

* Dari segi kutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi 2011, jumlahnya dianggarkan meningkat 2.3 peratus kepada RM165.8 bilion berbanding RM162.1 bilion pada 2010. - jaga2!!! depa nak perhebat saman ekoq!

* Defisit Kerajaan Persekutuan bagi 2011 dijangka terus berkurangan kepada 5.4 peratus daripada KDNK berbanding 5.6 peratus pada 2010. - dijangka ja.. yang pasti - akan terus meningkat.

* Untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 billion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru. - cikgu patut suka..!

* RM213 juta lagi dibajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada Pengetua atau Guru Besar dan Guru Cemerlang. - cikgu patut suka..!

* Pendaftaran prasekolah akan ditingkatkan dengan sasaran 72 peratus menjelang akhir 2011 melalui penambahan 1,700 kelas, pemantapan kurikulum serta pelantikan 800 guru prasekolah lepasan ijazah. - cikgu patut suka..!

* RM111 juta diperuntukkan bagi program PERMATA antaranya bagi pembinaan fasa 2 Kompleks Sekolah PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang sudah siap. - hat ni terang2 nak bagi duit kat BikMama.

* RM250 juta diperuntukkan bagi sekolah bantuan modal agama, sekolah bantuan modal jenis kebangsaan Cina, sekolah kebangsaan Tamil, sekolah bantuan modal mubaligh dan sekolah bantuan kerajaan seluruh negara. - cikgu patut suka..!

* Kerajaan juga bersetuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan RM95 juta sebagai mengiktiraf pendidikan Islam. - ustaz-ustazah patut suka..!

* Bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing dan mendidik pelajar sekolah dengan sebaiknya, kerajaan menyediakan RM576 juta dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran. - cikgu patut suka..!

* Sejumlah RM213 juta diperuntukkan bagi mengangkat tinggi penguasaan Bahasa Malaysia, mempersadakan Bahasa Inggeris dan memperkemaskan kurikulum standard sekolah rendah. - cikgu bahasa patut suka..!

* Kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru penutur jati antaranya daripada United Kingdom dan Australia untuk meningkatkan lagi pengajaran Bahasa Inggeris. - hat ni perabih duit..

* Peratusan staf akademik berkelulusan PhD ditambah kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain dengan peruntukan RM20 juta. - ni baguih..

* Skim Rumah Pertamaku dengan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000. - hat ni ramai yang suka!

* Menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah untuk pekerja estet oleh BSN. - macha musti pilih..!

* Program Bantuan Rumah (12,000 unit) untuk golongan miskin dan miskin tegar dengan peruntukan RM300 juta. - yo yo on..!

* Mewujudkan "Portal 1Malaysia Pengguna Bijak". - takdak pekdah.

* Memperkenalkan Program Pengedaran Barang Perlu bagi menyeragamkan harga barangan.

* Memperkenalkan Program Transformasi Kedai Runcit, Bengkel Automotif dan Projek Pasar Komuniti. - hat ni baguih (kalau bikin bebetui la, tapi rasanya peruntukan kena hijack nih)

* Melancarkan Dana Pencen Swasta. - ni baguih, aku sokong.

* Melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera bernilai RM1 bilion dan patuh syariat. - hat ni memang sangat-sangat baguih.. kena sokong!!!

* Menyediakan multivitamin untuk pelajar sekolah rendah seluruh negara. - jeng.. jeng.. jeng.. mari kita lihat sapa yang jadi supplier.

* Meneruskan program subsidi bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan. - yang bener tu.. Ya..! Ismet mau!! Pukul 10 di pelabuhan.

* Kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Expressway Bhd tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang bermula serta-merta. - iskh.. awatla 5 taon ja? Kan ka lagi maneh kalau x naik sampai bila2?

* Mengkaji semula had minimum kebankrapan yang pada masa ini berjumlah RM30,000. - kaji bang, jangan tak kaji.

* Permohonan PR boleh dilakukan selepas lima tahun. - ok la tu.

* Menyediakan empat bas sebagai Klinik Bergerak. - Allo!!! 4 bijik ja? Hang ingat Malaysia ni besaq Singapore ka?

* Merangka Model Baru Pembangunan Orang Asli dan Pribumi. - bunyi maneh untuk 'curi' tanah orang asli.

* Memperkukuh JHEOA dengan mentransformasi kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli. - setakat tukaq nama takdak pekdah bang oi!!!
-dipetik daripada BERNAMA

- soalan: apa kesan jangka pendek dan sederhana kepada kita?

Friday, October 15, 2010

Berita Mutakhir

Assalamualaikum..

اِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ

Terkini...

Solat jenazah akan diadakan di rumah arwah ustaz Ibrahim selepas solat Asar dan jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan Kg. Pauh, berdekatan dengan rumahnya hari ini. Harap maklum.

Berita terkini: Ustaz Ibrahim ayahnda kepada sahabat kita sdr. Ismail Nizar aka Ma'er Ninja baru sahaja pergi buat selamanya menyambut seruan Ilahi pada pukul 9 pagi tadi. Berita dikhabarkan oleh beliau sendiri kepada en. Mart Jeni melalui panggilan telefon. Aku pula mendapat berita daripada Mart Jeni.

Dikhabarkan bahawa ayahnda dan bondanya Ma'er memang sedang sakit. Sakit tua. Nak dijadikan sebab meninggal, beliau terjatuh di dalam rumah, lalu terus menghembuskan nafas yang terakhir.

Buat Ma'er, moga kalian sekeluarga tabah menghadapi sunnatullah; bahawa setiap yang hidup pastikan mati. Kelak, setiap kita akan melalui proses yang sama. Sama ada hari ni ataupun bila-bila, pasti akan datang detik itu.

Firman Allah yang bermaksud; "Di mana sahaja kamu berada, maut pasti akan mendatangi kamu sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai atau benteng yang kukuh." (Surah al-Nisa’: 78)

Sama-sama kita sedekahkan al-Faatihah buat roh ayahnda Ma'er Ninja. Moga dia ditempatkan bersama golongan yang diredhaiNya.

Aku memang tak boleh lupa akan jasa baik Ustaz Ibrahim ayahnda si Ma'er ni. Baik orangnya. Percakapannya lemah-lembut. Begitu jua adanya dengan bonda Ma'er. Tu sebab Ma'er cakap pun lemah-lembut je. Gitulah kira-kiranya. Memang deme tu keluarga yang pemurah. Asal musim deghoyan je, mesti ada bahagian untuk kawan-kawan yang datang nak menjamu selera. Cumanya, kawan-kawan je yang takde kesempatan nak pegi makan deghoyan.

Harapan aku, buat sahabat-sahabat yang duduk berdekatan, kalau ada kelapangan dan kemampuan, pergi le ziarah keluarga Ma'er tu. Masa macam ni lah sahabat-sahabat perlu bagi sokongan moral.

"Ya Allah, luaskan kuburan mereka, muliakan arwah mereka, sampaikan mereka pada redhaMu, tenteramkan mereka dengan rahmatMu, rahmat yang menyambungkan kesendirian mereka, yang menghibur kesepian mereka. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."

Monday, October 11, 2010

Khutbah terakhir Rasulullah SAW

Assalamualaikum..

Ceria hari ni? Kalau ada yang mendung jiwa dan perasaan, ingatlah: Ujian itu adalah tarbiah dari Allah SWT.

Jom kita telusuri akan terjemahan serta mengambil istifadah daripada khutbah Wada' yakni khutbah terakhir yang disampaikan oleh nabi tercinta kita, Muhammad anak kepada Abdullah.


Khutbah Hujjatul Wada' adalah khutbah terakhir Rasulullah SAW. Baginda menyampaikan khutbah itu pada upacara kemuncak ibadat haji iaitu ketika melakukan wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah, 10 Hijrah. Seumur hidup, Rasulullah SAW melakukan ibadat haji hanya sekali.

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.

Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. Maka berjaga- jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersunggah-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.

Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hambaMu."

Rasa-rasanya apa yang kita boleh belajar daripada teks khutbah ni?