Solat Time

Tuesday, September 17, 2013

Haji, minyak dan SABK

Assalamualaikum..

Selamat dalam apa jua pekerjaan yang sedang saudara/saudari kerjakan. Moga Allah Taala menerima kerja seharian kita sebagai satu ibadah, ameen.

Di keheningan pagi yang mulia ini, saja aku nak update akan blog kita nih. Walaupun, rasanya aku memahami situasi blog kita yang semakin hari semakin jauh di hati, aku cuba gagahi untuk terus menulis demi menajamkan fikiran. Kalau tak menulis, nanti lama-lama jadi lebam. Minyak naik pun kena bersyukur sebab negara aman. Aku pun tak paham. Biaq pi la. Dah ketentuan Allah.

Jadi, persoalannya adakah kita jadi atau setuju untuk buat perjumpaan? Almaklumlah dah lama tak berkumpul. Kalau ikutkan dalam FB macam jadi, tapi tiada tindakan susulan ataupun sebarang maklumat terkini. Harap-harap saudara2 kita di Kuala Kangsar tu buat kerja dalam diam, insyaAllah.


Memang aku tak sabar nak berkumpul dan berjumpa sebab dah lama menanggung rindu. Dah lama bertepuk-tampar, senda-gurau. Asyik melalui WhatsApp sama FB ja tak jadi. Tahun ni pun rekod pecah kita tak buat Iftor Jama'ei kerana masing-masing sibuk. Semua la ni tengah kalut nak mengimbangi wang keluar/masuk kerana faktor harga barangan yang sedang naik secara diam-diam. Hasil daripada transformasi kerajaan yang berjaya dalam mengurus-tadbir negara yang kaya dengan pelbagai sumber alami.

Jom kita sama-sama doakan moga Allah Azza wa Jalla memperkenankan hajat kita untuk bersua-muka dan mengeratkan tali silaturrahim.


Oh ya..! Syabas buat negeri Perak kerana telah menyerahkan hak urus-tadbir Madrasah Idrisiah kepada kerajaan Persekutuan. Maka jadilah Madrasah Idrisiah sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang baru. Moga pekerja dan guru-guru lebih berdedikasi dalam menabur bakti untuk agama, bangsa dan negara. Apa lagi hadiah kerajaan negeri untuk anak-anak negeri Perak ye...?


Goodbye State of Perak. Hello Federal of Malaysia


Wednesday, September 4, 2013

Takziah buat keluarga sdr Saiful Yusrin

Assalamualaikum..!

Pahabaq semua? Sebelum aku meneruskan tarian jari di atas kibot laptop cabok aku ni, sama-samalah ita membaca al-Faatihah dan kita sedeqahkan ke roh Sarul Yusmin adik kepada sahabat kita; Saiful Yusrin yang telah pergi menyambut seruan Ilahi tanggal 3 September lewat jam 4.40petang.

Alhamdulillah. Aku, Mart dan Sepul Asr telah menziarahi jenazah dan keluarga allahyarham pada malam tersebut. Sedih bila terkenangkan arwah yang sangat baik, berhati mulia dan suka menolong orang lain.

Aku secara peribadi mengenali allahyarham lewat tahun 2006-07. Kagum aku pada jiwa dan semangat anak muda ni. Walaupun masih muda, tapi wawasan dan halatujunya jelas dan dia tahu dengan apa yang dia buat. Malangnya, takdir Allah belum mengizinkan dia untuk berjaya pada waktu itu. Ditipu oleh seorang haji, tuan punya kilang percetakan yang terletak di Bandar Tun Razak. Kerugian dianggarkan hampir mencecah RM1juta. Satu pengajaran yang cukup mahal.

Selepas beberapa tahun lamanya tidak bersua muka, aku bertemu semula ketika menziarahi bondanya yang sedang terlantar koma di Hospital Kuala Lumpur kerana mengidap penyakit kencing manis. Dari mulutnya, dia bercerita tentang perjuangannya untuk bangun semula daripada jatuh dalam bisnes.

Beberapa ketika kemudian, aku mendapat berita daripada abgnya si Yusrin, dia sudah kembali berjaya dan  alhamdulillah kehidupan dan pengurusan ekonominya bertambah baik berkat kesungguhan dan kesabarannya dalam perniagaan.

Aku turut gembira apabila melihat sendiri kejayaan anak muda yang dekat dengan kehidupan aku. Tapi kegembiraan aku tak berpanjangan pabila percaturan Allah itu lebih hebat daripada percaturan manusia.
Akhirnya, pergi jua seorang anak muda yang mempunyai masa depan yang cukup cerah untuk menjadi usahawan muda yang berjaya.

Bintang cerah akhirnya musnah bila dia tumpas dalam perjuangan menentang kanser pundi kencing yang lewat disedari. Hanya diketahui selepas barah itu sudah memasuki peringkat 4. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak

AlFaatihah dan moga Allah Taala mencucuri RahmatNya ke atas beliau.