Solat Time

Friday, December 28, 2007

Tarikh dan gotong-royong di Pangkor

Assalamualaikum..

Seperti yang aku jangka, semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah kerana Allah SWT masih memberi ruang kepada kita semua untuk beramah-mesra melalui blog ni.

Seperti yang diketahui umum, kita sedang menjalankan survey untuk perjumpaan 'reunion' kita yang bakal diadakan di Pangkor tahun hadapan. Oleh yang demikian, 'the tribe has spoken' dan beberapa cadangan dan saranan yang telah disuarakan oleh mereka yang aktif. Antara saranan dan cadangan yang telah dapat disimpulkan di sini ialah:
  1. Diadakan dalam bulan Mac 2008
  2. Tarikh yang dicadangkan ialah 12,13 & 14 Mac 2008 bersamaan hari Rabu, Khamis & Jumaat. Alasan kukuh daripada pengarah logistik : weekdays harga chaletnya murah.
  3. Futur, ghada' & a'syak (sarapan, makan tengahari & malam) kita masak gotong-royong. Kaum hawa siang ikan dan potong bawang manakala kaum adam pula memasak.

Jadi, aku rasa fokus kita ialah kepada tarikh perjumpaan dan berapa hari nak duduk di Pangkor. Sebab boleh dikatakan semuanya bersetuju untuk diadakan dalam bulan Mac. Ada di antara kita yang tidak dapat 'join' atas alasan-alasan yang tertentu. Itu, tak dapek den nak nolong.

p/s: malam ni akan diadakan meeting pertama untuk perjumpaan di Pangkor. Berlangsung di Klang Gate, Tmn. Melawati, Gombak, Selangor. Pukul 9 malam. Sengaja dimaklumkan lewat sebab aku tak jangka ramai yang akan join meeting tu nanti. Sesiapa yang nak join, sila hubungi cik Mart el Loco Zenith.




Monday, December 17, 2007

Watch out Pangkorians.!

Update 19hb Dis 2007:

Sempena bulan baik dan hari mulia yang bakal kita sambut yakni Eidul Adha (Hari Raya Korban), aku selaku moderator blog ni, mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya Korban" dan "Kullu 'Am wa Antum Bikhair" kepada seluruh warga K87 khasnya dan rakyat Malaysia yang beragama Islam amnya. Semoga segala amal, kerja baik dan korban tuan/puan diterima, insyaallah.

Marilah kita sama-sama berazam semoga satu hari nanti dapatlah kita warga K87 mengadakan korban bersama pada masa mendatang, insyaallah.

Assalamualaikum..

To all my dearest friends.. As per agreed, we will continue our survey and vote for Pangkor (next reunion).

As usual, there's a decision to be made regarding the issue. Jadi, aku cuma nak bertanya di sini, adakah sesiapa di sini yang setuju untuk diadakan reunion kita pada bulan 3 atau bulan 6? Soalan yang senang, tapi nak jawabnya kena ada perkiraan. Kalau ada sesiapa yang tak dapat nak join, sila bagitau la. Kalau survey kata ramai yang nak dibuat pada bulan 3, kita buat bulan 3. Tapi diandaikan sekiranya nak dibuat pada bulan 6, aku dan Aiman tak kisah.

So, think and choose your decision wisely.

May the Force be with you...

Monday, December 10, 2007

Rasanya..

Assalamualaikum..

Buat geng K87, tahniah aku ucapkan pada kalian semua sebab sabar menanti gambar-gambar masa di kenduri rumahnya bonda Jamil. Dalam banyak-banyak gambar, baik kamera aku mahupun gambar yang aku dapat melalui emel yang diposkan oleh sdr. Bani Hashim, tak nampak pun gambar pengantin. Muahahahahaha!!!!

Takpa, janji hati gembira tidak terkata, Allah Taala tidak dilupa. Maka, selamat membelek gambar-gambar dan kenangan terindah yang sempat dirakamkan oleh sdr. Bani Hashim.

All pixs are taken from Bani Hashim's camera. My so called expensive (for me) Olympus E300 is mogok. Aku sudah tersalah setting da. Gambar2 yang sedia ada dalam kamera aku tak boleh di'convert' dan di'upload'kan ke dalam blog. Aku tengah mencari 'converter' yang sesuai dengan jiwa gambar tu.

Layan....

Dan, macam mana dengan reunion kita? Where next? Pangkor or somewhere else?


Friday, December 7, 2007

Pertemuan Khas Bekas Pelajar

Assalamualaikum..

Buat semua warga K87, kalian dijemput untuk hadir ke satu pertemuan khas bersama bekas pelajar Madrasah Idrisiah yang akan diadakan seperti maklumat berikut:

Tarikh: 8 Disember 2007
Masa: 9 pagi.
Tempat: Dewan Utama, Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan, K. Kangsar, Perak.

Perjumpaan khas ini diadakan adalah bertujuan untuk menerangkan perihal laporan sebuah akhbar tabloid (KOSMO) mengenai kes penderaan seorang warden ke atas beberapa orang pelajar. Rentetan daripada peristiwa tersebut, salah seorang bapa mangsa telah membuat laporan polis dan besar kemungkinan kes ini akan dibawa ke mahkamah.

Menurut maklumat risikan yang diperolehi, Madrasah Idrisiah sedang mencari beberapa orang peguam (bekas pelajar Madrasah Idrisiah) yang berpusat di Ipoh untuk melawan fail saman yang dikemukakan oleh pengadu.

Sekiranya terdapat sesiapa di kalangan kita yang mengenali serta berhubung dengan bekas pelajar Madrasah Idrisiah yang kininya bergelar peguam, sila panjangkan perkara ini kepadanya/mereka.

p/s: tapi tul la depa ni. Aku dapat mesej ni pukul 22:19:59. Gila apa! Mana nak boleh pi. Macam tak bersungguh je nak ajak pi perjumpaan tu.

Tuesday, December 4, 2007

Lenggong, Lata Kekabu, Sungkai Hot Spring dan Pangkor

Assalamualaikum..

Bersua kembali setelah sekian lama tiada posting baru. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Kenduri di Lenggong lancar, kenderaan pun berjaya disediakan dan program mengikut jadual seperti yang telah ditetapkan. Dengan berbekalkan 2 buah kereta; aku, Asri, Izanee naik kereta Saga yang baru keluar daripada woksyop. Manakala Gborg, Bani Hashim dan Yusrin menaiki sebuah lagi kereta (Altis milik Gborg).

Bertolak seawal pukul 7pagi, mengambil penumpang yang duduk di merata pelusuk alam, berjumpa di Rawang pukul 8.30pagi di stesen Petronas. Terus ber'konvoi' hingga ke Sungkai. Tiba di Sungkai pukul 10.00. Tujuan singgah di Sungkai untuk melihat suasana dan mengenal tempat letaknya resort yang berdekatan dengan Sungkai 'Hot Spring'. Selesai meng'riki' tempat di Hot Spring, barulah kami menyantap sarapan pagi. Pukul 12.30, rombongan kami sampai di tol Ipoh Selatan. Punya la sesak dengan kenderaan pelbagai. 2.00 petang, sampai di Jambatan Raja Muda Nazrin, Tasik Raban menikmati pemandangan yang indah permai sambil menunggu Meo Speki (kononnya atau lebih dikenali dengan panggilan timangan Meo Matot) dan Amali.

Akibat perut masing-masing dah merungut, tanpa berlengah masa, pukul 2.30 kami tiba di rumah kenduri di Kg. Gelok, Lenggong. Makanan memang sedap. Maka, berjumpalah kami dengan rerakan yang lain; Zahdur Rahman & pak mertuanya, Fariz Jalaluddin & keluarga, Ahmad Zaki (si Abu Atief) & keluarga, Lokman Razi & keluarga, Dolah Hasan, Amali Amhuri & Anuar El-Syazali & keluarga. Terima kasih buat Jamil dan keluarga kerana sudi menjemput semua untuk makan nasik minyak. Yang memuskilkan hati dan batu jemala aku ni, ramai kawan-kawan di Ipoh yang MIA. Tak tau la kalau masing-masing ada program di Ipoh. Yang pastinya, kenangan di Lenggong memang tak dapat dilupakan.

4.45 petang, kami dah berada di kaki air di Lata Kekabu. Hanya aku dengan abu Atief ja yang mandi. Yang lain cuma rendam kaki dengan buat muka macho (tapi badan hangit). Porah!!Dah tau kata nak pi Lenggong, dan rumah Jamil tak jauh pun dari Lata Kengkabus tu, bukannya nak prepare siap-siap. Memang fail la. 'When U fail to plan, than U planned to fail'. Muahahahaha.. janji aku personally enjoy! 6.20petang, usai solat jamak qasar berjamaah, kami bergerak ke bandar Kuala Kangsar untuk bertemu dengan Asri Scottie.

Duduk melepak dan berbincang tentang alumni yang insyaallah akan diadakan sama ada di Pangkor (ikut plan asal) ataupun di Sungkai Hot Spring Resort (selepas ini dibaca SHSR). Tak dan lama kami dok bincang dan bersembang, Lokman tiba dan join melepak sama. Dan makan malam di 'foodcourt' tu ditaja oleh sdr. Lokman Razi. Terima kasih daun keladi, nanti lain kali kami pau lagi. Pukul 9.45 malam, kami bergerak pulang ke KL dengan cerita dan pengalaman baru.

Semasa dalam perbincangan tentang alumni, timbul beberapa isu tentang baik-buruk, kelebihan dan kekurangan jika perjumpaan diadakan sama ada di Pangkor atau SHSR. Maka, oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama merungkai persoalan dan mencari kaedah serta keputusan bersama untuk mencari dimanakah tempat yang paling sesuai untuk kita adakan perjumpaan K87 kita untuk kali ke-2.

Di antara isu-isu yang timbul ialah perihal keselamatan anak-anak di jeti Lumut dan Pangkor, lama dan letih menunggu di jeti, bajet yang besar berbanding SHSR, ketiadaan hospital di pulau, masa perjalanan yang agak panjang dan sebagainya. Manakala jika dibuat di SHSR pula, apa bakal aktiviti, berkemungkinan aktiviti yang terhad serta kedudukan resort yang agak jauh dari tempat mandi kolam air panas dsbgnya. Tiap kali nak masuk mandi kolam air panas, akan dicaj RM10 untuk dewasa dan RM4 (kalau tak silap) untuk kanak-kanak. Semuanya ada pro dan kon.

Pohon kepada semua ahli K87 untuk turut serta memberi komen dan idea yang bernas dalam pencarian ini. Semoga Allah memberkati keputusan yang akan diputuskan oleh kita bersama. Dan bagi idea untuk apa jua aktiviti yang bakal diadakan untuk destinasi yang telah dipilih. Asyik-asyik mengikut pandangan orang je, bila lagi nak guna kepala otak masing-masing. Time ni la waktu yang terbaik. Idea busuk, bebal dan tidak memberi sebarang faedah kepada umat Islam akan ditolak dan dikutuk sepanjang zaman. Buat ngabih boreh dan buang karen..

p/s: gambar akan di upload kemudian. Allah bersama-sama orang yang sabar.

Tuesday, November 27, 2007

Jemputan ke Majlis Walimatul Urus adiknya Jamil

Assalamualaikum..

Dikesempatan ini, aku ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat sahabat-sahabat yang sudi mengirimkan doa dan sms ucapan takziah buat aku sekeluarga. Keluarga aku masih lagi ber'cuaca'kan muram dan berkabung di atas pemergian nenda tersayang; Teh binti Ngah Deraman. Tepat jam 8.30 malam bersamaan 12 Zulqaedah 1428H/22 November 2007, nendaku pergi menyambut seruan Ilahi. In loving memories 1926-2007. Moga Allah mencucuri rahmat ke atasnya dan ditempatkan bersama-sama orang yang diredhai. Al-Fatihah.

Berbalik kepada topik posting kita, dengan ini aku mewakili sdr. Jamil Fahmi untu menjemput kawan-kawan dan handai-taulan untuk sama-sama menghadiri kenduri kahwin adiknya Jamil Fahmi yang akan diadakan seperti berikut:

Tempat: Baitul Aman (rumah mak Jamil), Kg. Gelok, Lenggong, Perak.
Tarikh: 01 Disember 2007.
Masa: 11 pagi - 5 petang (ni aku main tibai je nih).

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi sdr. Jamil Fahmi di talian 019 268 3387 @ 017 21112 87.

Aku dan kawan-kawan KL yang lain insyaallah sekiranya tiada aral yang melintang-pukang, akan cuba untuk menghadirkan diri ke kenduri rumah adik Jamil sebab tak dapat nak hadiri kenduri kahwin adiknya al-Fadhil Sohibul Sayyarah Ust. Zaki di Lekir hujung minggu yang lepas. Masalahnya masih lagi tentang pengangkutan. Aku tiada kereta, manakala kereta Saiful Asri pun kemik di depan akibat terlibat dalam perlanggaran kecil lewat minggu sudah. Yusrin apatah lagi. Hanya ada sebuah kenderaan yang tak boleh diguna untuk perjalanan jauh sebab 'standby' memandangkan isterinya sedang sarat mengandung. Dalam erti kata lain, kami masih lagi memikirkan jalan penyelesaian terbaik untuk pergi seramai mungkin dan selesa dalam perjalanan.

Kiranya dizinkan Allah SWT, dapatlah kita bertemu dan berbual panjang di rumah kenduri tu nanti. Moga Allah Azza Wa Jalla temukan kita dalam sebaik-baik pertemuan. Insyaallah.

Monday, November 19, 2007

Jemputan ke Majlis Walimatul Urus yakni kenduri kahwin

Assalamualaikum..

Aku, Saiful Asri dan Jamil baru-baru ni pergi menziarahi sahabat kita sdr. Yusrin yang terkena demam kekura di rumah sewanya di Puncak Perdana semalam. Semoga beliau cepat sembuh dan diberikan kerahmatan oleh Allah SWT, insyaAllah.

Dan dikesempatan ini juga, buat handai-taulan dan seluruh warga K87, adalah dengan hormatnya, aku selaku moderator yang diberikan tanggungjawab untuk menjemput kalian untuk menghadiri kenduri kahwin adiknya saudara kita Ahmad Zaki bin Yusof (betui ka ejaan nama tu ya ba atief?)

Majlis adalah seperti berikut:

Tarikh: 24hb November 2007
Masa: 11 - 6 petang (ni aku main tibai ja, sapa pi lewat kena basuh dan terap pinggan-mangkuk)
Tempat: No 78, Kampung Sungai Wangi, 32400 AYer Tawar, PERAK. (rumah mak Abu Atief).

Bagaimana hendak ke sana?
Nak sampai ke sana:
  1. KALAU DARI IPOH, SELEPAS PEKAN AIR TAWAR DAN SEBELUM PEKAN SITIAWAN MASUK KANAN (KAT SIMPANG TU ADA SHELL, DAH BANGKRAP C) JALAN MENUJU KE KAMPUNG BARU.
  2. KALAU DARI SITIAWAN, JALAN MENUJU KE AIR TAWAR, NAMPAK SEKOLAH NAN HWA PEH, JUMPA TRAFFIC LIGHT MASUK KIRI.

Semoga dengan kedatangan tuan/puan akan membawa kerahmatan dan menyerikan majlis tersebut.

Sekian, terima kasih.

p/s: Petua nak pi rumah kenduri tu aku salin daripada komen abu atief aka abg pengantin sendiri yang terdapat di dalam posting sebelum ni. Pihak moderator tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian, kesesatan, kesulitan atau apa-apa jua yang berlaku sekiranya mengikut petua di atas.

Tuesday, November 13, 2007

Kenapa perlu sembelih haiwan menurut kacamata sains

Assalamualaikum..

Sengaja aku poskan posting ni untuk renungan bersama. Marilah kita bersama-sama mengkaji kehebatan Islam. Sama ada sesuatu hikmah tentang hukum-hakam dalam agama Islam itu berjaya dibuktikan melaui kaedah saintifik ataupun tidak, itu tidak penting kerana sains bukanlah satu-satunya cara untuk kita mencari kebenaran di dalam agama Islam. Ianya sekadar salah satu kaedah untuk menguatkan keimanan dan i'tiqad kita, insyaAllah.

Wallahu A'lam.




p/s: untuk melihat gambar dengan lebih jelas, sila klik pada gambar tersebut. Terima kasih.



Saturday, November 10, 2007

Menyambut perayaan

Assalamualaikum..

Lewat kebelakangan, blog ini menerima kunjungan daripada beberapa ahli kita yang baru mempunyai kelapangan masa untuk memberi sepatah-dua komen. Terima kasih buat semua yang sudi meluangkan masa untuk menjenguk blog ini. Seperti yang semua maklum, buatlah log ini seperti blog sendiri. Rasanya jarang sangat ada orang luar daripada lingkungan K87 yang datang masuk ke blog ni. Kalau adapun, barangkali tersesat 'surfing'.

Sebenarnya, semakin lama semakin berat tanggungjawab yang aku pikul selaku moderator dalam menggalas dan menjalankan kerja mengemaskini blog ni supaya sentiasa menarik dan informatif. Walau macam mana sekalipun, aku akan cuba sedaya-upaya untuk menggalas amanah yang telah dipertanggungjawabkan ke atas aku dengan sebaik mungkin. Segala komentar dan idea untuk memperkayakan lagi bahan-bahan blog ini amat-amat dialu-alukan.

Berkenaan kongsiraya, aku rasa dah setel kot sebab dulu dah timbul isu ni. Ni antara petikan yang dapat aku cari sehingga kini:

Muzakarah Ulama 2006 mahu kerajaan mengkaji semula amalan kongsi raya dan rumah terbuka bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan hukum Syarak.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Muzakarah Ulama 2006, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata kajian itu perlu kerana Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sudah membuat keputusan bahawa meraikan perayaan agama lain, merosakkan akidah dan boleh menjurus kepada syirik.

Sehingga ke hari tidak ada satu garis panduan yang jelas yang ditentukan oleh kerajaan untuk mendalami isu ni. Pada pendapat aku yang serba jahil ni, setakat nak pi ziarah kawan-kawan yang berlainan agama semasa mereka menyambut perayaan tak salah. Cuma pastikan tiada perkara maksiat dan tidak terlibat di dalam perkara dan amalan keagamaan mereka. Contoh; pakai baju Santa Claus atau tenyeh nandek kat dahi masa pi beraya. Kita nak pulun sama pasang pokok Krismas atau beraya sakan ikut perayaan keagamaan lain memang tak boleh. Seperti apa yang ada di dalam surah al-Kaafiruun, terjemahannya seperti berikut:
[1]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!

[2]
"Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
[3]
"Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
[4]
"Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
[5]
"Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
[6]
"Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".


Dan dalil-dalil lain seperti berikut:
Menurut Imam Ibnu ‘Abbas, Abu al-‘Aliyah, Thawus, Ibnu Sirin, ad-Dhahhak, Said bin Jubair dan ar-Rabi’ bin Anas; maksud (لا يشهدون الزور) dalam ayat di atas ialah “mereka tidak menghadiri perayaan-perayaan orang-orang musyrikin (أعياد المشركين).[2]

‘Atha’ bin Dinar telah menceritakan bahawa Saidina Umar r.a. berkata;

لا تعلموا رطانة الأعاجم ولا تدخلوا على المشركين في كنائسهم يوم عيدهم فإن السخطة تنزل عليهم
“Janganlah kamu mempelajari mentera-mentera orang asing dan janganlah kamu bersama-sama orang musyrikin dalam gereja-gereja/tempat-tempat ibadat mereka pada hari raya mereka, kerana sesungguhnya kemurkaan (Allah) akan turun menimpa ke atas mereka”. (Riwayat Imam al-Baihaqi dengan sanad yang soheh).[3]

Berkata Abul-Qasim Hibatullah bin al-Hasan at-Thabari (faqih mazhab Syafi’ie); Tidak harus bagi kaum muslimin menghadiri hari-hari raya orang kafir kerana mereka berada di atas munkar dan zur (agama palsu). Jika ahli-ahli makruf bergaul dengan ahli-ahli munkar tanpa mengingkari perbuatan mereka, mereka (yakni ahli-ahli makruf) seolah-olah seperti orang-orang yang meredhai munkar dan melebihkannya. Maka kita khuatiri apabila turunnya kemurkaan Allah ke atas kumpulan mereka nescaya akan menimpa keseluruhan manusia (termasuk ahli makruf). Kita berlindung dengan Allah dari kemurkaanNya”.[4]

Imam Abul-Hasan al-Amidi juga ada berkata; “Tidak harus menghadiri hari-hari raya penganut Nasrani (Kristian) dan Yahudi. Hukum ini menjadi pegangan Imam Ahmad dan beliau berhujjah dengan ayat di atas.

Dalam hadis yang kita kemukakan di bahagian muqadimah tadi, Rasulullah s.a.w. bersabda (setelah melihat kaum Ansar menyambut dua hari perayaan yang mereka warisi dari zaman jahiliyah);

قَدْ أَبْدلَكمُ الله بِهِمَا خَيْراً منهما: يومَ الأضحْى ويوْمَ الْفِطْر
“Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik dari dua hari (yang kamu sambut) itu iaitu; hari raya korban dan hari raya fitrah”. (Riwayat Imam Abu Daud dan an-Nasai dari Anas r.a. dengan sanad yang soheh)[5]

Berkata Imam as-Shon’ani; berdasarkan hadis ini, sebahagian ulamak telah menyimpulkan hukum bahawa dilarang kaum muslimin bergembira/bersuka-ria di dalam perayaan-perayaan orang musyrikin dan meniru-niru mereka. Malah Syeikh Abu Hafs al-Musti (dari mazhab Hanafi) amat tegas dalam hal ini sehingga ia berkata; “Sesiapa memberi hadiah kepada seorang musyrik sekalipun dengan sebiji telur sebagai membesarkan hari mereka, maka sesungguhnya ia kufur dengan Allah”.[6]

Imam al-Minawi ketika mensyarahkan hadis yang serupa telah menaqal pandangan al-Muzhir (المظهر) yang berkata; hadis ini menjadi dalil bahawa membesarkan hari an-Niruz dan al-Mahrajan[7] dan seumpamanya adalah dilarang oleh agama.[8]
[1] Ahkam ahlil-Zimmah, juz. 2, hlm. 156.
[2] Tafsir Ibnu Kathir dan Ahkam Ahlil-Zimmah.
[3] Lihat hadis ini dalam Ahkam Ahlil-Zimmah.
[4] Ahkam Ahlil-Zimmah.
[5] Lihat hadis ini dalam Subulus-Salam, jil. 1, bab. Solaul-Idaian.
(Di dalam kitab Subulus-salam itu dijelaskan bahawa hadis ini menjadi dalil bahawa menzahirkan kegembiraan-kegembiraan ketika hari raya adalah disunatkan dan ia antara syari’at Allah kepada hambaNya. Ini kerana yang digantikan hanyalah hari raya. Adapun adat sambutan yang dilakukan oleh mereka iaitu mengadakan permainan-permainan (untuk menzahirkan keseronokan dan kegembiraan) tidak disentuh oleh Rasulullah s.a.w.. Ini menunjukkan ia adalah harus pada hari raya. Namun hendaklah dipastikan tidak ada unsur yang dilarang oleh Syarak dan tidak memalingkan dari ketaatan).
[6] Subulus-Salam, bab Solatil-Idain.
[7] Iaitu dua hari yang disambut oleh Ansar yang ditegah oleh Nabi s.a.w. dalam hadis di atas.
[8] Al-Faidhul-Qadier, hadis no. 6106.

Seperti yang kita dah baca tadi, niat kita perlu dijaga dalam apa jua perbuatan yang kita lakukan. Maka, aku masih berpegang kepada sekadar memenuhi jemputan yang tiada unsur yang boleh membawa kepada kemaksiatan, syirik dan fasad, adalah harus. Tapi, sekiranya kita raikan perayaan agama lain dengan penuh kemeriahan seperti agama kita sendiri, dikhuatiri akan bercampur-aduk amalan keagamaan yang boleh membawa kepada rosaknya pegangan aqidah perlulah dijauhi dan hukumnya adalah haram.

Hairan juga bilamana kerajaan boleh membenarkan serta menganjurkan sambutan perayaan keagamaan selain daripada Islam dibuat secara besar-besaran. Tok-tok guru yang ada dalam kerajaan ambil nas dan dalil dari mana? Bukan sekadar itu, dicampur-adukkan pula sehingga menjadi DeepaRaya, KongsiRaya dan sebagainya. Maka, jadilah agama itu suatu kerancuan. Sudah bercampur-aduk dan rosak. Agama Islam itu tidak lebih seperti agama-agama lain yang sama tarafnya. Sedangkan kita percaya tiada agama lain yang diterima oleh Allah SWT selain daripada Islam.

Wallahu A'lam..

Monday, October 29, 2007

Perjumpaan Eidul Fitri Syawal1428H

Assalamualaikum..



Gembira! Itu yang hatiku dapat nukilkan di sini. Selaku moderator, aku pohon ampun dan maaf sebab tak poskan posting untuk jemputan Perjumpaan Eidul Fitri 1428H semalam (28 Oktober) yang berlangsung di rumah Izanee.

Terima kasih buat rakan-taulan yang sudi meluangkan masa bersama-sama keluarga tersayang untuk menghadiri majlis yang cukup sempoi dan penuh kesederhanaan. Terima kasih juga buat tuan rumah ( mak&ayah Izanee) serta anaknya yang sudi menjadi hos venue untuk kesekian kalinya. Terima kasih juga buat mereka yang tidak dapat hadir tetapi sekadar berdoa moga majlis berjalan dengan lancar.

Seperti biasa, muka-muka yang 'familiar' juga yang hadir, namun jauh di sudut hati, aku tetap bersyukur dengan kehadiran yang secara puratanya sederhana jika dibandingan dengan bekas 'batch 87' yang ada di sekitar Lembah Klang. Mungkin dek kerana tugasan dan halangan menyebabkan ada di antara kita yang kurang bernasib baik untuk turut serta ke majlis tersebut. Walau apapun jua, kami senantiasa kenang dan berdoa selalu semoga kesihatan tubuh badan dan kelapangan masa diberikan oleh Allah SWT kepada kalian.

Juadah laksa utara sama hidangan sempoi dan aiskrim menjadi pilihan hos kita. Semuanya sedap-sedap belaka. Tak kurang dengan keletah anak masing-masing yang membingitkan telinga dek hilai-tawa dan tangisan (anak aku la tu si Nadia). Buat pertama kalinya, para ibu berkumpul beramai2 serta beramah mesra. Moga Allah memberi rahmat dan InayahNya buat kita semua.

Moga Allah SWT menemukan kita di dalam sebaik-baik pertemuan. InsyaAllah, tahun depan kita buat lagi.


Wednesday, October 24, 2007

Syawal yang bahagia

Assalamualaikum..

Moga Allah melapangkan diri kita semua, insyaAllah. Semalam aku pergi melawat mak sdr Saiful Asri. Perkembangan terkini, mak dia sudah sedarkan diri daripada koma. Hasil usaha dan keberkatan doa daripada kawan-kawan semua. InsyaAllah, kita akan terus mendoakan yang terbaik buat emaknya.

Pulang aku dari berhari-raya dikhabari dengan berita-berita gembira yang dilalui oleh kawan-kawan. Antaranya, kenalan di opis aku ada dua orang yang sudah bergelar jutawan. Ditambah pula dengan kawan-kawan Idrisiah yang sudah mula menaikkan taraf kehidupan masing-masing. Ni hadiah dan kurniaan Allah. Jangan kita lupa dan lalai dalam mengingatiNya. Dengan senang Dia berikan segalanya dan dengan mudah diambil kembali.

Ada seorang kawan di opis ni yang dulunya memang susah sangat. Sampaikan dihalau keluar dari rumah sewa sebanyak empat kali. Anak kecilnya yang berumur baru tiga bulan pula meninggal dunia akibat jangkitan sejenis virus yang ditemui di dalam susu tepung yang dibelinya. Sampai nak datang ke opis masuk kerja terpaksa menumpang orang dan berhutang sana-sini nak beli susu anak. Bini dia tabah bersama-sama menghadapi ujian. Anak kedua pula mengidap penyakit asma yang kronik. Memang hamba Allah ni diuji dengan berat oleh Allah. Namun dia tidak pernah mengeluh akan kesusahannya.

Tapi hari ni, dia tengah bikin rumah harganya RM1 juta di Puchong. Dan ditawarkan menjadi CEO di dua buah syarikat dalam satu masa. Pendapatan bulanan tak kurang RM27K.

Kenapa aku membawa secebis kisah ini untuk dikongsi bersama? Sebab aku nak kawan-kawan yang sedang menghadapi dan ditimpa kesusahan supaya sentiasa bersabar dan jangan mengeluh di atas kesusahan yang menimpa. Yang penting ialah usaha, berdoa dan tawakkal. Itulah kunci yang kawan aku ni pegang dan pakai.

Aku petik potongan lagu nasyid daripada kumpulan Hijjaz:

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingat biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah hujan berlalu, pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebalik
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Adalah nikmat dariNya..

Kalau Allah Taala tidak berikan kesenangan buat kita di dunia, kita berdoa moga Allah berikan yang terbaik buat kita di dunia dan di akhirat kelak.

Allah knows best.

Wallahu Alam

Monday, October 8, 2007

Selamat Menyambut Aidil Fitri

Assalamualaikum..

Selamat Menyambut Eidul Fitr (Aidil Fitri) 1428H. Moga Syawal yang menjelang membawa kerahmatan dan kegembiraan buat semua.

Walaupun kita dihujani dengan pelbagai masalah seperti; pembunuhan, korupsi dalam kerajaan, gejala sosial, petrol, tol dan harga barangan naik, kita percaya bahawa kedatangan Aidil Fitri kali ini dapat melegakan sedikit fikiran dan poket yang senak. Walaupun banyaknya duit raya yang akan berterbangan dek kerana di'pau' oleh anak-anak saudara / anak jiran / anak sendiri / anak tiri/ anak tok ketua dan ketua kompang, jauh di sudut hati kita tetap gembira dengan kedatangan Syawal.

Ada yang gembira kerana tak perlu berpuasa, ada yang gembira kerana dapat balik bercuti lama dan juga yang gembira kerana dapat berjumpa sanak-saudara. Namun, janganlah kita lalai dan alpa dalam mengingati Allah SWT tatkala bergembira di samping keluarga tercinta. Perlulah diingatkan bahawa 1 Syawal adalah hadiah kemenangan daripada Allah SWT untuk disambut oleh umat Islam dengan penuh kesyukuran, ketaqwaan dan dengan penuh kegembiraan.

Dikesempatan ini, aku selaku moderator blog ini, memohon ampun dan maaf daripada semua pengunjung setia dan tidak, andai kata ada terkasar bahasa dan tercalar bicara di dalam berkongsi pendapat dan cerita.

Eidul Sae'id..
Kullu A'm wi Antum Bikhair...

p/s: semalam aku lalu lebuhraya PLUS dari Taiping-KL. Banyak lagi bahagian yang belum siap dan aku jangkakan akan berlaku kesesakan teruk di atas lebuhraya sempena cuti Hari Raya kali ini. Nasihat aku, lalu jalan lama lagi baik sebab tak kena tol. Lambat memang lambat, tapi kita kena save duit. Jangan membazir kerana membazir itu amalan syaitan dan jangan lupa bayar ZAKAT Fitrah.

Tuesday, October 2, 2007

Al-kisah...

Assalamualaikum..



Buat tuan rumah, teman, rakan, handai dan taulan yang menghadiri sesi Iftor Jama'i untuk kesekian kalinya, ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi meluangkan masa bersama-sama. Buat mereka yang tidak dapat hadir, terima kasih di atas sokongan anda. Dan Buat mereka yang buat 'derk' dan 'elegent silent', moga Allah Ta'ala bukak pintu hati join kami semua. Tak rugi kalau mai join, malahan rugi kalau tak join sebab kurang nikmat kasih-sayang sesama muslim. Rasa aku la.. sejak dari tahun 2003, kita tak pernah failed so far, Alhamdulillah dan insyaAllah akan kita teruskan usaha baik seperti ni untuk tahun-tahun yang mendatang.

Seperti biasa, Malaysia menggunakan waktu MRT (Malaysian Rubber Time). Maka yang demikian itu, majlis berbuka yang sepatutnya secara jama'i, tidak dapat disempurnakan sebab ramai yang tak dapat datang berbuka mengikut masa 'standard' berbuka kerana hal-hal yang tak dapat dielakkan. Walau macamana sekalipun, buat hadirin/hadirat, majlis dijayakan dengan penuh jayanya dalam suasana penuh kesederhanaan.

Wo ho.. sebelum lupa.. iftor bukan sekadar juadah biasa, tapi dengan jemputan khas yakni abg Kamben kita yang sudi membuat 'special appearance' menjadi mangsa untuk ke sekian kalinya. Sedap beb... tak cukup untaian kata-kata indah untuk kami gambarkan syahdu dan lazatnya kamben di malam bulan Ramadan.

Terima kasih tidak terhingga buat sdr. Ahmad Husaini Dakir dan isteri, keran sudi mencemar duli menghadiri dan memeriahkan suasana malam Ramadan yang diberkati. Kalau ada peluang, join la lagi. Amcam kambing brader? Sedap? Kalau tanya aku, for sure aku jawab : "YANG TERBAAEEEEEEK!!!!!".

Di sini juga aku ingin merakamkan terima kasih yang tidak terhingga buat tuan rumah sebab walaupun rumah dilanda banjir, tapi tetap sudi jugak izinkan guna premis untuk buat majlis. Memang tak leh balas la. Allah jua yang Maha Mengetahui bahawa betapa hati ini terlalu dan amat terharu dengan kemudahan 'facility' yang disediakan.

Dan untuk makluman semua, kami makan sambil ingat kat kengkawan, tapi taktau la kot kawan2 ingat kat kami ke dak.. harap2nya ingat sama kat kami.

Kita ada satu sesi baru yang dikenali sebagai sesi terapi mata. Justeru, sesiapa yang nak berurut mata, mai la join. Insyaallah kita akan teruskan sesi ni selagi ada permintaan. Sesi dijalankan secara percuma.

Insyaallah, panjang umur.. moga kita bersua kembali.

Au Revoir..

Thursday, September 27, 2007

Iftor Jama'ei

Assalamualaikum..

Buat semua warga Komuniti87, di sini aku selaku moderator blog ni, memohon ampun dan maaf sebab dah lama tak masukkan posting baru.

Dikesempatan ini sama-samalah kita mensedekahkan al-Fatihah buat adik Nurin Jazlin yang telah pergi menemui Ilahi. Moga Allah memberi balasan yang setimpal kepada sipelaku durjana yang tidak berhati perut. Dan juga, aku mengajak semua warga Komuniti87 untuk hadir bersama-sama memeriahkan majlis Iftor Jama'ei (bukak posa reramai) yang akan dilangsungkan insyaAllah seperti berikut:

  1. Tarikh: 17 Ramadan 1428 Hijri bersamaan 29 September 2007 Gregori.
  2. Masa: Nama kata bukak posa kena la mai sebelum bukak posa kan ka? Waktu berbuka ikut Hulu Klang punya, bukan Sarikei, Bintulu, Sydney atau Macau mahupun Olak Lompek. Mau catat la tu!!
  3. Tempat: Macam biasa la. Pot black - umah Izanee, Tmn Melawati, Hulu Klang (bukan kat Klang tau!!).
  4. Tema: 'Pot luck' bukannya pot black ataupun pot aroma apatah lagi port Klang. Pot luck yakni: bawa makanan yang anda nak makan dan kalau bulih jangan la semuanya pakat bawak roti john (er..untuk pengetahuan semua, tahun ni tema puasa adalah roti john, kalau tak percaya pi tengok mana-mana bazar Ramadan.. sure banyak orang niaga roti john).
  5. Tentatif: Jamuan berbuka puasa, majlis tahlil dan doa selamat. Solat Isya' berjamaah (diimami oleh Al-Fadhil Sohibul Sayyarah Ustaz Ahmad Zaki bin Yusof - tauke nasi ayam di Cairo).
  6. Solat Tarawih berjamaah (lapan rekaat ja, sapa nak cas power buat 21 rekaat, pi balik buat kat rumah memasing). Solat akan diimami oleh Al-Fadhil Ustaz Saiful Asri bin Hassan Basri.
  7. Ramah mesra bersama kambing dan hidangan yang lain.
  8. Nyanyian nasyid yang akan dikumandangkan oleh Sdr Ahmad Husaini bin Dakir aka Gebox da BomB.
  9. Pentomen 'Kambingku Sayang... Engkaulah Ratu Hatiku Jua Santapan Zahir Batin'. Duet oleh Sdr. Ahmad Suzaini bin Hashim aka Bani Hashim dan Sdr. Saiful Yusrin bin Yusof.
  10. Majlis bersurai.

Tuesday, September 11, 2007

Here comes Ramadhan..

Assalamualaikum...

Semoga dengan kedatangan Ramadhan kali ini akan mengeratkan lagi tali persaudaraan sesama kita. Maka, marilah kita sambut Ramadhan tahun ini dengan hati yang terbuka dan bergembira kerana di dalam bulan yang mulia ini, pintu rahmat dan barakat terbuka luas untuk kita. Sama-samalah kita hayati bulan yang penuh keberkatan ini dengan taqwa, mengharapkan maghfirah dan tawadhu' kepada Allah SWT.

Mari kita warnai siang dan malamnya dengan ibadah, qiamulail, tadarus qur'an dan solat-solat sunat. Moga Allah SWT melipatgandakan pahala dan kurniaanNya buat kita semua. Ramadhan hanya datang setahun sekali.

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)


Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

"Umatku talah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah pun diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang sedang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa. Allah mempersiapkan dan menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bila mana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu. Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir bulan Ramadhan (orang-orang Islam yang berpuasa ini) akan diampunkan. Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya : "Wahai Pesuruh Allah adakah itu malam Lailatul Qadr?" Dijawab oleh Rasulullah SAW "Tidak, tetapi selayaknyalah seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya"

Ramadhanul Karim, Allahu Akbar!!

Belasungkawa dan takziah..

Assalamualaikum..

Buat teman seperjuangan dan sealiran... marilah kita sama-sama menghadiahkan al-Fatihah buat Rasulullah SAW dan mensedekahkannya kepada ibubapa, tok-nenek, sedara-mara, handai-taulan kita dan seluruh umat Islam. Al-Fatihah..

Belasungkawa dan ucapan takziah buat saudara Karim Rahmat yang baru-baru ini telah kehilangan ibunya. Buat Saudara Ahmad Suzaini yang juga telah kehilangan kakak iparnya. Semoga roh-roh mereka dicucuri rahmat dan barakah dari Allah SWT. Moga kita yang masih hidup dapat mengambil iktibar di atas kejadian yang telah dan sedang berlaku di sekeliling kita. 'Tua pun gugur, muda pun gugur'. Begitulah pepatah orang tetua dahulu.

Majlis tahlil dan kambination IV alhamdulillah telah berjaya dilaksanakan baru-baru ini di rumah Izanee. Bermula agak lewat kerana ada beberapa sahabat yang masih lagi gagal dalam pengurusan masa. Termasuklah aku yang lewat. Moga Allah berikan kekuatan pada kita semua untuk bersatu di dalam mengerjakan perkara baik dan menjauhi perkara mungkar.


Monday, September 3, 2007

Frozen Moments!

Lestarinya sebuah kenangan dan persoalan

Assalamualaikum..
Buat sahabat serta rakan taulan. Semoga ceria dan tabah selalu. Dikesempatan ini, ingin aku rakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat kawan-kawan yang sudi meluangkan masa bersama-sama untuk menghadirkan diri di Madrasah Idrisiah 1 September yang lalu. Teruja, syahdu dan terharu bila menjejakkan kaki semula di atas tanah Madrasah Idrisiah.
Bertolak dari KL pukul 9 lebih. singgah sarapan di Tapah dan rumah mak Jamil di Lenggong sampai pukul 3.30 petang. Nasib baik Malaysia ikut MRT (Malaysia Rubber Time) bukannya GMT. Jadi, tak rasa bersalah sangat walaupun lewat banyak daripada yang sepatutnya. Aku akui banyak kelemahan perihal menepati masa yang perlu dibaiki dari semasa ke semasa. Mohon Allah Taala perkuatkan azam dan semangat.
Antara intipati ucapan Dato' Mufti yang dapat kita kongsi bersama ialah:
1. Gerakan Kristian tidak akan duduk rehat dalam merosakkan umat Islam.
2. Banyak cendikiawan Islam yang terkeliru sehingga menjadi alat pihak Kristian.
3. Sekolah agama SAR seperti Idrisiah perlu dipertahankan.
4. Bantuan amat-amat dialu-alukan tak kira dalam apa jua bentuk.
5. Penyertaan bekas pelajar-pelajar dalam program yang dianjurkan amatlah menyedihkan.
6. Kena kuatkan usaha dan jangan dok komen ada saja benda yang tak kena dan tak patut dibuat.
7. Cakap banyak tapi habuk pun tarak, baik tak payah cakap. Sebab tak membantu pun.
8. Umat Islam tiada kualiti sebab yang banyak hanya pandai bercakap tapi bekerjanya kurang.
Mesyuarat Agung Tahunan Bekas Pelajar Idrisiah walaupun kehadirannya sederhana, tetapi dikira berjaya secara kasarnya. Di kalangan kawan-kawan sesi 87 yang hadir ialah; Jamil, Asri, Meor Saiful Hamdi aka MATOT, Alems, al-Razi dan aku. Sesi 86; Ma'amun dan Meor Nazri sahaja (seingat aku la).
Dalam mesyuarat agung, tiada usul baru yang disuarakan, cumanya gesaan dari bekas pelajar-pelajar yang mahukan supaya diperkasakan dan 'update' selalu website Idrisiah yang sedia ada. Tujuannya untuk berkongsi maklumat dan berita terkini Idrisiah. Dato' Mufti Perak's the coolest among us.
Majlis makan malam pun seronok dan meriah. Cikgu2 ramai yang ada. Cabutan bertuah semua batch 87 dapat (aku yang paling last sekali dapat. Nasib baik dapat, kalau tak, kena mandi air longkang la jawabnya). Secara keseluruhannya, berjalan lancar dan meriah dalam kesederhanaan.
Bila dalam perjalanan pulang, aku terfikir kenapa ramai di kalangan kita tidak dapat hadir program yang macam ni? Sibuk, ada program sana-sini, kenduri, tugasan dan pelbagai jua alasan yang dicipta dan diberikan. Barangkali... Dato' Mufti TIDAK sesibuk, sepenting, hidup dalam kesunyian, punyai masa terluang yang banyak, tidak dijemput menghadiri sebarang kenduri kahwin/majlis rasmi/tahlil/cukur jambul dan ada tugasan seperti kawan-kawan aku. Mungkinkah jemputan Idrisiah tidak dirasakan mempunyai sebarang signifikan yang unik, tidak penting, buang masa dan duit, dan mungkin juga rasa cinta pada Idrisiah sudah tiada? Kalau itu jawapannya, malanglah buat sebuah sekolah agama yang melahirkan ramai ulama, tokoh2 terkenal, ahli perniagaan, eksekutif, peguam, cikgu, kerani cabuk/tidak cabuk, pemandu pelancong dan sebagainya sudah hilang rasa cinta pada tempat ilmu ditimba.
Aku juga terpikir, kenapa Dato' Mufti saban tahun dijemput tidak pernah gagal untuk hadir ke Idrisiah. Kenapa insan kerdil macam aku tak berfikiran macam Dato' Mufti? Apa ada pada Idrisiah sehinggakan beliau sanggup mengenepikan segala kerja, jemputan, tugasan dsbgnya semata-mata untuk meluangkan masa menghadiri majlis yang jemputannya cukup-cukup sedikit (bila dinisbahkan dengan jumlah bekas pelajar-pelajar)? Kenapa dan mengapa? Sedangkan beliau seorang insan yang hebat dan sibuk. Aku serahkan jawapan yang tak ku temui pada Allah Azza Wa Jalla.
Wallahu A'lam.

Friday, August 24, 2007

Siapa yang pergi?

Assalamualaikum..

Saja nak tanya... siapa lagi yang jadi pergi ke Majlis Bekas Pelajar Idrisiah pada 1 September nanti?

Panjang umur murah rezeki, kita jumpa di sana, insyaAllah.

Monday, August 20, 2007

Pangkor dalam kenangan, hidup suatu perjuangan..

Assalamualaikum..



Kenangan yang tercoret ketika di Pangkor dahulu...

Tanggal 31 Ogos ini merupakan tarikh yang ditunggu-tunggu warga Malaysia. Ulangtahun ke 50 kemerdekaan tanah air kita. Namun, di dalam kegembiraan rakyat Malaysia sedang membuat persiapan untuk merayakan Hari Kemerdekaan, kita saban hari dijamu dengan berita-berita yang tidak enak seperti pembunuhan, kecurian, kemalangan dan kemelut ekonomi yang sedang melanda negara.

Berkata Dr. Haron Din: "Penyebab pada semuanya ini, adalah berpunca dari kesilapan tidak meletakkan asas kemerdekaan itu di atas paksinya yang sebenarnya iaitu mensyukuri nikmat kemerdekaan itu dengan membalas semula dengan menunaikan segala kehendak dan perintah Allah SWT."

Sama-sama renungi dan mendalami apa yang dikatakan oleh para ulama'. Semoga dengan kejadian-kejadian yang berlaku di sekeliling kita, menjadi iktibar buat kita semua di dalam memelihara kesejahteraan hidup dan kemerdekaan.

Harapan aku, mudah-mudahan hari kemerdekaan kali ini kita sambut dengan penuh kesederhanaan dan memanjat kesyukuran kepada Allah SWT.

"Marilah merdeka daripada kejahilan, kebathilan, kezaliman dan hutang-piutang!".

Friday, August 10, 2007

Kambination revisited..

Perbankan Islam Zalim Kerana Mahal?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

Saya telah menjelaskan beberapa proses mengawal selia dan mematuhi Shariah di bank-bank Islam di dalam bab yang lepas. Bagaimanapun, saya tidak menafikan masih terdapat kemungkinan bank-bank Islam diseluruh dunia ataupun jendala perbankan Islam di bank konvensional yang tidak memberi perhatian sewajarnya terhadap proses itu. Justeru itu, menjadi tanggungjawab anggota majlis pengawasan Shariah setiap bank bagi bersikap lebih tegas, proaktif dan bersungguh-sungguh terhadap operasi bank yang diselia mereka.

Masih segar di ingatan saya, pemuda mendekati saya lalu bertanya dengan soalan yang popular didengari.

" Mengapa bank Islam lebih mahal daripada yang riba? "dan saya bertanya apakah yang menyebabkan ia membuat kesimpulan seperti itu.

Lalu dengan tegas si pemuda ini menjawab: "Sebagai contoh. "katanya dengan yakin, "Ibu saya mengatakan membiayai perumahan bank Islam jauh lebih tinggi daripada perbankan konvensional, apa pandangan ustaz? "katanya sambil membulatkan matanya ke arah saya.

Saya bertanya kembali. "Bagaimana cara ibu saudara mengira sehingga dapat jumlah itu? "kata saya, "Adakah saudara tahu berapa kadar keuntungan yang dikenakan oleh bank Islam dan berapa pula, yang dikenakan oleh Konvensional?" tanya saya lagi.

Pemuda itu menjawab: "Bank Islam ini mengenakan kadar 7.60% setahun bagi tahun ke- tiga sehingga tiga puluh, manakala bank konvensional hanya mengenakan 6.75%, tambahan pula, bank Islam kena bayar RM1050 sebulan, bank konvensional hanya RM850 sahaja" katanya memberi contoh dengan yakin.

Teknik yang Tidak Disedari

Ini antara bentuk kekeliruan yang menjalar kalangan orang ramai yang ingin menggunakan perkhidmatan perbankan Islam di ketika ini.

Mereka tidak dapat memahami cara kiraan yang betul menyebabkan mereka membuat keputusan dan kesimpulan yang salah. Bayangkan, perbankan Islam hanya mengenakan 7.60% (tahun ke-3 sehingga 30 sebagai contoh), ini bermakna kadar ini tidak akan bergerak hinggalah 30 tahun itu, bukankah bank Islam menanggung risiko yang besar?

Manakala apabila dilihat kepada pinjaman perumahan oleh produk konvensional, hampir kesemuanya memukau pelanggan dengan kadar rendah di tahun pertama, tetapi bagi tahun berikutnya kadarnya tidak dapat diketahui oleh pelanggan kerana ia bergantung kepada kadar peratusan BLR (Base Lending Rate ) atau Kadar Pinjaman Asas yang tidak tetap serta dicampur dengan 0.25% sebagai contoh.

Bagaimana apabila peratusan BLR melambung tinggi seperti 10% seperti yang berlaku ketika krisis ekonomi? Bukankah ketika itu, kadar interest yang perlu dibayar oleh pelanggan juga amat tinggi. Ini tidak akan berlaku dalam pengamalan bank Islam kerana di awal kontrak lagi menetapkan harga jualannya, tanpa terikat dengan BLR dan tidak akan naik malah mungkin boleh turun sekiranya bank Islam bermurah hati memberikan rebate (ibra') apabila pihak pelanggan ingin membuat penyelesaian hutang awal ‘early settlement'. Perlu dingat BLR naik beberapa kali sepanjang tahun lepas dan tahun ini dari 6% sehingga 6.75%. Ia juga boleh melonjak lagi mengikut keadaan ekonomi.

sila fahamkan

Ini bermakna, kenyataan yang menyebut perbankan Islam mengenakan kadar yang lebih tinggi bagi dibayar oleh pelanggan adalah kenyataan yang kurang tepat dan boleh dipertikai.

Malah apabila dilihat kepada kadar membiayai yang dikenakan oleh perbankan Islam bagi produk-produk membiayai perniagaan juga membuktikan kadar adalah setara seperti ditawarkan oleh bank konvensional malah lebih murah dalam banyak keadaan. Hal ini sukar didedahkan kerana kadar membiayai syarikat berubah-ubah bergantung kepada tiga hal terpenting:

  • a) Kadar mengurus minima (cost of fund ) bank islam itu.
  • b) Prestasi dan kekuatan organisasi yang memohon pembiayaan.
  • c) Potensi and risiko perniagaan yang ingin diceburi.

Semua yang disebut di atas mempengaruhi kadar yang dikenakan kepada pemohon. Saya sedar, walaupun saya menerangkan fakta di atas terdapat orang ramai yang mula menyebut:

Zalim?

"Jadi mengapa hanya setanding dengan konvensional? Kami ingin kamu menjadi lebih murah."

"Bukankah bank Islam ini patutnya 'maqasid' (objektif Shariah) adalah membantu umat Islam, lalu kenapa mahal? " tanya pelajar sarjana IPTA kepada saya.

Ketika itu, saya memberikan ceramah khas berkenaan produk perbankan Islam di sana, turut hadir adalah ketua jabatan fakulti Shariahnya. Lalu saya melihat kepada professor itu dan bertanya.

"Professor, berapakah yuran yang dikenakan apabila saya ingin mengambil PhD dalam bidang Fiqh Islam dan Perbankan Islam."

"Lebih kurang RM13,000" katanya.

"Mengapa begitu tinggi Professor, kenapa tidak yurannya hanya RM 2000 sahaja?" tanya saya menguji.

"Mana boleh, macam mana nak bayar gaji pensyarah kalau begitu" tegas Professor tersebut.

Demikian dapat saya simpulkan hal di perbankan Islam juga, harga yang ditawarkan adalah menurut kemampuan dan keperluan pasaran. Perlu difahami Islam menjaga hak penjual dan pembeli secara adil. Bukan hanya hak pembeli sahaja yang perlu dijaga.

Adalah dikira kezaliman pada kita sebenarnya, apabila kita mengutuk kedai nasi lemak seorang islam kerana menjual nasi lemak dengan harga RM2.00, dalam keadaan kedai bukan Islam menjual pada harga yang sama ataupun lebih murah sedikit. Padahal, si Muslim menjual dengan kadar harga yang ia mampu tawarkan dan halal.

Jual 2 Kali Ganda Harga Modal Tidak Zalim?

Ada yang merungut dengan mengatakan bahawa bank-bank Islam zalim kerana harga aset yang dijualnya kepada pelanggan adalah dengan 100% keuntungan nescaya ia haram?.

Jawapan saya, tidak sama sekali, selagi ia diterima oleh harga pasaran. Buktinya adalah dari hadith Nabi SAW :-


أن النبي -صلي الله عليه وسلم- أعطاه دينارًا يشتري له به شاة، فاشتري له به شاتين، فباع إحداهما بدينار، فجاء بدينار وشاة فدعا له بالبركة في بيعه، وكان لو اشتري التراب لربح فيه


Ertinya : Sesungguhnya Nabi SAW memberi 'Urwah satu dinar untuk membeli seekor kambing, maka (atas kebijaksanaannya) dapat dibelinya dua ekor kambing, lalu dijualnya seekor dengan harga satu dinar, lalu ia dating bertemu Nabi membawa satu dinar dan seekor kambing, maka Nabi terus mendoakannya dalam jualannya, yang jika ia membeli tanah sekalipun pasti ia akan mendapat untung" ( Riwayat Al-Bukhari, no 3642 )

Hadith ini menunjukkan bagaimana sahabat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar, bermakna 1/2 dinar seekor, dan kemudian menjualnya degan harga 100% keuntungan iaitu 1 dinar seekor. Transaksi ini diiktiraf oleh nabi malah dipuji dan didoakannya.

Justeru, tindakan bank-bank Islam yang menjual rumah atau asset kepada pelanggan yang dibelinya dengan harga 100 % lebih dari harga asal adalah halal selagi mana pasaran dapat menerimanya.

Kunci Memahami

Bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan hal ini pembaca perlu memahami fakta berikut :-

a) Bank-bank Islam adalah merupakan syarikat-syarikat berlesen dan berdaftar yang juga mensasarkan keuntungan supaya organisasi maju ke hadapan. Bagi mencapai sasaran itu, perbankan Islam menawarkan khidmat kewangan menurut Islam melalui produk-produknya yang diiktiraf Shariah. Ia bukannya badan kebajikan yang menawarkan khidmat secara percuma.

b) Bank-bank Islam juga mempunyai pelabur-pelabur yang mengharapkan pulangan yang baik hasil pelaburannya, dan ia bukannya wang subsidi yang diberi secara percuma. Saya yakin, apabila anda menjadi salah seorang daripada pemegang saham utama di bank Islam, adakah anda dengan mudah merelakan keuntungan yang diraih berkurangan semata-mata kerana ingin membantu umat Islam?. Jawabnya, ia tertakluk kepada iman pemegang saham itu. Hasilnya, apabila anda merungut ianya mahal, berusahalah supaya anda menjadi salah seorang pemegang saham dan mampu rendahkan harga bank yang anda miliki. Ini amat terpuji dan yang amat saya galakkan secara peribadi.

c) Bank-bank Islam juga mempunyai para kakitangan yang perlu di bayar gaji selaras dengan nilai pasaran. Keuntungan adalah amat penting bagi menjamin kakitangan yang berkualiti dapat dikekalkan bagi mengurus bank secara efektif dan kompetetif.

d) Bank-bank Islam juga perlu membayar kos operasi bangunannya dan peralatan-peralatannya. Justeru itu, apabila khidmat yang ditawarkan adalah percuma dan amat murah, bagaimana mungkin sebuah bank Islam mampu terus berkembang.

Selepas memahami empat fakta di atas, cuba fahami fakta berikut pula:

a) Apabila anda mengatakan, perbankan Islam sepatutnya sentiasa lebih murah berbanding konvensional kerana ia membantu orang ramai terutamanya orang Islam. Anda perlu menyedari kebajikan dan kepentingan bank juga perlu dijaga supaya mampu terus menerus membantu segenap lapisan masyarakat. Nabi tidak membenarkan kawalan harga dibuat oleh kerajaan pada masa yang tidak terdesak. Nabi juga menolak permintaan sahabat baginda untuk melakukan 'ceilin' harga di ketika pasaran tidak diserapi unsur zalim oleh peniaga. Sebagaimana respon dan jawapan nabi SAW kepada sahabat baginda :

بل الله يخفض ويرفع , وإني لأرجو أن ألقى الله وليس أحد منكم يطالبني بمظلمة في دم أو مال

Ertinya : Bahkan Allah SWT adalah yang menaik dan menurunkan harga, dan sesungguhnya akhu berharap untuk bertemu Allah dan tiada seorang pun dari kalangan kamu menuntut dariku akibat sebarang kezaliman ( yang aku lakukan) samada berkaitan darah atau harta" ( Riwayat Abu Daud ; hlm 385 ; Al-Bayhaqi, 6/29 ; Sohih menurut Albani)

Ia adalah kerana Nabi tidak mahu menghadkan hak peniaga bagi mendapat keuntungan. Justeru itu, selagi mana ruang keuntungan masih berada di paras pasaran adalah dibenarkan. [1]

b) Apabila anda mengatakan, perbankan Islam sepatutnya membantu orang-orang yang susah dan bukan semakin menyukarkan mereka. Maka anda perlu memahami apabila bank Islam itu memperolehi keuntungan, ia akan mengeluarkan zakat bagi asnaf (kumpulan) yang layak menurut Shariah. Malah selain itu, bank-bank Islam juga mempunyai peruntukan sumbangan kebajikan yang diberikan menurut keadaan. Bukankah itu juga membantu individu yang susah dan memerlukan.

Ini jelas, kerana orang yang benar-benar susah tidak akan mampu mendekati bank dan mengajukan permohonan. Maka sesiapa yang diluluskan permohonannya oleh bank-bank Islam sebenarnya adalah orang yang agak senang. Justeru itu, bukankah amat baik apabila zakat yang dikeluarkan oleh bank disalurkan kepada orang yang benar-benar susah berbanding yang sederhana susah. Kita perlu mengetahui jumlah peruntukan zakat yang sediakan oleh bank-bank Islam dan jendela "windows" perbankan Islam bagi tahun kewangan 2005 sebagai contoh adalah seperti berikut: RHB ISLAMIC Bank: RM920 ribu, HSBC Amanah: RM49 ribu, Maybank "Islamic windows": RM1.172 juta ; Public Bank "Islamic windows": RM55 ribu, Hong Leong Islamic: RM45 ribu. Merujuk kepada laporan setiap bank berkenaan bagi tahun kewangan 2005. Bukankah ini benar-benar membantu orang yang susah sebagaimana yang diinginkan?

c) Keuntungan baik yang diperolehi bank-bank Islam juga membolehkan bank ini meluaskan lagi jangkauan operasinya, selain memantapkan lagi keuntungan akan datangnya. Ia adalah amat baik kerana bakal menghasilkan lebih banyak peluang kerjaya baru bagi individu Muslim di perbankan konvensional yang ingin berhijrah ke perbankan Islam, ia juga mewujudkan banyak peluang pekerjaan buat rakyat sekaligus membantu mereka. Malangnya, ramai yang suka menyempitkan fikiran mereka dengan hanya melihat kepada kadar-kadar membiayai sahaja.

d) Adakah anda menyedari? Apabila bank mendapat keuntungan yang baik, maka ia juga menghasilkan kadar pulangan yang tinggi bagi penyimpan-penyimpan di akaun Islam sebagai contoh Akaun Mudharabah. Individu yang menyimpan akan mendapat pulangan yang lebih besar. Demikian juga penyimpan yang menyimpan dalam Akaun Simpanan Wadiah. Mereka juga berpeluang mendapat pulangan ‘hibah' yang menarik. Ia juga satu lagi bentuk bantuan tetapi tidak disedari oleh orang yang merungut ini.

Adakah fakta ini mencukupi? Saya akan memberi jawapan memahamkan rakyat Malaysia.

1) Nilai yang halal adalah tidak ternilai.

Seorang usahawan Malaysia memberitahu saya pengalamannya di London, harga ayam yang disembelih jauh lebih mahal daripada ayam yang tidak disembelih. Bagaimanapun, umat Islam tetap terpaksa membeli ayam yang mahal tadi demi memastikan makanannya halal walaupun ia lebih mahal.

Bagaimana apabila individu mengatakan produk bank Islam lebih mahal. Majlis Penasihat Shariah masing-masing mengesahkan produk yang halal berbanding produk-produk yang tidak disahkan Shariah.

Fenomena yang agak ganjil berlaku hari ini adalah orang Islam mengambil berat makanan yang dicampur dengan ayam tidak sembelih dan sebagainya, tetapi sering melupakan riba diharamkan. Ia adalah jauh lebih berat daripada memakan ayam bangkai ataupun khinzir.

Allah SWT berfirman :-

الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا

Ertinya : Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan" ( Al-Kahfi : 46 )

Ayat surah Kahfi menurut Syeikh Ibn Asyur mengingattkan kita betapa perlunya kita menyedari amal soleh dan keberkatan adalah lebih perlu diutamakan dari harta banyak tanpa halal. Jadi dalam konteks ini, walaupun anda mendapat harga rendah di bank konvensional. ia bukanlah amal soleh kerana ia adalah Riba yang haram.

Malangnya umat Islam, bila bercerita berkenaan perbankan Islam yang halal, yang paling disibukkan adalah kadarnya yang lebih mahal dari konvensional kononnya. Tidak terlihat langsung elemen HALAL dan HARAM dalam mindanya. Padahal, menggagahkan diri menggunakan perbankan Islam walaupun sedikit lebih mahal merupakan satu amal soleh yang amat terpuji dan itulah yang dilihat oleh Allah SWT sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat di atas.

Ini lah bukti, umat Islam sudah semakin hilang sensitiviti kepada alam barzakh dan akhiratnya. Padahal, tiada yang lebih zalim dari bank yang menyediakan perkhidmatan haram Riba, semurah manapun mereka. Kerana ia tetapi haram dan amat zalim menurut hak Allah SWT.

2) Kos tambahan bagi khidmat profesional pengesahan Shariah.

Apabila dilihat daripada perspektif perniagaan dan logik pula. Pengesahan Shariah amat diperlukan dalam semua produk, aktiviti pelaburan dan pembiayaan bank Islam. Justeru itu, keadaan ini dianggap sebagai satu proses menambah piawaian profesional yang pastinya memerlukan kos masa, tenaga dan kepakaran tambahan. Keadaan ini sekali lagi menyebabkan semua produk yang ditawarkan bank Islam adalah unik, istimewa dan melalui proses ‘Shariah Screening', yang lebih unik dan berkualti mempunyai nilai pasaran yang sedikit berbeza.

3) Bank-bank Islam adalah pemain-pemain kecil yang sedang meningkat naik.

Ini ternyata daripada statistik yang dikeluarkan oleh Laporan bank Negara Malaysia Tahun 2005 melaporkan aset semua bank-bank Islam dan jendela perbankan Islam di Malaysia sebanyak RM111.8 billion dan ia hanya merupakan 11.6% daripada keseluruhan aset bank di Malaysia. Ini bermakna, bank konvensional masih menguasai industri perbankan dengan cukup jauh sekali. Bagaimanapun, kita bersyukur kerana prestasi perbankan Islam mencatatkan pertumbuhan sebanyak 17.7% berbanding tahun 2004.

Jumlah Keseluruhan Asset Bank di Malaysia Menurut Ranking Pada 30 Jun 06

Maybank : RM 224 Billion

CIMB Group : RM 154 Billion

Public Bank : RM 135 Billion

RHB Capital : RM 96 Billion

AMMB Holdings : RM 72 Billion

Hong Leong : RM 61 Billion

EON Capital : RM 38 Billion

Affin Holdings : RM 35 Billion

Bank Islam Malaysia Berhad : RM 18 Billion

Sumber : NST, 26 Nov 06

Maka, sebagai pemain-pemain kecil yang sedang naik, kadangkala harga yang ditawarkan mungkin lebih tinggi sedikit berbanding pemain-pemain besar. Ia dianggap seperti harga barangan yang ditawarkan di kedai runcit dibandingkan dengan harga di hypermarket.

Individu memahami bank konvensional yang mempunyai aset besar sekitar RM150 billion (sebagai contoh), apabila ia menghadapi hutang tidak berbayar (non performing loan) daripada peminjamnya berjumlah RM150 juta, kedudukan bank itu masih tidak tergugat. Bagaimanapun, sekiranya bank Islam dengan asetnya berjumlah RM8 billion (seperti RHB Islamic Bank pada tahun 2006), apabila ia mempunyai jumlah nilai hutang tidak berbayar dalam jumlah yang sama (RM150 juta), sudah tentu ia akan memberikan kesan yang besar kepada jangka hayat bank Islam itu.

Kesimpulannya, bank-bank Islam serta kaunter / jendela "windows" Islam hari ini perlu diberi lebih sokongan oleh semua rakyat demi memampukan ia mencapai tahap yang di gariskan kerajaan (iaitu 20% aset perbankan Islam berbanding konvensional), malah mengatasinya. Apabila hari ini kita sanggup berkorban sedikit demi memajukan bank-bank Islam, nescaya sudah pasti generasi akan datang mampu melihat dan menikmati kadar yang sangat hebat serta halal daripada institusi kewangan Islam dan produk-produk Islam.

Saya secara peribadi juga amat mengharapkan agar kadar pembiayaan yang dikenakan oleh Bank-bank islam boleh lebih murah dari sekarang, bagaimanapun saya tidak dapat menyembunyikan syukur saya, kewujudan mereka ini pun adalah satu nilai yang besar buat umat Islam kerana dengannya dapat kita mengelakkan pembelian rumah dan lain-lain dari terjebak dengan Riba.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

Tulisan asal disiarkan pada 2006

Diedit pada 25 Julai 2007

Wednesday, August 8, 2007

Behold to all old boys and girls

Assalamualaikum..

Update
----------------------------------------------------------------------------------------------
Semua urusan maklumbalas dan keterangan lanjut, sila hubungi:
  • Alamat: Madrasah Idrisiah. Bukit Chandan, 33000 K.Kangsar, Perak.
  • Untuk perhatian (kalau surat-menyurat): Pengetua.
  • Tel: 05-7761961
  • Faks: 05-7768268
  • H/P: 013-5283143 / 012-5599181
  • Untuk bayaran wang pos /cek, sila buat atas nama: PERSATUAN BEKAS PELAJAR MADRASAH IDRISIAH
  • No akaun: Maybank - 008092309636
p/s: bayaran untuk ahli komuniti87 boleh dijelaskan sebelum atau pada 24 Ogos 2007.


Posting Asal
................................................................................................
Salam sejahtera buat semua. Beberapa hari yang lalu aku terima surat daripada Madrasah Idrisiah. Tujuan surat tu dikirimkan adalah kerana menjemput bekas pelajar-pelajar Idrisiah untuk menghadiri 'Majlis Makan Malam Bekas Pelajar Idrisiah'.

Butirannya seperti berikut:
  1. Tarikh: 1 September 2007
  2. Tempat: Dataran Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan, K.Kangsar, Perak
  3. Waktu: 8.00-11.00 malam
Tentatif programnya pula:
  • 3.00 petang: Pendaftaran kehadiran
  • 3.30 petang: Mesyuarat Agung Tahunan
  • 4.30 petang: Mesyuarat tamat - minum petang, solat Asar
  • 5.30 petang: Acara ramah mesra bersama bekas pelajar - pendaftaran kehadiran, makan malam
  • 7.00 petang: Tahlil - solat Maghrib - kuliah Maghrib dan solat Isyak
  • 9.00 malam: Program makan malam bermula - ucapan alu2an pengerusi, ucapan perasmian Sahibul Samahah al-Fadhil Dato' Seri Dr. Haji Harussani bin Haji Zakaria (Mufti Perak), Jamuan bermula, persembahan pelajar, penyampaian hadiah & cenderamata
  • 11.00 malam: bersurai
Bayaran pula sepertinya di bawah:
  1. 1 tempat duduk RM50.00 / 1 tempat duduk isteri RM50.00 (anak percuma)
  2. Tajaan meja guru / kakitangan: 1 meja RM250.00 / 1 meja RM500.00
yang bermaksud: kalau pi sorang, bayaran hanya RM50.00 tapi kalau bawak anak bini tambah lagi RM50.00 (ni kalau ada sorang bini sahaja). Anak dikecualikan daripada bayaran. Yang mana ada anak ramai, memang untung. Bini ramai, kena bayaq lebih la sikit. Kalau nak tolong taja meja makan untuk guru / kakitangan madrasah, ada dua jenis meja: 1. meja kecik RM250.00 sahaja. 2. meja besaq RM500.00. Juadah aku tak tau depa nak jamu apa. Tu kena tanya el-Syazali sendiri la apa menu dia.

Pakaian: baju kebangsaan / batiks (untuk lelaki). Kemas dan bergaya. Seluaq kena pakai la jugak walaupun dalam program tu depa sebut baju sahaja. Pompuan jangan la pi majlis tu pakai kain batiks puloks. Malu kat Tok Peti (dato' mufti).

Jadinya, aku rasa inilah peluang terbaik kita untuk bertemu muka dengan kawan-kawan dan bekas pelajar-pelajar Idrisiah yang lain. Di samping kita dapat share our 2 cents idea or whatever comment regarding our madrasah.

Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama memenuhi jemputan tak kira sama ada kita dapat surat jemputan ataupun tidak. Inilah masanya untuk kita menunjukkan kesungguhan kita dalam membantu madrasah kita untuk maju ke hadapan.

Buat mereka yang tengah sempit poket, bayaran boleh dijelaskan sebelum atau pada 24 Ogos 2007. Cumanya, tolong maklum awai yakni pada 10 Ogos ni kepada pihak Madrasah Idrisiah sama ada hadir atau tidak. Nanti senang depa nak bajet kerusi meja dan perkara-perkara lain.

Kita jangan dok pelekeh sekolah kita atau cakap-cakap kot belakang bila jemputan ni kita tak hadir tanpa alasan yang munasabah ataupun ada keuzuran. Sama-sama kita bantu dan sokong SAR tak kira sekolah tu tempat kita mengaji dulu atau tidak. Ni tanggungjawab kita semua.

Action is stronger and louder than words. CU!

Wednesday, August 1, 2007

Durian, Optimus Prime dan kawan-kawan continues

Ok.. sambungan daripada posting sebelum ni. Petuanya adalah seperti berikut:
  1. Menggeliat dulu sebelum bangun tidur. Pastikan anda dalam keadaan masih berbaring. Lunjurkan kaki dan tegakkan tangan. Mengeliatlah sepuas-puas hati anda secukup rasa. Kemudian bangun duduk dan tundukkan badan sehingga jari tangan anda kena pada telapak kaki. Kemudian, lipatkan kaki dan temukan kedua tapak kaki anda sehingga bersentuhan antara satu sama lain (kalau mampu, buat tanpa sisi lutut terangkat). Nota: buat mereka yang mempunyai perut yang besar, tidak perlu tunduk sampai 'krem' perut tuh. Cukuplah sekadar anda rasai urat belikat di belakang anda berasa tegang.
  2. Basuh muka sebanyak tiga kali sebelum berkumur apabila bangun daripada tidur. Amalkan setiap kali anda bangun daripada tidur. InsyaAllah, segala sakit kepala dan fikiran yang berserabut akan hilang.
  3. Khusus untuk orang lelaki (tak dapat dikongsi bersama-sama atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan). Kalau mau, boleh hubungi rakan-rakan yang hadir sesi 'berkongsi petua' bersama Alems tempoh hari.
Sekian dahulu untuk petua buat masa ini. Sekiranya anda mempunyai petua turun-temurun yang boleh dikongsi bersama, sila kongsi petua anda di ruangan komen. Terima kasih.

Usai solat Maghrib-Isya' di rumah Mail, kami (Jamil, Yusrin, Mat dan aku) bersama Mail bergerak menuju ke Ipoh. Di sana, kami makan malam di medan Gopeng bersama-sama Zaki, Din Adam dan kawannya. Abis selesai makan, Din dan kawannya pulang sebab ada peperiksaan MBA pada keesokan paginya. Tak lama selepas Din cargas, datang le pulok si Fakhrul Zaman. Melepaklah kami sehingga pukul 11 lebih malam. Bercerita dan bertanya khabar perihal masing-masing. Dan dikesempatan ini, aku jugak nak maklumkan tentang perjumpaan seluruh warga Komuniti87 kali ke-2, insyaAllah akan diadakan pada bulan Mac 2008, bertempat di Pulau Pangkor. Tarikh sebenar belum diberi kata putus oleh AJK.

Pukul 12 malam, kami sudah berada di atas PLUS menuju pulang ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan ketika melewati Gua Tempurung, Yusrin membuat percubaan untuk bercerita tentang perkara ganjil yang dikisahkan berlaku sekitar Gua Tempurung. Malangnya, dia gagal untuk menghabiskan cerita tersebut sebab aku gelak sakan. Sebab apa aku gelak? Hanya Yusrin, aku, Mat dan Jamil saja yang tau. Lepas pada tu, aku berasa duduk dalam dunia yang kelam. Sedar-sedar dah sampai kat MRR2 interchange Ampang sebab Jamil bawak kereta macam orang kena sawan. Zup, zap, zup.... cilok baeekk punya. Macam pelesit. Sampai di Pandan Indah pukul 2.00 pagi.

Terima kasih buat semua yang sudi meluangkan masa bersama. Tidak kira sama ada yang pergi ke rumah Mail, lepak makan malam di Ipoh juga yang membaca blog ni. Tanpa hangpa semua, hidup aku mungkin tidak semeriah ini.

Sekian.

Monday, July 30, 2007

Durian, Optimus Prime dan kawan-kawan


Assalamualaikum..

Semoga Allah Taala merahmati kita semua, amin!!

Segalanya berjalan dengan lancar dan berjaya sekali. Perjalanan dua malam sudah yang meletihkan tetapi menggembirakan hati takkan luput dari ingatan.


4.30 pagi, aku bersama Optimus Prime bergegas turun dari rumah di Pandan Indah sambil Jamil, Mat dan Yusrin sabar menanti di bawah. Perjalanan kami bermula sebaik saja aku dan kawan-kawan bergerak keluar dari Pandan Indah melalui MRR2 terus ke Sg. Buloh interchange. Dari sana kami memasuki lebuhraya PLUS yang dijangka akan sesak teruk menjelang raya tahun ni. Kon-kon penanda jalan masih banyak membuktikan bahawa kerja-kerja menaik-taraf lebuhraya PLUS akan memakan masa yang panjang. Nasihat awal aku pada kalian yang akan menggunakan PLUS untuk balik raya nanti, buat perancangan awal sebelum terkantoi masa pulang beraya.

Subuh kami usaikan di hentian Tapah. Air nescafe suam kurang manis terasa pekat ketika membasahi tekak sambil aku meladeni kesibukan manusia pagi itu. Perjalanan diteruskan sambil berbicara tentang agenda yang akan dibuat nanti. Melalui susur keluar Kuala Kangsar, kami teruskan pengembaraan ke Kg. Geluk, Lenggong, tanah tumpah darah Jamil. Sampai kami di Baitul Aman, pukul 8.15 pagi. Bondanya siap menanti dengan durian yang terhidang di atas meja dengan pulut diwarnai pula dengan santan. Memang big breakfast. Aku tak berapa sangat dengan durian, apatah lagi pulut. Angin. Mahu tak mahu, aku jamah juga durian dan pulut sebab 'stim' pun ada bila tengok Jamil menelan satu demi satu durian dalam pinggan. Yusrin kurang makan sebab jaga badan. Mat tak berani nak makan durian campur pulut sebab katanya buku lali terkehel. Takut angin. Tapi, banyak ulas durian yang jadi mangsanya. Aku?! Sikit je. Dalam 5 ulas aku tibai. Aku bukan peminat fanatik durian. Jaga badan pun ya. Optimus Prime tak makan sebab takut kentut busuk.

Selepas boot kereta Jamil penuh diisi dengan rambutan dan langsat, kami pun bergerak menuju ke Taiping untuk agenda seterusnya. Sememangnya sejak jalan ke Gerik diluruskan, perjalan yang selalunya mengambil masa selama sejam setengah dari KK ke Gerik, kini tinggal 40 minit. Pekan Lenggong pun dah makin maju. Tambahan pula dengan adanya Bandar Baru Lenggong, aku percaya aktiviti ekonomi akan bertambah rancak. Pekan kecil seperti Kati, Raban dll makin sepi sebab jalanraya yang baru tak melalui pekan-pekan tersebut.

Cuaca mendung (pemandangan biasa Taiping) menyambut ketibaan kami. Pukul 2 petang, kami singgah di rumah mak aku. Minum air, ambil bekas dan terus cargas ke Matang. Sewaktu melewati Batu 5, Mat tanya kat aku di mana katanya tempat mee udang yang sohor, selak udang nampak mee? Aku jawab aku taktau tapi bolehlah tanya pada orang yang tau. Setelah aku buat satu panggilan telefon, dan kenalpasti di mana kedudukan kedai mee yang sohor tu, kami pun bergegas ke sana. Kami sampai kurang lebih jam 2.45 petang di gerai tersebut. Letaknya tepi jalan sebelum hutan bakau Kuala Sepetang. Gerai Mak Teh Mee Banjir Udang namanya. Terletak bersebelahan dengan stesen petrol (desa punya) Caltex. Ada banyak pakej. Ada mee udang RM5, RM6, RM10 dan RM15. Aku dan Jamil sebat RM5 punya. Mat dan Yusrin tibai RM6 punya. Memang banyak udang. Aku tak berapa sangat dengan udang nih. Tapi sebab nak try, aku pesan jugaklah. Mee udang tu rasanya biasa je la. Tapi yang jadi luar biasanya sebab udangnya banyak. Memang selak udang baru jumpa mee. Manis rasa udangnya. "Kami dah meniaga lebih kurang 15 tahun bukak kedai makan ni" kata Mak Teh. "Cumanya sejak 3-4 taon ni la yang jadi tekenai sebab dah masuk tv" tambah Mak Teh lagi. "Pukui berapa Mak Teh bukak kedai?" tanya aku sambil menangkap gambar brader taiko tengah dok basuh udang. "Tengokla, selalunya pukui 8 pagi lagi kami dah bukak. Tutup pulak tengok keadaan. Kadang-kadang pukui sebelaih lebih, kalau takdak orang, kami tutup pukui sepuloh." jawab Mak Teh. "Ghamai orang dok mai, kadang sampai yang mai dari Kajang pun ada. Depa tu kalau nak mai, depa talipon dulu, takut kami tutup ka apa ka. Naya la nanti mai jauh-jauh, kedai pulak tutup" tambah Mak Teh tanpa disuruh. Selesai melayan kerenah Mak Teh, aku pun mintak izin balik ke kerusi aku duduk tadi. Takut kang dia melalut, mau tidoq kat situ.

Abis je udang dipinggan masing-masing, kami menyinggah di sekolah Darul Mulkan yang ditubuhkan oleh arwah pak aku sejak 1986; Haji Mulkan bin Muhammad (al-Fatihah untuk pak aku). Menyahut seruan Ilahi. Solat jama' qasar di surau sekolah. Usai solat, kami meneruskan perjalanan ke tanah mak aku, untuk ambil sample tanah dan air. Sample tu untuk projek ternakan lintah. Kalau nak tau lebih lanjut, cuba 'usyar' paper semalam Berita Mingguan. Ada cerita pasai lintah.

Pukul 4 lebih, kami bergegas keluar dari Kg. Hujung Matang (tanah mak aku) untuk meneruskan perjalanan ke Bukit Gantang rumah Mail tokey deghoyan. Ni la agenda utama kami. Sampai di rumah Mail dalam 4.20 petang. Zaki aka Abu Atief dan keluarga sedia menanti di luar rumah. Hujan renyai-renyai. Keluar kereta dan lepak di anak tangga luar rumah Mail sambil menanti ketibaan Alems. Tak lama kemudian, Alems (tok mudim muda) tu pun sampai. Tarus memulakan upacara membelah dan belasah durian. Stok tak banyak sebab minggu sebelumnya dah banyak yang luruh. Sikit pun sikitlah. Janji dapat lepas gian pekena durian Bukit Gantang ( I can say the best durian in the galaxy). tak lama kemudian, ust. Fareez pun sampai dan join d crowd. Apalagi, banyaklah cerita-cerita menarik dan menolak yang keluar. Dah lama tak berkumpul. Gelak tawa menghiasi petang yang indah.

sesi tibai n perabih
dari kiri: zaki jr aka atief, jamil (nampak belakang kepala), hanan dan zaki sr.


Siang menyapa senja. Langit beransur gelap dan rintik hujan belum mahu berhenti. Kabus tebal menyelimuti puncak-puncak bukit di depan mata. Sejuk dingin terasa tatkala angin sepoi-sepoi bahasa menyapa tubuh. Aduhai.. terasa keagungan ciptaan Allah Subhanahu wa Taala. Masuk ke dalam umah Mail, ada pula hidangan cucur cempedak goreng. ni memang aku tak leh nak resist la. Tibai cecukup. Aku cucuk Mat suruh Fareez urut kakinya yang terseliuh. Bila Mat dah start kena urut dengan Fareez, apalagi.. abis kawan-kawan lain tumpang minta urut la.. termasuklah aku. Kejap satgi, kaki aku sakit la, pinggang kawan tu la, bahu berdenyutlah. Macam-macam!!! Fareez daripada tak berapa sihat, terus berpeluh. Sihat. Batuk pun hilang.

Abis sudah sesi mengurut, sambung pulak sesi peturun petua. Ha... yang ni bagus untuk kita kongsi bersama. Buat mereka yang tidak hadir pada hari tu, ilmu ni kami dapat daripada kawan kita si Alems yang la ni jadi cikgu di S.R.J.K Methodist, Sg. Siput yang juga tok mudim. Terima kasih tidak terhingga kerana sudi nak kongsi petua jaga kesihatan. Moga Allah Taala murahkan rezeki hang, Alems oi!! Petuanya begini:

bersambung di lain rencana..