Solat Time

Thursday, April 26, 2012

Aku dan bisnes umrah 2

Assalamualaikum..

Sambungan..

Ketika jam hampir masuk pukul 6.50 lewat petang, si taukeh ni tadi membuka sesi pertanyaan dan mengajak para mutowwif veteran yang tak salah aku ada dalam 5 orang untuk berkongsi pengalaman dan pendapat bersama pihak pengurusan dan skuad pelapis. 

Apabila diajukan seorang demi seorang oleh si taukeh dengan mengajak untuk memberikan komen, boleh kata 3 mutowwif veteran yang tidak mahu memberikan komen. Sekadar menyatakan tiada masalah dan mutowwif Malaysia kena banyak belajar dengan mutowwif Indonesia. Dalam hati aku memang berbulu sebab depa-depa ni so called ustaz boleh berpura-pura depan tuakeh. Sedangkan banyak yang bising. Itu tak kena, ini tak kena. Sekadar bising di belakang. Aku pulak bukannya manusia yang macam tu. Cantiklah. Inilah masanya untuk aku memberikan pendapat dan berkongsi sejujurnya pengalaman yang ada padaku buat mutowwif pelapis.  

Sampai sahaja giliran aku, soalan yang sama diajukan, aku pun terus bagi salam dan mengajukan 4 soalan; Yang pertama: pegawai kebajikan Andalusia di Mekah/Madianah hanya bertugas di sampai pukul 11 malam sahaja kah (ikut jadual yang terpampang di dalam pejabat)? Sekiranya ya, siapa yang patut bawa jemaah ke hospital sekiranya ada yang sakit pukul 3 pagi? Jawapan yang diberikan oleh taukeh: Mutowwif. Ok, fine. Aku pun ceritakan pengalaman aku yang sudah lalui kes macam tu. Ada jemaah sakit dada tak boleh bernafas pukul 3 pagi. Aku yang bawakan ke hospital. Dan aku kongsikan pengalaman bagaimana berurusan di hospital di Saudi. Menyakitkan hati..! Kalau tak aku kenangkan hospital tu dalam Tanah Haram, mau dah aku tinju sampai pecah muka doktor sama misi kat dalam hospital tuh.

Hospital King Faisal


Soalan kedua: Siapakah yang bertanggungjawab untuk berurusan dengan pihak Saudi Airlines untuk mendapatkan flight boarding pass untuk pulang ke tanahair? Jawapan yang diberi: Petugas di Makkah/Madinah. Dan yang terbaru; tanggungjawab petugas Makkah/Madinah bersama mutowwif.


Baik. Aku pun ceritakan pengalaman aku masa nak dapatkan boarding pass baru-baru ni. Tidak ada mana-mana pegawai pun yang nak membantu aku untuk pergi bersama-sama ke pejabat Saudi Airlines. Tapi aku tak kisah sebab aku boleh belajar. Cumanya, nak mintak tolong bagi panduan daripada pengurusan untuk membantu. 

Terus sahaja taukeh ni potong cakap aku dan kata jangan salahkan pihak pengurusan. Itu tanggungjawab mutowwif untuk selesaikan perkara yang tertangguh. Mutowwif kena bijak menilai dan membuat keputusan. Dan aku pun bagitau lah yang aku selesai uruskan semua boarding pass tanpa masalah. Cumanya, aku minta untuk lebih prihatin terhadap bidang tugas masing-masing di masa hadapan. Lagi sekali si taukeh ni potong cakap aku dan tekankan supaya jangan salahkan pengurusan. Aku dah mula hangin balik sebab masa dia bercakap, sapa pun tak potong cakap. Mai turn aku, dia nak cakap lagi. 

bersambung..

Wednesday, April 25, 2012

Aku dan bisnes umrah

Assalamualaikum..

Ape kabo semua? Harap2 ada la orang jengah blog yang makin bersawang nih.. Muahahahaha... baru ada kesempatan menulih dan mengemaskini blog kita yang makin malap. Dah lama tak menulih, rasa makin berat jari nak mengetuk kibot menganyam kata-kata untuk dipersembahkan menjadi ceritera buat  tatapan semua.

Semua rasanya maklum yang aku sekarang ni dah kurang bergiat secara aktif di alam siber kecuali mengemaskini akaun FB aku. Tu pun tiada cerita menarik yang aku paparkan dalam FB aku tu. Sekadar gambar dan status yag merepak sepanjang aku mengerjakan umrah bersama satu syarikat ni.

Tadi petang membawa ke senja, aku dipanggil oleh taukey syarikat bisnes umrah/ziarah yang membayar aku untuk menjadi mutowwif untuk syarikatnya. Aku dapat panggilan telefon pukul 2.30 petang oleh pihak syarikat dan diminta untuk mengadap taukey (katanya nak jumpa aku) pada pukul 5 petang hari yang sama. Kebetulan pulak aku memang dah ada janji di Tesco Ampang dengan salah seorang mantan jemaahku yang ajak berbincang perihal bisnes kecil-kecilan. Perjumpaan aku dengan mantan jemaahku tak perlulah aku highlightkan di sini. Cukup sekadar aku katakan, usai perjumpaan tepat jam pukul 4.50 petang yang kebetulan cuaca mula hujan. 

Sesudah perjumpaan ditangguhkan, aku menelefon syarikat umrah/ziarah yang terletak di jalan belakang yang berhampiran dengan Tesco Ampang, untuk memaklumkan bahawa aku akan lewat memandangkan cuaca hujan dan aku baru sahaja baik daripada serangan asma. Khuatir kiranya aku meredah hujan, penyakit asma aku menyerang kembali. 

Kurang lebih setengah jam, hujan mulai reda dan aku mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke pejabat syarikat umrah tersebut. Sesampai sahaja aku di sana, aku langsung menaiki tingkat 3 bangunan syarikat tersebut setelah aku intai dari luar, taukey tiada di dalam bilik pejabatnya di aras bawah. Pasti ada di tingkat 3 kerana aku terdengar suaranya sayup2 menerusi pembesar suara yang sedang memberikan taklimat kepada pelapis mutowwif muda fasa 2. 

tak 'ahmad'kah muka nih?

Semua mata tertumpu ke arahku semasa aku masuk ke dalam bilik kuliah di aras 3. Aku terus ke satu sudut di penjuru bilik kuliah untuk merebahkan punggungku yang lembab dek kerana terkena hujan semasa menunggang motorsikal tadi. Setelah beberapa ketika mendengan komen dan aduan jemaah daripada mulut taukeh tentang prestasi keseluruhan mutowwif Malaysia, aku dipanggil untuk berdiri di hadapan khalayak. 

Aku terus melangkah ke haapan dan berdiri mengadap di hadapan semua orang. Disebelah aku ada sorang lagi kenalan mutowwif. Berpakaian lengkap berkepiah dan berjubah, manakal aku berseluar poket banyak dan berT-shirt lengan pendek. Kemudian taukeh bertanya kepada khalayak: "Siapa yang akan tuan-tuan pilih untuk menjadi mutowwif tuan-tuan?" Kalau saya, sudah tentu saya tidak akan memilih di sebelah kanan (terus menumpahkan pandanganya terhadap aku), tambahnya lagi. Tersentak aku. Diperlakukan selaku contoh mutowwif aka pembimbing agama aka ustaz yang tidak berdisiplin dalam etika berpakaian. Terus ringan mulut aku menjawab: "Buat apa pakai pakaian yang membuatkan kita berpura-pura di depan manusia? Pahala pun x dapat".

Apalagi, menyingalah si taukeh. Selama ini tiada seorang pun berani membantah cakapnya. Terus taukeh ni cakap kata etika berpakaian penting dan tidak boleh dipermain-mainkan. Kalau tak boleh ikut kehendak syarikat, boleh cuba cari makan dengan syarikat lain. 

Pergh!!!! Menyirap (bukan bancuh sirap tau) darah aku!!!  Nak ja rasanya aku maki dan belah dari situ kejap-kejap tu jugak. Tapi aku khuatir kalau perbuatan aku tu sebenarnya menurut bisikan syaitan. Aku tahankan lagi telinga mendengar bebelan si taukeh nih. "AsSobru jameel" kata Allah Azza wa Jalla.

bukanlah aku sengkek sangat tidak berjubah

Aku bertanya dalam hati, kenapa aku mesti berpakaian jubah siap berkupiah kalau datangnya aku dipanggil tanpa memberitahu akan ada taklimat khas untuk para mutowwif fasa 2 bersama mutowwif veteran macam aku nih. Kemudian pulak, bukannya waktu pejabat pun. Pakaian aku memang santai habis la. Dia siapa sampai aku mesti balik rumah tukar pakaian bila nak masuk mengadap? Bukannya aku ni staf dia. Kalau aku ni dikira pekerja, mana caruman KWSP aku? Mana Socso aku? Nak aku buat report kat KWSP? Kang kata aku penaya syarikat melayu pulak....

Don't judge the book by its cover. Sunnah itu bukan sekadar di kupiah waimma di jubah. So, tolonglah lepas ni kita buka minda dan fikiran kita. Kalau di Saudi, perogol pun pakai jubah. Tidaklah aku berniat mencerca jubah kerana ianya sunnah dan pakaian Rasul SAW yang tercinta. Tetapi aku kasihan perilaku dan pemikiran jumud yang tak terbuka mindanya walaupun dah berjalan serata dunia tapi tahap pemikirannya macam budak umur 5 tahun. 

Nanti akan ada lagi rentetan cerita nih.. kia sambung lain masa. Wassalam....