Solat Time

Friday, September 26, 2008

Ahlan.. ahlan ya Syawal..

Assalamualaikum..

Allah Maha Kaya. Dia mencipta perasaan sedih, Dia juga imbangi dengan perasaan gembira. Sakit dan sihat. Miskin - kaya. Begitulah seterusnya lumrah hidup.

Dan bilamana kita sebut perjuangan, kita ada kemenangan dan kekalahan. Di antara kemenangan kita ialah tibanya Syawal. Kita menang dalam erti kata sebulan kita harungi puasa di siang hari dan beribadah sepenuh jiwa kerana Allah Taala. Dan Allah SWT menghadiahkan kita dengan perayaaan seperti Syawal ini. Dan kekalahan adalah buat mereka yang gagal dalam mengharungi cabaran dan godaan hawa-nafsu.

Semoga datangnya Syawal ini, memberikan kerahmatan, kesihatan, kesuburan, kematangan dan semua aspek yang positif ke dalam hidup kita semua.

Marilah kita merayakan hari Eidul Fitri yang bakal tiba dengan penuh rasa syukur, tawadhu' serta taqwa kepada Allah SWT. Ampun maaf dipinta andaikata ada mengguris jiwa dan terlajak kata.

Selamat Menyambut Hari Raya. Kullu Am, wa Antum Bikhair!!

12 comments:

A suzaini said...

Selamat Menyambut Hari Raya pd semua teman2 tidak kira dimana jua anda berada. Disini saya menyusun sepuluh jari memohon ampun andai ada tulisan@komen2 yg mengguris hati sahabat2 sekalian, anggap sahajalah itu sebagai senda gurauan dr seorang sahabat kpd seorang sahabat yg lain.. Kalu pi Ipoh bleh lah singgah rumah tp kena talipon dulu manalah tau kot2 aku pulak yg pi beraya umah orang.. sekali lagi Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Anonymous said...

Salam ...

Aiiikkkkk!!! Tak Dak respon pun ... semua blogger tgh mabuk lemang n redang kot ?

SELAMAT HARI ARAYA AIDIL FITRI

Ampun dan maaf serta minta halal ape2 yang termakan n terminum masa zaman sekolah dulu.

He He he he

Adiossss. SPEKI

abu_ateif said...

akom semua...
aku jugak cam orang lain nak ucap selamat raya maaf zahir n batin...umah aku terbuka utk kengkawan anytime habaq mai ja...cakap ja nak makan apa nak mai berapa orang hehehehe.

marn said...

asalamaualaikum...

but semua rakan-taulan yang jua yang mengenali diri ini, dikesempatan ini aku nak merakamkan ucapan jutaan terima kasih kerana sudi jengok blog kita ni. Dan juga Selamat Hari Raya. Kullu Am wa Antoum Bikhair!!

Buat yang ada penyakit, jangan diikutkan hawa nafsu tu, kang ada yang terlantar di hospital kang.

Apa2 pun, selamat berhari raya bersama sanak saudara dn rakan taulan. Aku pohon keampunan daripada saudara2ku dan saudari sekalian yang kiranya ada terkasar bahasa dan terlanjur berbicara. Sudilah kiranya maafkan aku yang hina di sisi Allah SWT.

Selamat beribadah dalam berhari raya. Moga syawal kali ini membawa keberkatan dan kerahmatan Ilahi buat kita semua, amin..!

z_rahman said...

assalamualaikum guyz, rasenye blum terlambat utk mengucapkan Selamat Ari raye Maaf zahir Batin, anyway wa ckup frust sbb itu wa blik kpg nk beraye, member wa sudh kencing sama wa nk amik wa pegi mapele, last2 wa tunggu spt pungguk rindu bula sj...iiisshhh nasib badan.

abe mark said...

Saper yg dah kencing Zahdur tu bwk2 mohon maaf secara terbuka dlm blog ni supaya kami buleh tahu siapakah gerangannyer yg menyebabkan sahabat kita sampe bertuko jd pungguk lak raya2 nih.. elok la bermaafan mentara dibulan yg mulia ini supaya zahdur tak ler remain pungguk sampe ke raya haji heheheh

Marky Mart Zee said...

Berita Baek.. Tuan president mungkin nk buat mkn2 kt rhomah baru dier, dier kata kamben golek brg sekor dua sudah tentu.. perghh syoknyer raya.. so kita tggu je la jemputan dr Tn presiden.. makang ikang dengan kambinging le nampoknyer..

marn said...

aku selaku moderator blog memohon maaf di bulan syawal yg mulia ini sbb x update blog seperti biasa. Ini berlaku kerna modem merangkap router di Opis aku mengalami sedikit gangguan teknikal sehingga menyebabkan Internet tidak dapat dicapai.

Abe marky mark, mung jangang dok buak crite sbb aku dok dapat persetujuang lagi drpd partner aku yakni pemilik bersama rumah sekangkang kera (bini gua). Memandangkan rumahku kecil, aku berat hati mengatakan bahawa besar kemungkinan xdapat buat di rumah aku di Pandan Indah. Bukan x sudi! Jangan salah paham! Bila dah ajak kengkawan dan sedara mara, tanggungjawab tuan rumah bukan sekadar menyediakan makanan & minuman yang enak2, malahan keselesaan para tetamu juga merupakan faktor penting. Aku masih cuba mencari jalan agar dapat membuat perjumpaan sempena syawal ni.

Harap semua bersabar. Hehehe. Nk kena ajak semua kwn2, kang Ada yg x dpt jemputan, kecik ati la pulok!
Ke guanne?

Oh ya, ni aku send comment guna wifi di kedai Mamak restoran lazeez di Pandan Indah.

abu_ateif said...

akom sahabat...

dibulan hari baik bulan baik aku nak buat pengakuan berani bahawa akulah orang yang telah ddakwa sbg "kencing atas kepala abang dur"...aku mohon maaf bebyk dari dur n munkin semuanya berlaku secara kebetulan n tidak dsengajakan.

ok marn...bila dah tentukan venue kambing panggang tu jangan lupa bagi tau aku k

Marky mark said...

Sori Tuang Preseideng..

aku ingak mu yg buak semua keputusang sori yek.. jangang tak jeput aku pulok nanti...

Che Mart said...

Salam semua,

Semalam (ahad) Idrisiah87 KL chapter telah menziarahi rumah Abg Iz (darah maneh) sempena eidulfitri bagi bermaaf-maafan dgn abg Iz & ke2 ibubapanya yg byk contribute kpd komuniti kita. Antara watak2 yg hadir ialah Ana,jamnul,Ust YAYE, Zaki saidin berserta keluarga memasing.

Manakala 2 org pilot harapan bangsa iaitu S.asri & jamil tampil solo bersama kurma & air zam2 utk dibedak2kan kpd kwn2 hasil pemberian pak arab yg sering memberi hadiah bertong2 air zam utk diagih2kan. Majlis w'pun nampak sederhana tetapi meriah terutama anak2 kami yg berlari2 didlm rumah abg Iz main kejor yob kejor & aci myorok tambah hyper bila pakcik zainon menghidangkan aiskerim la pulak.Menu utama pd mlm itu ialah Laksa Kedah yg mmg power da bomb, aku & bini 2x tambah nak ngabokan sedapnyer yob..

Sekianlah sahaja cerita sambutan raya di Komuniti Idrisiah KLchapter diharap mana member yg nak ajak mkn2 buleh la wakil kan dgn teman tapi kena pastikan dulu dpt keizinan bini kalu tak nanti maka pon coom pulak hehehehehe

Marky mart said...

Sblm aku terlupa, AbeIz sidarah maneh smlm ada mengatakan bhw beliau akan menamatkan zaman bujang & terunanya pada gong xi fa chai tahun depan. Kenduri di Sayong bg belah ponpuan pd sabtu & nyambut kt belah laki pd ahad keesokan harinya.. Ni baru rancangan la... Konfem nanti aku akan bagitau kemdian... bukan aper buleh la kita tanda dulu kat kalendar.. Kita ni bab planning mmg selalu hancurr sbb gagal merancang.

Ezani sejak akhir2 ni asik senyum jer muka maklum la muka nak dpt N, dulu blur x abih2