Solat Time

Monday, July 7, 2008

Sekadar renungan

Assalamualaikum..

BEZA LELAKI DAN PEREMPUAN


Lelaki


Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN ??!


Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??!


Suami wajib bagi nafkah pada isteri, tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

Wanita

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.


Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.


Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).


Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.


Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....

19 comments:

abu_ateif said...

akom semua....

Posting yang ni mmg menarik tertarik dan mmg ia sesungguhnya da bomb,,,

amat bermakna sekali pagi aku hari ni bila baca posting hang marn...tahniah!!!

sama sama dapat untung n tanggungjawab tak kira laki atau pompuan,,,tapi yang peliknya la ni ramai yang laki nak jadi pompuan n yang asalnya pompuan nak jadi laki,,,itu lah tandanya badiuzzaman.

abe mark said...

aduh berat2 camner nak tanggung nih.. risau tul la

BORG said...

a'kum,peeh lama beno aku x masuk blog ni,dh mcm2 posting yg keluo,cerita burung le,cerita handphone le(ceh!teringat waktu kena kutuk dgn lokman)tp yg pastinya blog ni semakin meriah dgn kehadiran hasnul dan badiuzzaman(wpun aku wonder siapa dia sebenonya)
trlbh suda..opss silap,trlbh dulu aku mintak maap sbb lama x msk sbb laptop aku tlh mengalami kerosakan dan tlh dihantar repair,nasib baik le guarantee ada lagi,apapun it's now back in action.
dengo pasal durian tiba2 kembang bulu hidung aku seolah2 terbau satu bau yang paling aku gemari.ate yop ape lagi,moh le kite serang bukit gantang,bagi masa dan tarikh,tak payah tanya asri scoot,kita pegi je rmh dia,takkan dia nak halau kita,bila dh smpi rmh dia takkan dia nk sorok durian tu,mana blh sorok,bau dia ada dan lps tu mesti dia jamu kita punya lbh2 lg klu ada abu atief,kaki provoke tu,scoot x blh elak punya,amacam geng semua?

BORG:klu nak dtg rmh aku pun blh jugak tp aku blh jamu buah nyok je le

marn said...

Muahahaha.. buah nyioq pun ok. dengaq kata ubat santau tuh. muhahahaha.

Lagi satu ni memang pernah terjadi kat aku. masa aku form 5 dulu, aku meracun tanah pak aku di kg jelapang, simpang tepen. sampai satu ketika, dah lama aku tak meracun. Lalang tumbuh melangit. Kira aku yang tak setinggi brad pitt memang tenggelam la dalam kemeriahan lalang di sana-sini. Nak dijadikan cerita, meracun punya la meracun sampai nak jalan redah lalang pun tak bleh dah, aku anggat la 'nozzle' tong racun aku tu atas pada kepala membelakangkan angin.

Dengan sedikit ilmu fizik yang ada, bila meracun membelakangkan angin, for sure la racunan aku tu akan berterbangan ditiup angin dan sampai ke tempat yang aku tak leh nak redah masuk.

Tiba-tiba, angin dengan mendadak beralih arah bertiup menghala ke arah aku. Apa lagi, memang semburan racun tu tarus masuk ke mata dan hidung (dulu tahap kesedaran tentang keselamatan memang rendah, aku meracun tak pakai topeng). Apa lagi, tarus aja racunan tu masuk ke dalam urat sendi aku tak sampai lima minit ja bang oi!

Kesan daripada tu, badan aku mengigil. Serius punya mengigil beb! Bahagian otak yang mengawal idea motor dan mekanisma badan aku dah tak boleh dikawal.

Aku gelabah. Sebabnya sorang2 dalam hutan. Dalam kepala dah terbayang muka mak ayah aku (awek tadak lagi masa tu, tu yang tak terbayangkan tu).

Entah macam mana, dalam keadaan gelabigil (gelabah dan gigil) aku teringat pesanan arwah pak aku (masa tu dia tak arwah lagi), bunyinya begini: "Remember Simba, when you got poison, please drink ayaq kelapa no matter how. It's a remedy to prevent poison to do harmful to your body. Remember Simba, remember".

Aku pun tarus, dalam keadaan gelabigil, pergi amik buah nyioq yang memang aku dah kait seawal sampai aku di tanah padang lalang tuh.

Bila kata minum ja, tarus kurang lebih 5 minit, gigil aku kurang. Dalam kepayahan, aku srat motor balik rumah dan pergi ke klinik.

Sampai di klinik, memang doktor kata aku keracunan tapi dia tanya aku amik ubat apa sebelum mai klinik. Aku habaq kat dia yang aku minum ayaq kelapa yakni nyioq. Dia pun kata baguih la sebab kalau tak, sure badan aku akan ada efek yang lebih teruk kalau tak minum ayaq nyioq.

Dan sehinga ke hari ni, aku bersyukur ke hadrat Ilahi di atas nikmat ilmuNya yang tiada terkira.

Oleh yang demikian, moral of the story pada kali ini ialah:
1. meracun kena pakai topeng muka.
2. banyak menimba ilmu melalui pembacaan dan berkongsi maklumat.
3. jangan pi meracun sorang2.
4. mengkala meracun, prepare ayaq nyioq, in case.
5. tidak mengapa berasa gelabigil, tapi jangan sampai tak leh nak pikiaq.
6. sayangi ibubapa anda.
7. jangan makan sabun.
8. Who is badiuzzaman?

marn said...

Pasai tukaq jantina, kita mintak jauhlah daripada berlaku kepada kita, anak2 kita dan umat Islam.

Aku pernah kutuk gila pasai tukaq jantina ni. Memang agam kita pun larang. Tapi bila satu hari ada sorang makcik yang dok dengaq kutukan aku, dia pun sapa aku:"Nak, apa kita nak buat kalau anak-anak kita yang kita dah bagi dia ilmu pengetahuan, ilmu agama pun serba-sikit, tapi dia tetap nak ubah jantina dia, macam anak makcik? Daripada namanya Mat Saad, tukaq jadi Sally.". Makcik tu orang Arau, Perlis Darul Sunnah (kononnya).

Aku pun sekadar boleh jawab pada masa tu: " Makcik kena banyak doa pada Allah Taala minta supaya dilembutkan hati dan semoga dia (anak makcik) kembali kepada ajaran Islam. Tugas makcik ialah bila tiap kali berjumpa, nasihatlah dia dan ajaklah dia ke kuliah2 agama semoga dia terasa yang keluarga dia tak buang dia".

Bila kita bercakap, kebanyakan kita tak tau sangat apa yang kita cakapkan sehinggalah situasi yang kita cakapkan tu berlaku kat kita.

Katakanlah yang perkara tu berlaku kat keluarga terdekat kita, apa tindakan kita? Nak sepak terajang? Nak tikam sampai mati? Atau kita kena luangkan masa untuk kembali kepada agama?

Apa yang aku nampak dewasa ini, kita tak kenal diri kita. Sebab dengan kenal diri kita, kita akan temui Allah SWT. Bila kita temui Allah SWT, barulah kita nampak kelazatan iman. Kebanyakan kita hanya mewarisi agama dan tatacara kehidupan sebagai Melayu yang beragama Islam.

kita lebih banyak menghukum daripada membuat kajian tentang sesuatu perkara. Contoh terbaik, apa yang berlaku dalam kes Anwar-Saiful. The saga continues.. Tidak semudah dengan bermubahalah. Implikasinya besar bila kita berbicara tentang pasca-mubahalah. Pendekatan kita harus matang dan berhemah.

Begitu juga dengan tanggungjawab. Susahkah tanggungjawab yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah Taala ke atas kita. Bila dikaji2 balik akan segala tanggungjawab tu, semuanya adalah fundamental dan asas dalam kehidupan.

Kita ikut apa yang disuruh dan disarankan oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW, nescaya kita terlepas daripada disoal di akhirat kelak. Menjadi berat sesuatu tanggungjawab kita bila kita culas dan malas dalam melaksanakan tanggungjawab.

Contoh; kalau kita memasak nasi hari2, sudah tentunya memasak nasi bukan lagi suatu perkara yang berat. Sebab sudah biasa dan terbiasa. Begitu juga dengan solat 5 waktu. Kalau kita berdisplin dan tertib dalam menunaikan solat, dan mengetahui apa hikmah di sebaliknya, nescaya solat itu tidak menjadi keberatan kepada mereka yang selalu melakukannya. Cheewah!!

Begitu juga dengan tanggungjawab yang lain, bila sudah ditunaikan, kita hanya perlu berdoa semoga amal ibadah kita diterima.

Waimma dalam mendidik anakbini. Daripada tidak menjaga aurat, kita sebagai suami yang kena bentuk supaya menjaga aurat. Sebab suami atau lelaki ini diciptakan Allah dengan kekuatan yang sangat unik.

Seperti soalan yang selalu kita dengar, kenapa perempuan itu dicipta daripada tulang rusuk dan bukannya daripada tulang kepala mahupun kaki?

Sendiri mau ingat la brader...

abu_ateif said...

akom semua....

nampaknya kembali meriah blok kita ngan idea yang bermutu tinggi n berkualiti...

mart,,,berat tu mmg berat tanggjungjwb kita kat diri kita,bini n anak2,,,tapi segala2nya boleh diringankan kerana formula untuk meringankan bende tu dah diajar oleh nabi kita s.a.w...kita jer yang fikir bende tu berat...bak kata pepatah berat mata memandang berat lagi bahu sepikul.

wehhh box,,,kalau hang kata aku kaki putaq alam aku boleh tahan lagi ni hang kata aku kaki provoke...ni yang aku hangat ni...wehhh badiuzzaman tu 2nd nick name hang?macam beh jer nama tu.

marn,,,cerita hang ttg racun tu mmg menyentuh hati sanubari aku,,,wpun aku tak dak pengalaman meracun,,,aku byk pengalaman tgk orang meracun jer,,,byk iktibar yang boleh kita ambek dari crita hang tu...tapi apa kena mengena SI BADIUZZAMAN dengan racun lalang tu?

marn said...

dengan badiuzzaman memang tiada kena mengena. tapi aku kaitkan denganq abg borg punya komen. dia kata deroyan tarak. nyioq ada la. tu yang aku dok teringat kisah ngeri aku sendiri.

saja la nak cerita kelebihan ayaq nyioq. muahahaha..

hang tarak kisah yang bleh kita kongsi ka? takkan tadak masa ngaji kat masir dulu2? sure ada punya.

cerita la pasai tasik qarun ka, ahramat ka, maqam imam shafie ka.. banyak kisah tuh. aku nak tau gak la sejarah daripada kawan2 yang pi merantau jauh2 ni.

buat yang tak pi merantau, banyak jugak kisah hangpa semua. meh la kita kongsi pengalaman kita lepas kita keluaq dari Idrisiah. aku tau banyak kawan2 yang lalu macam2 perkara selepas keluaq Idrisiah sehinggalah kita jumpa balik.

ka gumana?

akie said...

Salam semua...

posting yg menarik dan byk memberi pengajaran tentang tanggung jawab pada aku. ye tak ye jugak, mana cerita kekawan yg pi belajo jauh2 tu. aku pun nak dengo juga, cerita2 yg menarik tu.Ceritalahhhh....Ceritalahhhhhh.......

BORG said...

a'kum,

pertama sekali aku jeles,kedua kecik ati,ketiga makan ati.Kenapa?
kenapa korang makan kambin tak ajak aku?(dibaca mengikut nada s samsudin marah kat s kadarisman dlm seniman bjg lapok)sebagai balasannya aku telah pergi kekedai mamak dan mkn kari kambin tanpa mengajak kome,heh..
cerita deghoyan camner?senyap je, naluri aku kuat merasakan asri scoot sedang gundah gulana kerana kita stop cerita pasal deghoyan ni, utk tdk menghampakan dia apa kata kita buat lawatan kermh dia next week amacam?

BORG:sapa yg dh take action bela kamben?

Abe Bub said...

Kenapa perlu cium anak?


Pada Sesiapa yang ada anak tu, ciumlah anak jangan jemu...never realized that cium anak has tremendous pahala towards the parents.

Yang tak de anak tu, cepat-cepatla buat anak, yang belum kawin tu
cepat-cepatla kawin.....boleh buat anak. Yang belum ramai anak tu,
cepat-cepat la ramaikan anak......

Keistimewaan yang bakal diperolehapabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang
menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan
anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;
"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah
aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula
akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganyadan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang
yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? "
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Wallahualam bissawab

Terima kasih kepada Syafinaz Amran yg "mengfwdkan" (ni kalu dlm parlimen dah jd punca la kena tolak dgn speker)email ni kpd ANA

abu_ateif said...

cehhh aku ingat tazkirah atas ni hasikal nukilan abe bob ghopa2nya cik syafinaz yang fwd...x pa la janji ilmu na abe bob...mmg baguih cium anak ni...kita kalau tak cium anak kita lagi teruk dari lembu dan orang utan serta menatang2 yang lain psl kita tengok depa rajin sayang n cium anak depa sedangkan depa tak pernah masok sekolah pun,,,depa tak penah ngaji kat masjid pun tapi depa ada sifat kemanusiaan dalam kebinatangan...betoi dak?

wehhh box..merajuk konon...piiRRRRaaaAAAhhhHHHHH

BORG said...

a'kum,
nak menitik ayo mata aku membaca kome cik mat yg dicedok dari cik syafinaz amran,
woi kengkawan,aku wonder la,bila syafinaz mengarang artikel yg sebegini adakah ianya satu signal menunjukkan yg tak lama lagi kita akan berkonvoi ke ipoh pulak slps ni utk misi nasi minyak yang seterusnya?satu soalan yg hanya tuan badan saja boleh menjwbnya.
woi abu atief,merajuk mcmana pun sesi ngole ttp ON,bila yob? takut ke?atau bini ngko dh warning jgn keluo mlm keh..keh..keh..,ataupun ada sedara ngko nak datang muah..muah..muah..ATAUPUN...ngko ada perjumpaan dengan halim??? hanya ngko yg blh jwb.

BORG:mcmana rasa sos akie ye.

Abe Mart said...

Aku ni bukan lah penulis hang hebat, niat aku hanya nak berkongsi apa2 yg aku rasa kwn2 aku buleh menfaatkan bersama. Aku juga x berniat nak mengakui pesanan itu dtg dari aku sbb tu aku letak sekali perawinya supaya saham akhirat dpt diagihkan mudharabahLY hehehe

abu_ateif said...

box,,,
jangan lah ko sekali2 membuang kahak ke langit nnti ia akan terpercik ke muka ko sendiri,,,bila ko dah dapat izin dari bini kesayangan ko terus call aku habaq ja kat mana nak ngole.

abe mart,,,
aku sanjung semangat kongsi ilmu yang ko ada...kita bukan setakat digalakan kongsi kereta jer tapi kongsi ilmu tu lebih penting n besar faedahnya..tahniah abe mart,,,wpun demo sebok ngan kerja seharian tapi mike tak lupa untuk menuntut ilmu akhirat.

Anonymous said...

salam....

banyak Kelebihan kalau sayang @ cium anak ..Ehemmm.. Abe Bob oi .. kalau cium anak mak mertua selalu cam ner ? ape jadinyer ... hik hik, hik .

Sori lame tak join .. Minggu lepas dan minggu ni aku sibuk ngan program MSSPk Champion School Cup 2008.

Posting hg kali baguih betoi la. Aku minta izin ngan hg Marn oiii, untuk edit dan cetak posting hang tu untuk diedarkan kepada kengkawan aku N sedara mara aku , supaya masing-masing menyedari tanggungjawab masing-masing . Ala setakat perabih duitb fotostat seringgit dua kerana berdakwah ape salahnyanya . Tak Gitu Mr. Later . Eh ! Mane peginye Mr. Later ni . Bulan lepas aku ade le jumpa N bersembang ngan abangnyer sambil bertanyakan Mr. Later . Jawapan abangnye Ntahlah aku pun tak tahu . Idup lg ke dia ni ??????


Adiosss. Speki

abu_ateif said...

weh mior speki,,,
kalau ko nak cium anak mak mertua ko yang bukan bini ko komfem kena peneghajang kat peghut oleh suami mak mertua ko....kalau anak mak mertua ko merangkap isteri ko tu tak paaa..sapa pun tak maghah...kena molek sikit ayat hang tu..jgn terlalu umum sgt..nanti kompius orang n orang jahil akan mengambil kesempatan dgn ayat hang hehehehhe.

wehhhh...member2 kat perak ni tak pernah la nak buat meeting....apa salahnya kalau kita set satu hari yang indah permai,,,kita lepak kat mana2 restoran yang murah dan sedap,,,peh tu kita sembang mende2 yang berpaedah n sentuh masa depan yang gemilang,,,apa pendapat kengkawan ku semua?

Abe mark said...

itu lah yg terbaik.. Ipoh chapter aku stuja sgt abu atief oii

akie said...

Cadangan yg memberangsangkan. Dpt mengeratkan lg talian silaturrahim sesama kita yob.

abu_ateif said...

akom semua,,,
so far cadangan yang cukup bernas dari aku tu hanya disahut mesra oleh sahabat2 yang lepak kat kl jer...aku tak pasti kemana perginyer sahabat2 yang dok kat perak ni...kemana perginyer sahabat yang menamakan dirinya mr.box?kemana perginyer miyor speki?kemana perginya farid the ghostbusted?kemana perginyer yang lain2...apakah mereka takut?kalau berani serahkan dna masing2...lagi cantik serah kat bawah pokok deghoyan...set jer bile hampa fri...i'm always fri hehehe..aku setia menunggu.