Solat Time

Thursday, December 11, 2008

Eidul Adha yang semakin sirna

Assalamualaikum..

Selamat kembali bekerja buat warga kerja yang tidak bercuti. Aku demam dan selsema ekoran hujan yang tak henti-henti mencurah di negeri Terengganu. 

Sememangnya hujan itu satu rahmat, tetapi apabila kadar air hujan itu menyebabkan berlakunya banjir (bah - kata orang utara), membawa penyakit, tnah runtuh dan sebagainya, ianya tidak lagi membawa rahmat, bahkan ianya dikira sebagai satu bala dan amaran dari Allah Azza wa Jalla.

Sepanjang perjalanan aku pulang ke kampung mertua di Rhu Renggeh dan Bukit Depu yang teletak di dalam daerah Kuala Terengganu, aku terpaksa meredah air yang melintasi jalanraya di beberapa tempat. Antara tempat-tempat yang ditenggelami banjir sepanjang perjalanan aku ialah: Jalan Kerteh-Paka, Jalan Paka-Dungun, Jalan Merchang dan beberapa jalan lain. 

Alhamdulillah, semasa perjalanan pulang, paras air di sungai-sungai utama di Terengganu surut hingga ke bawah paras berjaga-jaga. Namun, langkah berjga-jaga terus diambil oleh pihak berkuasa kerana jangkaan air pasang besar yang akan melanda pada 13-15 Disember ini. Sekiranya hujan turun mencurah-curah tidak berhenti, akan memburukkan lagi keadaan yang sedia parah. Apa-apa pun, aku doakan semoga mereka yang ditimpa musibah untuk terus cekal, sabar dan redha di atas ujian dari Allah SWT. 

Suasana berhari raya di negeri-negeri pantai timur agak meriah jika dibandingkan dengan negeri-negeri di sebelah pantai barat. Apa yang aku dapati sejak kebelakangan ini, sambutan hari raya Eidul Adha seolah-olah longlai dan tewas jika dibandingkan dengan Krismas. Umat Islam sendiri tidak lagi menyambut dengan meriah perayaan dalam agama Islam ini. Jika dibuat perbandingan, ternyata Eidul Adha adalah merupakan perayaan terbesar di dalam kalendar umat Islam. Malangnya, kita melihat bahawa suasana itu tidak wujud di kalangan Muslimin dan Muslimat di Malaysia dewasa ini.

Apakah tindakan kita seterusnya?

6 comments:

Marn said...

Sedih beb! bila pi kat mana-mana pasaraya, dekorasi dan hiasan yang banyaknya ialah Krismas beb!

Pi la Tesco Ampang, KLCC, BB Plaza yang mana kepala yang jaga dalam tu semuanya Melayu beb. Islam tak islam tu aku tak berani nak cakapla. Sebab ramai dah melayu yang rosak akidah serta murtad. Aku tak la kata depa yang incas pasaraya tu tak Islam, tapi dari cara menyambut perayaan besaq macam Eidul Adha pun depa bleh buat 'derk' ja, berlebih-lebih pulak sambut Krismas.

Mungkin Islam tapi tipis iman barangkali. Sebabnya ramai yang muslim tapi tidak beriman. Semua perihal iman, Allah Taala jua yang punya kayu pengukur.

Dunia makin hari makin cempera beb. Kita dok ligan lagi daki-daki dunia. Termasuklah aku ni. Adoi la! Imam Ghazali cakap, sudah sampai masa untuk asingkan diri dengan dunia. Tu dia cakap masa zaman dia. Kalau dia hidup masa la ni, aku tak tau apa dia nak cakap beb. Celaru beb!

Mai la kita sama-sama menguatkan sof yang semakin longgaq antara kita. Nak antaq komen kat blog ni pun susah nak bagi komitmen, apatah lagi nak komited dalam perjuangan menegakkan syiar Islam. Memang padan la orang cakap: " Bangsa Melayu ni nak semuanya senang, susah sikit, ada tekanan sikit, depa dah takmau".

Cuti tu cuti la jugak, sampai tadak khabar berita, macam aku yang terhegeh-hegeh syiok sendiri menulih dalam ni.

Ka gumana?

Bear bub said...

remember first blood? hingga ke titisan darah terakhir.. haa hg mau jadi camtu la.. aku insyallah will alway be 2 step behind.. heheheh

mart sopranos said...

aku 24ni insyallah pi Kelantan ngan anak & bini aku la harap2 masa tu banjir dah reda. sabtu br balik.. marn mlm mggu nih moh lepak ngan abe ez.. saja2 la nak sembang psl preparation dia nk menikoh nih.. kutu br blk dr cameron tu..

Anonymous said...

Salam ...

Sorry ler kerana terlambat nak tanyer . Eh .. Abg Izz tu nak nikah ngan org bandar di Raja KK , boleh aku tau org maner . Kalu setakat nak tolong cari Logging house masa nak nikah tu aku boleh ler tolong .

Agak2 nyer bila Abg Izz nak n ikah

Adioss. Speki

marn said...

meo.. sejak bila hang jadi tokan lodging ni? ka hang ni merangkap agen sambilan? macam ustat yang kena bunuh kat petrol pam tu la. buat dua kerja? ka memang hang sesaja suka nak tolong? Amboi haih! banyak tanya sungguh aku ni.

24hb ni ka hang nak pi sana be mark? Brapa lama mau lepak sana? paling last hang pi bila? Pastu lak, kenuri lokman aku macam berat tak leh nak pi, sebabnya mak aku nak mai kl, ada perjumpaan besar-besaran keluarga keturunan lanun bugis di meru, klang 27hb tu. Aku soheh mak aku paksa suruh pi punya. Kalau ikutkan malaih sebab yang ramainya nak buat perkara lagho. Almaklumlah, keturunan lanun bugis.

Marn said...

Lupa aku nak jawab soklan hang tu speki. Bakal bini brazer Iz orang Sayong. MakPak bakal bini dia tu orang kuat UMNO, kalau tikam keluaq darah warna biru. Bakal bini dia tu cikgu. Maklumat lanjut, sila hubungi beliau sendiri la.