Solat Time

Tuesday, August 12, 2008

Bas, abang Jawa, gadis yang pandai 'justify' dan trafik jam.

Assalamualaikum..

Lawak petang Selasa.
Di dalam satu bas di suatu petang ketika ramai orang berebut-rebut untuk pulang ke rumah, terdapat seorang gadis yang keadaannya agak resah sedang duduk berdepan dengan seorang lelaki Jawa yang sedang berdiri berhimpit-himpit dengan penumpang yang lain. Memang kebiasaannya di waktu begini jalanraya sibuk dan ‘trafik jam’. Jadi bas tu tidak dapat bergerak dengan sempurna.

Gadis yang resah tu rupanya nak terkencing. Tetapi dia tak dapat turun sebab orang ramai dan bas tidak berhenti. Rumahnya pun masih jauh lagi. Tahan punya tahan last-last terkencing le sikit. Dia pun buat-buat buka handbag dan cuba mencari sesuatu. Tanpa disedari abang Jawa di depannya asyik memerhatikan gelagatnya dengan agak lama juga.

Nak dijadikan cerita, orang yang duduk sebelah gadis tersebut pun bangun sebab dah sampai ke destinasi. Jadi gadis tersebut pun mengalihkan tempat duduk kerana ‘sit’ dia dah basah. Jadi abang Jawa ni pun nak duduk. Bila dia tengok basah, dia tanya kepada gadis tersebut. "Aduh bu.. ngapa tempat ni basah ya?"

Jawab gadis tersebut, "Ohh... tadi botol minyak wangi saya tertumpah. Saya cari tutupnya tapi tak jumpa. Dalam beg tangan pun tidak ada".

Jadi abang Jawa tu pun keluarkan le sapu tangannya dan lap tempat duduk tu sebelum duduk. Setelah duduk dia pun cium le saputangan tersebut untuk menghidu wangiannya. Hidu punya hidu, baru la abang Jawa tu tau sambil tersenyum abang Jawa tu jawab: "Lo... kalau minyak wangi jenama ini, kalau mau, saya ada penutupnya.".

P/s: Cerita di atas adalah rekaan semata-mata. Tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah mati. Dipetik daripada email yang aku terima daripada seorang kawan.

10 comments:

bung bub said...

MUAHAHAHAH..indeed lawaks

abu_ateif said...

orang yang waras akan mengekek gelak dengo lawak hang tu marn paling busuk pun dia akan sengeh jer...kalau tak dak dua2 tu kompom tak waras...
hilang stress baca lawak cam ni...mmg power la tn presiden tak sia2 kami sebulat suara melantik mike.

abu_ateif said...

tapi mengapa watak lelaki yang ada penutup minyak wangi tu bernama abang jawa...ni sentimen perkauman ni...aku yang memperisterikan seorang wanita berketurunan jawa pun sedikit terasa...apatah lagi yang pior jawa spt sedia maklum.

Che Mart said...

mungkin Tn marn kita nk menggambarkan suasana muhibbah... itu la yg dia babitkan abg jawa.. & sbgnya..

marn said...

look at the bright side misters... tu promo percuma namanya. lagipun, watak tu tidaklah menggambakan watak manusia yang jahat dan mengambil kesempatan kan?

kenapa jawa ( ni cuba nak justify la ni):
1. sebab ramai pemuda berketurunan jawa dari tanah jawa yang menggunapakai perkhidmatn bas sebagai pengangkutan sehari2an.
2. mamat melayu ramainya membawa motorsikal dan jarang menggunakan perkhidmatan bas.
3. keprihatinan itu wujud pada setiap insan, cumanya kita endah atau tidak.
4. kalau tak jawa,jadinya kurang la lawak tu sikit.
5. lawak ni cuba mengetengahkan konsep muhibbah di kalangan penduduk Malaysia.
6. dah ceritanya macam tu, takkan aku nak ejas lelebih, kang kurang perisa lak.

mark walbub said...

Sementelah kita bercerita perihal kencing ni aku nk mengingatkan aku & juga kwn2 yg kdg2 kita terlepas pandang pd sesuatu perkara iaitu semayang bersama2 najis, ayor kencin yg walau setitis tp kalu kita hidu betui2 kat under garment kita kdg2 ada bau gak ooo,abih tu gone babai la solat kita.. dah la nk turun naik pon kdg2 susah maklumla comel tangkap pinggang la lutut la, las2 smayang tak diterima pulak... so sama2lah kita hati2 dlm hal ini, terutama specis yg pakai seluar panjang all day long.. bwk2 la spare kain pelikat just in case kita terkenc.

mark walbub said...

err kalu aderr yg terjijik aku crita pasal kenc or what not aku mohon sepuluh jari mintak ampun..

Anonymous said...

Salam ...

Ape ni Marn ? Kencing pun jd bahan lawak ke.. Tu ler manusia , betape hebatnyer otak , sampei boleh merekacipta cerita lawak bab kencing @ kayor. Ini mesti dah tak de idea lain atau dah terlebih idea . Aku pun tak tau nak klasifikasikan lawak hang ni tahap maner .

Aku nak tanyer ckit ni ... ade sape2 yang dah pegi ke Kuala Terengganu tetapi melalui jalan Simpang Pulai - Lojing - Gua Musang . Keadaan jalannyer cam ner . Cadangnyer cuti sekolah ni aku nak pegi Melancong N Melencong ke Kuala Terengganu . Saje 'jalang-jalang' ke guane . Tolong respon


ADIOS . SPEKI

marn said...

Kencing tu lumrah alam. nama pun tabawwol atau qadha' hajat. so, toksah rasaa jijik la. kencing merupakan suatu proses mengeluarkan sisa buangan di dalam sistem tubuh badan manusia.

Selalunya bila kita menyentuh soal kencing dan berak, persepsi umum akan berasa mual atau jijik. Sedangkan perkara tu kita buat hari2. Nak jijik mendanya? Cuba kalau tak boleh kencing tiga hari? Mau boyot perut tu ayaq kencing menakung dalam pundi. silap haribulan, doktor suruh tebuk ja pundi kenci. Bila dah bertebuk, hah!! usunglah colostomy bag tu ke hulu, ke hilir. Baru padan muka.

Ok, tahun sudah masa raya, aku pernah lalu jalan yang hang cakapkan tu Speki oi! Jalan cun. Hang toksah risau pasai keadaan jalan dari Simpang Pulai- Lojing-Gua Musang. Jalan Simpang Pulai-Lojing, dua lane pegi-balik. Level lebuhraya. Mengkala letih, singgahla ke Kg Raja, Cameron Highland ambil udara segar.

Manakala Lojing ke Gua Musang ( 40minit perjalanan), jalan kecik dan takleh bawak laju sangat. Jalan kampung. Dari Gua Musang-Kuala Terengganu, keadaan jalan pun ok gak. Cumanya jauh la dari Gua Musang nak kena ke Kuala Krai-Machang-Jertih-Permaisuri-Kuala Terengganu. Kurang lebih 5 jam perjalanan. Kalau nak layan pemandangan tepi laut yang cun, hang sampai kat Bandar Permaisuri, hang ambik jalan ke Penarik dan akan lalu Merang (bukan Marang). kat situ, jalan tepi laut, memang cun gila babat! Siap kena berhenti tepi laut kat Merang tu pekena ikan sama sotong salut tepung. Pergh!! Sedap tu beb! Rugi tak pekena sotong/ikan salut tepng sambil layan bayu laut. Dan hang layan la jalan tu sampai lalu Rhu Tapai-Batu Rakit-Seberang Takir dan jugak Pulau Duyong yang adanya perkampungan Taman Tema Islam Hadhari Masjid Kristal Peter Lim Bedahwi.

Ada satu jalan baru, kalau nak try pun cun gak, Gua Musang-Chiku-Aring-Tasik Kenyir-Kg. Jeneris-Kuala Berang-Kuala Terengganu. Tu memang short-cut tak hingat punya. Tempoh perjalanan Simpang Pulai-Gua Musang (2jam30minit), Gua Musang-Kuala Berang (3jam), Kuala Berang-Kuala Terengganu (40minit). Tapi, kereta sikit gila yang lalu kot jalan ni sebab jalan ni baru ja bukak. Mungkin keadaan turapan jalan tak sempurna sangat lagi. Pemandangan pun menariks gak. Sebabnya hang layan Tasik Kenyir. Pergh la jugak! Cumanya kereta tak banyak lalu jalan ni. Kalau tak berani gamble, jangan guna.

p/s: tempoh perjalanan di atas adalah mengikut congakan bodo penulis. Bergantung pada tahap dan skil pemanduan masing-masing. Kalau aku bawak, memang catat masa kurang dari tu. Tu aku ambik kira orang tak biasa dengan selekoh dan kondisi jalanraya.

marn said...

oh ya.. pasal berkenaan kencing lagi. Be bub, kalau penyakit kerap nak terkencin tu namanya beysiaq (mengikut istilah slanga utara). tu tanda pundi kencin @ buah pinggang dah nak kondem @ kondemed. Orang ada kencin maneh selalunya kerap ke tandas. Nak elakkan daripada terjadi macam tu antara usahanya ialah:
1. jangan tahan kencin.
2. selalu minum ayaq kosong/mineral/r.o. dan sbgnya sebelum tidur dan selepas bangun daripada tidur.
3. kurangkan pengambilan gula dalam minuman dan makanan.
4. jauhkan daripada mengambil minuman bergas.

Antara hikmah mengapa Rasulullah SAW menyarankan kita supaya berdehem 3x paling kurang selepas kencing adalah kerana nak meng'toih'kan air kencin.

Dan petua seterusnya, seelok-eloknya urut urat bawah telur (untuk lelaki) supaya tiada lebihan air kencin yang tersisa di dalam saluran 'anu' tu.

Untuk maklumat lanjut, sila cari maklumat lain yang lebih tepat dan padat.