Solat Time

Wednesday, September 12, 2012

Ghaya dan Penyakit

Assalamualaikum..!

Pahabaq semua? Aku doakan semoga semuanya sihat selalu. Dah lama tak menulis. Abih hilang skil mengayat aku.

Walau apapun, Selamat meraikan Syawal.. Jangan dok pulun sangat makan di rumah terbuka. Kang sakit. La ni dah banyak orang dok beratoq di hospital kerajaan dan swasta. Tak cukup dengan hospital, klinik pun penuh gara2 dok makan macam-macam. Bulan Ramadhan, nak jumpa pesakit pun susah.

Tu la kita ni.. Dah tau posa tu baguih, tapi liat nak buat posa 6 Syawal sama sunat Isnin/Khamis. Patutnya kita ni kena melazimkan diri dengan posa sunat. Bru la tubuh badan tu sihat.

Jadi, bersempena Syawal yang bebaki tak berapa hari ni, tak dak rasa ka nak buat perjumpaan Syawal tahun nih? Saja la tana kot2 ada yang berkongsi perasaan yang sama.

Selamat menjamu selera dan berhati-hati semasa menjamah juadah.

Thursday, July 19, 2012

Yusrin dan Myasthenia Gravis

Assalamualaikum..

Terkini..
Alhamdulillah berkat doa sahabat-sahabat semua, si Yusrin dah keluar daripada hospital, tapi masih dalam keadaan lemah. Sama-sama kita teruskan memanjat doa buatnya semoga cepat sembuh seperti sediakala, insyaAllah.

Asal..
Buat sahabat sekalian, jom kita pakat-pakat doa supaya sahabat kita Yusrin diberikan kesembuhan dengan kadar yang segera. Buat yang baru mengetahui keadaan kawan kita tu, dia disyaki oleh doktor mengidap penyakit yang dikenali dengan nama Myasthenia Gravis. Penyakit yang menyebabkan antibodi sendiri menyerang anggota tubuh yang sihat menyebabkan kelumpuhan sementara atau ketidakupayaan pesakit untuk mengawal saraf motor. Penyakit ini boleh membawa maut dan sehingga kini tiada sebarang ubat yang mampu mencegah mahupun mengawal punca penyakit tersebut. Boleh dikatakan semua kita terdedah kepada penyakit ini tetapi ianya tidak menyerang golongan muda. Dalam kes Yusrin, memang unik sebab macam mana dia boleh terkena sakit tu, Wallahu A'lam. Sila rujuk abg Google untuk keterangan lanjut.

Tahap kesihatannya sehingga pagi tadi tidak berubah sejak dimasukkan ke dalam hospital Sg Buloh tanggal 30hb Jun yang lalu. Masih lagi memerlukan alat bantuan untuk memasukkan makanan serta tidak berdaya untuk menggerakkan anggota tubuh badannya. Bukan lumpuh, tetapi tidak bermaya.

Oleh yang demikian, aku menyeru kepada para sahabat semua untuk menziarahi beliau yang sedang terlantar di dalam Wad 4A, tkt 4, Katil 27, Hospital Sg Buloh. Hanya sokongan moral daripada kawan-kawan sahaja yang dapat menyuntik semangat untuk dia terus berjuang melawan penyakit yang sedang dihidapi.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar dia dapat diselamatkan dan sembuh dengan kadar segera, insyaAllah.

Sunday, July 15, 2012

Ramadhan oh Ramadhan

Assalamualaikum..

Ramadhan datang lagi untuk kesekian kalinya. Alhamdulillah. Betapa ramai di kalangan kita yang telah pergi buat selamanya dan tidak sempat mengecapi nikmat berpuasa di bulan Ramadhan. Bersyukurlah. Bersyukurlah di atas nikmat yang telah dan sedang Allah SWT berikan buat kita tanpa kita sedari. Betapa beruntungnya kita di dalam hal ini.


Ramai di kalangan kita yang memandang bulan Ramadhan sebagai salah satu bulan-bulan yang datang dan pergi tanpa memahami kelebihan dan keuntungan yang ada di dalamnya. Di atara kelebihan yang terdapat di dalam bulan Ramadhan yang dirakamkan di dalam hadis-hadis ialah:

Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi.

Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa. Maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri (bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara. Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata: Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari Qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi.


Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Umatku telah diberikan dalam Ramadhan lima perkara yang belum bernah diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka.

  1. Bau busuk mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi. 
  2. Ikan-ikan di laut akan beristigfar untuk mereka sehingga mereka berbuka. 
  3. Setiap hari Allah s.w.t. akan menghiaskan syurgaNya dan berkata, "Telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan dari beban-beban dan mereka akan datang kepadamu." 
  4. Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat di dalam Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan ini apa yang biasa mereka lakukan pada bulan lain. 
  5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan. Ditanya kepada Rasulullah, "Adakah ia Lailatur Qadar?" Baginda menjawab, "Tidak! Tetapi seorang pekerja yang diberikan ganjarannya apabila telah selesai kerjanya." (Riwayat Imam Ahmad).

Dan banyak lagi hadis-hadis yang membicarakan tentang kelebihan Ramadhan yang merupakan penghulu kepada bulan-bulan yang lain. Rasulullah SAW sendiri ternanti-nanti akan kedatangan Ramadhan. Amatlah malang bagi kita yang memandang sepi akan nikmat yang semakin menghampiri.


Ayuh kawan-kawan. Sama-sama kita memperbanyakkan amalan dan memohon keampunan sepanjang kita berada di dalam Ramadhan kelak. Moga Allah menerima segala taubat dan ibadat kita, insyaAllah.

Thursday, May 31, 2012

Assalamualaikum..

Suka aku nak kongsi dengan hangpa kisah nih.. Selamat membaca dan mengambil iktibar.

The Good you do, comes back to you, The Evil you do, remains with you 

A woman baked bread for members of her family and an extra one for a hungry passerby.

She kept the extra bread on the Window-sill, for whosoever would take it away.

Every day, a hunch-back came and took away the bread. Instead of expressing gratitude,

he muttered the following words as he went his way:

"The evil you do remains with you: The good you do, comes back to you!"

This went on, day after day. Every day, the hunch-back came, picked up the bread and uttered the words: "The evil you do, remains with you: The good you do, comes back to you!"

The woman felt irritated. "Not a word of gratitude," she said to herself...

"Everyday this hunch-back utters this jingle! What does he mean?

"One day, out of despiration, she decided to do away with him. "I shall get rid of this hunch-back," she said. And what did she do? She added poison to the bread she prepared for him! As she was about to place it on the window sill, her hands trembled. "What is this I am doing?" she said.

Immediately she threw the bread into the fire, prepared another one and kept it on the window-sill.

As usual, the hunch-back came, picked up the bread and muttered the words:

"The evil you do, remains with you: The good you do, comes back to you!"

The hunch-back proceeded on his way, blissfully unaware of the war raging in the mind of the woman. Everyday, as the woman placed the bread on the window-sill, she offered a prayer for her son who had gone to a distant place to seek his fortune. For many months, she had no news of him.. She prayed for his safe return.

That evening, there was a knock on the door. As she opened it, she was surprised to find her son standing in the doorway.. He had grown thin and lean. His garments were tattered and torn. He was hungry, starved and weak. As he saw his mother, he said, "Mom, it's a miracle I'm here. While I was but a mile away, I was so hungry that I collapsed. I would have died, but just then an old hunch-back passed by. I begged of him for a small part of his food, and he was kind enough to give me a whole bread. "As he gave it to me, he said, "This is what I eat everyday: today, I shall give it to you, for your need is greater than mine!"

"As the mother heard those words, her face turned pale and red. She leaned against the door for support. She remembered the poisoned bread that she had made that morning. Had she not burnt it in the fire, it would have been eaten by her own son, and he would have lost his life!

It was then that she realized the significance of the words: "The evil you do remains with you: The good you do, comes back to you!"

Do good and; Don't ever stop doing good, even if it’s not appreciated at that time.

Wednesday, May 30, 2012

Jemputan Waliimatul Urus

Assalamualaikum..

Besar hati aku bila mana dapat mesej daripada sahabat kita; Zaki Saidin untuk memanjangkan jemputan kenduri kahwin adiknya di dalam blog ni. Aku harap ada lagi orang dok masuk jengok2 blog nih.. muahahaha..!

Walau apa pun, buat mereka yang membaca blog ni, dengan segala hormatnya aku mewakili Zaki Saidin untuk menjemput kalian ke kenduri seperti yang tertera di bawah:

  • Tajuk: Majlis Perkahwinan ADIK LELAKI Zaki Saidin (bukan Zaki Saidin yang nak kahwin).
  • Tarikh: 02 Jun 2012 bersamaan hari Sabtu.
  • Tempat: No. 11, Batu 11, Lekir, Sitiawan, Perak.
  • Masa: macam biasa la. Ikut adat kebiasaan kenduri orang Lekir. 
Semoga ramailah daripada kita yang akan memenuhi jemputan saudara kita ni. aku doakan semoga adik dan keluarga Zaki Saidin dilimpahi dengan barakah dan selamat dunia akhirat. Moga Allah Azza wa Jalla memurahkan rezeki kalian, amin...

Ni kalau nak tengok kat mana Batu 11, Lekir, Sitiawan, Perak : https://maps.google.com.my/maps?hl=en&q=no+11+batu+11+lekir+perak&client=safari&ie=UTF-8&ei=SfLFT5uACoborQfiq-CrBQ&oi=mode_link&cd=3&ved=0CBEQ_AUoAg

Selamat makan kenduri. Pandu dengan selamat. Semoga kehadiran tuan/puan akan menyerikan lagi majlis tersebut.

Aku dan bisnes umrah 3

Assalamualaikum..

sambungan..

Soalan ketiga aku: Kenapa final rooming list tak bleh ditunjukkan kepada jemaah? Sedangkan jemaah akan disusun dan diletakkan mengikut nombor bilik yang terdapat di dalam senarai tu. Aku pun berceritalah kisah pengalaman aku membantu sorang rakan mutowwif yang hadapi masalah.

Kisahnya begini; sepasang suami isteri level pakcik/makcik kita la yang membeli pakej untuk tinggal bersama di dalam sebuah bilik. Pakej Double yang bayarannya untuk setiap orang RM500/- berbanding pakej biasa. Makna kata, suami-isteri tu tadi dah bayar RM1,000/- untuk dapatkan bilik untuk depa berdua ja. Tapi bila dirujuk dalam rooming list, depa laki-bini tak entitle pun. Ikut macam pakej biasa. Apa lagi, mengamuk la laki-bini tu tadi. Siap bawak keluar surat pembelian pakej dan surat confirmation daripada syarikat ni yang tertera pakej dan bilik jenis apa yang patut depa dapat. Siap bercerita dengan aku berkenaan tiap kali staf syarikat ni telefon, mintak duit bayaran. Sedangkan depa dah bayar 2 bulan sebelum pegi, bayaran penuh lagi. Pakcik tu siap tunjuk resit lagi yang tertera tarikh. Makna kata, dia backup dengan bukti dan claim kata dia tak cakap kosong la. Aku no komen pasal tuh. Aku cakap mungkin bahagian akaun tak update dengan file manager kot.

seb bek makanan kat Makkah superb

Pada mulanya, pasangan pakcik/makcik tu takmau masuk bilik yang berkongsi dengan orang lain. Dah la terpisah bilik. Si pakcik tu kena duduk di bilik 515. Maknanya bilik di tingkat 5. Manakala makcik tu pulak di tingkat 10, bilik 1013. Pakcik tu dah mula tinggi-tinggikan suara. Setelah 15 minit aku pujuk bagi pihak rakan mutowwif aku yang keletihan baru sampai dari Malaysia, aku bagi kata dua kepada pakcik tu sama ada nak tido di lobi hotel atau masuk bilik dan pagi esok aku akan usaha untuk dapatkan bilik untuk depa berdua. Akhirnya barulah depa mau masuk bilik.

 akhi hangpa: Amran Talib

Tengah aku sedap dok berkongsi maklumat, si taukeh ni lagi sekali mencelah dan siap cakap: "Awak kena selesaikan masalah mereka. Sebab awak Tour Manager. Awak Mutowwif pembimbing dan awak pengurus perjalanan para jemaah. Ada sesetengah tu mengaku ambil pakej double, tapi mereka bayar pakej biasa. Memang kita tak layan. Awak kena suruh jemaah ikut nombor bilik dalam rooming list tuh. 

ni antara hotel yg aku lepak semasa di Madinah

Aku potong cakap taukeh. Aku bagitau yang ni bukan kes false claim. Kalau false claim, aku pun reti nak handle. Ni masalah depa ada bukti. Taukeh tu potong balik: "Awak tak boleh salahkan pengurusan. Biasalah. Eksiden boleh berlaku bila-bila masa dan di mana-mana. Siapa nak eksiden? Memang dari dahulu lagi, masalah bilik ni tak dapat kita atasi. Mana ada travel agency yang perfect?! Semua travel agency hadapi masalah eksiden bilik. Awak jangan layan sangat jemaah ni. Kalau berlaku masalah bilik, awak hubungi terus saya. Aku mencelah: "Haji, kes yang saya kongsikan dengan haji ni berlaku pukul 1pagi waktu Madinah bersamaan pukul 6pagi waktu Malaysia. Haji nak diganggu waktu subuh ka? Ya! Awak telefon saya pada bila-bila. Aku celah lagi: "Abis tu, pengurus hotel di Madinah/Mekah tu buat apa? Takkan la masalah bilik pun saya nak kena buat panggilan ke Malaysia? Bukannya murah. Sapa yang nak tanggung kos? Saya rasa haji ada banyak perkara yang lebih besar dan penting yang perlu haji fikirkan berbanding masalah bilik nih. Taukeh tu jawab: "Masalah bilik hanya saya sorang yang boleh selesaikan. Awak tak perlu cari orang lain".

Aku pun melopong tak reti nak kata apa lagi dah. Sebabnya ini taukeh, run the Sdn Bhd company as he running an enterprise. Sesungguhnya aku taktau sama ada dia tahu atau tidak apa maksud delegate. Tapi rasanya dia tahu sebab dia katanya bekas PTD. Mungkin dia tak percaya pada staf ataupun staf dia tak boleh diharap. If either one is the answer, masih tak membantu para mutowwif yang dok terima maki-hamun daripada jemaah bagi pihak syarikat.

Soalan keempat: Kenapa para mutowwif tidak dimaklumkan sekiranya ada special request daripada jemaah seperti tempat duduk dalam flight, perlu bantuan dan sebagai. Sebabnya, aku punya kes klasik di mana VIP (jemaah aku) takmau masuk kapal terbang kerana tempat duduk depa anak beranak seramai 6 orang terpisah. Aku tak diberitahu yang memang depa request sebelum berlepas lagi untuk duduk sekali satu barisan. Mana la aku nak tau. Aku ni bukannya kasyaf. Ada ka patut, tengah dok beratur nak masuk dalam perut pesawat, VIP ni buat perangai. Sedangkan masa menunggu di lapangan terbang tu ada dalam 5 jam. Pengurusan tak telefon maklumkan sepanjang menunggu pintu gate dibuka. Bila telefon, terus bagi arahan, mesti layan kehendak VIP tu sampai dapat. Taukeh tu menyampuk: "Ya! Awak kena layan VIP dan penuhi hajatnya sebab kita ambil duit VIP lebih beribu-beribu RM daripada jemaah biasa. Awak kena layan kerenah VIP. Tu sebab awak diberikan elaun sebagai Tour Manager".

ni tgh setelkan boarding pass

Pergh!!! Tak ka berbulu? Tadi si taukeh ni cakap jangan layan sangat kerenah para jemaah. Tapi sebab ada bangsa jenis VIP yang bayar lebih, kita si mutowwif kena jadi balachi. Aku memang hangin. Bila dah hangin. Aku pun tegur la si taukeh ni: "Tuan Haji, boleh tak tuan haji diam semasa saya tengah bercakap?  Masa tuan haji bercakap, kami semua diam. Kalau tuan haji bercakap, saya bercakap, sapa yang nak dengar?". Waktu tu, memang muka dia sudah merah padam la. Sebab tak pernah lagi dia ditegur macam tu depan staf dan bini yang juga rakan kongsi bisnes dia.

Mana aku tak hangin, asal aku bercerita untuk kongsi masalah, dia pi potong, lepas tu paku aku. Dok ulang kata, jangan salahkan pengurusan. Jangan salahkan orang lain. Bila masa aku salahkan orang? Aku bertanya saja. Kot2 la aku salah paham ka, aku terbuat kerja yang tak patut aku buat ka. Aku sambung lagi: "Haji, tadi mula-mula haji minta saya kongsikan pengalaman saya untuk dikongsikan bersama para mutowwif baru. Bila saya berkongsi, saya kena marah. Takpa lah.. kalau macam ni, lepas ni saya takkan kongsi masalah saya. Saya akan ceritakan yang baik-baik sahaja. Terpulang haji lah nak menilai saya macam mana.

masa makan kt d'Saji, Makkah

Terus sahaja staf syarikat menyampuk, dah nak masuk Maghrib. Eloklah kita tutup majlis nih. Aku pun malas nak layan lagi kelaku manusia yang macam ni. Taukeh tu buat ringkasan lebih kurang dan dok tekankan supaya etika berpakaian diikuti. Sapa yang tak boleh ikut kehendak syarikat, boleh pergi cari makan kat syarikat lain. Aku no komen. Syarikat dia, dia punya pasai la buat lagu mana pun.

Banyak lagi kalau ikut hati aku nak kongsikan dengan hangpa yang membaca coretan ni. Tu blom lagi kisah makcik meracau2 tak boleh masuk Masjidil Haram. Kisah VIP yang sombong dan macam-macam. Kiranya pergi umrah ni dah kira macam satu trend. Bukannya nak pergi buat ibadat sangat pun. Kira macam nak menunjuk pun ya. Muahahaahah..! Apa-apa pun, aku doakan semoga semua yang pergi tu diterima amal ibadah oleh Allah Azza wa Jalla, amin...


Thursday, April 26, 2012

Aku dan bisnes umrah 2

Assalamualaikum..

Sambungan..

Ketika jam hampir masuk pukul 6.50 lewat petang, si taukeh ni tadi membuka sesi pertanyaan dan mengajak para mutowwif veteran yang tak salah aku ada dalam 5 orang untuk berkongsi pengalaman dan pendapat bersama pihak pengurusan dan skuad pelapis. 

Apabila diajukan seorang demi seorang oleh si taukeh dengan mengajak untuk memberikan komen, boleh kata 3 mutowwif veteran yang tidak mahu memberikan komen. Sekadar menyatakan tiada masalah dan mutowwif Malaysia kena banyak belajar dengan mutowwif Indonesia. Dalam hati aku memang berbulu sebab depa-depa ni so called ustaz boleh berpura-pura depan tuakeh. Sedangkan banyak yang bising. Itu tak kena, ini tak kena. Sekadar bising di belakang. Aku pulak bukannya manusia yang macam tu. Cantiklah. Inilah masanya untuk aku memberikan pendapat dan berkongsi sejujurnya pengalaman yang ada padaku buat mutowwif pelapis.  

Sampai sahaja giliran aku, soalan yang sama diajukan, aku pun terus bagi salam dan mengajukan 4 soalan; Yang pertama: pegawai kebajikan Andalusia di Mekah/Madianah hanya bertugas di sampai pukul 11 malam sahaja kah (ikut jadual yang terpampang di dalam pejabat)? Sekiranya ya, siapa yang patut bawa jemaah ke hospital sekiranya ada yang sakit pukul 3 pagi? Jawapan yang diberikan oleh taukeh: Mutowwif. Ok, fine. Aku pun ceritakan pengalaman aku yang sudah lalui kes macam tu. Ada jemaah sakit dada tak boleh bernafas pukul 3 pagi. Aku yang bawakan ke hospital. Dan aku kongsikan pengalaman bagaimana berurusan di hospital di Saudi. Menyakitkan hati..! Kalau tak aku kenangkan hospital tu dalam Tanah Haram, mau dah aku tinju sampai pecah muka doktor sama misi kat dalam hospital tuh.

Hospital King Faisal


Soalan kedua: Siapakah yang bertanggungjawab untuk berurusan dengan pihak Saudi Airlines untuk mendapatkan flight boarding pass untuk pulang ke tanahair? Jawapan yang diberi: Petugas di Makkah/Madinah. Dan yang terbaru; tanggungjawab petugas Makkah/Madinah bersama mutowwif.


Baik. Aku pun ceritakan pengalaman aku masa nak dapatkan boarding pass baru-baru ni. Tidak ada mana-mana pegawai pun yang nak membantu aku untuk pergi bersama-sama ke pejabat Saudi Airlines. Tapi aku tak kisah sebab aku boleh belajar. Cumanya, nak mintak tolong bagi panduan daripada pengurusan untuk membantu. 

Terus sahaja taukeh ni potong cakap aku dan kata jangan salahkan pihak pengurusan. Itu tanggungjawab mutowwif untuk selesaikan perkara yang tertangguh. Mutowwif kena bijak menilai dan membuat keputusan. Dan aku pun bagitau lah yang aku selesai uruskan semua boarding pass tanpa masalah. Cumanya, aku minta untuk lebih prihatin terhadap bidang tugas masing-masing di masa hadapan. Lagi sekali si taukeh ni potong cakap aku dan tekankan supaya jangan salahkan pengurusan. Aku dah mula hangin balik sebab masa dia bercakap, sapa pun tak potong cakap. Mai turn aku, dia nak cakap lagi. 

bersambung..

Wednesday, April 25, 2012

Aku dan bisnes umrah

Assalamualaikum..

Ape kabo semua? Harap2 ada la orang jengah blog yang makin bersawang nih.. Muahahahaha... baru ada kesempatan menulih dan mengemaskini blog kita yang makin malap. Dah lama tak menulih, rasa makin berat jari nak mengetuk kibot menganyam kata-kata untuk dipersembahkan menjadi ceritera buat  tatapan semua.

Semua rasanya maklum yang aku sekarang ni dah kurang bergiat secara aktif di alam siber kecuali mengemaskini akaun FB aku. Tu pun tiada cerita menarik yang aku paparkan dalam FB aku tu. Sekadar gambar dan status yag merepak sepanjang aku mengerjakan umrah bersama satu syarikat ni.

Tadi petang membawa ke senja, aku dipanggil oleh taukey syarikat bisnes umrah/ziarah yang membayar aku untuk menjadi mutowwif untuk syarikatnya. Aku dapat panggilan telefon pukul 2.30 petang oleh pihak syarikat dan diminta untuk mengadap taukey (katanya nak jumpa aku) pada pukul 5 petang hari yang sama. Kebetulan pulak aku memang dah ada janji di Tesco Ampang dengan salah seorang mantan jemaahku yang ajak berbincang perihal bisnes kecil-kecilan. Perjumpaan aku dengan mantan jemaahku tak perlulah aku highlightkan di sini. Cukup sekadar aku katakan, usai perjumpaan tepat jam pukul 4.50 petang yang kebetulan cuaca mula hujan. 

Sesudah perjumpaan ditangguhkan, aku menelefon syarikat umrah/ziarah yang terletak di jalan belakang yang berhampiran dengan Tesco Ampang, untuk memaklumkan bahawa aku akan lewat memandangkan cuaca hujan dan aku baru sahaja baik daripada serangan asma. Khuatir kiranya aku meredah hujan, penyakit asma aku menyerang kembali. 

Kurang lebih setengah jam, hujan mulai reda dan aku mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke pejabat syarikat umrah tersebut. Sesampai sahaja aku di sana, aku langsung menaiki tingkat 3 bangunan syarikat tersebut setelah aku intai dari luar, taukey tiada di dalam bilik pejabatnya di aras bawah. Pasti ada di tingkat 3 kerana aku terdengar suaranya sayup2 menerusi pembesar suara yang sedang memberikan taklimat kepada pelapis mutowwif muda fasa 2. 

tak 'ahmad'kah muka nih?

Semua mata tertumpu ke arahku semasa aku masuk ke dalam bilik kuliah di aras 3. Aku terus ke satu sudut di penjuru bilik kuliah untuk merebahkan punggungku yang lembab dek kerana terkena hujan semasa menunggang motorsikal tadi. Setelah beberapa ketika mendengan komen dan aduan jemaah daripada mulut taukeh tentang prestasi keseluruhan mutowwif Malaysia, aku dipanggil untuk berdiri di hadapan khalayak. 

Aku terus melangkah ke haapan dan berdiri mengadap di hadapan semua orang. Disebelah aku ada sorang lagi kenalan mutowwif. Berpakaian lengkap berkepiah dan berjubah, manakal aku berseluar poket banyak dan berT-shirt lengan pendek. Kemudian taukeh bertanya kepada khalayak: "Siapa yang akan tuan-tuan pilih untuk menjadi mutowwif tuan-tuan?" Kalau saya, sudah tentu saya tidak akan memilih di sebelah kanan (terus menumpahkan pandanganya terhadap aku), tambahnya lagi. Tersentak aku. Diperlakukan selaku contoh mutowwif aka pembimbing agama aka ustaz yang tidak berdisiplin dalam etika berpakaian. Terus ringan mulut aku menjawab: "Buat apa pakai pakaian yang membuatkan kita berpura-pura di depan manusia? Pahala pun x dapat".

Apalagi, menyingalah si taukeh. Selama ini tiada seorang pun berani membantah cakapnya. Terus taukeh ni cakap kata etika berpakaian penting dan tidak boleh dipermain-mainkan. Kalau tak boleh ikut kehendak syarikat, boleh cuba cari makan dengan syarikat lain. 

Pergh!!!! Menyirap (bukan bancuh sirap tau) darah aku!!!  Nak ja rasanya aku maki dan belah dari situ kejap-kejap tu jugak. Tapi aku khuatir kalau perbuatan aku tu sebenarnya menurut bisikan syaitan. Aku tahankan lagi telinga mendengar bebelan si taukeh nih. "AsSobru jameel" kata Allah Azza wa Jalla.

bukanlah aku sengkek sangat tidak berjubah

Aku bertanya dalam hati, kenapa aku mesti berpakaian jubah siap berkupiah kalau datangnya aku dipanggil tanpa memberitahu akan ada taklimat khas untuk para mutowwif fasa 2 bersama mutowwif veteran macam aku nih. Kemudian pulak, bukannya waktu pejabat pun. Pakaian aku memang santai habis la. Dia siapa sampai aku mesti balik rumah tukar pakaian bila nak masuk mengadap? Bukannya aku ni staf dia. Kalau aku ni dikira pekerja, mana caruman KWSP aku? Mana Socso aku? Nak aku buat report kat KWSP? Kang kata aku penaya syarikat melayu pulak....

Don't judge the book by its cover. Sunnah itu bukan sekadar di kupiah waimma di jubah. So, tolonglah lepas ni kita buka minda dan fikiran kita. Kalau di Saudi, perogol pun pakai jubah. Tidaklah aku berniat mencerca jubah kerana ianya sunnah dan pakaian Rasul SAW yang tercinta. Tetapi aku kasihan perilaku dan pemikiran jumud yang tak terbuka mindanya walaupun dah berjalan serata dunia tapi tahap pemikirannya macam budak umur 5 tahun. 

Nanti akan ada lagi rentetan cerita nih.. kia sambung lain masa. Wassalam....


Tuesday, March 27, 2012

Umrah dan kenangan

Assalamualaikum..

Apa khabar sahabat2 ku sekalian? Sorilah sebab dah lama tak kemaskini blog kita nih. Aku rasa ramai yang dah lari. Silap haribulan aku sorang ja yang dok menulih dalam blog ni. Muahahahaha..

Ni barulah ada kesempatan nak mengemaskini blog ni. Aku baru menjejakkan kaki ke tanahair lewat petang semalam. Sahabat kita, si Jamil yang tolong pikap aku di KLIA. 

TERUJA!!! Ni lah perkataan yang boleh aku kongsikan bersama kalau pemahaman maksud kita sama. Banyak pengalaman yang tak bleh nak aku ungkapkan dengan perkataan.


Kiranya ni aku baru balik kali ke2 unrah untuk tahun ni. insyaAllah kali ke3 akan menyusul 2hb April ni. sapa nak join aku? Jom pi umrah. Jemputan tu terbuka untuk mereka yag ada lebihan dana dan punya ruangan masa. Kalau takdak, toksah la pi lagi. 

Eskrem Makkah is a must. 
Sapa x pekena, toksah cakap kata pernah pi Makkah.

Umrah ni bagus untuk mereka yang dah pergi dan belum pergi haji. Buat yang belum pergi, nak dapatkan feel haji, boleh la try seraon. Nak dapat feel, kata orang. Yang dah pernah pergi, eloklah pi refresh dan lepaskan rindu menatap Ka'abah.

tok imam Masjidil Haram. Soalan; sapa nama dia?

Serius aku katakan, makin kerap aku pergi ke Makkah menatap Ka'abah, makin rindu aku padanya. Sesungguhnya bukanlah rekabentuk mahupun kiswahnya yang membuatkan rindu bertandang di hati ini. Akan tetapi seakan ada kuasa yang tidak terlihat, cuma sentiasa  terasa meruntun hati dan jiwa ini untuk menatapnya.


Pada Ka'abah itu 120 barakah. 60 untuk yang bertawaf, 40 untuk yang bersolat padanya, manakala 20 pada yang menatapnya.

Makan nasi Mandy kat Makkah pun lain macam beb, rasanya. Tak sama dengan apa yang ada di Msia nih. Tu blom cerita makan roti dengan daging unta. Pergh....! Beyond imagination...

Mandy Lahm, Mat'am Hadra Mawt, Azizieh, Makkah

'Ala kulli hal, aku doakan semoga kawan-kawan semua beroleh kesejahteraan yang berpanjangan dan dimurahkan rezeki untuk memijak dan menatap bumi al-Haramain. 

Ni baru intro, nanti aku akan susun kisah perjalanan aku semasa di bumi Haramain, insyaAllah.

Friday, February 10, 2012

Maulidur Rasul

Assalamualaikum..

Selamat Menyambut Maulidur Rasul. Moga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW makin bertambah saban tahun. Ka ada di antara kita yang sambut Thaipusam? Toksah dok sambut la.. Rosak akidah. Tapi kalau ikut akidah 1Malaysia, boleh ja sambut.

Dah lama tak menulis.. entah la sama ada blog ni ada pembaca ka tidak. Aku cuba tulis walaupun tiada orang yang nak baca. Muahahahahha..

InsyaAllah, 19hb ni kalau tiada aral, aku akan pergi mengerjakan umrah. Dalam awal bulan Januari yang lalu, aku ikuti kursus jadi Mutowwif (orang yang berpusing-pusing aka kepala bawak orang buat kerjakan umrah). Aku attach dengan syarikat Andalusia Travel Sdn Bhd. Jadi depa punya mutowwif freelance tapi tak free. Sebab depa bayar. Muahahahaha..


So, lepas ni sapa2 yang nak pi buat umrah, bleh la kontek aku untuk adjust tarikh nak pi bila dengan Andalusia Travel. Cumanya, insyaAllah kalau tadak aral, ada rezqi aku nanti, memang aku nak bukak satu travel agency sendri. Cumanya skang ni tengah dok cari maklumat, dana dan pengalaman. Dah cukup (bila dirasakan cukup, sebab kalau nak cukup bebetul memang takkan cukup), baru aku beranikan diri untuk bukak sendri punye. Doa-doakan lah...

ni antara tempat hotspot utk berdoa

Sebut pasal Maulidur Rasul, tak sabar rasanya nak pergi jejak kaki semula di perkampungan nabi SAW. Rindu seh.. Sapa yang dah pernah pergi, kalau tak rindu, memang dia ada masalah la tuh. Sapa yang belum pergi, mungkin tak dapat rasanya nikmat menziarahi rasul dan para sahabat yang selama ni kita dok baca dan dengar melalui buku dan mulut para ustaz dan alim-ulama'.


Aku sarankan, sapa yang ada duit lebih tu, cepat2kanlah pergi buat haji dahulu. Tapi kalau ada lebihan yang lebih, nak buat umrah dulu sebagai persiapan untuk haji, lagi2 la digalakkan. Tak kisah la pergi ngan mana-mana agensi. Asalkan mau pegi...

di balik pintu emas ni lah letaknya maqam Rasulullah SAW, Abu Bakar RA dan Umar RA.

So, banyak2kanlah berdoa dengan Allah Azza wa Jalla moga dimurahkan rezeki dan dilapangkan masa serta dianugerahkan kesihatan tubuh-badan untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Haramain.

Sebelum aku sudahi tulisan kali ni, doakan aku selamat pergi dan kembali, amin...

Wallahu A'lam....

Wednesday, January 18, 2012

Pergh..!

Assalamualaikum..

Semoga ceria selalu hendaknya.

Buat kawan-kawan semua, sepuluh jari aku susun tanda memohon kemaafan daripada kalian. Sebagai moderator blog ini, aku dah makin kurang peruntukan masa untuk mengadap komputer dan mengemaskini blog kita ni.

Tugasan baru aku memaksa aku lebih banyak meluangkan masa di dunia nyata berbanding dunia siber.

Kini aku tidak lagi mampu mengemaskini blog ini seperti dahulu.

Kalau ada sebarang cadangan, pohon untuk dikongsi bersama.

Sekian dahulu dari aku.. Nanti kita berceloteh lagi.