Pages

Solat Time

Wednesday, September 24, 2008

Perginya seorang srikandi Islam...

Assalamuaaikum..

Semasa jari ini mengetuk papan gelintar menyusun kata, ada hati di luar sana yang sedang menangis hiba. Meratapi pemergian dan perpindahan seorang insan tersayang yang dipanggil ibu, ke alam barzakh sebelum bertemu Rabbul Jalil di akhirat kelak.

Sesungguhnya perpisahan itu sesuatu yang mendukacitakan. Setelah sekian lama hidup bersama, berkongsi duka-lara di alam kehidupan ini. Al-Fatihah kita sedekahkan buat ibu saudara kita Saiful Asri bin Hasan Basri. Moga Allah Taala memberikan kekuatan buat mereka sekeluarga yang baru sahaja kehilangan bonda tercinta. 

Tatkala kita sibuk mencari dan membeli persiapan untuk berhari-raya, ada hati di luar sana yang pastinya edul Fitri kali ini penuh dengan suasana hambar. Moga Allah SWT tenangkan hati hamba-hambaNya.

Marilah kita sama-sama mendoakan semoga roh ibu Saiful Asri diletakkan ke dalam golongan yang diredhai Allah Aza wa Jalla dan menerima segala amal kebaikannya semasa beliau hidup. Jasanya mendidik anak2 menjadi insan berguna dan memberikan kasih-sayang yang tidak terhingga buat mereka.

Meninggal pada pukul 4.30 pagi tadi, setelah dibawa pulang dari HUKM pada petang hari sebelumnya. Setelah mengalami komplikasi hati dan lain-lain, beliau pergi bertemu Ilahi dengan tenang di sisi anak-anaknya.

Takziah kami rakamkan dan ucapan belasungkawa buat Saiful Asri sekeluarga. Moga Allah memberikan kekuatan buatmu sekeluarga untuk menempuh hari mendatang.

2 comments:

Anonymous said...

Buat kawan-kawan yang sedia maklum akan berita ini, aku harap hangpa mesej la kat asri tu, bagi kata semangat sikit.

Aku pi solat jenazah tadi, memang dia nampak tertekan. Bagi la kata semangat sikit kat dia. Paling koman SMS, kalau ada duit lebih sikit, tepon sembang la ngan dia.

Jadilah kawan yang bertimbangrasa dan prihatin. Sama-sama kita mencari keredhaanNya.

Anonymous said...

Salam ..

Simpati bagi yang sedih dan empati bagi yang pernah melalui kisah yang sama ngan Saiful Asri .

Aku harapkan nko tabahkan hati , ingatlah jajnji Allah tiap yang idup pasti akan mati . Sedih itu cuma sementara aje .

Life must go on , tetapi berhati-hatilah .....


ADIOSSS . SPEKI