Solat Time

Friday, October 31, 2008

Cahayamata dan ujian dari Allah SWT

Assalamualaikum..

Terkini:

Tahniah buat sahabat kita Mohd Syukri bin Mohd Isa, pensyarah di PUO, Ipoh kerana baru mendapat cahayamata yang ketiga. Khabarnya anak lelaki. Semoga Allah Taala melimpahkan rezeki buatnya sekeluarga.

Posting asal:

Bersempena hari Jumaat yang indah ini, marilah kita sama-sama merenung dan mengambil pengajaran daripada apa yang kita perolehi melalui artikel di bawah ini. Semoga menjadi ingatan buat kita semua, InsyaAllah.

"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat. 

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : 
"Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia."-(Maksud Al-Hadith. aku tak dapat cari hadith di atas dipetik daripada kitab mana.)

Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.
Pertama: Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah:
o Saidul (penghulu) Istighfar
o Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
o Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38)
o Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

Dan doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah: 
o Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128)
o Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)
o Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

Kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti :
• menakutkan anak-anak dengan sekolah
• menakutkan dengan tempat gelap
• menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
• menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

Ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak seperti tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak dan terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

Keempat: Menegur anak secara negatif dan mengeluarkan kata-kata kesat seperti maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).
• membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

Kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

Keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. 

Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata: "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

Kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

Kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

Kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

Kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

Keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

Ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

Keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

Kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam. 

Semoga kita semua mendapat input informasi yang boleh digunapakai dalam kehidupan seharian kita, InsyaAllah.

8 comments:

che ahmad said...

tq atas tazkirah yg menarik pd hari jumaat nihh.. bagus utk mengingatkan kita ni yg kadang kala lupa yg anak tu jugak sebenornya ujian utk kita semua

marn said...

sesama lah kita menjadi manusia yang boleh dijadikan tauladan terutamanya buat anak-anak kita sendiri.

bila baca artikel ni, aku rasa banyak gak salah aku masa bini aku ngandungkan anak2 aku. takpa, aku azam pasni bikin anak ikut nasihat dalam tazkirah tu.

Selamat menimang cahayamata buat sdr. Abu Atief dan buat yang sedang menantikan cahayamata baru, selamat beramal dan doa jangan putus.

Ingat! Usaha yang bersungguh2 dan berterusan itu hanya 1% sahaja. Lagi 99% itu adalah tawakkal kepada Allah SWT.

Anonymous said...

Salam ...

Tazkirah yang bagus dan teramat baik untuk bacaan n amalan bagi mak bapak dan bakal mak bapak . So.. macam biasa aku minta izin untuk cut , copy n paste dr. Mr Presidente .

Dah ade anak baru tahu macam mana susahnye bela , jaga N didik anak-anak . Agak2 nyer maacm tu ler dudlu agaknye mak bapak kita bela kita ( bg keluarga yang baik2 tu tak der masalah kot , mesti anak2nyer sopan santun ) .

Sebab tu ler aku minta ngajor sebelah petang mulai jam 1.00 hgg 6.45 ptg . Coz waktu pg aku ada peluang jaga anak2. Kekadang tu risau jugak bila baca n dengar crite anak kena culik atau lari dek orang . Walaupun tu bukan anak aku ... tapi naluri seorang bapa tu ada menyebabkan terasa simpati N empati .

Ityulah kuasa atau aura anak-anak kita .

ADIOS . SPEKI

abuateif said...

marn...
tima kasih marn...satu tazkirah yang cukup cemerlang pernah aku baca..

aku pun sama cam hang gak marn terasa lemah dan banyak kesalahan sejak dari nak buat anak sampai la anak tersebut membesar skang ni.

setelah aku membaca tazkirah ni aku berazam akan buat yang terbaik untuk anak2 yang akan datang.

meor...pandai ko cari ngajo belah petang na..boleh layan epl peh tu leh sambung tido sampai tghari...anak bagi mak mertua jaga muahkakkaaa

marn said...

meo tu tahap akai jenuh peringkat ketua kultus. hang jangan dok ikut sangat meo tuh. muahahaha..

pandai guna kesempatan sungguh la kawan2 aku ni. aku suka! aku suka!

let's be greater muslim.

abu_ateif said...

meor,,,keikhlasan dan ketulusan ko untuk mendidik anak2 sgt aku sanjungi dan aku mewakili ayah dan mak mertua ko utk mengucapkan jutaan tima kasih kerana telah menjadi suami n ayah yang komited dan berdedikasi.
aku rindu untuk menatap coretan abang DURRRR....takkan merajuk kot abang durrr...peristiwa hitam yang berlaku bulan posa dulu anggaplah satu gurauan dan lawakan yang lebih mematangkan kita utk menghadapi cabaran hari2 mendatang.

marn said...

dia serik la tu abu atief oi. hang tu la. kawan tu dah la dok jauh, hang melawak pesen tak kena ngan hat dia. kecik ati dia. muhahaahahaha!

abu_ateif said...

ishhhh...tak sangka begini jadinya...aku tak dak niat nak pekena sesapa...lagipun kencing yang didakwa pun kencing maknawi...lain la kalau kencing hakiki itu cipan pun tak tahan...aku pun silap mujamalah tak kena tempat hehehehe.

si mamat later hidup lagi ker...lama tak dengor citer beliau...dengor citer tak balik kampung sejak PR memerintah negeri perak ni...bior bebeno yop!