Solat Time

Wednesday, June 25, 2008

Jemputan ke Majlis Tahlil dan Doa Selamat v2.0

Assalamualaikum..

Update:

Terima kasih tidak terhingga buat tuan rumah Mej. Sam kerana sudi menjemput kawan2 ke rumah barunya di Villa Wangsamas, Wangsa Maju. Kehadiran ahli2 Komuniti87 pun ramai. Antara yang hadir: Wak Yahya (tekong utama tahlil dan solat hajat, thanks alot bro!), Yusrin, Mart Jeni, Sepultura Asri, Halim Shafie, Izanee, Zaki Saidin dan 'special appearance' akhi Nor Azli aka The JPJ Kepimpinan Melalui Teladan.

Alhamdulillah, semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, diselamatkan dunia akhirat, didekatkan hati dengan Islam, dirahmati Allah Azza Wa Jalla buat tuan rumah. Kira oklah kali ni. Ramai yang berjamaah Maghrib di Masjid Mu'adz bin Jabal di Setiawangsa. Jemputan yang hadir pun bukan sekadar ahli Komuniti sahaja. Malahan abg-abg soldadu pejuang negara dan tetamu dari negara Teluk pun turut sama menjadikan majlis tahlil dan doa selamat itu suatu keramaian yang insyaallah diberkati dan bertaraf antarabangsa. Hebat! Memang hebat.

Rumah Mej. Sam yang baru ni memang besar. Murah rezeki la hendaknya. Pemandangan waktu malamnya pun cantik sebab kondo tu terletak canteek di atas bukit. Memang tangkap sukma. Memang lokasinya cukup menambat hati. Tempat letak kereta pun senang. Walaupun di tingkat 3A (bodoh punya cina kontraktor sebab takut dengan nombor 4), boleh parking sampai depan pintu rumah.

Kami mula majlis kurang-lebih pukul 8.30 malam sebab terhegeh-hegeh nak cari parking ( ni sebab tak tau sistem kondo tu gumana). Usai majlis kurang lebih 9.30mlm (ni aku tembak ja sebab tak tengok jam pun). Juadah pun istimewa, cuma kurangnya tiada penampilan kamben. Kalau ada, nescaya menjadi malam yang cukup sempurna buat hadirin.

Walau apapun, tahniah dan Alf Mabrouk buat Mej. Sam untuk rumah baru, kandungan kembar 3 dalam perut bininya pun didoakan selamat dan andainya benar dia kena pi ke Darfur, ruh bissalamah wi 'ud bissalamah.

Allahu youktikumul A'afiah..


Posting asal:

Pukul 11:05:56 tanggal 24 Jun 2008, aku terima mesej yang berbunyi: "Askum. Jemput ke rumah aku pada Khamis malam Jumaat ni lepas Maghrib. Aku buat doa selamat, Yaasin dan solat hajat aku naik rumah dan isteri mengandung. Aku wakilkan hang untuk jemput kawan-kawan kita". Mesej ini dihantar oleh kawan kita Mej. Syamsul Rizal.
Aku mulanya tak berapa nak condifen memandangkan takut dapat mesej lama. Tapi bila baca kali kedua, harinya berlainan dengan majlis yang yang dibatalkan saat-saat akhir. Lepas tu pulak, pagi tadi, si Jamil pun bagi mesej yang sama. Jadi aku rasa betul lah mesej yang aku dapat tu.
Oleh yang demikian, aku menjemput bagi pihak tuan tanah kedaung yakni Mej. Syamsul Rizal kepada semua kawan-kawan yang ada kesempatan, kelapangan, kesihatan dan tiada keuzuran silalah ke rumah Mej. Syamsul di Wangsa Maju.
Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat serta bacaan Yaasin.
  • 26 Jun 2008 (Khamis malam Jumaat).
  • Selepas Maghrib
  • Berkumpul di Masjid Mu'az bin Jabal (Setiawangsa) solat Maghrib berjamaah.
  • Rumah Mejar Syamsul (aku tak tau kat area mana, yang aku tau daripada Mart Jeni katanya di Wangsa Maju).
  • Tema: Mesti berpakaian menutup aurat dan boleh diserikan dengan rona Melayu Asli ataupun arabian sytle. Western pun boleh, janji tutup aurat.

Aku harap tuan rumah tidak membatalkan majlis pada saat-saat akhir. Kalu tak, naya kawan-kawan yang sudi nak luangkan masa.

Bercakap pasal tahlil dan doa selamat, ada di kalangan kita yang kurang dan tidak bersetuju dengan perkara ibadah seperti ini yang dianggap bida'ah. Sesetengah ulama berpendapat bahawa semua bida'ah itu sesat. Dan setiap yang sesat itu mengandungi dosa dan haram. Manakala bagi sesetengah yang lain pula mengatakan bahawa bida'ah itu terbahagi kepada dua:

1. Bida'ah Hasanah.

2. Bida'ah Dolalah.

Jadi, pada semua kawan-kawan, apakah pegangan anda dalam bab ni? Sebabnya ni perkara yang menyentuh soal halal-haram dan amal ibadah. Kalau tak diterima, buat ponat je. Kalau diterima, Alhamdulillah, kita buat lagi dan lagi.

Apa kata survey? Buat yang tak tau, nak tumpang join pun boleh. Ni nak tau pendapat peribadi.

p/s: Majlis tahlil Mej Syamsul tetap kita pi.

Thursday, June 19, 2008

Jemputan ke majlis doa selamat.

Terkini..!!

Jemputan ke Majlis Doa Selamat di rumah Mejar Samsul Rizal terpaksa dibatalkan oleh tuan punya badan di saat-saat akhir di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Segala kesulitan amatlah dikesali. Harap maklum. Terima kasih.

Assalamualaikum..

Buat semua rakan-taulan, pagi tadi aku mendapat panggilan telefon daripada sdr. Mart Jeni berkenaan jemputan ke majlis doa selamat untuk semua kawan-kawan Komuniti87 yang dianjurkan oleh sdr. Mejar Samsul Rizal. 

Tentatifnya adalah seperti berikut:
  • Program: Majlis Doa Selamat (aku tak pasti sama ada kenduri ada ke tidak).
  • Tarikh: 22 Jun 2008
  • Masa: Lepas solat Maghrib
  • Tempat: Wangsa Maju, Kuala Lumpur
Daripada maklumat yang aku dapat, majlis ini diadakan bersempena dengan sdr. Mejar Samsul yang masuk rumah baru, bininya tengah mengandung dan dia kena ditugaskan ke Darfur, Sudan tak lama lagi. 

Oleh yang demikian, marilah kita beramai-ramai memenuhi hajat kawan kita ni. Mart Jeni juga menyarankan kita beramai-ramai menunaikan solat Maghrib secara berjamaah di Masjid Muadz bin Jabal yang terletak di Setiawangsa sebelum ke rumah sdr. Mejar kita.

Aku bersetuju dengan saranan Mart memandangkan sudah banyak program yang tertunda dan dimulakan lewat kerana ramai di antara kita yang masih kurang menghargai masa. 

Demi masa! Sesungguhnya manusia/insan itu berada di dalam kerugian. Dan ingatlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara:
  • Sihat sebelum sakit
  • Lapang sebelum sempit
  • Kaya sebelum miskin
  • Muda sebelum tua
  • Hidup sebelum mati
Marilah kita memperkasakan diri kita dan beramal soleh untuk mendapat barakah dari Allah Azza wa Jalla.

Wednesday, June 18, 2008

Just for laugh

Assalamualaikum..

Terima kasih buat rakan taulan yang sudi meluangkan masa untuk singgah di blog ni. Aku harap semua bergumbira tatkala melepak di sini. Aku baru balik dari Genting. Ada kerja sikit kat sana. Maaf sebab lama tak update blog. 

Jokes to share with..

Tree full of monkeys

An organization is like a tree full of monkeys. All on different limbs at different levels. Some climbing up. The monkeys on the top look down and see a tree full of smiling faces. While the monkeys at the bottom look up and see nothing but assholes.

A bear and a rabbit

A bear and a rabbit are taking a shit in the forest when the bear looks at the rabbit and says "Do you have a problem of shit sticking to your fur?" The rabbit replies: "No! Never..". So the bear leans over and grabs the rabbit and wipes his ass.

Hambik..!!!
Maap ye.. tompang lalu..!!

Friday, June 13, 2008

Masa untuk durian..

Assalamualaikum..

Bile musim deghoyan
Deme berani nampo
Ape deme nak heran
Saman boleh bayo

(lirik lagu Mr. Os)

Ha!! Musim deghoyan udah tibe.. Ape ditunggukan lagi yob?! Moh kite cepat2 gi nyerang ghumoh si Maer Ninja same si Asri Scottie. Deme tu dulu kemain ngajok kite ghame-ghame pegi ke duson. Melantok deghoyan le..
Aku ghase la, kene beghubung dengan deme tu. Senang nak menyuson peghancangan yob. Sambil makan, sambil mengeratkan silaturrahim, sambil nengok kamben2 berlari anak menghirop udaghe sego. Hah!! Dapat banyak tu. Kenyang pun dapat, pahala pun dapat, ilmu pun dapat.

Jadi, ape ke he nye yob? Moh le..!!!

Dan semalam 12 Jun 2008 aku, Mart Jeni, Jamil dan Amali melepak di Kampung Baru sambil pekena Lamb Chop. Sedap gak masakan kat kedai tu. Tepi masjid Kg Baru, KL, mengadap betui depan Wisma Hijrah. Pi la try kalau ada sesiapa yang berkesempatan. Kami lepak sampai pukul 12.02pagi. Sampai si Amali mengantuk. 

Nak jadi rezeki kami, si Jamil pulak bagi air Zam-Zam. Aduhai!! Memang tak sangka. Jamil dapat daripada sorang pilot Arab Saudi yang mai bercuti di Malaysia ni. Moga murah rezeki kita semua, amin..! Habih melepak, aku dengan Mart Jeni pi balun sambung pulak sampai pukui 2.00pagi. Terlepas aku nengok game bola Croatia-Germany. Chet!!

Monday, June 9, 2008

Logo Komuniti 87 v.2.0

Assalamualaikum..
Ok, aku dah berjaya buat sample logo. So, hangpa tengok la mana yang dirasakan sesuai untuk kita. Kalau tiada yang sesuai, tolong bagitau aku. Senang aku nak buang logo2 tu. Buat yang lain la jawabnya.

Tapi, aku rasa pakai yang mana ada dah la. Penat aku buat. Nak tunggu kawan2, ramai yang mengaku tak pandai dan tak kreatif. Aku pun bukannya kreatif tapi aku pandai, sebab dah janji kata nak 'comeout' dengan logo, so terpaksa la perah otak aku ni.

p/s: Penyusunan semula logo dan siap bertanda sudah dikemaskini. Pilihlah yang berkenan di hati, kalau tiada satu pun yang berkenan, pohon beri maklum balas dalam posting ni. Sebarang idea dan pendapat akan dipertimbangkan. Terima kasih.

Thursday, June 5, 2008

Minyak oh minyak..

Assalamualaikum..

Semalam aku, Yusrin dan Mart tersangkut di dalam traffik jam yang menggila gara-gara keputusan 'cerdik' kerajaan Malaysia Darul Hadhari untuk menaikkan harga petrol dan diesel sebanyak RM0.70 dan RM1.00. Niat asalnya kami nak ke Darabif (kedai jual burger baeek punya) di Sri Hartamas, langsung terbantut. Penyudahnya, makan nasik kedai mamak tepi jalan di Pandan Jaya. Harga baru yang telah diputuskan ialah RM2.70 seliter bagi petrol dan RM1.58 bagi setiap liter diesel. 

Kesan daripada kenaikan harga minyak di pasaran akan memberikan impak yang cukup besar buat rakyat marhaein macam aku ni. Segala kos pengilangan, penghantaran dan servis semuanya akan melambung naik. Ni belum masuk lagi tarif baru elektrik (memang sah naik) pada 1 Julai nanti. 

Ha!! apa macam kawan? 

Wednesday, June 4, 2008

Siapa Niccolo Machiavelli

Assalamualaikum..
Niccolo Machiavelli
Dikesempatan ini aku nak berkongsi dengan kawan-kawan yang mungkin kenal ataupun tidak siapa Niccolo Machiavelli. Mantra "Matlamat Meghalalkan Cara" ialah salah satu daripada gagasan pemikiran yang telah dicetuskan oleh Machiavelli ini yang terdapat di dalam bukunya yang bertajuk ' Il Principe' atau di dalam bahasa inggerisnya 'The Prince'. Buku tersebut menjadi bahan rujukan penting buat pemikir-pemikir Barat. Manakala bukunya lain ialah 'Discorsi'. 
Kulit buku The Prince
Beliau juga banyak menghasilkan karya-karya klasik pementasan ataupun 'plays' seperti Clizia dan Madragola. Puisi seperti Canzoni, Ottave, Sonetti dll. serta novel berjudul Belfagor arcidiavolo.
 
Di bawah ialah perihal ringkas tentang beliau:
Nama : Niccolo Machiavelli
Tarikh lahir: 3 Mei 1469, Florence, Itali
Mati: 21 Jun 1527 (58 tahun)
Sekolah: Falsafah Pembaharuan serta Realism

Kecenderungan penulisan beliau lebih tertumpu kepada politik, sejarah, teori dan ketenteraan. Beliau banyak terpengaruh dengan pemikiran Plato, Cicero, Sallust, Livy dan Xenophon. Pengaruh beliau kuat ke atas pemikir-pemikir Barat seperti Hobbes, Harrington, Rousseau, Vico serta ramai lagi.

Ramai politikus dewasa ini yang menggunapakai teori beliau dan mereka ini dikenai sebagai 'Machiavellian'. Antara kata-kata beliau yang mahsyur ialah 'Politics have no relation to morals' yang menyebabkan politikus-politikus ini rosak akhlaknya. 

Rujukan: Wikipedia