Solat Time

Friday, December 30, 2011

Template surat

Assalamualaikum..

Semoga ceria selalu. Apa macam dengan persiapan sekolah anak2? Aku dah setel. Cuma menunggu hari bukak sekolah ja.

Dikesempatan ini, saja aku nak kongsi dengan para suami yang tengah dok gatai nak tambah kuota dan sedang mencari template surat. Bolehlah digunakan sebagai rujukan.

Aku dapat ni dari blog orang. So, kira plagiat jugak la. Nasihat aku, jangan pakai untuk kerja akademik. Nanti kantoi, susah.

Selamat mencuba!


Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

31 Disember 2011

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sebab utama permohonan ini dilakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah diperuntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah diisi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat dipenuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik @#%@#^^!@ yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan diisi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan diperkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini dibalas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk lakukannya.

7. Saya harap pihak puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyuman puan sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan dilaksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA”

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki

Wednesday, December 21, 2011

Penghujungnya hampir tiba...

Assalamualaikum..

Selamat di dalam apa jua pekerjaan yang tuan/puan sedang kerjakan. Selamat dan bergembiralah dengan cuti yang semakin tiba ke penghujungnya. Selamat menjamu selera buah-buahan tempatan yang sedang masak ranum.

Aku masih juga tidak berkesempatan untuk pulang bercuti ke kampung di tengah musim buah-buahan ni. Almaklumlah, gara-gara anak aku suatu ketika pernah dimasukkan ke hospital disebabkan serangan radang paru-paru yang mengakibatkan biniku punya cuti tahunan habis lebur. Tapi aku tak kisah sebabnya aku percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Cuma kita kena pandai membaca di antara garisan.

Dalam musim cuti yang kian ke penghujungnya, banyak sekali peristiwa yang telah dan sedang berlaku. Di antaranya ialah bot karam, banjir yang melanda negeri Terengganu, Pahang dan sekarang di Johor. Didoakan semoga para mangsa banjir selamat dan cepat dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing. Adalah menjadi suatu kepayahan dalam menjalani kehidupan seharian apabila terkandas dan terpaksa menginap di pusat perlindungan buat sementara waktu. Ada juga di antara mangsa yang bukan sahaja kehilangan harta-benda malahan nyawa.

Rata-rata para mangsa terdiri daripada golongan yang berpendapatan rendah. Manakan kerugian dek kerana harta-benda rosak keran bencana, urusan persediaan anak-anak untuk memulakan sesi persekolahan yang bakal muncul tidak lama lagi juga perlu diberikan perhatian. Moga Allah Taala memberikan kekuatan kepada mangsa-mangsa.

Cuma harus kita ingati selalu, setitis derita melanda, segunung kurniaanNya insyaallah pasti datang buat mereka yang tidak mengeluh dan berlapang dada dengan setiap ujian dan cabaran yang mendatang dari Ilahi. Langit tak selalu cerah, kelam malam tak berbintang, itulah lukisan alam, begitu aturan tuhan. Hasbunallah wa nikmat wakeel.

Monday, December 5, 2011

Asyura

Assalamualaikum..

Pe kabo semua? Sihat selalu hendaknya. Semoga cuti tuan/puan bemakna. Bersempena hari Asyura yakni hari ke sepuluh di dalam bulan Muharram, jom kita tengok apa yang perlu kita buat bila tiba hari Asyura nih. 

Selalunya masa kecik-kecik dulu, kita akan berjumpa dengan satu jenis bubur; bubur Asyura. Dikatakan bubur ini berdasarkan kejadian di atas bahtera Nuh AS. Dan beberapa amalan yang dikatakan sunat. Antaranya; berpuasa. 

Bilakah hari ‘Asyura? Apakah dalil disunatkan berpuasa pada hari ‘Asyura’? 

Hari ‘Asyura ialah hari sepuluh Muharram. Abi Qatadah r.a. meriwayatkan; Nabi s.a.w. pernah ditanya tentang berpuasa pada hari ‘Asyura? Baginda menjawab; “Puasa di hari itu akan menghapuskan dosa tahun yang lalu” (Hadis riwayat Imam Muslim). 

Adakah kita juga disunatkan berpuasa pada sembilan Muharram? 

Ya. Hari itu dinamakan Tasu’a. Dalil disunatkan berpuasa hari itu ialah hadis dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang menceritakan; “Tatkala Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘Asyura dan memerintahkan agar para sahabat turut berpuasa, mereka bertanya; ‘Ya Rasulullah! Bukankah ia (yakni ‘Asyura itu) merupakan hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nasara? Lalu baginda bersabda; “Tahun akan datang -dengan kehendak Allah- kita berpuasa pada hari ke sembilan”. Berkata Ibnu ‘Abbas; belum sempat tiba tahun hadapan, Rasulullah s.a.w. telah diwafatkan (Riwayat Imam Muslim). 

Berdasarkan hadis ini, kita disunatkan berpuasa pada kedua-dua hari iaitu hari ke 9 dan hari ke 10 Muharram kerana Nabi s.a.w. telah berpuasa pada hari ke 10 dan berniat untuk berpuasa pada hari ke 9.

Cerita Bahtera Nabi Nuh a.s. Banyak laman web menyebut tentang kisah ini.

Dinukilkan dalam kitab “Nihayatuz Zain” karangan Syeikh Nawawi Al Banteni, dan di dalam kitab “Nuzhatul Majalis” karangan Syeikh Abdur Rahman Al Ushfuri serta di dalam kitab “Jam’ul Fawaid” karangan Syeikh Daud Al Fathoni. Yang antara lainnya menceritakan bahawa, ketika mana bahtera Nabi Nuh a.s. berlabuh di bukit Juudi pada Hari Asyura’, maka berkatalah ia pada umatnya : “Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih-lebih”. Maka, dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila’ iaitu kacang ful (kacang poi) dan satu genggam kacang Adas, Ba’ruz dan hinthoh dan tepung sehingga menjadi tujuh bagai biji-bijian yang dimasak. Maka berkatalah Nuh AS : “Masaklah sekeliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang”. 

antara rupa bubur asyura

Berdasarkan kisah di atas, maka aku percaya umat Melayu secara umumnya beramal dengan memasak bubur Asyura. Mungkin sandaran lain bagi jamuan bubur Asyura ialah hadis-hadis tentang memberi galakan supaya pada hari Asyura hendaklah menghulur dan berkongsi kesenangan dengan kaum keluarga.

Penilaian: - Cerita seperti ini perlu kepada kajian. Dari manakah sumbernya dan apakah taraf kedudukan kisah ini. Setakat ini saya tidak menemui sebarang petunjuk tentang kisah ini dalam sumber hadis dan atsar. Sesiapa yang menjumpainya, diharap dapat membantu.

Hari Asyura versi Syiah

Asyura bagi Syiah adalah hari meratapi Kesyahidan Saidina Husin.Pada hari tersebut penganut Syiah akan melakukan perbuatan yang keji seperti melibas kepala mereka dengan pedang,meraung-raung dan banyak lagi seperti dinyatakann oleh Ahmad al-Kisrawiy: “Pada setiap kali Asyura, mereka memperingati kematian Saiyidina Husin dengan melakukan perbuatan-perbuatan tercela seperti berkumpul sambil menangis dan meratapi bagaikan histeria. 

ada brani?

Mereka juga mengadakan perarakan di jalan-jalan dan pasar-pasar sambil memukul tubuh dengan rantai besi, melukai kepala dengan pedang, mengikat tangan dan sebagainya”. (Al-Tasyayyu’ Wasy-Syi’ah, Ahmad al-Kisrawiy al-Syi’iy, hal.141, Tahqiq Dr. Nasyir al-Qifari).

jom ramai-ramai

Perhatikanlah betapa jauhnya perbuatan mereka dengan syariat Islam yang mulia, sedangkan di dalam kitab syiah sendiri melarang perbuatan meratapi kematian seperti mana yang terdapat di dalam Nahjul Balaghah, syarif Radhi menukilkan kata-kata saidina Ali Karamallahu Wajhah, yang bermaksud “Sesiapa yang memukul tangannya ke atas pahanya ketika ditimpa musibah maka binasalah amalanya (Nahhjul Balghah juz 4 hal. 34) Memukul paha ketika ditimpa musibah sudah cukup bagi membinasakan amalan apalagi sekiranya kita meratapi dengan memukul pedang dan melibas besi ke badan? Ulama Syiah Ibnu Babuwaih al-Qummi yang digelari Al-saduq (yang sangat benar) menyebutkan bahawa diantara ucapan Rasulullah SAW ialah “Meratap kematian adalah amalan jahilliah” (Man laa Yadhurul faqih jilid 4 hal 271).

Apa-apa pun, setiap amalan dan ibadat kita hendaklah bersandarkan kepada ilmu dan bukan sekadar ikut-ikutan. Semoga secebis maklumat seperti ini dapat memberikan pencerahan kepada kita semua.