Solat Time

Tuesday, October 28, 2008

Tahniah buat semua...!!

Assalamualaikum..


Selamat sejahtera dan moga Allah SWT memurahkan rezeki tuan/puan di hari yang indah ini. Yang pertama sekali, aku nak ucapkan terima kasih buat semua yang hadir dan yang tidak dapat menghadirkan diri. Alhamdulillah, segala kerja pra dan pasca kenduri telah berjalan dengan lancar. Aku selaku tuan rumah, memohon ampun dan maaf kiranya ada menyinggung hati dan perasaan para tetamu terutamanya kawan-kawan yang hadir. Sekiranya ada di kalangan sahabat-sahabat yang rasa 'tak syiok', semua kelemahan datangnya daripada aku dan isteri selaku hos majlis kenduri tempoh hari. 

Apa2 pun, buat mereka yang tidak hadir, memang rugi la hangpa tak mai. Muahahahaha!! 

Dikesempatan ini juga, aku mengucapkan takziah buat saudara kita Fakhrul Zaman bin Mansor yang telah kehilangan orang tersayang yakni pakcik Mansor ayahndanya. Semoga Allah Azza wa Jalla melapangkan dada dan memberikan kekuatan buat mereka sekeluarga. 

Dan juga, kiranya benar perkhabaran tentang saudara kita si Abu Atief yang berjaya menimang cahayamata baru dan menambah umat Nabi Muhammad SAW, tahniah aku ucapkan. Kalau tak benar sekalipun perkhabaran itu, 'Mabrouk Muqaddam' aku ucapkan.

Buat sahabat-sahabat yang lain, aku pohon kiranya kalian selalu masuk blog, tolongla jangan touch n go saja. Paling tidak, sepatah dua kata pun sudah cukup memberikan impak dan kesan buat semangat kawan-kawan yang masuk ke blog ni. Tanpa hangpa semua, blog ini pasti akan sunyi dan gersang. Marilah kita bertekad dan berazam untuk memeriahkan kembali blog ini yang suatu ketika dulu menjadi medan pertemuan secara rasmi tatkala jarak membataskan pertemuan.

Akhir kata, aku doakan kalian semua dilindungi dan dirahmati Allah SWT dalam apa jua pekerjaan yang telah, sedang dan akan laksanakan. 

p/s: Abe Mark, thanks for those pixs. Really meant alot to me. Dan buat Abu Atief; Tahniah! Tahniah! Tahniah aku ucapkan. Moga Allah SWT melimpahkan rahmatNya ke atasmu sekeluarga wahai Abu Atief.

10 comments:

Anonymous said...

Salam ...

Tahniah Buat Mr. Presidente kerana berjaya buat open house .. Walaupun aku tak pegi tapi aku numpang gembira n bahagia bila dapat tahu ( mungkin lepas ni boleh nengok gambor tu ) kengkawan dapat berkumpul dan buat lawak bodoh sperti 15 atau 16 tahun yang dulu tu . Syabaaaasssss .

Ari Senayan lalu ( 27 / 10 ) aku pegi ler sekolah izzuddin , ada alumni PBSISTA + AGM + jamuan raya , aku respect ngan abu atief ... time raya Hindu pun dia dok sibuk latih team bola sepak sekolah nya , ni kalu tahu dik MB Perak maunya di ambik si Atief ni jd coach perak yg tgh dicari2 ni, Sampai nak ajak makan pun tak nak . Kalu Mat Jeni ni pantang .....

Mr. Presiden... ada ape2 perancangan ke sepanjang bulan 11 n 12 ni . Kot boleh join ...ahak ...ahak ...ahak ...

Adios. Speki

Abg Mart said...

Terima kasih kpd Tn Presiden yg sudi menjemput kami warga Komuniti87, makanan mmg lazizun awie. ayor pon superb sgt tak sesuai utk yg kencin maneh. Tahniah kerana berjaya menganjurkan majlis mkn2 so baru la kome tau camner rasanya melayan tetamu.. penat ooo mlm tu yg hadirnya si sepul asri & bini, jamil fahmi & family, zaki saidin & famili, mat jeni & family, sepol yusrin & family, meor tarmizi (bukan tarmuji yea) & family, izanee solo artist & syafineh dgn member2 yg sewaktu dgnnya.

err kata nak bungkuih sekali ayam goreng.. xde pon

mart zeni said...

Buat abu atief gambo syapineh xder yea sbb dia dtg sblm maghrib so teman selaku ajk cameraman tak sampai lagi masa tu.. xtau la pulak kut2 tuan tanah ader ngambik gambor dia malam tu.. sorang lagi yg tetinggai namanya ialah halim shafiee.. ha saper2 berminat nak bli toyota baru leh la kontek dier..

abu_ateif said...

salam...

tima kasih marn atas ucapan tahniah kat posting terbaru tu ttg kelahiran baby baru kami...

tapi ayat ko "sekiranya benar kata abu ateif"ishhhh...benar2 mencabar integriti diri aku sebagai penjawat awam...ayat2 tu seolah2 meragui kejujuran n kebenaran aku dalam tutur kata sekaligus meletakkan aku sebaris dengan pemimpin2 umno yang selalu bercakap bohong tu...

marn,,,takkan aku nak tipu kot...si gebok yang selalu argue dgn aku ttg byk hal pun akur dengan perkhabaran ttg kelahiran anak aku tu,,,tu gebokkkk...takkan hang tak percaya kot.

aku dapat anak wedok,,,3.4 kilo,,,lahir 2.05 ptg,,,namanya NAWAL IZZAH B.AHMAD ZAKI...nanti ada kenduri kekah aku jemput hampa

sda said...

oppss silap nawal ezzah BT ahmad zaki

marn said...

Ops!! bukanku ragui kata-katamu itu duhai sahabatku Abu Atief oi, cumanya perkhabaran tentang anak wedokmu yang baru tidak ku terima secara rasmi. hanya disampaikan oleh angin yang berlalu damai di tepian telingaku ini.

Apa2 pun, kejujuranmu selama ini tidak pernahku ragui sedikitpun waimma sehalus biji sawi. Bukankah engkau yang bergelar asSiddiq kerna tidak berbicara dusta tentang perkara sebegini rupa?

Tahniahku ucapkan buatmu yang berjaya menimang cahayamata yang baru. Cuma pesanku duhai sahabat; Ingatlah! Anak-anak adalah pemberian dan anugerah daripada Allah Azza wa Jalla yang datangnya bersama ujian dan tanggungjawab. Kita akan dipersoalkan kelak di padang Mahsyar tentang tanggungjawab yang telah diberikan.

marn said...

Dan terima kasih di atas ucapan tahniah anda semua. Tidaklah yang lebih layak menerima pujian itu melainkan Allah SWT.

Berkenaan program bulan 11@12 yang mendatang ini, belum ada apa2 jadual khusus mahupun perancangan yang sedang dirangka. Apa kata, jika ada sebarang usul, inilah masanya untuk kita sama mencadangkan sebarang idea untuk apa2 jua aktiviti yang dirasakan sesuai.

marn said...

Yob Abu Atief oi! Besonye anak mike. Keluo ikut prosedur biasa ka thru tingkap? Sian kat bini mike. Mike kena puasa bukan 100 hari ni, tapi 1000 hari. Baru boleh jadi macam mula2 kawin tu yob.

Gambo syafinaz tidak berjaya dirakamkan kerna aku terlupa dan sibuk masa dia datang. Takpala, kalau nak tengok jugak si syafinaz tu, boleh la kita buat satu program khas untuk membuat lawatan sambil belajar ke rumahnya di Jalan Ipoh.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Jazakumullahu khairan jaza'

Makanannya....Alhamdulillah Marbelles...

Finally...dapat jugak merasa kopi o "kaw" sebelum berangkat pulang. Kalau datang solo aritu, mau jugak tunggu sampai subuh tu, sesekali jumpa sahabat-sahabat.

Syukran..syukran...

Meor Tarmizzi

marn said...

takpa, next time kita set jumpa jantan-jantan ja. senang sket nak lepak sampai dinihari. muahahaha!