Solat Time

Wednesday, May 30, 2007

Perihal Pangkor dan Jawatan Kosong

Assalamualaikum..

How y'all doin'? Hope y'all doin' just fine. Me? Wonderful..! Pangkor is just around the corner. Can't help it. Too excited bout it. Hope nothin' will goin' wrong till the end of this week. The date and time still not to be changed. Still remain the same. Sesapa yang nak ikut, can do. Still open. Sesapa yang tak dapat ikut, just wish us luck and safe journey.

Lately aku agak sibuk sebab ada dua tiga job yang nak urgent. Oleh yang demikian, tak dapat la aku nak post posting-posting baru. Harap kawan-kawan suma bersabar. Jengok dan komen la apa patut. Sesiapa yang berhajat ada artikel, cerita, peluang kerjaya, iklan niaga dan idea yang nak diposkan dan dikongsi bersama diruangan blog ni, boleh emelkan ke alamat emel aku: loolapalooza@gmail.com

Aku harap blog ni akan sentiasa ceria dan tak putus kunjungan serta komen daripada kawan-kawan semua. Majulah blog untuk semua.

Ok, here are a few job opportunities needed ASAP (kalau yang berminatlah).

1) Site Engineer
requirement: minimum dip/degree.
experience: 2-3 years
salary: RM2K excluding Site allowance

2) Senior QS
requirement: minimum dip/degree.
experience: 2-3 years
salary: RM2K excluding Site allowance

Interested candidate, please fax or email your detail resume and expected salary to:

Human Resource
GAYA BINA CONSTRUCTION SDN BHD
13th Floor, Wisma Denmark
86 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Tel: 03-2711 3518/19 Fax: 03-2711 3520
Email: gen@gayabina.com

3) Central Manager utk SPIKE program (Based Terengganu)
salary: RM3K excluding Site allowance

Interested candidate, please email your detail resume and expected salary to:
oeellemon@yahoo.com

Thursday, May 24, 2007

Pangkor kita..

Assalamualaikum..

Pengumuman buat semua. Majlis riki tempat (Pangkor) akan dijalankan seperti jadual asal aitu:

i) Tarikh : 2hb Jun 2007
ii) Masa : Lepas subuh akan bertolak dari Lembah Klang.

Jadi, sesiapa yang berminat untuk join, sila hubungi sdr. Mat Zeni.

Peta lokasi Pulau Pangkor

antara pantai yang menanti kita di sana nanti

wallaweh.. tak sabaq rasanya nak mandi laut..

Ok.. selamat bercuti buat semua!!!

Ceritera rakyat (Sekadar menenangkan fikiran..)

Kancil yang Power

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan.Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo 7 berhenti di sebelah kancil tadi. "Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple aje.... "ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea. "Worrait gak tu...",tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam".

"Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye. dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati.Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik.. Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia. Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie... dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie. "Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye..... sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!'


Wednesday, May 16, 2007

Aktiviti sambilan

Assalamualaikum..

Buat semua, di sini ada pengumuman baik. Barangsiapa yang nak join belajar main golf pada pagi hari Ahad ni, bolehlah hubungi sdr. Jamil Fahmi untuk maklumat lanjut.

Bermula minggu sudah, kelas golf dihadiri oleh sdr. Jamil selaku instruktor. Mat, Yusrin dan aku adalah pelajar pertama. Syiok jugak wey... peluh satu badan.. sengai-sengai jangan cakap la. Murah pun murah. Sebakul bola golf (100 biji) bersamaan RM10.00 shj. Tak ke menguntungkan? Dijemput semua yang berminat. Kelas akan diadakan seperti berikut:

i. Tarikh:20 Mei 2007
ii. Masa: 9.30pagi
iii. Tempat: Driving range Bandar Utama (sebelah One Utama). Leh pi shopping pas main.
iv. Yuran: RM10.00 untuk bola (100 bijik).
RM 5.00 untuk ayaq buat basah tekak dan lain-lain.
v. Sapa ada batang golf sendiri, boleh bawak. Sapa yang tiada, leh pinjam. Bila dah terel, baru la pi bli.
vi. Terbuka untuk semua, baik laki maupun pompuan. Jangan segan la. Benda baik, kena buat secara berjemaah.

Berkenaan dengan pemergian ke Pangkor, tarikh masih lagi tiada perubahan. Setakat la yang insyaAllah akan pergi usyar; aku, mat, zaki usop, izanee & mail. Yang lain, tak confirm lagi. Penyertaan masih lagi terbuka. Sila hubungi sdr. Mat Zeni untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.

Selamat Menyambut Hari Ibu dan Hari Guru

Assalamualaikum..

Buat teman, rakan, handai dan taulan. Selamat menyambut Hari Ibu dan Hari Guru. Terutamanya buat mereka yang bergelar ibu dan guru lah. Semoga Allah Taala merahmati kalian semua selalu hendaknya, amin..!

Buat kawan yang bergelar isteri orang dan ibu orang, semoga ceria di samping keluarga tercinta. Buat ibu-ibu kita, moga Allah rahmati mereka selalu hendaknya. Syurga di bawah telapak kaki mereka. SMS dan telefonlah kepada ibu-ibu kita yang masih hidup untuk ucapkan Selamat Hari Ibu. Buat mereka yang telah tiada ibu, sedekahkanlah al-Fatihah dan Yaa sin untuk mereka. Moga roh-roh mereka dicucuri rahmat adanya.

Ibu / emak / ma / mama / mumi / ummi dan apa jua panggilan yang kita sebut merupakan insan yang patut kita belai dan sayangi. Doakan lah kesejahteraan buat mereka. Tidak redha akan Allah Taala sekiranya ibu kita tidak redha akan perbuatan kita. Buat anak lelaki yang sudah berkahwin; Ingat!! Tanggungjawab menjaga ibu takkan selesai selagi mana kita masih bernafas di atas dunia yang fana' ini.

Aku teringat kat cikgu-cikgu sekolah aku dulu. Jasa depa semua memang sampai mati tak dapat aku lupakan. Dulu, aku marah jugak kat cikgu-cikgu aku bila kena hukum, tapi bila dah besaq panjang, bila akai dah masuk dalam kepala aku, barulah aku sedaq selama ni kalau kita tak buat salah, takkan la cikgu nak pukui tak ketahuan. Tu bukan cikgu, tu orang gila namanya. Mesti ada sebab cikgu marah. Sebab kita tak tau mana satu baik, mana satu jahat untuk diri kita. Daripada jahil kepada orang yang mengerti. Kalau nak kira, profesion cikgu ni bukanlah masyuk sangat. Kena berniaga buat side income lah, Kena bukak kelas tuisyen la. Kalau harap gaji cikgu, memang la lepas makan. Tapi, depa sanggup habiskan usia nak didik kita dan anak-anak kita. Bukan senang nak jadi insan macam depa.

Buat guru-guruku...
Kau lah yang telah mendidik aku dan menurunkan ilmu kepadaku
Jasamu takkan dapat aku balas hingga ke akhir hayat.

Buat teman yang bertugas sebagai guru...
Ingat! Didik anak didikmu dengan penuh ikhlas dan bertanggugjawab. Demi Allah, untuk negara.
Jasa kalian hanya Allah yang dapat membalasnya.

Buat mereka yang bukan ibu dan guru, janganlah bersedih sebab depa hanya sambut hari ibu dan guru setahun sekali. Hari lain, hangpa punya la. Sambut la puas-puas. Muahahahaha...

Soalan buat semua, setujukah anda dengan akta sekolah yang baru ni; tak leh rotan pelajar di khalayak ramai? Aku nak komen daripada kawan-kawan yang masuk blog nih. Asyik dok cerita pasai kamben ja.. Meluat pun ada.. muahahahaha.

Jangan lupa berikan pendapat anda nanti. Terima kasih buat mereka yang tak jemu masuk blog ni.

p/s: buat isteriku dan juga ibu kepada anak-anakku, terima kasih di atas susah-payah menjaga anak-anak saban hari. Allah jua yang membalas jasamu.

Wednesday, May 9, 2007

Usyar pot

Assalamualaikum..

So, wassup friends? Still crazy about kamben? I love kamben. Not fall in love with kamben, but love to eat kamben. I'm facing a problem with my trousers lately. They all shrunk up. I don't know why this happening to me. But from my experience, everytime when I ate kamben, my trousers shrank. You know why? It's a mystery to me. Unsolved.. By the way, please do not harm any kamben in any kind of situation except for eating purposes. Life's richer with kamben.. To know kamben is to love kamben..

Di sini ada pengumuman tentang cadangan yang telah diberikan oleh saudara lama kita; En. Mart Zeni berkenaan aktiviti untuk meng'usyar' port di Pulau Pangkor. Tujuan peng'usyar'an itu dibuat adalah kerana kami selaku AJK Penaja (bukan nak taja sesapa tau!!) Majlis Syura Perjumpaan Bekas Pelajar Idrisiah Sesi 87 nak buat gathering Alumni Komunitas 87 Kali ke-2 telah sebulat suara untuk menjayakan perjumpaan kali ke-2. InsyaAllah kalu takdak apa aral, kali ni kita buat di Pangkor la pulok.

Berdasarkan hasil daripada perbincangan melalui telefon di antara Mart Zeni dengan Abg Gebox (cas wakil rakyat Pangkor) telah mencadangkan tarikh untuk sesi peng'usyar'an seperti berikut:

1) Date : 2 June 2007
2) Venue : Pulau Pangkor
3) Accomodation : F.O.C!!
4) Activities : Survey Chalet, tahlil kt umah Gebok, jala ikan, bako ikan, chandat sotong, bako kamben, bako ketam, bako sotong sumbat, mkn sampe pengsan & pusing2 pulau.

Wal hasilnya, sesiapa yang berminat untuk join the crowd pegi usyar pot, bolehlah menyimpan duit poket untuk belanja makan minum, pengangkutan serta cenderamata. Nilai tidak dihadkan. Sapa yang nak ikut tapi takdak duit, jangan ikut. Menyusahkan orang lain. Muahahahahaha... Pengangkutan ke Pangkor itu nanti akan dibuat secara 'carpool'. So, sesape yang nak join, bolehlah tumpang ke, bawak keta ke... save la duit. Tak gitu?

Sekiranya tarikh tersebut tidak cantik mengikut 'feng shui' anda, bolehlah berikan cadangan yang lain.

Sebarang pertanyaan dan cadangan, sila poskan komen anda di blog ini. Selamat layari blog ini. Segala surat-menyurat tidak akan dilayan.

p/s: malam ni kalu tarak aral melintang, nak pi jumpa Mr. Chan Malichan hey hey, Chan Malichan hey hey, Chan Malichan, ketipong payung. Tempat: sebelah Ampang Point, Ampang. Sapa nak join, mai la. Kita pi ramai-ramai. Masa: lepas pukul 10.30 malam.

Monday, May 7, 2007

Kambination part II

Gambar sebelum kejadian: lepak sambil menikmati tiupan angin sepoi bahasa

Gambar selepas kejadian: lepak sebelum dibelasah

Assalamualaikum..

All praises to Allah s.w.t. The mighty lord of the universe. No one else but Him. May His blesses are upon us.

Pertama sekali, aku pohon jutaan kemaafan buat teman, rakan, handai dan taulan kerana dah lama tak update blog ni. Memandangkan baru-baru ni aku agak sibuk dengan dunia realiti aku. Tapi takpa, sekarang aku dah kurang sibuk, so.. bolehlah aku update blog ni untuk dikongsi bersama hangpa semua.

Actually, the idea for kambination ver2.0 is came from tuan tanah himself. I just provoked and made it big. With a great support from team members such as Yus, Mat and Jamil. Thanks to y'all. Allah jua merahmati kalian semua. Without your supports, this gathering mungkin tak menjadi.

In the heat of that night, with all monies and sweat, deep down inside my heart; i did feel glory in my heart. Hope Allah s.w.t. will gather us in our future gathering with more and more participation from beloved friends.

abg bomba peysey; khusyuk membaca (macam ni la kita mau!!)

tokey kambin tengah tunggu para jemputan cukup korum

The biggest gathering so far under KAMBINATION United has been held on last Wednesday (02/05/07) night. It was at Izanee's house (thanks to you my brother!!) Many new faces have joined the gathering.. Wow!! it's really unbelieveable for all of us. Not only regular persons such as Yus, Mat, Jamil, Izanee, Asri, Aku and Peysey Riza but Karim, Zaki Yusof, Asri's wife, Zulqarnain Hassan and last but not least Abdul Halim Shafie also has joint the crowd. So, the KUnited has grown rapidly. All thanks to Allah!!!

asri, wife dia sama karim

zaki & zulqarnain (maintain comey, just tambah misai ja..)

a long lost friend (alim). Thanks for comin' bro..!

Seriously!! Aku sendiri tak menjangkakan perjumpaan sambil belasah kambing ver2.0 begitu mendapat sambutan yang menggalakkan. Walaupun begitu, aku takkan berpuas hati dan cukup selesa, kalau boleh, nak grand lagi sampai boleh sewakan tapak booth untuk orang berniaga. Muahahahaah. Dah macam karnivale jom heboh la pulok!

tiang, aku, api, daging kambin dan yus

zul, peysey, karim n tuan tanah; abg iz

Ok, gambar-gambarnya aku dah upload. But this time, the quality is not up to the expectation. Ni semua angkara flash aku yang masih lagi merajuk. Nak beli flash, bukannya murah. Hope y'all enjoy viewing all the pics.

Buat mereka yang tidak dapat hadir, tak mengapa. Kami yang hadir; telah dan sentiasa memahami masalah, kekangan dan keuzuran yang sedia ada pada kawan-kawan lain. Mungkin, masa-masa mendatang, Allah s.w.t. akan memberikan kelapangan dan ruang untuk kita bersama-sama di dalam suatu majlis yang diberkati Insyaallah nanti.

Tak dapat pi takpa, dapat tengok dan telioq (terliur) nengok gambo pun jadilah, Labu..!! Muahahaha!!! Lepas ni kita azam keluar 3 hari.. eh silap!! Lepas ni, kita azam untuk joinkan diri kita tatkala kawan-kawan masih bernyawa..

Teruskan layari blog ini dan poskan komen-komen bernas anda. Semoga dengan kehadiran tuan dan puan akan menyerikan lagi blog ini.