Solat Time

Friday, January 29, 2010

Dua perkhabaran

Assalamualaikum..

Moga ceria dan tabah dalam menghadapi dugaan hidup. Yang sakit, aku doakan agar kalian cepat sembuh. Yang sihat, aku doakan agar kesihatan kalian berpanjangan. Jaga kesihatan tubuh-badan, minda dan taqwa ketika sedang menikmati rezeki yang Allah Taala kurniakan.

Ingin aku berkongsi dua perkhabaran: berita gembira dan sedih untuk makluman sahabat semua. Yang pertamanya, sahabat kita al-Fadhil Ustaz Fariz Jalaluddin telah mendapat putera yang kedua yang juga merupakan anak yang ke-4. Tahniah dan semoga Allah SWT memurahkan lagi rezeki dan ditambahkan keberkatan buat al-Fadhil Ustaz sekeluarga.

Dan berita yang kedua ni, berita sedih iaitu bonda tercinta sahabat kita Mr. Farasafuan telah selamat kembali ke rahmatullah selepas solat Jumaat tadi. Semoga roh arwah ditempatkan bersama-sama golongan yang diredhaiNya. Al-Faatihah...

Buat Faras, aku harap hang sabar dengan ketentuan hidup. Tiap yang bernyawa pasti akan mati. Sama ada cepat atau lambat. Moga Allah Taala memberikan kesabaran dan ketabahan buat hang sekeluarga.

Yang mana masih ada bonda dan ayah, selalu-selalukan lah berhubung.

Dan selamat bercuti buat warga Wilayah Persekutuan bersempena Hari Wilayah yang jatuh pada Isnin ini.

Thursday, January 21, 2010

Sakit, Tahun Baru dan Ujian

Assalamualikum..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih memberi ruang kepada kita ntuk berutusan khabar melalui blog ni. Aku baru sembuh tpi tidak sepenuhnya daripada demam denggi. Saban tahun, bila musim denggi, aku akan demam dan setiap kali itulah aku disuspek mengidap demam denggi. Sehinggalah tahun ni yang telah memecahkan rekod suspek aku. Aku telah disahkan oleh doktor Hospital Ampang dua hari sudah sebagai salah seorang pengidap demam denggi.

Aku cuba untuk tidak ditahan di hospital. Alhamdulillah, cubaan aku berjaya. Hanya sempat ditahan selama dua jam. Tu pun setelah 5 botol air dipaksa masuk ke dalam saluran darah aku. Yang tak tahannya bukan masalah air yang masuk, tapi sejuk aircond yang tahap melampau. Adik sikit daripada peti sejuk beku ja cuaca dalam wad transit. Gila betui!!! Tapi yang peliknya, tak pulak aku berasa nak demam ka hapa ka. Selalunya, kalau kena aircond lama-lama, dah mula seram sejuk. Mungkin bila dah tahap sejuk melampau, demam pun tak jadi.

Buat kawan-kawan yang mak-ayahnya sakit, aku doakan moga kalian sabar dengan ketentuan dan ujian Allah SWT. Semalam, Jamil datang ke rumah ziarah aku. Thanks bro! Dia lepak lama gak dan kami bersembang banyak perkara dan topik yang paling lama kami bersembang ialah pasal pengalaman masing-masing yang jaga bapak yang sakit. dia ada pengalaman, aku pun ada. Yang pastinya, buat mereka yag belum ada, 'be prepared' aku nasihatkan dari segi wang ringgit, kasih-sayang dan kesabaran.

Jangan sayang duit bila masa memerlukan. Dan jangan membazir duit di tempat yang tak sepatutnya dibelanjakan. Kasih-sayang kena banyak terutamanya bila berurusan dengan ibubapa sendiri. Dan yang penting sekali, sabaq la weh... Ni baru sikit Allah Taala nak uji.

Buat yang mak-ayahnya masih sihat, selalu2lah telefon, SMS, bertanya khabar dan kalau dekat, pi la ziarah selalu. Paling kurang tu menguatkan semangat mak-ayah yang makin lama makin tua dan uzur. Depa nak anak-anak teringat kat depa ja.

Ingat...! Kita sayang orangtua kita, insyaAllah anak-anak kita sayang kita.

Wednesday, January 6, 2010

Tolong doakan...

Assalamualaikum..


TERKINI...

Berita gembira buat semua sahabat, ayahnya Izanee, pakcik Zainon telah selamat sedar daripada koma. Berita disampaiakn oleh Izanee sendiri. Sama-sama kita doakan..

Posting asal..

Berita sedih buat para sahabat. Ayah sahabat kita Izanee sekarang sedang tenat dan kini berada di wad 6B, katil bernombor 13, Hospital Ampang. Gara-gara serangan stroke yang berlaku lewat hari Ahad baru-baru ini.

Keadaan beliau sehingga pukul 7.30 malam semalam (masa kami; aku, Asri dan Mart Jeni melawat petang semalam) masih berada di dalam keadaan koma. Namun, masih ada peluang untuk sedar daripada koma, insyaallah.

Apa-apa pun, sama-samalah kita berdoa agar beliau cepat sembuh seperti sediakala. Semoga keluarga Izanee tabah hadapi cabaran hidup di awal tahun ini. Moga Allah Taala memberi kesabaran ke atas kita semua dengan ujian yang mendatang, amin...!