Solat Time

Monday, July 21, 2008

It is time..

Assalamualaikum..

Waduh! Waduh! Waduh! Memang teruja bangat aku masa hujung minggu baru ni. Memang syiok tak terkata. Ni aku nak habaq!!

Hujung minggu yang sudah yakni semalam dan dua malam sudah, aku balik kampung ditemani bro Izanee. Aku balik kampung sama anak bini aku la. Si Izanee pi cari cinta yang baru mekar di Kuala Kangsar (fully sponsored tuh). Untuk pengetahuan semua, ni aku nak kongsi cerita ni.. Taiping baru je selesai dua kali banjir beb! Siap ada penempatan mangsa bencana alam lagi. Diceritakan bahawa balai polis Simpang yang tak pernah tenggelam, kali ni tenggelam paras dada beb! Bukan dada itik mahupun platipus, tapi dada manusia dewasa. Saiz orang Malaysia la. Tapi, Alhamdulillah la, keluarga aku sorang pun tak kena bencana banjir tu. Berkat sokong kepimpinan ulama barangkali.

Sabtu petang aku pergi ke Ipoh, ada urusan perniagaan sikit. Usai urusan,  janji nak jumpa dengan ust Ape (Syukri Mohd Isa). Belakang, dia pi tibai balik kampung, henpon pulak tinggai di rumah dia. Tak dapat la aku nak berjumpa. Lepas tu telefon la si Zaki Yusof, belakang dia pulak pi tibai balik kampung mak mertua dia di Kuala Selangor. Kecewa la juga tak dapat jumpa. Hajat hati nak belanja makan besar nasik lemak ayam kampung tengah bandaraya Ipoh. Lepas tu tepon pulak si Din Ketin. Pun malang jugak, ada program al-Fadhil Ust Harun Din di masjid Jalan Dairy depan Politeknik Ipoh. Dia mai lewat sikit katanya. Masa tu lepas solat Maghrib. aku memang tak leh nak tunggu lama2 sebabnya anakbini aku tinggalkan di rumah kawan bini aku di Taman Saikat. Saja la kot2 dapat jumpa kejap pun jadilah. Lama sangat sebabnya dah dekat pukui 9malam. Anak aku pun meragam. Tak leh nak tunggu lama-lama. Pun tak dapat nak berjumpa. Nak lepas rindu kawan2. Tapi hajat tak kesampaian. Memang resmi orang Ipoh ni sibuk gamaknya. Memang la. Lepas ni tobat dah aku tak tepon habaq nak turun Ipoh. Semuanya ada urusan beb! Muahahahaha!!!

Walau macam manapun, hati aku terubat dengan perjumpaan bersama si Mail Ninja di rumah ayahnya Ust Ibrahim di Kg Pauh. Dijamu dengan durian yang sememangnya mantap dan jitu dari segi rasa dan bau. Sedap gila! Dia sanggup menumpaskan tiga ekor tupai yang menjadi dalang merosakkan buah duriannya. Bertemankan raifel tua bapaknya. Kalaula aku tahu, semestinya aku pun nak join menembak. Selama ni aku tak tau si Mail tu sharp shooter part timer contract killer. 

Ok, berita buat kawan-kawan semua, Mail Ninja ajak kita semua pi rumah dia sambil mengabiskan stok durian SEDAP di rumahnya. Sambil berendam di sungai tepi rumahnya. Diajuga bagitau kat aku dia nak cari ikan buat bakar. Waduh!! Tak teruja lagikah kawan-kawan semua? Hari ahad hujung minggu ni katanya sambil tersenyum kambing. Ert!! Bercakap soal kambing, aku rasa kita perlu bawa dari KL kalau jadi pi rumah Mail hujung minggu ni. 

Jadi, sapa yang nak pi hujung minggu ni? Tuan tanah kedaung dah bersuara. Tunggu kita ja bagi green light. Ni kalau ada kolaborasi pulak dengan si Asri Scottie, sure impak maksimas punya hujung minggu yang mendatang.

Apa kata survey?

11 comments:

abu_ateif said...

aku dengan sadis n rendah dirinya menyusun 10 jari jemari memohon maaf yang tak terhingga buat presiden kerana layanan sebegini rupa ketika berada di ipoh...kalau la aku tau benda camni akan berlaku kat tuan presiden tobat lahong aku tak balik kuala sngor..aku sanggup masam muka ngan anak bini,berparang ngan mak n pak mertua demi untuk meraikan tn presiden...nak jadi apa lantak p la.
mengenai member2 lain kat ipoh aku no komen la..cam din adam mmg dia ada majlis ngan haron din...dia munkin segan nak tinggal majlis n aku dengo haron din siap warning2 awai2 lagi kalau din adam tinggal majlis dia nak boikot majlis ceramah malam tu..tu yang susah tu bak kata pepatah luah mati mak telan mati anak..lebeh kurang cam tu la...
aku dengan bangganyer bersetuju sgt dengan jemputan si mail ninja tu...dah lama dah dok tungu jemputan yang cam ni...hujung minggu ni aku ade pgrm kat lenggong habis pgrm aku ca alif bot la p makan deghoyan ngan hampa...sapa tak p mmg meleleh ayaq lioq la kempunan.

BORG said...

a'kum,
sesungguhnya allah itu maha berkuasa,dan tiada yg dpt melawan kekuasaannya,sehebat2 manusia membuat perancangan atau konspirasi, akhirnya kebenaran akan ditunjukkan jua,seperti isu yg berlaku keatas saudara anwar ibrahim skrg ini,tunggulah waktu dan ketikanya,kebenaran itu akan terbuka juga,percayalah,
begitu juga yang terjadi keatas diriku baru2 ini,telah dituduh sbg org yg meludah kelangit,tetapi akhirnya tuan presiden telah mengalaminya sendiri.
anggaplah statement seperti sanggup bermasam muka dgn isteri,sanggup berparang dgn pak mentua dan sebagainya itu tak ubah spt kenyataan najib tun razak yg pada mulanya mengaku tak mengenali saiful bukhari,tp akhirnya mengakui yg mamat tu pernah dtg kat rmh dia..keh..keh..keh
tp bukan itu point yg aku nak smpikan disini.
aku sbnrnya tgh geram ni,dgn technician komputer yg br disekolah aku,angkara dia aku tak dpt surf internet bbrp hari,dan tak dpt mengetahui perkembangan di blog kesayangan ku ini angkara terlebih pandai,dh tu ditipunya plk aku dgn alasan yg tak masuk akal,mcm aku ni bangang sgt pasai komputer(w'pun aku ni tak le pandai sgt).
anyway last but not least,AMACAM GENG AHAD NI.

BORG:atief,utk membuktikan kata2 aku ni layak dibakulsampahkan,sila buktikan ahad ni,amacan ? ADA BRANI?????

abe mark said...

-Tol Jln Duta ke K.kangsar pegi blk RM60
-Minyak KL ke K.Kangsar pegi blk RM80
-Kambing Biri2 mentah RM30
-Nikmat mkn the famous durian bukit berapit tepi sungai disilangi dgn ikan talapia bako berserta kamben biri2 panggang dicicah dgn homemade sos by zaki saidin RM PRICELESS

Ni suma nikmat dunia yg jgn kwn2 suma lepaskan umph2 hehehe

marn said...

Huish.. aku tak la sampai mintak hang berparang ngan pak mak mer sama anakbini. Family first!! Cumanya terkilan ja sebab dah bagitau masa kambination tempohari dan dijawab dengan nada selamba: "aku ingat ko memain!". Tak payah nak elaborate lelebih. Kira let bygone be bygone la. Ada la hikmah tu. Paling tidak pun info la awai. Mesej kan ada. Murah ja. Tak la aku teruja sangat nak pi Ipoh kalau setakat jumpa memba bini aku ja. Minyak tak murah beb. Masa lagi. Priceless kata abe mark.

Pasai Din Adam, aku rasa hang toksah nak backing dia tuh Abu Atief oi! Aku solat berjamaah masbuq satu roqaat belakang 8 sof daripada al-Fadhil Ustaz Haron Din. Haron Din dah masuk gear dua ceramah mode, batang hidung si Din Adam pun tak nampak. Aku ada di masjid Jalan Dairy dan sempatlah menghadam dua tiga point mutiara kata dari ustaz Haron Din pada malam yang mulia itu. Tanya si bro Iz. Dia pun ada sama.

Cuba la kita bercakap perkara yang kita tau saja. Jangan dok memandai dah lepas ni. Pandai tu takpa, tapi memandai2 tu yang tak kena.

Aku rasa dulu budak2 KL dah kena ngan geng Ipoh skali dah dulu. Yang terlibat masa tu, abe Mark, Yusrin, Iz dan aku. Siap bunyi tak ingat dalam kereta. Tapi takpa la. Tu kira dulu. Case closed.

apa2 pun, sayang dan kasih aku pada kawan2 tetap tak berkurang. Takut kawan2 ja yang kurang kasih sayang. Muahahaahahah!!! Allah Maha Besar!

marn said...

ate... ape lagi yob!! moh le kite jom lepak bermuqayyam tarbawi di kg pauh sebeah bukit brapit tuh. ada ikan bako, kamben dabawakan khas dari KL, eroyan sedap banget dan kawan2 yang lain.

Muahahaah.. rasa macam dah dua minggu aku balik kampung. lambat sangat hari yang berlalu.

abu_ateif said...

aku dah buat 2 akuan bersumpah:

1)aku tak nafikan mmg aku ader dengo sendiri dari mulut tuan presiden yang beliau n familynyer nak turun ipoh atas sbb2 bisnes n sbgnya...aku mmg dah rancang nk balik sngor sebelom aku dengor hajat tn presiden tu...so aku pun kata ok jer la n aku tak bagitau yang aku nak balik kpg atas sbb2 berikut:1)aku tak nak oleh krn aku balik kpg maka hajat tn presiden nak p ipoh tergendala...mungkin ramai yang kecewa krn tak dpt bersua dengan beliau.
2)tn.presiden mai ipoh pun bukan tujuan utama dia nak jumpa aku yang hina ni...so kalau aku tak dak pun tak pa...yg tn presiden tensen tu munkin shukri kome punya hal la.

2)aku nak cabar mr g.box berdebat secara terbuka bertajuk "kita takut bini atau bini tak takut kita"
aku akan bawak seorang pembantu aku iaitu zahdur rahman...tambang n penginapan dia semua aku tanggung...muflis pun tak pa..tempat dan bila terserah kat mr g.box...amacam ada brani ka?

wehhh...tak dak tentatif ka untuk majlis gilang gemilang ahad ni

Anonymous said...

Salam ....

Aku ni tertanyer-tenyer le .. bila agaknya acara gilang gemilang perabih deghoyan tu akan diadakan .
Coz .. 2 -3 minggu ni, puak-puak cikgu ade yang kena pegi sekolah pada hari Sabtu . ini semua kelas ganti untuk cuti raya posa N deepavali . So canangkan segera boleh kita buat SURVEY yang seterusnya ...

Tapi yang koje sebagai cikgu berapa kerat aje . Tak gitu Akie N G-Box .

Adiossss . SPEKI

Anonymous said...

Salammmm ...

Alkisah tersebut lah satu cerita.

Luqman-Al-Hakim mempunyai seorang anak kecil dalam 10 tahun umurnya. Beliau juga punya seekor keldai. Suatu hari Luqman dan anaknya menziarahi seorang sahabat dihujong kota dengan keldainya. Luqman menunggang dan anaknya menunda keldai tersebut. Perbuatan itu dipersaksikan ramai orang di pasar. Maka berlakulah dialog berikut:

S: Apalah si Luqman ni, dia baguih punya menunggang, anak yg kecil disuruh berjalan. Zalim sunggoh sibapak ini!

J: Hai anakku,naiklah engkau keldai ini,biar ayah yang menunda.

S: Tengok si anak Luqman, apalah punya anak,ayah yang tua disuruh berjalan..dia baguih punya nunggang!

J: Hai ayahku, marilah menunggang bersamaku..

S : Engkau tengok dua beranak tu, adakah patut depa pi tunggang keldai tu berdua..tak kesian ke kat keldai tu?!

J : Wahai anakku, marilah kita berdua turun dan menunda keldai ini bersama!

S : Hangpa tengok si Luqman dua beranak..ada keldai tapi tak ditunggang!!

J : Hai anakku..marilah kita pikul keldai ini..

S : Alahai..apa lah gila si Luqman ni..adakah patut keldai dipikulnya??!!

Bagi aku la buatlah sesuatu perkara kerana ianya benar disisi ALLAH & Islam. Kalau kita buat sesuatu perkara kerana manusia , nescaya tiada apa yang kita buat boleh memuaskan nafsu semua orang. Pasti ada yang menyokong..dan tak kurang yang menentang.

So , ape pendapat korang

Ni tengah rajin la .. Adios . SPEKI

Abe mark said...

Tq meor.. ditakdirkan dpt boy nanti bleh la namakan luqman hakim hihihi

abu_ateif said...

weh meor speki baca la ucaptama presiden tu...hang nak sekolah ganti hari sabtu hang punya pasal la...acara gilang gemilang tu kita nak buat hari ahad ni...takkan ahad pun hang ada sekolah ganti kot...gebox tanya kat hang meor...hang tak nak ajak kami makan doyan kati ka..dengan cita hang nak p haji tahun ni pakai duit doyan..takkan tak bagi rasa kat kengkawan kot.

abu_ateif said...

lokman hakim dah banyak sangat dah orang pakai....hang boh badi'uzaman nampak ngam sikit.