Solat Time

Tuesday, September 17, 2013

Haji, minyak dan SABK

Assalamualaikum..

Selamat dalam apa jua pekerjaan yang sedang saudara/saudari kerjakan. Moga Allah Taala menerima kerja seharian kita sebagai satu ibadah, ameen.

Di keheningan pagi yang mulia ini, saja aku nak update akan blog kita nih. Walaupun, rasanya aku memahami situasi blog kita yang semakin hari semakin jauh di hati, aku cuba gagahi untuk terus menulis demi menajamkan fikiran. Kalau tak menulis, nanti lama-lama jadi lebam. Minyak naik pun kena bersyukur sebab negara aman. Aku pun tak paham. Biaq pi la. Dah ketentuan Allah.

Jadi, persoalannya adakah kita jadi atau setuju untuk buat perjumpaan? Almaklumlah dah lama tak berkumpul. Kalau ikutkan dalam FB macam jadi, tapi tiada tindakan susulan ataupun sebarang maklumat terkini. Harap-harap saudara2 kita di Kuala Kangsar tu buat kerja dalam diam, insyaAllah.


Memang aku tak sabar nak berkumpul dan berjumpa sebab dah lama menanggung rindu. Dah lama bertepuk-tampar, senda-gurau. Asyik melalui WhatsApp sama FB ja tak jadi. Tahun ni pun rekod pecah kita tak buat Iftor Jama'ei kerana masing-masing sibuk. Semua la ni tengah kalut nak mengimbangi wang keluar/masuk kerana faktor harga barangan yang sedang naik secara diam-diam. Hasil daripada transformasi kerajaan yang berjaya dalam mengurus-tadbir negara yang kaya dengan pelbagai sumber alami.

Jom kita sama-sama doakan moga Allah Azza wa Jalla memperkenankan hajat kita untuk bersua-muka dan mengeratkan tali silaturrahim.


Oh ya..! Syabas buat negeri Perak kerana telah menyerahkan hak urus-tadbir Madrasah Idrisiah kepada kerajaan Persekutuan. Maka jadilah Madrasah Idrisiah sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang baru. Moga pekerja dan guru-guru lebih berdedikasi dalam menabur bakti untuk agama, bangsa dan negara. Apa lagi hadiah kerajaan negeri untuk anak-anak negeri Perak ye...?


Goodbye State of Perak. Hello Federal of Malaysia


Wednesday, September 4, 2013

Takziah buat keluarga sdr Saiful Yusrin

Assalamualaikum..!

Pahabaq semua? Sebelum aku meneruskan tarian jari di atas kibot laptop cabok aku ni, sama-samalah ita membaca al-Faatihah dan kita sedeqahkan ke roh Sarul Yusmin adik kepada sahabat kita; Saiful Yusrin yang telah pergi menyambut seruan Ilahi tanggal 3 September lewat jam 4.40petang.

Alhamdulillah. Aku, Mart dan Sepul Asr telah menziarahi jenazah dan keluarga allahyarham pada malam tersebut. Sedih bila terkenangkan arwah yang sangat baik, berhati mulia dan suka menolong orang lain.

Aku secara peribadi mengenali allahyarham lewat tahun 2006-07. Kagum aku pada jiwa dan semangat anak muda ni. Walaupun masih muda, tapi wawasan dan halatujunya jelas dan dia tahu dengan apa yang dia buat. Malangnya, takdir Allah belum mengizinkan dia untuk berjaya pada waktu itu. Ditipu oleh seorang haji, tuan punya kilang percetakan yang terletak di Bandar Tun Razak. Kerugian dianggarkan hampir mencecah RM1juta. Satu pengajaran yang cukup mahal.

Selepas beberapa tahun lamanya tidak bersua muka, aku bertemu semula ketika menziarahi bondanya yang sedang terlantar koma di Hospital Kuala Lumpur kerana mengidap penyakit kencing manis. Dari mulutnya, dia bercerita tentang perjuangannya untuk bangun semula daripada jatuh dalam bisnes.

Beberapa ketika kemudian, aku mendapat berita daripada abgnya si Yusrin, dia sudah kembali berjaya dan  alhamdulillah kehidupan dan pengurusan ekonominya bertambah baik berkat kesungguhan dan kesabarannya dalam perniagaan.

Aku turut gembira apabila melihat sendiri kejayaan anak muda yang dekat dengan kehidupan aku. Tapi kegembiraan aku tak berpanjangan pabila percaturan Allah itu lebih hebat daripada percaturan manusia.
Akhirnya, pergi jua seorang anak muda yang mempunyai masa depan yang cukup cerah untuk menjadi usahawan muda yang berjaya.

Bintang cerah akhirnya musnah bila dia tumpas dalam perjuangan menentang kanser pundi kencing yang lewat disedari. Hanya diketahui selepas barah itu sudah memasuki peringkat 4. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak

AlFaatihah dan moga Allah Taala mencucuri RahmatNya ke atas beliau. 

Thursday, April 25, 2013

PR atau BN

Assalamualaikum..

Pahabaq semua? Sekarang dah masuk gear 3 untuk kempen pilihanraya kali ke13. Dan pendapat peribadi aku, PRU13 ini kalilah yang paling sengit.

Jadi, apa pilihan tuan/puan?


@


Tuesday, April 2, 2013

Sejak bila pulak dah?

Assalamualaikum..

Pekabo semua? Aku macam biasa. Kadangkala semput datang menyerang. Almaklumlah baru-baru ni dek kerana tak tahan dengan kerenah anak-anak daraku yang teringin sangat nak membela kucing, maka aku pun ambillah tiga anak kucing beserta ibunya sekali menjadi sebahagian keluarga sederhana kami.

Memang seronok tengok keletah anak2 aku yang tak jemu-jemu bermain engan binatang peliharaan. Janji mereka tinggal janji. Kononnya nak tolong buat taik kucing. Belakang... aku jugak yangkena buang taik kucing2 tu. Ceh..! Tapi takpala.. Demi melihat riak muka anak2 yang gembira, aku jugaklah jadi pencacai pencuci najis.

Sebut pasal janji dan najis, terlihat aku keratan akhbar yang ntah bila tarikhnya. Malas aku nak masuk dalam arkib. Cumanya, soalan aku ialah sejak bila Kimma ni jadi komponen parti BN? Depa ni nak berniagakah atau nak berpolitik?


Bukanlah tak boleh berniaga dan berpolitik dalam masa yang sama, cumanya pada pandangan aku depa dah salah pilih 'partner'. So, memandangkan aku memegang pendapat yang mengatakan puak islam dalam BN yakni 'UMNO' adlaah mereka yang munafik, maka tak salah untuk aku memboikot restoran yang berada di bawah kendalian ataupun bawah naungan Kimma. 

Buat kawan-kawan, aku tak paksa hangpa nak turut atau tidak, cuma ni sekadar pandangan peribadi aku. 

Wallahu A'alam..

Monday, April 1, 2013

Dalam minda rakyat Amerika

Assalamualaikum..

Apa habaq semua? Blog hantu memang macam ni.. tak commit dengan kerja, macam ni la hasilnya. Oleh yang demikian itu, tolong jangan contohi gerak kerja yang aku buat. Muahahahaha..!!


Ni peta mengikut pemikiran rata-rata rakyat amerika yang kononnya terbuka dan celik IT. Jangan terkejut kalau inilah peta dalam kepala otak depa.

Kalau tidak mahu jumud, kena banyak membaca dan bertanya pada yang ahli. Supaya kita terus relevan dengan keadaan sekeliling kita. Keep in touch!!!

Friday, March 22, 2013

Salam pagi Jumaat

Assalamualaikum..

“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad sallallaahu alayhi wa sallam); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Al-Ahzaab 33: 56)

Maka, marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas nabi Muhammad sallallaahu alayhi wa sallam. Kerana keuntungannya berlipat-ganda tanpa kita ketahui.

Thursday, January 24, 2013

Selamat Bermaulidur Rasul

Assalamualaikum..

Selamat menyambut Maulidur Rasul.

Pada tanggal yang sama kurang lebih 1400 tahun yang lalu, telah datang seorang manusia yang mengubah lanskap dunia. Bersamanya cahaya Ilahi yang menerangi seluruh alam. Dengan penuh kasih dan sayang yang tidak berbelah bahagi terhadap umatnya, baginda mendidik manusia di sekelilingnya dengan penuh patuh pada perintah Khaliqnya.

Selamat berselawat ke atas Junjungan Besar kita, Muhammad SAW. Moga kita bersama baginda di akhirat nanti, insyaAllah.