Solat Time

Friday, November 14, 2008

Ahli baru

Assalamualaikum..

Berita terkini yang aku terima daripada sdr. Mart Jeni, kita dapat ahli baru dan diucapkan selamat datang ke dunia yang fana' ini. Tahniah buat sdr. Syamsul Rizal (betui ka ejaan nama dia ni) dan isteri kerana baru menimang cahayamata setelah 13 tahun mendirikan rumahtangga.

Menimang anak perempuan sendiri buat pertama kalinya yang dilahirkan seberat 2.29kg bersamaan tarikh 11.11.08, jam 11 malam. Huish! main nombor apa ni?Apa-apa pun, tahniah sekali lagi. Buat yang belum berjaya mendapat cahayamata, jangan putus asa. Teruskan usaha anda, insyaAllah Allah Taala makbulkan niat/hajat anda. Dan setelah bersungguh-sungguh berusaha, tawakkallah padaNya. 

Yang belum nikah/kawin, kena la nikah/kawin dulu. Nak anak boleh, sama ada anak orang lain, bukan anak manusia ataupun anak tekak. Dan ingatan buat kita semua, anak2 adalah tanggungjawab bersama di antara ibubapa, guru2, masyarakat dan kerajaan. Didiklah dengan didikan al-Quran dan Sunnah Rasul SAW. Nescaya kita tidak akan menyesal kelak.

9 comments:

Anonymous said...

Salam ....

Sayabaaasssss ! Tahniaaaahhhh ! untuk sahabat aku Syamsul Rizal . Hg. telah membuktikan kelakian hg. Apa nama anak hg. tu syamsul ... boh ler nama yang bebaik ckit, sedap di dengar dan sedap juga maknannya .

Oppsss... lupa lak , dua tiga lepas aku bertembung ngan Cikgu Sheikh Bakar .. ( ala cikgu sains , yg selalu ngajor pakai lebai warna hijau tu ) dia ada jemput aku dan kawan2 yang pernah belajor kat Idrisiah ke Walimatul Urus anak pompuannya .

Tarikh : 29 November 2008
Hari : Sabtu
Masa : time makan ler ( kalu nak nyembang banyak kena datang awal )
Alamat : Taman Bunga Raya ( dekat Talang ) , Kuala Kangsar . ( No. Rumah Aku lupa la plak , tp. Katanya kat taman tu cuma umah dia ajer yg buat kenduri kahwin pd tarikh tu )

Sooo... kot ada sape2 yg nak mai apa salahnyer .

Kepada sahabat aku yang kojenyer mengajor , aku ucapkan selamat Bercuti . Lama oooo 50 hari .

Adiosss . SPEKI

Mart Zeni said...

Meor ni bukan pasal kelakian or what not.. kena la niat nak meramaikan umat Nabi Muhammad saw. anyway tahniah kpd bro rizal kalu buleh tarus cargas buat sequal so idok le boring baby girl tu bila dah ader adik. heheheh byk menafaatnya tak caya tanya la geng lain.

marn said...

aku setuju ngan mart.. sngguh aih! bila anak dah dua, senang deme nak memain sesame deme. idok le ngaco playtime makbapak. muahahahaha!!!

hurm.. heran gak nah.. kalo tak dapat anak, adakah dikira tak cukup atau tiada kelelakian, meo speki? kalo ada anak, tapi tak pandai dan takmau bela, tu nak kira gumana?

kalau ada anak bini, tapi 'bela' pompuan lain, tu kira gumana gak?

ka gumana?

Che mart said...

ha jwb meo ka gumana.. tunjukkan kelakianmu heheheh

abu_ateif said...

aku jawab utk meor...kalau ada anak bini tapi bela pompuan lain tulah yang dinamakan bangsat muahkakaka....tapi kalau bela n ternak cara halal itu benda yang disyariatkan islam wpun ramai pompuan termasuk bini aku tak suka..hehehe.

abu ateif said...

tahniah bro mejar!!!

aku tunggu sorang lagi member aku bro gbox dapat anak...aku nak sedekah kambing boer kalau gbox dapat anak.

marn said...

Sapa ada layan hbo? Ni aku nak habaq kat orang yang tak tau lagi, dalam rangkaian hbo tu ada satu tv series namanya 'Big Love'. Lakonan hebat Bill Paxton, Jeanne Tripplehorn, Chloe Sevigny, Ginnifer Goodwin dan ramai lagi.

Cerita tentang poligamis di US. Memang seronok sebab karekter masing-masing yang kelas. Aku sarankan sapa yang ada niat nak poligami, layan la cerita tu. Aku dok layan cerita tu dan aku memang nak kawan2 tengok jugak. Ada banyak sebab. Bukan sebab aku galakkan kawan2 kawin lebih daripada satu, tapi far beyond that. Tengok la karekter Bill Paxton (hero) macam mana dia handle kerenah bini2. Muahahahaha!!

Nak best lagi, layan cerita tu dengan bini, kasi dia terbukak pintu hati tu sket. Biaq dia nampak the good side of poligamy. Jangan asyik telan cerita buruk ja.

Masalah kita pasai poligami di Malaysia ni sebab banyak contoh2 yang tak baik di depan mata dan cerita buruk poligami yang diangkat oleh media. Tu sebab boleh kata kebanyakan pompuan yang walaupun ngaji agama akan tentang dan tak setuju bila laki nak kawin lain.

Antara penyumbang kepada masalah tu ialah sikap suami yakni kita sendiri tak pandai dan tak mahu nak tackle hati bini memasing. Aku belajaq banyak menda dalam crita tu macam mana nak berinteraksi dengan bini. Mood kita mau jaga, cara kita berinteraksi sama ada dalam bentuk kata2 mahupun bahasa tubuh (body language). Jangan asyik kita ja yang jadi raja. Pompuan ni pelengkap kepada lelaki. Yang tak dak pasangan tu la yang tinggai separuh ja agamanya.

Ka gumana?

abu_ateif said...

marn...
hbo tu menatang apa?umah aku astro pu mandang..dok tengok berita rtm jaaa...terasa cam zaman lepas merdeka...langsung tak bes berita rtm.

yes...mmg poligami dipandang serong oleh manusia zaman moden ni...orang pompuan lebih rela suami berzina ngan pompua lain dari dia dimadukan...orang akan jebek muka kalau sembang pasal poligami seolah2 poligami ni satu benda tak elok n berdosa...salah satu kejayaan puak orientalis keatas fikiran umat islam.

yang orang laki ni satu...susah nak dapat contoh terbaik dari depa yang dah poligami...munkin ada yang baik tapi tak dihailaitkan....yang kita baca kat pepa semua crita yang buruk2.

satu lagi masalah orang sejenis kita ni masa nak poligami baru timbul istilah sunnah...tapi cara hidup yang lain tak nak ikut sunnah pulak...kot2 sunat pun idak.

sebenarnya masalah yang cenggini yang menyulitkan puak2 kita nak poligami...kesian na.

marn said...

Aik? Mana Matot ni? Aku tanya soklan, dia tarus sangap! Muahahaaha!

HBO tu cenel wayang di Astro. Kalau tadak Astro, takleh tengok la HBO tu. Kalau ada Astro sekalipun, tapi tak langgan cenel wayang tu, tak leh gak. Hg pi cari CD la. Ada juai tu.

Dok layan RTM buat hapa! Buang karen ja. Penuh dengan dakyah. Kalau layan infoternak atau agrotek, tu takpa. ada jugak mencambahkan ilmu.

Poligami ni kalau bersembang memang jadi macam perkara 'taboo' dalam masyarakat islam melayu di msia ni. Org pompuan sanggup lagi biaq laki depa minum arak, judi, bela pompuan daripada bagi laki kawin lain. Bukan la semua pompuan lagu tu. Tapi boleh kata kebanyakannya macam tu.

Ada yang taat suami dan ikut pi merata mengaji kat surau2. Tapi bila tau kata laki nikah lain, tarus keluaq rumah tak mintak izin, ari balik umah makpak. Tu nusyuz tu. Sanggup tinggai anak2 terbiaq semata2 tak puaih hati laki nikah lain. Punya la takmau kongsi. Pompuan kena ingat, laki depa tu bukannya hakmilik kekal mahupun sementara. Tiada istilah perkongsian di sini. Hidup betui2 atas ehsan suami ja.

Tapi yang mangkaqnya, laki2 ni pun dua tiga pasai. dah la ilmu agama tu nak harap masa mengaji skolah rendah dan menengah dulu, mana la nak cukup nak bimbing bini. Kita yang ngaji sampai peringkat U pun terciput2 nak pebetui diri sendiri. Takdak la kot2 nak ada inisiatif nak tambah ilmu di dada. Kot la takdan nak bawak anakbini pi ngaji kat surau2, nak bli VCD agama, takpun CD pengajian agama untuk dengaq sama2 ngan anakbini di rumah pun takmau. Dan2 duit tak cukup la, lupa la.

Tu la karenah manusia yang bernama muslimin/muslimat. Sampai masa dah, kita kena peruntukkan sedikit daripada hasil pendapatan bulanan kita dengan membeli CD/tape/VCD agama dsbgnya. Kena korbanla sikit. Tiap kali pi ke pasaraya, jengokla2 toko/kiosk buku agama yang sedia ada merata tempat.

Ka gumana?