Pages

Solat Time

Friday, May 22, 2009

Habit @ tabiat

Assalamualaikum..

Merokok ialah satu perbuatan yang tiada faedah langsung pada perokok mahupun alam persekitaran. Daripada saja try test, lama-lama melekat. Ada yang ketagihan candu dalam rokok, ada juga yang menjadi tabiat dan kebiasaan.

Kegagalan aku untuk menjadi seorang insan yang bebas rokok baru-baru ini menyedarkan aku akan betapa sukarnya untuk membuang sesuatu tabiat yang sudah lama sebati dengan kehidupan seharian aku. Aku tahu akan keburukan merokok buat diriku dan keluargaku, tapi oleh kerana aku ni manusia yang teramat lemah, aku masih tercari-cari kekuatan mental untuk mengikis tabiat buruk.

Buat kerja 'last minute' pun dikira termasuk ke dalam tabiat yang buruk. Procrastinate ataupun berlengah-lengah merupakan suatu kebiasaan ataupun tabiat yang tidak molek. Kenapa Rasulullah SAW menyuruh kita mengerjakan solat di awal waktu? Sedangkan waktu solat seperti zohor itu panjang. Tak kisah kalau nak ikutkan secara akal. Tapi perasankah kita bahawa apa yang nak disampaikan oleh Rasulullah SAW ialah mesej yang menyuruh kita supaya tidak berlengah-lengah dan melambat-lambatkan sesuatu pekerjaan.

Oleh yang demikian, aku menyeru sekali lagi buat teman-teman yang 'sibuk' tatkala weekdays ataupun tengah minggu, pada hujung minggu ni bolehlah pergi ke mana-mana cawangan Bank Islam yang berdekatan untuk membayar yuran tahunan yang belum dijelaskan. Buat mereka yang telah menjelaskan yuran tahunan anda, aku ucapkan: "Syabas! Anda telah melaksanakan tanggungjawab anda dan terima kasih."

Untuk pengetahuan semua, TIADA masa kecederaan akan diberikan kepada mereka yang terlambat membuat pembayaran. Segala surat-menyurat, rayuan, nak bermanja dan sebagainya tidak akan dilayan. Sudah sampai masanya kita mengikis tabiat buruk kita sedikit demi sedikit. InsyaAllah, dengan sokongan yang kawan-kawan berikan, Komuniti ini akan terus mantap dan cemerlang.

Marilah kita sama-sama berubah daripada insan yang baik kepada insan yang cemerlang. Bak kata mat salon: "To be a better man/woman".

Monday, May 18, 2009

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum..

Selamat Hari Guru buat semua pendidik yang telah, sedang dan akan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan amanah. Terharunya aku. Teringat guru-guru tua yang pernah menaburkan bakti buat kita masa zaman sekolah dulu. Ada yang telah pergi menyambut seruan Ilahi dan juga yang uzur. Buat yang telah pergi, marilah kita sama-sama mensedekahkan al-Fatihah buat mereka. Dan buat yang sedang uzur, hanya sekalung doa buat kalian, moga cepat sembuh dan dipanjangkan umur. Allah Taala jua yang mampu membalas jasa guru-guru kita. Sekarang, guru kita ialah pengalaman sendiri dan kawan-kawan.

Saban tahun kita menyambut hari guru. Sama ada sedar ataupun tidak, setiap kita secara tidak langsung adalah guru dan dalam masa yang sama juga bergelar murid. Guru kepada anak-anak kita, anak-anak saudara dan mereka yang berada di sekeliling kita. Murid kepada pengalaman dan mereka yang berkongsi ilmu dengan kita.

Guru terbaik yang pernah hadir untuk mendidik umat manusia ialah Muhammad SAW. Selayaknya baginda dinobatkan sebagai guru terulung sepanjang zaman. Kerana tanpa ilmu yang berpandukan wahyu, kita tidak akan mengenal apa itu nikmat iman, islam dan ihsan.

Soalan untuk para guru (yang kerja rasminya adalah guru) ialah; apakah ukuran seseorang itu yang layak digelar guru yang berjaya? Sila jawab!

Tuesday, May 12, 2009

Ihtifal yang tak serupa ihtifal

Assalamualaikum..

Terkini...
Di dalam satu perkembangan terbaru, MSTAR melaporkan Pegawai Kewangan Negeri Perak, Datuk Jamalludin Al Amin Ahmad dilantik menjalankan tugas sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri menggantikan Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim yang digantung serta-merta. Turut digantung tugas ialah Penasihat Undang-undang Negeri Perak, Datuk Ahmad Kamal M. Shahid.

Posting asal..
Seronok bila berjumpa handai-taulan yang lama tak jumpa masa pergi ihtifal Idrisiah tanggal 9 Mei yang lalu. Dapat la berjumpa dengan bekas guru cik Abd Rahman Najib dan cikgu Said. Yang malang, suasana ihtifal tidak semeriah masa kita belajar dedulu.

Sedih pun ada, syahdu pun ada. Buat lawatan kawasan bekas tapak perigi. La ni dah jadi bangunan. Secara fizikalnya, banyak yang berubah dan pesat membangun. Yang sedihnya, kualiti pelajar-pelajar dari segi disiplin dan pengurusan kebersihan. Walaupun tidaklah seteruk mana, namun banyak yang perlu diperbaiki. Mungkin guru-guru punyai tugasan yang menimbun. Sedih sebab tak dapat jumpa banyak guru-guru yang telah menakbur bakti buat kita semua. Syahdu kerana kata pepatah: "Tempat jatuh lagi dikenang". Apatah lagi tempat kita meng'karate' kepingan genting atap sambil menunggu giliran mandi dan kesan laluan trek acara larian pecut selepas solat Jumaat yang selalunya dimenangi oleh Akmal Shamsudin, Azlan Arbaein dan Roslan Moorthy.

Kami bertolak bermula dari rumah aku di Pandan Indah pukul 4.30pagi. Aku kena serangan cirit-birit sepanjang malam. Letihnya badan toksah cakaplah. Tapi hati nan membara ku turutkan juga untuk melaksanakan misi ke Kuala Kangsar. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan, perutku tidak meragam. Dari Pandan terus ke Tasik Permaisuri mengambil Mat, dan singgah di Bangsar bertukar kenderaan di rumah Jamil. Kemudian langsung ke tempat jin bertendang yakni Puncak Alam yang di hujung benua mengambil Yusrin dan berjemaah di surau berdekatan rumanhnya. Usai solat, kami teruskan perjalanan ke Kuala Kangsar.

Belum sempat sampai ke pintu tol untuk memasuki lebuhraya, Mat udah leboh diulit mimpi nan indah. Ceh, masih mengamalkan MO (modus operandi) yang sama. Ye lah, sapa yang tak mengantuk dek kerana kesedapan menaiki Estima 2.4 si Jamil tu. Padan lah dengan harga ratusan ribu. Tu baru nikmat dunia.

Kami sampai di Kuala Kangsar kurang lebih 9.40 pagi. Fariz dan Sofi menanti di rumah ayah Lokman Rajhi. Tepat pukul 10 pagi selepas selesai buat 'refreshment' di masjid Ubudiah, Fariz, Sofi dan Lokman pun sampai dan terus melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah. Tiada pelajar yang menyambut kami. Kalau ihtifal masa kita dulu, siap ada penyambut tetamu dan pemandu arah, tapi tahun ni (barangkali) tidak termasuk dalam pakej.

Melepaklah kami di dalam dewan sambil melayan bebelan dari Pegawai Kewangan Negeri Perak (yang semalam digantung kerja serta-merta oleh MB yang sah), Datuk Jamalludin Al Amini Ahmad. Aku membuat keputusan keluar dewan sebab takmau muntah dek kerana mendengar pujian dan kekaguman beliau terhadap YB Zambri (MB yang disahkan haram oleh mahkamah).

Kurang lebih jam 2 petang selepas jamuan makan dan sesi ramah mesra dengan bekas guru (tak ramai yang ada), kami bergerak lepak di Lembah Kuala Kangsar sambil makan cendol kosong kesukaan Mat. Melepak bersama ialah elSyazali, Labib (betuika ejaan nama dia ni?) dan Meor Tarmizi. Batch kita tambah sorang lagi, Husaini Dakir. Ala... Gebok! Yang lain tak mandang.

Pukul 3.15 petang, umpama pacat yang dah terlebih kenyang, kami gerak terus ke rumah Ismail (Mail Ninja) di Kg Power. Usai solat qasar jama' taqdim berjemaah, langsung ke pasar malam Changkat Jering (untuk pengetahuan semua, pasar malam Changkat Jering adalah merupakan pasar malam yang pertama wujud di Malaysia. Kira tapak sejarah la tu) untuk berjumpa dengan Arshad Saidin. Arshad? Ala, Arshad yang selalu dibuli Azmir. Budak yang mula-mula kena rotan sebab conteng nama dia di pintu locker.

Rupanya Arshad ni peniaga golok dan parang di pasar Changkat Jering. Dah lama dia berniaga di situ. Aku yang budak Changkat Jering pun tak tau akan kewujudan makhluk bernama Arshad yang dah berniaga lebih dari 4 tahun di situ. Arshad ni punya kelebihan dan kepakaran dalam membuat sarung golok, pisau dan parang. Memang cun gila beb. Sayangnya, aku lupa nak ambil gambar contoh sarung yang dijualnya. Kalau ada sesiapa nak tempah parang ikut design sendiri, boleh saja berjumpa dengan Arshad. Kagum beb! Aku kagum dengan hasil seni yang dimiliki oleh kawan kita si Arshad tu. Nanti bila-bila aku balik, aku ambik gambar hasil seni adikarya si Arshad bersama-sama potret wajahnya. Trademark giginya masih wujud walaupun dimamah zaman.

10.00 malam, kami sampai di restoran Maghribi, pekena madghut. Pergh! Nasiknya lebih manthooobbb berbanding alRawsha. Tapi kuantiti sikit. Mat order nasik tambah. Licin! Pukul 12mlm, isteri masing-masing dah buat panggilan. Yo la, lesen sampai pukui 12.00 malam je. Malas nak cerita panjang, kami pun bersurai.


Walaupun letih, kami tetap berpuas hati dengan perjalanan yang dilalui. Satu lagi episod menarik buat mereka yang hadir dan menikmati memento yang terpahat. Terima kasih buat semua yang sudi meluangkan masa, tenaga dan wang ringgit demi sebuah kenangan bersama sahabat taulan. Moga Allah Taala temukan kita lagi dalam sebaik-baik pertemuan, insyaAllah.

Friday, May 8, 2009

Selamat Hari Ibu!

Assalamualaikum..

Buat semua ibu-ibu yang di luar sana, aku selaku moderator blog ini mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ibu. Moga Allah Taala merahmati selalu ibu-ibu yang melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan kasih-sayang.

Buat ibuku yang kukasihi, moga Allah SWT merahmatimu selalu dan dipanjangkan umurmu. Penat lelahmu mendidikku, takkan dapat aku balas. Kenakalanku mencabar kesabaranmu. Hanya Allah jua yang mengetahui betapa hati ini kesal yang teramat kerana selalu membuatkan gugurnya airmatamu kerana sikapku. Moga engkau tabah selalu. Doaku buatmu takkan kunjung padam. Ya Allah! Kau gembirakanlah hati-hati para ibu seperti mana gembiranya Hawa bertemu Adam AS di Jabal Rahmah. Kau gembirakanlah hati para ibu segembira mereka ketika mula-mula menjadi ibu. Janganlah Engkau bebani mereka dengan hati yang sugul dan sedih. Amin...

Buat isteriku yang tercinta, terima kasih yang tidak terhingga kerana menjadi ibu terbaik buat anak-anak kita. Walaupun kadangkala 'jongos' mu mencabar kesabaranku, namun itulah warna-warni kasih-sayang yang Allah berikan pada kita sekeluarga. Moga Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang merahmatimu selalu di atas jasa dan pengorbanan yang engkau berikan ketika membelai dan memelihara anak-anak kita dengan penuh kasih dan sayang. tiada kata-kata dan ucapan yang mampu menukilkan hati dan perasaan ini.

Dan di sini ingin aku kongsikan bersama-sama kalian akan kisah yang telah di'forward'kan kepadaku oleh isteri tersayang. Selamat membaca...

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati..... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku..... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku.... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari.....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..... apa yang perlu kita buat? Hanya doa pengubat hati nan lara.

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata; "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Wednesday, May 6, 2009

Ulamak? Afa tu?

Assalamualaikum..

Terkini..

Ok. Aku baru dapat mesej daripada elSyazali yang berbunyi: Salam... Madrasah Idrisiah akan mengadakan Ihtifal pada 9 Mei 2009, jam 8.30 pagi - 12.30 tengahari. Perasmian oleh Pegawai Kewangan Negeri Perak. Semua bekas pelajar dijemput hadir.

Hah! Apa lagi geng? Ada berani ka? Jom kita pi bagi meriah sikit sekolah tu sambil jumpa bekas guru / ustaz kita. Boleh la kumpui ramai-ramai. Nak plan pegi rumah kenduri rumah Mail pun senang. Dan jugak, sapa yang tak dan nak bank in kan duit tabung dana, bolehla nanti bayaq masa jumpa nanti. Senang gitukan?

InsyaAllah aku turun. Mat tak bleh bagi confirmation lagi. InsyaAllah Mat Jeni pegi gak. aku akan paksa dia. jom kita!

Posting asal..

Iskh.. sehari dua ni aku sibuk gila. Baru balik dari bercuti di kampung bini tersayang. Nun di Kuala Terengganu. Orang sana dok sibuk menyandat sotong. Pergh.. kalau ikut pengalaman aku menyandat sotong tahun lepas, memang meriah beb. Sotong jenuh. Purata sotong yang berjaya dijinakkan dalam kurang lebih sekaki panjangnya.

Agak-agak hangpa la, bilanya nak buat trip candat sotong ni? Tahun depan ok kot? Nak best lagi, siap tidoq kat Pulau Kapaih. Pergh.. boleh snorkling sekali. Walaupun batu karangnya tidaklah secantik Pulau Redang, Tenggol dan Perhentian, tapi tetap menawan sukma (bukan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja). Kalau mau, tahun depan aku bolehlah set dengan orang Marang chartered bot sebijik. Nak mengail pun boleh. Bawak ja joran sendiri.

Masa tahun sudah, aku bertolak lepaih asaq, balik sampai jeti sebelum subuh. Kalau dah tangkapan banyak, boleh tolak kat peraih di jeti Marang tu. Sotong dapat, duit pun dapat. Pergh.. rugi la woi kalau takmau buat trip candat sotong ni. Nak best lagi, kita pi trip laki2 ja. Anak bini tinggai la sat kat rumah. Ka gumana? Ka mabok laut? Tu tak jadi masalah. Ada ubat bagi elak dari kena mabok laut. aku yang cas hero ni pun telan dua bijik. Tu pun kena jugak sebab salah telan ubat. Dia koman2 kena sejam-dua telan ubat tu baru sihat. Ni tak, ataih bot baru nak telan. Lagipun (ni alasan kuat ni) aku dok kat belakang bot. Asyik dok hidu asap diesel bot. Kalau dah berjam-jam beraromakan diesel, aku rasa badak ayaq pun tumbang.

Dalam sehari dua ni jugak, aku perati orang dok sibuk bincang pasai siapa dia ulamak? Sapa dia yang dikatakan ulamak ni? Macam Imam al-Ghazali tu tak dapat la. Jauh dah kena tinggai zaman kita ni. Hat yang mengaji agama dan ada degree saja kah yang layak dipanggil ulamak? Macam mana pulak yang tadak degree? Apa kriteria yang perlu ada pada ulamak?

Ada idea dan pendapat tak? Mai kita kongsi idea dan pendapat serta buat ribut minda sket. Jom kita sembang!