Solat Time

Monday, June 29, 2009

Dua perkhabaran

Assalamualaikum..

Terima kasih tidak terhingga buat semua pelawat yang masih sudi melayari blog ini. Aku selaku moderator blog ni merasa amat terharu dengan kesudian dan luangan waktu yang sahabat-sahabat telah, sedang dan akan lakukan.

Ada dua perkhabaran yang nak aku sampaikan dalam posting kali ini. Pertamanya, isteri kawan kita si Lokman Razi (aku taktau nama bini dia) telah selamat melahirkan putera yang ke-3 pada pukul 8.00 pagi tadi. Berat putera terbaru Lokman dikhabarkan seberat 2.94kg. Tahniah dan ucapan Alf Mabrouk mewakili seluruh warga Komuniti87. Moga Allah SWT menambahkan lagi rezeki dan dipanjangkan umur kalian sekeluarga.

Harapan kami untuk melihat leluhur yang berterusan daripada warga Komuniti87 untuk berkembang maju dalam meramaikan umat nabi Muhammad SAW. Semoga cahayamaat yang dianugerahkan oleh Allah SWT itu, dibesarkan dalam suasana yang penuh dengan keimanan, ketaqwaan seterusnya menjadi insan cemerlang, terbilang dan gemilang. Besarlah harapan kita semua untuk melihat setiap benih daripada kita menjadi insan yang berakhlak, beragama dan pintar serta berguna kepada masyarakat.

Buat yang belum mendapat cahayamata, jangan putus asa. Teruskan usaha. Dan terokalah alternatif lain seperti buka cawangan baru (ni andaian sekiranya pihak perempuan menghadapi masalah untuk mengandung dan berkemampuan), ikhtiar secara tradisional mahupun moden, semuanya bagus-bagus belaka. Jangan sampai melanggar hukum-hakam Allah SWT sudahlah.

Berita kedua yang ingin aku sampaikan ialah peristiwa Asri dan Yusrin menghadapai petaka yang berlaku di luar jangkaan. Sama-sama kita berdoa supaya sahabat kita yang berdua ini dilindungi daripada berulang detik hitam buat kedua kalinya. Moga Allah SWT memberi ketabahan buat mereka berdua dalam menghadapi situasi yang gawat seperti ini. Ujian adalah tarbiah dari Allah untuk melihat sama ada kita sabar ataupun sebaliknya. Mungkin jua ianya satu kaffarah. Apa2 pun, tabahkan hati wahai saudara-saudaraku. "Ya Allah, Kau jauhkanlah kami daripada gangguan syaitan, mara bahaya serta sudian orang-orang zalim".

Nak aku ceritakan apa yang berlaku? Panjang lebo jadinya posting aku ni nanti. Apa-apa pun, seeloknya tuan/puan sendiri yang hubungi tuan punya badan untuk mengetahui alkisah apa yang berlaku.

Monday, June 22, 2009

Selamat Hari Bapa

Assalamualaikum..

Selamat Hari Bapa buat mereka yang bergelar ayah, bapa, pak, papa, daddy, baba dan sebagainya. Yang belum dapat title bapa tu, sabar2lah. Penat jadi bapa ni bukannya sikit. Banyak. Tu belum lagi yang dikira sebagai tanggungjawab. Lagi la banyak. Answerable pulak dengan Allah Taala dan keluarga.

Kalau ikutkan kemampuan, memang tak termampu. Tapi, Allah Taala tu Maha Kaya. Hanya Dia yang memungkinkan kita ni mampu ke tidak untuk pikul amanah, tanggungjawab dan bebanan seorang bapa. Dosa anak2 lelaki yang belum baligh, bapa lah yang kena tanggung. Kalau tak bagi didikan agama, bapa juga yang menanggung. Dosa emak kepada anak2 kita, kita sebagai bapa jugak yang menanggung. Tak habis2 menanggung dosa mereka yang berada di bawah tanggungan manusia bergelar bapa.

Yang masih punya bapa, selalu2kanlah luangkan masa untuk berbicara dan mendengar nasihat mereka. Selalu minta nasihat dengan mereka sebabnya mereka ni banyak pengalaman hidup. Macam aku la ni, tiada berbapa. Sedih bila kenang kisah dulu-dulu. Nak dengar suara, dah tak dapat. Hanya doa yang dapat ku kirimkan bersama angin lalu. Kalau kita nak anak2 kita hormat kita, kita kena belajar untuk menghormati orangtua kita. Jangan nanti, masa mandikan jenazah, barulah berbunyi terkilan itulah, inilah. Menyesallah. Sedangkan masa bapa2 kita hidup, nak telefon pun susah. apatah lagi jengok mereka. Kita selalu lupa dan leka dek kerana kesibukan rutin harian kita. Nasihat aku yang sudah tiada berbapa ini, raikan orangtuamu tatkala mereka masih bernyawa. Macam mana tu? Lu pikir la sendiri.

Antara tips yang aku boleh kongsi, bawa pi jalan2 makan angin. Pi bawak spa ka, lepak mana2 ka. Kalau ada duit lebih, bawak pi umrah. Memang la orangtua kita ada yang dah pernah pi umrah. Tu duit dia. Ni kita sponsor dia la pulak.

Apa-apa pun, sama-sama kita usahakan untuk menjadi yang bapa yang terbaik di dunia dan di akhirat. Buat bapa-bapa2 sekalian, Selamat Hari Bapa.

Tuesday, June 16, 2009

Percubaan

Assalamualaikum..

Selamat kembali bertugas buat para guru yang baru sahaja menghabiskan cuti sekolah selama dua minggu. Harap2 dapat refresh balik tubuh badan dan otak untuk sentiasa cergas.

Ni aku saja nak test line P1 Wimax di rumah. Masuk ni kira hari yang ke-3 lah. Tempoh percubaan selama seminggu . Money back guarantee katanya. Kalau tak puas dengan mutu perkhidmatan jalur lebar yang disediakan oleh syarikat ni, boleh pulangkan balik modem yang aku dok pakai ni.

Kenapa aku memilih P1 Wimax dan bukan lain2 syarikat macam Celcom, Maxis, Digi dan lain2? Sebabnya mudah. Yang lain offer Wifi, ni ja yang offer Wimax. Dan modemnya tidaklah sebesar pendrive macam orangramai pakai. Cucuk dan pakai. Yang ni canggih lagi. Tak payah cucuk di laptop pun. Modem dia bersaiz 5"x5" dan ada dongle (mcm pendrive) untuk Wifi. Dongle tu cucuk kat modem dan voila! tarus boleh pakai Wifi. Boleh kongsi dengan banyak komputer sama ada desktop mahupun laptop yang ada sambungan Wifi.

Ada banyak pakej yang disediakan. Daripada sebulan RM45/- hinggalah ke rm5++/-. Aku pakai yang RM99 sebulan. Buat masa sekarang ni, coverage dia turun-naik. Kadang dia laju, kadang dia lembab. Sebab dia pakai gelombang, tak macam streamyx yang pakai kabel. Untuk yang duduk di flat, aku sarankan pakai dan test dulu. Kalau signalnya cun, pakai dan pakat2 dengan jiran keliling tong-tong bayar bulanan. Memang berbaloi. Tak payah kabel2, boleh jadi murah (kalau tong2) dan mudah gila.

Yang duduk luar KL, aku tak sarankan sebabnya kawasan Pandan Indah ni pun signalnya tak berapa stabil. Hangpa boleh cuba lain2 syarikat macam Celcom dan banyak lagi. Kalau ada yang percubaan macam aku ni, hangpa jangan lepaskan peluang untuk mencuba. Banyak faedahnya. Yang penting, pastikan tiada langsung caj yang akan dikenakan bila kita kembalikan modem andaikata kita tak berpuashati dengan perkhidmatan yang disediakan. Selamat mencuba.


Tuesday, June 9, 2009

A pleasant morning

Assalamualaikum..

Good Day to y'all. What a pleasant morning. I woke up early this morning. Spent my subuh with Allah. Tahajjud a bit. And met an interesting old fella whose working nearby my office. The name of this ol' fella is Mr. Hwang. He's now 82 years old. Still strong like a bull. And working his ass from 9-6, five days a week.

He has 4 children and all of them are specialists. We talked about everything except religious affairs. From a rubber tapping family, he grows and once owned the Plaza Phoenix. Sold it to Danaharta for RM40 Millions. Now, Danaharta sold the Plaza to Hong Kong based company for I dunno how much the sum. Must be higher than RM40 Millions. Mr Hwang does own a lot of properties. I dunno how many. But for sure a lots!

What I like to share is the Will of the Steel that ol' fella has. Not like us especially me. Living in a so called comfort zone. I asked him how he survived without a help from government. He told me that we must have GUTS and never fear to make mistakes. From the mistakes we made, we achieved something. Everyday is a learning day. Try to learn something new. And not repeat the same mistake twice. Try to avoid that and you'll survive. And one more thing, never satisfied with what you do now. Try to challenge yourself until you know the limitations. Believe yourself that you can do better from time to time.

Now that's what I called an achievement.

Thursday, June 4, 2009

Maka, selesai sudah...

Assalamualaikum..

Tahniah dan Alf wi alf mabrouk buat pengantin baru kita Ismail Nizar yang selamat disatukan dengan aweknya (la ni bini dah la). Nama bininya aku lupa ar... yang aku tau, asai orang Bercham. Muahahahahah.. Memang pandai Mail pilih bini. Tak sesia tunggu lama sampai kena tinggai 3-4 tiang dengan kawan-kawan lain.

Pembetulan: Terima kasih tidak terhingga buat sdr Abu Atief sebab sudi membetulkan kesilapan fakta. Bini Mail asalnya dari Bertam, Kepala Batas (tempat Pak Lah tido), bukannya Bercham seperti yang aku tulis di atas. Harap maaf di atas segala kemusykilan yang timbul.



Buat sahabatku Ismail Nizar yang baru saja mendirikan rumahtangga, nasihatku ialah dirikan rumahtanggamu dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah Azza wa Jalla. Kita hanya mampu berusaha untuk bahagia, namun Allah Taala jua yang memiliki bahagia itu. Hendaklah kita sentiasa bersabar secara fizikal dan mental. Ujian akan tetap ada. Sabar itu kunci kepada kebahagiaan. Moga Allah merahmatimu selalu, panjang umur, dimurahkan rezeqi dan dikurniakan cahayamata yang soleh dan solehah.

Aduhai.. rasa macam singkat sesangat perjumpaan dengan kengkawan semalam. Semalam yang hangat. Hangat dengan suasana meriah. Bila jumpa, macam-macam gossip yang ada. Muahahahaha.. antaranya, teringin nak buat kenduri kahwin, tapi bini nombor dua (er.. bukan aku, tapi ada la...Muahahahahahah!!!)

Memang syiok tak terkata dapat kumpul ramai-ramai terutamanya kenduri kahwin kawan sepermainan dulu-dulu. Majlis yang sederhana tapi meriah. Aku salut sama Mail sebab berani buat kenduri tengah2 minggu. Kalau hujung minggu, mau berebut khemah kenduri.

Al-kisah, yang mula-mula sampai makan kenduri dengar katanya si Asri Scottie. Dia tu mai makan kenuri, lepas tu cabut. Haram tak berjumpa kawan-kawan pun. Nak kata kerja, cuti sekolah. Bersangka baik, kita anggaplah dia ada kerja yang lebih mustahak. Hehehehe.. Takpa la yang tu. Kemudian, si Arshad 'Gila Parang' (gila parang ni panggilan masa dia menuntut ilmu dengan pendekar Guntur di Bukit Halilintar) bersama isterinya yang sampai. Lepas tu aku dan Mart Jeni. Kami ni sampai rumah pengantin dalam pukul 1.00 petang sebab nyinggah ke Ipoh dulu menganto barang ke site di Ipoh. Lepas tu si Meor Matot sekeluarga dan Izanee bersama isteri dan ayahbondanya. Lepas tu aku lost count.

Yang pastinya, ramai kawan2 yang sanggup meluangkan masa, tenaga dan wang ringgit walaupun masing-masing sibuk, untuk datang memenuhi jemputan si Mail. Antaranya ialah: Mart Jeni, Gborg dan aku yang mampir secara soloist. Manakala berduet ialah Arshad dan isteri. Selebihnya macam Izanee sekeluarga, Meo sekeluarga, Fariz sekeluarga, Lokman sekeluarga, Abu Atief sekeluarga, Fakhrul sekeluarga serta Yus (abg Fariz) sekeluarga . Lewat petang pulak, dalam 6.30 si Sofi Kadir membut kemunculan solo untuk meratah ayam kenuri.

Alhamdulillah, celah-celah tu jugak, Abu Atief sempat lagi melaksanakan tanggungjawabnya seorang Bendahari yang berkaliber. Mengutip yuran tahunan. Berjaya dibuat walaupun ramai yang liat gila nak bayo. Beb! Bukan untuk aku, Mart waimma tok ketua kampung Janda Baik. Tapi untuk anda, anda dan anda sendiri serta anakbini yang bakal memperolehi faedah di dunia dan akhirat! Sembang bunyi katanya nak lawan yahudi dan nak bikin projek itu-ini. Nak kutip dana yuran tahunan pun susah gile. Rentikan le nyembang nak lawan yahudi same projek sane-sini. Meletop-letop bunyi macam taik keghobo jatuh! Maleh teman nak tokok tambah. Kome pikio le sendighi. Andaikata rasa kasih dan sayang pada ummah itu masih ada tersisa di dalam sanubari, cepat-cepat le bayo yuran tahunan tu.

Walau apapun, tahniah kepada mereka yang hadir kenuri Mail. Another mementos in our life. Dan juga jutaan terima kasih buat mereka yang telah menjalankan tanggungjawab dengan membayo yuran. Jazakumullahu Khairal Jaza' wallahu yu'tikoumul A'fiah. Moga Allah Taala menambah rezeki dan membuka selebar-lebarnya pintu gedung kekayaanNya buat kita. buat mereka yang belum settlekan yuran, ayuh..! Segera laksanakan tanggungjawab anda sebagai seorang muslim yang cintakan saudara semuslimnya sebagaimana engkau mencintai dirimu sendiri.

May Allah blesses be with us!


Monday, June 1, 2009

Moh kite ke Kampung Pauh

Peta rumahnya Ismail Nizar aka pengantin
Assalamualaikum..

Selamat bercuti buat warga Komuniti87 yang kariernya adalah seorang guru. Cuti sekolah ni banyak duit habis pergi bercuti-cuti Malaysia. Bajet jangan sampai lari udah le. Bersempena cuti sekolah, rakyat Malaysia tak lepaskan peluang buat kenduri yang kebanyakannya ialah kenduri kahwin ataupun dalam bahasa arabiyonnya ialah Walimatul Urus.

Kebetulan pulak, cuti sekolah kali ni, ada la sahabat kita yang mengakhiri zaman bujang empatnya, iaitu sdr. Ismail Nizar ibni Hj Mohamed Ibrahim ibni Abdul Talib. Wah... Selamat Pengantin Baru buat sahabat kita yang sorang ni. Dan Selamat Pengantin Lama buat sahabat2 yang udah lame mendirikan rumahtangge. Moga Panjang umo dan morah rezqi serta dikurniakan cahayamata yang banyak.

Dikesempatan ini jugak, aku selaku wakil tuan badan yakni pengantin baru kita, ingin menjemput semua warga Komuniti87 untuk sama-sama menghadiri dan memeriahkan lagi suasana kenduri kahwin tu nanti. Maklumat terperinci adalah seperti berikut:
  • Tajuk : Kenduri kahwin Ismail Nizar bin Hj. Mohamed Ibrahim
  • Tarikh : 03 Jun 09 bersamaan 09 Jamadil Akhir 1430H
  • Tempat : Lot 3947, Batu 11 1/2, Kg. Pauh (power), Bukit Gantang,
  • 34850 Changkat Jering, Perak. *sila rujuk peta di atas kalau taktau.
  • Masa : 11.30 pagi - 6.00 petang.
Gerombolan KL akan turun cumanya taktau lagi berapa orang yang akan turut serta. Serasanya, si Asri tak dapat ikut sebab balik Gannu kite. Jamil belum bagi kata putus. Tinggalnya yang so far takdak masalah macam Mart Jeni, Izani, Zaki Siam dan aku sendiri. Kalau ada kesempatan, bolehlah kita berjumpa dan bermesra semasa di kenduri rumah Mail nanti, insyaAllah.