Solat Time

Thursday, December 31, 2009

Assalamualaikum...

Selamat bersiap untuk masuk ke sesi persekolahan baru. Buat para cikgu, la ni mesti tengah sibuk dok meeting. Persiap dan perkemaih mana yang patut. Nanti bila bukak sekolah, tadak la tunggang-langgang sekolah tuh.

Apa2 pun, ucapan Selamat Bersekolah dan Mula Kerja buat semua yang terlibat di dalam industri pembelajaran. La ni jadi industri sebab banyak sangat sekolah, kolej dan kolej universiti dok sibuk bisnes. Buat duit wo... Kualiti? Belum tentu bang.

Aku pun dah mula jadi ayah yang dok sibuk dengan anak2 di sebelah pagi yang nak pergi ke sekolah. Memang meletihkan. Malumlah.. tak pernah ada pengalaman. Ni baru nak mula. Muhehehehehe. Yang dah ada pengalaman tu, bolehlah kongsi dengan kawan-kawan yang baru nak belajaq ni. Bolehkan?

Aku jadi sayu bila tengok anak-anak aku yang dah mula masuk dunia belajar. Teringat masa kecik-kecik dulu. Arwah ayah aku dok sibuk dengan aku. Sikat rambutnya, gosok bajunya. stoikn ntah mana hala. Walaupun anak2 aku baru masuk pra-sekolah, sibuknya tetap sama. Tu belum masuk sekolah darjah 1 macam abg kita, Mat Jeni. Mesti lagi sibuk. Tapi dia takpala, sebab bini dia full timer jaga anak-anak. Macam aku, kena hantaq bini dulu masuk kerja, pastu baru hantaq anak-anak pi masuk pra-sekolah. Nasib baik ada pra-sekolah sebelah opis aku ni. Senang sikit nak berulang-alik.

Bila tengok budak-budak la ni, silibesnya... Mak Oi! Takut beb. Tinggi-tinggi tak macam kita dulu-dulu. Silap haribulan, lagi 5 tahun ke depan, mau budak-budak tadika ni dah belajaq Calculus. Tu baru tengok silibes. Tapi bila tengok kualiti, banyaknya cam hampeh. Mengira, membaca dan menulis memang hebat. Tapi akhlaknya binasa. Dan satu lagi, dewasa ini, ramai mak-bapak yang susah hati anak-anak tak reti berbahasa Inggeris berbanding pandai dan rajin solat. Ada yang siap cakap, masa interview kerja nanti, depa nak tanya ka berapa rukun solat dan berapa rukun Iman?

Apa sebenaqnya yang tak kena dengan sistem pendidikan kita sekarang ni? Ada sapa-sapa yang boleh bagi cadangan dan komen?

Monday, December 28, 2009

Apa cerita kenduri adik Gebox?

Assalamualaikum..

Maaf dipinta buat kalian semua sebabnya aku takdan nak update blog kita ni. Makin suram jadinya. Sapa ada pi kenduri kahwin Gebox Jr? Aku nak gak au perkembangan masa hari kenduri tempoh hari.

Buat Gebox, aku memang takdan nak pi kenduri adik hang tu. Kecewa pun ada. Tapi dah disebabkan tugasan yang tak settle, maka aku tak dapat nak joinkan diri pi makan kenduri adik hang tempoh hari.

Apa2 pun, selamat Pengantin Baru aku ucapkan buat adik hang baru saja selesai kenduri kahwin. Moga allah SWT panjangkan jodoh hingga ke akhir hayat. Dan bahagia selalu, insyaAllah.

Wednesday, December 9, 2009

Gula oh gula

Assalamualaikum..

Selamat mengisi musim cuti dengan penuh cermat. Musim cuti ni, walaupun hampir hari-hari hujan, tidak membantutkan usaha murni ibubapa untuk menghabiskan masa bersama anak2 tersayang. Ada yang tak menang tangan memenuhi jemputan kenduri. Macam aku, dah dua minggu berturut-turut sibuk dengan jemputan kenduri.
Dua minggu sudah, aku dikhabarkan oleh seorang teman mengenai harga gula yang berkemungkinan untuk naik. Tapi, Alhamdulillah kerajaan dah umum takkan menaikkan harga gula dalam masa yang terdekat. Besar kemungkinan ianya dinaikkan memang tak dapat dielak. Sama ada gula memang betul-betul kurang untuk memenuhi permintaan pasaran pada hari ini ataupun aktiviti menyorok stok gula, itu seharusnya diberikan perhatian yang ketat oleh pihak yang berwajib.

Dalam kekalutan teori kekurangan gula, saban hari ada saja kes baru tentang penyakit kencing manis. Semua maklum akan penyakit ni. Kalau darah manis dikaitkan dengan pengantin baru, kencing manis langsung tidak ada kena mengena dengan pengantin baru kecualilah pengantin baru tu memang pengidap kencing manis.

Kencing manis ni berpunca daripada tabiat buruk pengidap yang tidak menghiraukan paras gula dalam darah. Selalunya gula memasuki sistem tubuh badan melalui pemakanan dan minuman yang diambil. Pengambilan gula yang berlebihan akan menyebabkan seseorang itu boleh dijangkiti penyakit kencing manis. Satu penyakit yang berbahaya bukan sekadar kepada tubuh-badan/nyawa, malahan juga kepada wang ringgit yang bukan sedikit. Bukan tempoh yang singkat untuk menyembuhkan diri bila terkena jangkitan penyakit ni. Sayugia diingatkan, penyakit kencing manis ni memang boleh diwarisi.
Dan yang sedihnya, ada di antara sahabat2 kita yang mengidap penyakit kencing manis yang kronik. Antaranya; Nur Hisan yang sudah memotong jari kakinya. Sekarang terlantar di Hospital Sg. Siput. Dan yang terbaru ialah si Saiful Asri. Kini terlantar di Hospital UKM, Cheras. Semalam, dia sudah selamat menjalani pembedahan yang membuang daging yang membusuk di bahagian anak betis sebelah kiri kakinya. Aku bersama Yusrin dan Jamil sempat menziarahinya. Kalau ada sesiapa yang berkesempatan untuk menziarahinya, bolehlah berbuat demikian. Ditempatkan di katil # 18, wad 4F, Tingkat 4, HUKM. Masa melawat ialah dari pukul 4.30 - 7.00 petang.
Marilah kita sama-sama berdoa agar sahabat-sahabat kita yang sedang melalui proses ujian yang amat berat ini, agar sentiasa tabah dan redha dengan ujianNya. bulatkan tekad dan niat kita untuk mengelakkan diri daripada mendapat penyakit seperti ini.
Nasihat buat diri aku dan kawan-kawan, kurangkan pengambilan gula sehari2an dan beriadahlah untuk kesihatan tubuh badan.

Thursday, December 3, 2009

Jom pi kenduri kahwin

Assalamualaikum..

Jom pi kenduri kahwin adik perempuan kepada al-Fadhil Ustaz Fariz bin Hj Jalaluddin di perkarangan rumah Hj Jalaluddin di Kg Jana Tambahan, Kamunting, Perak. Tarikhnya jatuh pada 05 Disember 2009 bersamaan hari Sabtu yang akan datang ni. Jemputan terbuka buat kawan2 Komuniti87.

Aku berharap dapat jumpa kawan2 yang dah lama tak berjumpa di har kenduri tu nanti. Insyaallah, tiada aral, aku sampai di rumah kenduri tu nanti.

Moga Allah Azza wa Jalla temukan kita dengan sebaik2 pertemuan. Jumpa di sana nanti.

Wednesday, November 25, 2009

Hari Raya Korban

Assalamualaikum..

Selamat Menyambut Hari Raya Korban aku ucapkan buat semua sahabat. Moga ibadah korban dan amalan kita diterima Allah Azza wa Jalla.

Friday, November 20, 2009

Doa di dalam khutbah Jumaat

Assalamualaikum..

Dewasa ini kita melihat bahawa umat Islam Malaysia mengangkat tangan ketika khatib membaca doa di dalam khutbah. Aku berasa terpanggil untuk menjelaskan bahawa mengangkat tangan ketika khatib membaca doa di dalam khutbah adalah merupakan amalan bid'ah yang sudah berakar umbi di dalam masyarakat pada hari ini.

Sama-sama kita menilai apakah amalan kita berlandaskan ilmu dan sunnah ataupun sekadar mengikut (bertaqlid) masyarakat yang serba jahil.

Umumnya, mengangkat tangan ketika berdoa' ini sunnah. Ini berdasarkan hadith Nabi saw, sabdanya :


إِنَّ اللَّهَ حَيِيٌّ كَرِيمٌ يَسْتَحْيِي إِذَا رَفَعَ الرَّجُلُ إِلَيْهِ يَدَيْهِ أَنْ يَرُدَّهُمَا صِفْرًا خَائِبَتَيْنِ

"Sesungguhnya Allah yang Maha Mulia, apabila hambanya mengangkat tangan kepadanya, Dia tidak akan menolak dengan tangan kosong" - Riwayat At-Tirmidzi no: 3556, dikelaskan sebagai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih at-Tirmidzi.

Akan tetapi, mengangkat tangan semasa berdo'a di dalam Khutbah Jumaat bagi Khatib bukanlah sunnah untuk mengangkat tangannya. Ia hanya disunnahkan menunjuk dengan menggunakan jari telunjuk. Malah para sahabat mengutuk dan melarang khatib mengangkat tangan ketika berdo'a.

Imam Muslim (874) dan Abu Daud (1104) telah meriwayatkan :

عَنْ عُمَارَةَ بْنِ رُؤَيْبَةَ أنه رَأَى بِشْرَ بْنَ مَرْوَانَ عَلَى الْمِنْبَرِ رَافِعًا يَدَيْهِ (زاد أبو داود : وَهُوَ يَدْعُو فِي يَوْمِ جُمُعَةٍ) فَقَالَ: ( قَبَّحَ اللَّهُ هَاتَيْنِ الْيَدَيْنِ لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يَزِيدُ عَلَى أَنْ يَقُولَ بِيَدِهِ هَكَذَا وَأَشَارَ بِإِصْبَعِهِ الْمُسَبِّحَةِ

"Dari 'Umaarah ibn Ru'aibah melihat Bishr ibn Marwaan ketika diatas mimbar mengangkat tangan (Abu Daud menambah: Apabila melakukan do'a pada hari Jumaat), dan berkata: 'Semoga Allah menjadikan hodoh kedua-dua tangan. Aku melihat Rasulullah SAW tidak menambah apa-apa melainkan seperti ini dengan tangannya dan mengisyaratkan dengan jari telunjuknya."

Imam Al-Nawawi mengatakan :

فِيهِ أَنَّ السُّنَّة أَنْ لا يَرْفَع الْيَد فِي الْخُطْبَة وَهُوَ قَوْل مَالِك وَأَصْحَابنَا وَغَيْرهمْ .

"Ini menunjukkan bahawa adalah sunnah TIDAK mengangkat tangan semasa berkhutbah dan ia adalah pandangan Malik dan yang lain-lain."

Ma'mum juga tidak digalakkan mengangkat tangan semasa Khatib membaca do'a, kerana ma'mum mengikut Imam.

Akan tetapi jika Imam berdo'a agar diturunkan hujan pada hari Jumaat semasa beliau di atas mimbar, maka adalah menjadi sunnah mengangkat tangan dan begitu juga keadaan ma'mumnya, disunatkan mengangkat tangan.

Muhaddith Sheikh Nasyiruddin Al-Albani di dalam buku Bida' Al-Jumu'ah (ms 56-66)[1] telah menyatakan bahawa mengangkat tangan :

(دعاء الناس ورفع اليدين عند جلوس الإمام على المنبر بين الخطبتين)

a. semasa Imam duduk di antara dua Khutbah (no:42)

(رفع القوم أيديهم تأمينا على دعائه)
b. semasa ma'mum mengaminkan do'a khatib (no:63)
merupakan bid'ah-bid'ah yang biasa dilakukan oleh ma'mum yang menghadirkan diri di dalam solat Jumaat.

Beberapa ulama' mengatakan bahawa adalah menjadi kesalahan orang-orang yang bersolat mengangkat tangan mereka bagi mengaminkan do'a Imam, dan disebut oleh Ibnu Abidin (Khaasiyah Abidin 11/143), sesungguhnya jika mereka melakukannya maka mereka dosa ke atas yang sahih[2]
(إنهم إذا فعلوا ذلك أثموا على الصحيح).

Begitu jugalah halnya kepada mereka yang mengangkat tangan mereka tatkala Imam duduk di antara 2 khutbah.

Berdo'a di dalam Khutbah Jumaat adalah disyara'kan thabit dari Nabi SAW di mana baginda mendoa'kan ke atas mu'minin dan mu'minat. Di dalam Fatwa no:6396, Fatwa Lajhah Daa'imah LilBuhtuth Al-Ilmiyah wa Al-Ifta' (8/233) mengatakan bahawa menyebut 'Amin' pada do'a tidaklah mengapa[3].
(أما التلفظ بالتأمين على دعائه فلا بأس به؛).

Kesimpulannya ialah mengangkat tangan untuk berdo'a semasa Imam duduk antara 2 khutbah dan juga semasa Imam membaca do'a tidak terdapat di dalam syara'. Malah ulama' mengatakan ia adalah perbuatan bid'ah. Do'a boleh dibaca semasa Imam sedang duduk di antara 2 khutbah dengan secara perlahan (sirr) tanpa mengangkat tangan dan menyebut 'Amin' secara perlahan semasa Imam membaca do'a.

Wallahu 'alam

Rujukan :
1. Sheikh Nasyiruddin Al-Albani. Bida' Al-Jumu'ah . Riyad : Maktabah Al-Maa'arif, 1996.
2. Abu Abidah Mashyur bin Hassan bin Sulaiman. Al-Qaul Al-Mubin fi Akhta' Al-Musolliin. Damaan : Dar Al-Qayyim, 1996. ms. 380.
3. Faatwa Lajhah Daa'imah LilBuhtuth Al-Ilmiyah wa Al-Ifta' - 8.cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'id, 2000.

Friday, November 13, 2009

Kisah Cikgu

Assalamualaikum..

Kisah Cikgu Bengong.

Ada seorang guru tadika yg tidak percaya wujudnya tuhan dan dia pun berfikir bagaimana nak brainwash kanak-kanak di tadika tersebut supaya tidak percaya wujudnya tuhan. Dia pun mendapat satu akal...


Guru tadika : Anak2, nampak tak pen ni?

Anak2 : Nampak cikgu.

Guru tadika : Pen ada kan.

Anak2 : Ada cikgu.


Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen tu dalam poket dia, kemudian bertanya lagi..


Guru tadika : Anak2, nampak tak pen?

Anak2 : Tak nampak cikgu.

Guru tadika : Pen ade tak?

Anak2 : Takde cikgu.


Guru tadika : Anak2 nampak tuhan tak?

Anak2 : Tak nampak cikgu.

Guru tadika : Tuhan ader tak?

Anak2 : Takde cikgu.


Guru tadika tadi sangat gembira sebab tujuan dia nak brainwash otak budak-budak tu berjaya. Tetapi dalam ramai-ramai budak tu, ada seorang budak yang pintar, dan dia pun mengangkat tangan...


Bdk A : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?

Guru tadika : Boleh. Mari ke depan.

Bdk A : Kawan-kawan, nampak cikgu tak?

Kwn2 : Nampak.

Bdk A : Cikgu ada, kan ?

Kwn2 : Ada.


Bdk A : Kawan-kawan, nampak otak cikgu tak?

Kwn2 : Tak nampak.

Bdk A : Cikgu ada otak tak?

Kwn2 : Tak ada.


Moral of the story, bila tak nampak, tak semestinya tiada! Sayangi agama kita dengan 'amar ma'ruf dan nahi mungkar, kalau bukan kita, siapa lagi...


Thursday, November 5, 2009

Selamat Menunaikan Ibadah Haji

Assalamualaikum..

"Selamat Mengerjakan Haji'. Buat para jemaah haji, moga haji kalian mabrur dan diterima Allah SWT.

Bersempena dengan cuti sekolah yang bakal tiba, aku juga mengucapkan 'Selamat Bersedia Menyambut Cuti Sekolah'. Maka, berakhirlah sesi persekolahan '09-10'. Tahun depan ada di antara kita yang akan mula menghantar anak2 mereka ke sekoah rendah dan menengah.

Macam-macam perancangan telah diatur. Ada yang nak pergi bercuti-cuti Malaysia. Ada yang balik kampung. Nak pergi buat umrah tak bleh. Sebab kerajaan Saudi tutup pintu untuk buat umrah dalam cuti ni. Selalunya tiga bulan diambil masa untuk penyediaan tanah haram menerima kedatang para tetamu umrah selepas berakhirnya musim haji. Alhamdulillah, beruntunglah ada kawan-kawan, sedara-mara yang pergi buat haji tahun ni sebab dapat haji Akbar. Haji Akbar ni maksudnya hari wuquf di Arafah jatuh pada hari Jumaat. Tapi tu tak berapa penting, sebab yang paling pentingnya ialah ibadah haji yang dikira mabrur.

Dan dalam masa kita sibuk membuat pelan percutian, kita juga akan menerima kedatangan 'Eidul Adha' yakni hari Raya Korban. Soalan, siapa di antara kita yang akan buat korban. Insyaallah, tahun ni sekira tiada aral, aku masuk tumpang sekaki buat ibadah korban yang dikendalikan oleh adik aku; Mudir Sekolah Rendah Islam Bistari Darul Mulkan. Siapa-siapa yang nak tumpang sekaki boleh lagi. Satu bahagian tak mahal, cuma RM350/- sahaja. Kalau ada sesiapa yang berhajat, boleh hubungi aku atau adik aku; al-Fadhil Ustaz Jamnul Azizul Rahim ditalian: 019-5672088 untuk maklumat lanjut. Sumbangan daging korban kepada faqir miskin dan mereka yang berhak akan dijalan pada hari Jumaat 27 November 09 bersamaan hari raya pertama.


gambar hiasan
Dewasa ini, sama ada disedari atau tidak, kita selalu memandang enteng akan kepentingan Hari Raya Korban. Kita berlebih-lebih dalam meraikan Eidul Fitri berbanding Eidul Adha. Sedangkan di dalam Islam, Eidul Adha itu adalah hari perayaan yang lebih besar berbanding Eidul Fitri. Jangan salah anggap! Tidaklah bermaksud kita perlu menyambut ala kadar akan Eidul Fitri. Cumanya, kemeriahan Eidul Adha dilihat semakin sirna di dalam jiwa umat Islam berbanding Eidul Fitri.

Cuba perhatikan bahawa bertakbir raya Eidul Adha itu adalah selama 3 hari, sedangkan Eidul Fitri hanyalah sehari. Oleh yang demikian, untuk menghidupkan kembali semangat serta roh di dalam merayakan hari kebesaran Islam, marilah sama-sama kita merenung dan menghayati pengorbanan yang telah dibuat oleh para Anbiya' alaihimussolatu wassalam serta salafus soleh yang meneruskan perjuangan dalam memartabatkan deen yang suci ini.

Mari kita tanya di dalam diri, apakah sumbangan, pengorbanan dan perjuangan kita untuk Allah SWT dan agama pada hari ini, semalam dan esok hari.

Tuesday, November 3, 2009

Bisnes dan curi

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama menyibukkan diri, akhirnya dapat juga peluang untuk aku membuat tempelan baru. Maaf dipinta sekiranya kebosanan melanda kawan-kawan seminggu-dua ni.

Berita terkini, pejabat aku dipecah masuk pencuri. Beberapa barangan seperti laptop, kamera, dan peripheralsnya telah dikesan sebagai mangsa korban. Mengikut naluri aku, yang mencuri itu sama ada budak kita ataupun Endon. Yang pasti, berkenderaan motorsikal. Sebab, barangan yang mudah-alih sahaja yang dikebas.

Oleh yang demikian, perjalanan bisnes aku pun agak terganggu dek kerana perbuatan khianat dan jahat seperti ini.

Moral daripada cerita yang dikongsikan bersama ini, sama-samalah kita mengambil langkah yang lebih berhati-hati dalam menjaga nyawa dan harta-benda kita semua. Moga Allah SWT melindungi kita daripada segala mara bahaya, gangguan syaitan dan sudian orang-orang yang zalim.

Tuesday, October 20, 2009

Kita dan Produk Islami

Assalamualaikum..

Bergembiralah wahai umat Islam yang menjaga keimanan dengan bersungguh-sungguh kerana telah dijanjikan Allah SWT akan syurga kepada mereka.

Rentetan komentar yang diberikan dalam posting terdahulu, walaupun ramai yang tidak memberi pandangan dan usul terhadap topik sebelumnya, masih ada yang prihatin terhadap isu yang dilontarkan. Terima kasih tidak terhingga buat sahabat-sahabat yang sudi meluangkan masa.

Maaf dipinta kerana banyak minggu sudah berlalu dan blog ini seolah2 terhenti sejak aku kurang sihat. Maaf sekali lagi buat mereka yang meluangkan masa melayari blog ini dan berasa kecewa bila tiada tempelan baru. Insyaallah, selagi ada kudrat yang diberikan Allah Taala, kita sama-sama memeriahkan blog ini kerana blog ini bukan kepunyaan persendirian. Ianya milik bersama ahli Komuniti87.
Antara contoh produk Islami yang kedapatan di pasaran

Kembali kepada persoalan produk yang dilahirkan oleh syarikat milik umat Islam. Cuba tanya di dalam diri kita; Adakah kita sudah cuba sebaik mungkin untuk menyokong (bukan sekadar di mulut) produk-produk umat Islam? Aku percaya, tidak ramai di antara kita yang bersungguh-sungguh komited dalam memartabatkan produk umat Islam. Sebagai contoh, ubat gigi. Mengikut resam, produk-produk ini susah nak dijumpai di kedai-kedai runcit cina dan sebagainya. Malahan kedai-kedai milikan umat Islam pun kebanyakan kurang mempromosikan barangan konsumer buatan Muslim.

Pernah terlintas dan terpukau dengan kehebatan produk ubat gigi berjenama Mu'min. Sungguh hebat promosinya sehingga boleh menembusi pasaraya mega seperti Tesco, Giant dan Carrefour. Bila aku selidiki, rupanya syarikat ini milikan cina dari Temasik. Dan aku mengambil keputusan untuk tidak menggunakan lagi produk ini kerana aku tak mahu kebersihan dan kesucian dipertanggungjawabkan ke atas non muslim.

Bersambung...

Thursday, October 8, 2009

Kita dan hutang

Assalamualaikum..

Semoga ceria dan berada di bawah payung rahmat Ilahi sentiasa.

Hutang. Satu perkataan yang cukup sinonim dengan dunia pada hari ini. Ada yang berhutang kerana terpaksa. Ada yang hutang kerana nak bermewah-mewah. Apa pun jua alasannya, makin lama makin sikit manusia yang bebas daripada hutang.

Dalam doa pun sentiasa disebut: Dijauhkan daripada bebanan hutang. Tapi malangnya, dalam kita sedar atau tidak, kita merelakan diri kita dibebani dengan hutang. Kenapa? Tu.. kad kredit berbagai. Kereta habis bayar, tukar kereta baru. Buat hutang baru. Dan roda bebanan hutang itu terus berputar dan kita adalah penyumbang terbesar sumber kekayaan tuan punya bank.

Apa usaha kita ke arah membebaskan diri kita daripada bebanan hutang?

Monday, October 5, 2009

Majlis Hari Raya

Assalamualaikum..

Seperti di dalam shoutbox, Mart telah mewar-warkan hasil Majlis Sambutan Hari Raya peringkat Zon Tengah Komuniti87. Meriah dengan kunjungan handai-taulan. Terima kasih tidak terhingga buat kawan-kawan yang sudi meluangkan masa untuk hadir pada malam tersebut.

Antara yang hadir, muka-muka yang biasa seperti Mart Jeni dan keluarga, Saiful Asri dan isteri, Jamil, Zaki Saidin dan keluarga, Izanee (of course la sebab tuan tanah), Wak Yahya dan keluarga, Zaki Yusof dan keluarga (tak dan berjumpa sebab gerak awal sangat), aku dan keluarga serta Farasafuan dan Zaki Siam.

Ayah Izanee yakni pakcik Zainon nampak ceria walaupun beliau uzur dek kerana kaki dan lututnya yang sakit. Pun begitu, kemeriahan tetap terasa dengan jerit-pekik anak masing-masing.

Syabas dan terima kasih tidak terhingga buat kawan-kawan. Insyaallah, panjang umur kita buat lagi perjumpaan yang seumpamanya lagi di masa hadapan.

Keesokan harinya, pada waktu tengahari, Wak Yahya menjemput kawan-kawan yang hadir pada malam tu untuk pergi ke rumah terbuka di rumahnya di Wangsa Maju. aku sekeluarga serta Mat sekeluarga dan Asri suami-isteri pergi mencemar duli ke teratak musafir Wak Yahya. Meriah juga rumah terbuka Wak Ya dengan kehadiran saudara-maranya memenuhi rumah beliau.

Angin sepoi-sepoi syahdu melatari suasana. Kalau beruk di atas pokok kena hembusan angin seperti tu, pastinya jatuh pokok sebab terlena syahdu.

Buat yang teringin nak ajak beraya, jangan segan-seganlah nak jemput kawan-kawan. Tahun ni ku tak buat rumah terbukak sebab bajet tiada. Hajat hati nak buat, tapi apakan daya. dok tunggu jugak la kawan-kawan ajak rumah terbuka. Muahahaha..

Apa-apa pun, selamat dalam apa jua yang anda semua sedang dan akan buat. Sambutlah hari raya dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan. Salah dan silap dalam bermain kata, aku memohon ampun dan maaf andainya gurauan bahasa mencalarkan rasa.


Tuesday, September 22, 2009

Raya

Assalamualaikum..

Selamat menyambut Hari Lebaran Eidul fitri buat semua warga dan pelawat blog ini. Tidak kira di mana jua anda berada. Semoga Syawal ini bermakana buat anda semua.

Hari kiranya hari ke-3 beraya. Ada peluang aku menulis pagi-pagi ni sebelum bawa bini pergi beraya rumah kawan-kawan dia.

Kawan-kawan, kalau boleh pergi la ziarah rumah sedara-mara sebab masa ni lah nak merapatkan yang jauh. Jangan dok segan tak kena tempat. Nanti kita juga yang rugi sebab tak kenal sedara- Macam tu juga dengan rumah kawan-kawan. Saja-saja nak datang mungkin berat, tapi kalau dah raya ni, ambillah kesempatan yang ada. Tak perlu tunggu jemputan kalau nak menghidupkan sunnah Nabi SAW yakni mengeratkan tali silaturrahim. Kunjung-mengunjung tu satu wasilah dan uslub ja.

Semalam aku pergi bekwoh* di Gua Musang. Orang Pantai Timur ni rata-ratanya bab-bab bekwoh ni memang pada aku praktikal sebabnya tak merepek2 macam sebelah Pantai Barat. Tiada kompang berbagai. Sesetengah tempat tu makan bertatang. Meja pun takdak. Lagi satu, depa suka buat time raya. Mengambil kesempatan sedara-mara berkumpul. Mungkin pada kita orang Pantai Barat, rasa leceh sebab time tu la nak raya, time tu la nak gi bekwoh. Tapi pada pendapat peribadi aku, masa ni memang sesuai sebabnya sedara-mara dah berkumpul. Kawan2 nak mai tak mai tu terpulanglah. Memenuhi jemputan tu wajib beb kecuali ada sebab2 atau keuzuran yang tak dapat dielakkan. Lagipun, tak la menyusahkan nak ambil cuti dua tiga kali. Sekali harung ja. Tapi terpulang pada pendapat masing-masing.

Aku beraya di Kuala Terengganu tahun ni. Turn misses aku. Perjalanan Kuala Terengganu-Gua Musang ambil masa kurang lebih dalam 3 jam. Aku ambil jalan Kuala Terengganu-Tasik Kenyir-Felda Sg Aring-Gua Musang. Pemandangan memang cun. Jalan pun cantik. Tapi sampai Felda Sg Aring, jalan hancus. Bahaya. Berlopak level ada meteorite jatuh. silap haribulan, mau tercabut suspension kereta atau tayar kereta bengkak. Nasib la dulu aku pernah masuk rali Tepen-Kg Matang Batu. Tepaksa guna skil lama.

Yang aku nak cerita ni masa perjalanan pulang aku ke Terengganu. Guna jalan yang sama. Tapi menyinggah di Santuari Gajah yang terletak kurang lebih 140km dari Kuala Terengganu. Tepi jalan je letaknya. Boleh pegang anak gajah nama Seri dan kawannya yang dewasa; Suria. Jinak beb. anak-anak aku punyalah seronok. Aku lagi la seronok. Mana pernah aku pegang usap-usap gajah macam anak kucing! Cuma timing tu tak kena sikit sebab raya kedua pekerja tak ramai. Kalau tak, boleh tunggang gajah. FOC beb. Kalau sesapa teringin, pergi la bawak keluarga lalu jalan tu dan rasailah pengalaman pegang dan tunggang gajah FOC. Masa melawat santuari gajah tu adalah dari pukul 11 pagi - 1petang. Rehat. 3-5petang. Ada mini park untuk kanak-kanak. Budak2 memang suka sangat.

Lepas tu layan pemandangan Tasik Kenyir. Cun. Tapi ada dua tiga spot ja yang cun untuk berhenti dan tangkap gambar. Tengah2 hutan. Aku berhenti la dekat satu spot yang cun nak pukui gambar dengan anakbini aku. Tengah aku dok perembang nak pukul gambaq, aku perasan ada sebijik Camry parking belakang kereta aku. Mula cuak jugak la. Tengah hutan, parking punya luaih, awat kereta ni mai parking rapat. Bila dreba jengoi kepala, teruih aku kenai mamat tu. Faras. Menyengih ja dia. Nak dijadikan cerita, Allah Taala punya kuasa, dalam hutan tu aku boleh terserempak dengan Farasafuan. Yes! Farasafuan himself. Dia solo driving ke Terengganu nak ambil sepupu katanya.

Tu dia la kuasa Allah Taala. Subhanallah! Siapa sangka nak berjumpa kawan lama tengah2 hutan? Tak percaya? Nanti aku upload gambar. Ni aku pinjam PC adik ipaq aku.

OKlah. Selamat berhari-raya. Makan jangan jatuh sakit. Ingat, kita di'training' sebulan untuk jaga makan. Jangan lupa pulak training tu.

Dikesempatan ini, aku mengucapkan Selamat Menyambut Eidul Fitri dengan penuh kesyukuran. Maaf Zahir dan Batin daripada warga kerja Komuniti 87. Moga Syawal ini membawa kerahmatan buat kita semua, insyaAllah, amin..


Monday, September 14, 2009

Dan hasilnya..

Assalamualaikum..

Selamat meneruskan puasa dan ibadat buat semua warga Kom87. Semoga ketemu Lailatul Qadar kalian. Aku batuk dan selsema sejak pulang dari Ipoh. Harapnya tidaklah dijangkiti selsema babi. Nauzubillahi min zaalik.


Alhamdulillah, satu acara iftor yang sangat-sangat berjaya baik dari segi kehadiran yang amat memberangsangkan dan juga tentatif berjalan dengan penuh kelancaran. Moga Allah SWT terima ibadat kita. Tahniah dan Jazakumullahu Khairal Jaza' buat tuan rumah serta handai-taulan yang sudi bersama-sama meluangkan masa bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini.

Buat mereka yang tidak dapat bersama malam tu, untuk makluman kalian, mereka yang hadir ialah: Mart Suzaini, Saiful Asri, Sofi, Arshad, Lokman, Meor Speki, Abu Atief (tuan rumah), Izanee, Mail, Safuan, Asri Khalid, Fariz, Azmir, Kamaruddin, Fakhrul Zaman sekeluarga dan aku. Memang meriah malam tu.

Majlis berbuka puasa yang diadakan di venue yang baru iaitu rumah sdr. Abu Atief kita yang terletak di Anastoria Home, Bandar Meru Jaya, Jelapang, Ipoh. Sememang satu lokasi yang menarik dan insyaAllah diharap dapat menawarkan lagi venue ini untuk sebarang program yang akan datang.

Solat Maghrib diimami oleh al-Fadhil ust. Fakhrul Zaman, manakala Isya' dan Tarawikh oleh Sohibul Samahah al-Fadhil ust. Kamaruddin Adam bakal mufti Perak, insyaAllah. Bilalnya al-fadhil ust. Azmir. Aduhai, tak sangka ramai kawan kita yang jadi ustaz yang hebat-hebat.

Apa-apa pun, perjumpaan dan iftor kali ni memang diakui ramai, antara yang terbaik pernah dianjurkan. Tahniah buat semua. Moga Allah Taala terima ibadat kita, insyaAllah.


Tuesday, September 8, 2009

Jom Iftor di Ipoh dan sumbangan derma

Assalamualaikum..

Selamat berpuasa dengan riangnya. Alhamdulillah, tanpa kita sedari dok tak dok dah separuh Ramadhan kita lalu. Apa macam report card tahun ni? Harap2 semuanya lulus ujian puasa.

Terima kasih tidak terhingga buat Abu Atief aka al-Fadhil Ustaz Zaki bin Yusof yang sudi menjadi tuan rumah untuk majlis Iftor Jamaei peringkat kebangsaan yang akan diadakan di rumah baru beliau yang terletak di Meru Jaya, Jelapang. Untuk makluman semua, majlis adalah seperti berikut:
  • Majlis : Iftor Jamaei Komuniti87 Peringkat Kebangsaan
  • Tarikh : 12 September 2009 (Sabtu malam Ahad).
  • Masa : Time berbuka la (kalau bulih, mai la awai skit, sejam sebelum berbuka).
  • Tempat: 176, Jalan Meru Impian 4, Halaman Meru Impian (Anastoria Home), Bandar Meru Raya, Jelapang.
  • Konsep : Kasual menutup aurat dan Potluck (potluck ni buat mereka yang taktau ialah lauk@hidangan bawak mai sorang sikit, kita faraidh sama-sama time iftor, ada paham?)
  • Juadah : Yang halalan thoyyiban serta sedap.

Sebarang pindaan akan diberitahu kelak. Tahniah dan syabas buat Abu Atief kerana sudi jadi tuan tanah kedaung untuk iftor tahun ni. Moga Allah SWT merahmati kita semua dan memurahkan rezqi. Tahun depan kita pikiaq lain. Mungkin ada sapa-sapa yang nak masuk rumah baru, boleh la buat tawaran.

Dan ada satu pengumuman yang aku nak buat di sini:

Sumbangan Derma/Dana/Bantuan untuk: Program Tahlil, Tazkirah, Iftor dan Penyampaian Sumbangan Kepada Anak-anak Yatim dan Faqir Miskin

  • Tarikh : 11 September 2009
  • Masa : 6.00 petang
  • Tempat: Sek. Ren. Bistari Darul Mulkan
  • Agenda : Majlis Tahlil dan Tazkirah, Iftor, Solat Maghrib/Isya' serta solat Tarawih dan Penyampaian Sumbangan untuk anak-anak yatim dan faqir miskin.

Semua sumbangan yang ingin dihulur, boleh disalurkan melalui akaun bank Maybank: 558051003659 atau hubungi al-Fadhil ust. Jamnul Azizul Rahim (mudir) di talian 05-8471167 @ 019-5672088. Segala pertimbangan, bantuan, sumbangan dan kerjasama anda didahului dengan ucapan Jazakumullahu Khairal Jaza'.

Marilah kita sama-sama memperbanyakkan ibadah sedekah di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Fadhilat Bersedekah:
1. Hadith daripada Abu Hurairah r.a, katanya: Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: “Jangan kamu tolak orang yang meminta walaupun dia kafir.” Kata seorang sahabat: Ya Rasulullah! Bahawa kami bersedekah dengan sesuatu dari harta kami kepada orang kafir. Jawab Nabi: “Bahawa mereka adalah makhluk Allah, sebenarnya sedekah itu jatuh pada tangan kudrat Tuhan yang Rahman.”

2. Sesungguhnya orang-orang yang soleh itu sifat mereka sangatlah pemurah seperti firman Allah SWT: “Dan mereka memberikan makanan yang baik kepada orang miskin dan anak yatim dan orang tawanan” (Ad- Dahr: 8).

3. “Sedekah itu memadamkan dosa seperti air yang memadamkan api” (hadith Sahih riwayat at-Tirmidzi no. 609 dan Nasaie, Ibn Majah).

Thursday, September 3, 2009

Kelebihan Ramadhan

Assalamualaikum..

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

  1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi.
  2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi.
  3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi.
  4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi.
  5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi.

PENERANGAN HADIS

Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

  1. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
  2. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
  3. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
  4. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
  5. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
  6. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
  7. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
  8. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
  9. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
  10. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Rujukan:

  1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.
  2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani.
  3. Syarah Sahih Muslim oleh Imam An-Nawawi.

Thursday, August 27, 2009

Antara Tarawih dan Persaudaraan

Assalamualaikum..

Moga puasa dan ibadah kita diterima Allah SWT, amin...!

Rasulullah tidak menetapkan jumlah rakaat solat tarawih
Oleh Yussamir Yusof

SUASANA di dalam masjid hiruk-pikuk dengan pekikan dan makian. Hassan al-Bana yang dari luar mendengar suara berkenaan segera masuk ke dalam masjid. Kelihatan dua kumpulan sedang bertegang urat. Apabila kedua-dua kumpulan ini melihat Hassan al-Bana memasuki masjid, mereka semua diam.

"Kenapa bergaduh?" Soal Hassan al-Bana dengan lembut.

"Kami mahu solat tarawih sebanyak 20 rakaat. Tetapi mereka katakan tidak sunnah. Yang sunnah kata mereka 9 rakaat." Seorang lelaki dari kumpulan itu menjawab pertanyaan Hassan al-Banna.

Dengan lembut dan bersahaja Hassan al-Bana bersuara, "Adakah solat yang sunat ini lebih penting daripada kewajipan untuk bersaudara di kalangan kita sesama Muslim?"

Di atas adalah secebis peristiwa yang pernah berlaku pada zaman Hassan al-Bana masih hidup. Isunya kecil tetapi disebabkan tiada kefahaman yang mendalam terhadap hukum Islam, ia menjadi besar. Lebih-lebih lagi apabila emosi mengatasi wahyu dan rasional, maka itulah yang akan terjadi.

Saban tahun perkara ini sering berlaku. Satu pihak menuduh mengadakan perkara baru dan satu pihak menuduh terlalu memudah-mudahkan agama. Namun yang sebenarnya, kedua-dua dakwaan ini sama sekali tidak berasas. Dalam Islam, sesuatu hukum atau penetapan dalam agama haruslah bersandarkan dalil. Dalil atau bukti dalam Islam ialah al-Quran dan Hadis sahih. Oleh itu, untuk membicarakan mengenai hukum, emosi harus dijauhkan. Terutama dalam hal yang terdapat di dalamnya perbezaan pandangan di kalangan ulama muktabar.

Dalam isu solat tarawih ini. Rasulullah SAW tidak pernah menetapkan berapa rakaat yang perlu dilakukan. Malahan Rasulullah menggalakkan umatnya untuk bersolat sunat berterus-terusan tanpa ada batasan. Imam Bukhari dan Muslim dalam Kitab Sahihnya merekodkan bahawa Ibnu Umar berkata, "Rasulullah bersabda: Bersolatlah kamu dua rakaat-dua rakaat (berulang-ulang) dan jika kamu bimbang akan terbitnya waktu subuh maka bersolatlah witir satu rakaat sebagai penutup".

Friday, August 21, 2009

Selamat....

Assalamualaikum..




SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK.
MOGA AMALAN PUASA DAN IBADAH KITA DITERIMA, INSYAALLAH



Tuesday, August 18, 2009

Influenza type A dan demam panas

Assalamualaikum..


Demam panas dan batuk selsema menyerang Malaysia. Merata tempat hari ni boleh dikatakan ada saja kes demam panas, batuk dan selsema. Letih menakutkan lagi masyarakat, adanya pandemik yang sedang menggila yakni Influenza A - Selsema Babi @ H1N1.

Banyak dah informasi yang kita dapat dari merata tempat perihal H1N1 ni. Aku pun nak tumpang bagi info sama. Harap kita dapat faedah daripada artikel yang aku copy dari web luaq. Selamat membaca..

What can I do to protect myself from catching influenza A(H1N1)?
The main route of transmission of the new influenza A(H1N1) virus seems to be similar to seasonal influenza, via droplets that are expelled by speaking, sneezing or coughing. You can prevent getting infected by avoiding close contact with people who show influenza-like symptoms (trying to maintain a distance of about 1 meter if possible) and taking the following measures:

  • avoid touching your mouth and nose;
  • clean hands thoroughly with soap and water, or cleanse them with an alcohol-based hand rub on a regular basis (especially if touching the mouth and nose, or surfaces that are potentially contaminated);
  • avoid close contact with people who might be ill;
  • reduce the time spent in crowded settings if possible;
  • improve airflow in your living space by opening windows;
  • practise good health habits including adequate sleep, eating nutritious food, and keeping physically active.

What about using a mask? What does WHO recommend?
If you are not sick you do not have to wear a mask.
If you are caring for a sick person, you can wear a mask when you are in close contact with the ill person and dispose of it immediately after contact, and cleanse your hands thoroughly afterwards.
If you are sick and must travel or be around others, cover your mouth and nose.
Using a mask correctly in all situations is essential. Incorrect use actually increases the chance of spreading infection.

How do I know if I have influenza A(H1N1)?
You will not be able to tell the difference between seasonal flu and influenza A(H1N1) without medical help. Typical symptoms to watch for are similar to seasonal viruses and include fever, cough, headache, body aches, sore throat and runny nose. Only your medical practitioner and local health authority can confirm a case of influenza A(H1N1).

What should I do if I think I have the illness?
If you feel unwell, have high fever, cough or sore throat:
  • stay at home and keep away from work, school or crowds;
  • rest and take plenty of fluids;
  • cover your nose and mouth when coughing and sneezing and, if using tissues, make sure you dispose of them carefully. Clean your hands immediately after with soap and water or cleanse them with an alcohol-based hand rub;
  • if you do not have a tissue close by when you cough or sneeze, cover your mouth as much as possible with the crook of your elbow;
  • use a mask to help you contain the spread of droplets when you are around others, but be sure to do so correctly;
  • inform family and friends about your illness and try to avoid contact with other people;
If possible, contact a health professional before traveling to a health facility to discuss whether a medical examination is necessary.

Should I take an antiviral now just in case I catch the new virus?
No. You should only take an antiviral, such as oseltamivir or zanamivir, if your health care provider advises you to do so. Individuals should not buy medicines to prevent or fight this new influenza without a prescription, and they should exercise caution in buying antivirals over the Internet.

What about breastfeeding? Should I stop if I am ill?
No, not unless your health care provider advises it. Studies on other influenza infections show that breastfeeding is most likely protective for babies - it passes on helpful maternal immunities and lowers the risk of respiratory disease. Breastfeeding provides the best overall nutrition for babies and increases their defense factors to fight illness.

When should someone seek medical care?
A person should seek medical care if they experience shortness of breath or difficulty breathing, or if a fever continues more than three days. For parents with a young child who is ill, seek medical care if a child has fast or labored breathing, continuing fever or convulsions (seizures).

Supportive care at home - resting, drinking plenty of fluids and using a pain reliever for aches - is adequate for recovery in most cases. (A non-aspirin pain reliever should be used by children and young adults because of the risk of Reye's syndrome.)

Should I go to work if I have the flu but am feeling OK?
No. Whether you have influenza A(H1N1) or a seasonal influenza, you should stay home and away from work through the duration of your symptoms. This is a precaution that can protect your work colleagues and others.

Can I travel?
If you are feeling unwell or have symptoms of influenza, you should not travel. If you have any doubts about your health, you should check with your health care provider.

I hope this article will help us to understand more about the pandemic. Stay safe and healthy!

Monday, August 10, 2009

Sungai Siput dan Nor Hisan

Assalamualaikum..

Selamat sejahtera buat semua. Alhamdulillah, seronok rasa hari ni, walaupun duit tak banyak, tapi nikmat iman dan kebahgiaan yang Allah Taala berikan, sudah lebih dari cukup untuk membuatkan hati ini berasa gembira.


Dan Alhamdulillah jua kerana perjalanan menziarahi sdr kita Nor Hisan di rumah bondanya di Sg. Siput, juga selamat dan dipermudahkan Allah Azza wa Jalla. Kami (aku dan Mart Jeni) selamat pergi dan kembali ke pangkuan keluarga masing-masing kurang lebih pukul 12 mlm.

Kisahnya bermula di Pandan Indah. Aku keluar rumah pukul 7.30 pagi. Singgah pick-up Mart Jeni di Sri Permaisuri dan sarapan di RHB Salak Selatan. Bukan dalam bank, tapi tepi bank. Pekena nasi lemak berato. Memang sedap. Patutla aku nengok dah jadi 1Malaysia stall nasi lemak tu. Memang muhibbah la.

Lepas tu slow2 gerak dalam 8.45 pagi terus ke Ipoh. Singgah site opis nganto barang2. Lepas tu, pekena nasik ganja di jalan Yang Kalsom (kalau tak salah aku la). Solat Zohor-Asar Jama' Taqdim di masjid besar Ipoh.

Tengah dok sibuk calling2 kawan2 di Ipoh (semua depa ni sibuk tiap kali aku ngan Mart Jeni turun), dapatla berita akan si Faisal Rahim beroleh anak baru. Nak le pegi ziarah anaknya, si Faisal pulak tak bagi sebab takut virus H1N1. Doktor tak bagi ziarah katanya. Aku ingat nak la ziarah si bapa kalau tak boleh zirah anaknya, pun macam buat tak kisah je. Aku maleh nak komen panjang. Harap kome paham...

Lepas cuba hubungi kawan-kawan nak ajak konvoi (yang mana ramai sibuk dan tak dapat join sebab Sg. Siput tu rasa macam dok kat Los Angeles), aku dan Mart Jeni pun terus gerak ke Sg. Siput. Berjanji dengan Akmal Nizam aka Alem. Kami bertiga langsung ke rumah Hisan.

Punya la seronok si Hisan, bercakap tak renti-renti sampai la kami balik. Kalau ada kawan-kawan yang ada petua macam mana nak jaga kencing manis, rasanya tak payah la bagi sebabnya si Hisan tu dah kira tahap PhD sebab dah terlampau banyak teori dan amali yang dia buat selama mangidap kencing manis ni. Dah boleh buat buku. Segala akar-kayu, petua-petui dan serba mak nenek yang lain semua dia ada. Nasihat aku buat kawan-kawan yang lain, kalau ada kesempatan, pi la ziarah kawan kita yang terlantar di rumah dia tu. Alamatnya: No 103, Lorong 4, Taman Sentosa, Sungai Siput. Kita sendiri pun, tengah-tengah sakit, tiba-tiba ada kawan mai ziarah, apa kita rasa? Tengah la ni dok sihat, jangan dok berasa kita takkan sakit. Antara hak sesama sahabat ni ialah menziarahi ketika sakit. Jangan nak tunggu mati, baru nak terhegeh-hegeh cari rumah tang mana, nak pi ziarah. Satu lagi, dalam dok ligan dunia ni, kita kena sekali-sekala, berehat kejap dan tengok sekeliling kita.

Sekarang ni, dia tengah berubat dengan satu jenih ubat yang diperbuat daripada buah manggis. Dan kebetulan abang aku datang singgah di rumah aku semalam. Aku tanyalah pada dia, akan khasiat manggis ni. Abg aku setuju dengan manggis sebagai ubat kencing manis sebab ingredients dalam manggis tu memang boleh membantu meningkatkan tahap ketahanan badan dan menjaga kandungan gula dalam darah.

Memandangkan kami kena bergegas pulang ke KL, aku, Alem dan Mart Jeni tak lepak lama-lama di rumah Hisan. Lagipun, dia tu menggagahkan diri bersembang dengan kami. Bukannya larat mana pun. Kami gerak pulang dalam pukul 6 petang. Singgah pekena Mee Rebus Ramli. Pergh! Manthobbb! Sendiri mau rasa la. Cakap pun tak guna beb.!


Monday, August 3, 2009

Mini Kambination dan potong kaki.

Assalamualaikum..

Terbaru 06 Ogos 09....

Alhamdulillah... perjumpaan malam tadi berjalan dengan lancar walaupun masa nak menghantar si Sopi balik ke pusat tahanan BSN, terkhilaf kami dalam memilih jalan pulang. Inna fi dholaalin muubin. Wa lakinnaallaha ma'as soobireen. Terus ketemu jalan pulang yang seharusnya diambil. Lewat la sikit sampainya. Ntah ke mana hala kami malam tadi. Sampai nak tala ke bandar Bangi (kami dari bandar baru Bangi seksyen 8). Aku memang tak paham jalan Bandar Baru Bangi. Walaupun mudah (kata dek Mie Yusof) akan jalan di Bangi tu, aku tetap sesat. Nak harap co-pilot, lagilah 'blur'. Ikut cakap dia, mau sampai negeri Go head Go stan.

Dan hajat untuk mengumpul sedikit derma kilat buat sdr. Nor Hisan pun tercapai. Memang Allah Taala permudahkan urusan, Subhanallah! Dan begitu juga dengan kutipan yuran tahunan. Pun berjaya diterima daripada sdr. Faras dan Halim Shafie. Syukur! Syukur!

Terima kasih tidak terhingga buat kawan2 yang sudi meluangkan masa macam Mie Yusof yang baru balik daripada pejabat. Tak dan sampai rumah. Heheheheheh.. Lepas tu macam Halim yang mai jauh-jauh. Samalah jugak dengan Faras. Aku dengan Mart, toksah risau sebab kami memang highwaymen. Dan terima kasih juga di atas sumbangan ikhlas yang tuan-tuan berikan untuk membantu sdr kita Nor Hisan yang dalam kesusahan.



Terkini :

Aku baru selesai bercakap thru telefon dengan sdr. Nor Hisan bin Zainun dan dimaklumkan bahawa beliau telah keluar daripada hospital Ipoh dan menolak permintaan doktor untuk memotong jari kaki beliau (jari kaki Hisan, bukan jari kaki doktor tu la..). Dan sedang berusaha untuk berubat secara tradisional. Untuk memudahkan tuan/puan membuat sumbangan ikhlas kepada sahabat kita, bersama ini aku sertakan no akaun Maybank milik sdr. Nor Hisan bin Zainun: 158202163353.

Dermalah mengikut kemampuan tuan/puan. Yang mana nak bagi byhand pun boleh. Sebab aku dah set dengan Nor Hisan, insyaAllah jumpa dia hujung minggu ni.

Posting asal...



Selamat dan semoga dirahmati Allah Azza wa Jalla selalu buat kawan-kawan.

Malam minggu baru ni, ada la buat mini Kambination di rumah Izanee. Yang datangnya Izanee (of course sebab dia tuan tanah kedaung), Mart Jeni, Jamil, Sepul Asri, Zaki Saidin, Mejar Shamsul Rizal dan aku. Pastu ada special appearance by adik aku dan kawannya serta kawan aku Mat Pit. Kebetulan tumpang buat kerja mengecop buku di rumah Izanee.

Program bermula agak lewat sikit memandangkan sibuk mengecop buku. Buku apa? Adalah buku. Buku.. yang sibuk nak tau buku apa tu buat apanya? Dalam 1030 baru habis mengecop. Lepas tu baru la tibai nasi Madghut yang sedap nikmat lagi gurih beramai-ramai.

Program santai yang diselang-seli dengan gelak-tawa kawan2 buatkan aku teringat kepada kawan2 yang tak dapat nak join. Takpala, lain kali buat, kita buat besar-besaran punya.

Program selesai dalam pukul 2 pagi. Dah bini masing-masing telepon tanya bila nak balik termasuklah bini aku. Chet...! potong tulla. Antara intipati dalam perjumpaan tu, aku bawa ketengahkan idea yang mai daripada Fariz. Dia tak dak malam tu. Cumanya masa berjumpa dengan dia masa aku balik penggambaran TV3 dlm 3 minggu sudah, ada la bincang sikit pasai idea ni.

Fariz ajak kawan2 geng Arbain kembali bujang untuk buat satu gathering di mana-mana. Tapi geng laki saja. Ideanya nak pi Tasik Kenyir. Sewa rumah bot dalam dua hari dan tido semalam ataupun dilajakkan lagi jadi 3 hari 2 malam. Ni pun, tak mesti di Tasik Kenyir. Cuma cadangan. Tarikhnya dijangka dalam bulan 10 / 11 / 12 tahun ni. Bergantung kepada jadual masing-masing. Yang pastinya lepas raya. Jadi, aku harap, kawan-kawan lain dapat bagi feedback akan idea ni. Kalau setuju, nak kena buat arrangement dengan tokey rumah bot di Kenyir (cadangan aku la. Ka ada pot cantik yang lain?).

Lepas tu, pagi ni aku dikejutkan dengan berita yang menggemparkan yang disampaikan oleh Mart Jeni. Kawan kita si Nor Hisan bin Zainun (kalau tak silap aku la) nak dipotong kakinya hari ni. Sedih jugak la bila baca dalam shoutbox yang Abu Atief ceritakan. Dengan keadaan fizikalnya yang jauh melebihi umurnya. Memang bahaya kencing manis ni. Aku nasihatkan kawan-kawan supaya jagalah makan-minum. Jangan dok ikut sangat nafsu. Baik berjaga-jaga sebelum terkena. Better prevent than cure. Kena buat banyak aktiviti yang mengeluarkan peluh macam berjogging, slow walk (buat mereka yang obesiti), angkat berat, kayuh basikal, berkebun, bersenam dan jaga pemakanan.

Keburukan sampingan yang akan ada bila dah ada kencing manis ni antaranya ialah: Potong kaki atau tubuh badan yang buruk dan busuk, gigi buruk dan tercabut, kena bergantung dengan insulin. Dan yang lebih menyedihkan ialah susah nak dapat zuriat.

Maka, dengan ini aku mencadangkan kita adakan tabung derma kilat (paling tidak pun, ringanlah sikit beban bini dia nak buat urusan sana-sini). InsyaAllah, takdak aral aku akan pergi ziarah sahabat kita yang terlantar di hospital Ipoh tu ujung minggu ni. Sapa nak join? Jom!

Apa-apa info terkini akan di'update'kan dalam blog ini dalam masa yang terdekat, insyaAllah.

Wednesday, July 22, 2009

Perihal Yuran Tahunan

Assalamualaikum..

Semoga sejahtera dan sentiasa di bawah payung rahmatNya selalu.

Selaku presiden yangg telah dilantik kalian dalam Komuniti87 ni, aku dengan ini mengumumkan tarikh akhir untuk membuat sebarang pembayaran yuran tahunan Komuniti87 untuk sessi 07/08 akan ditutup pada akhir bulan ini bersamaan 31 Julai 2009.

Diharap kepada semua ahli untuk menjelaskan yuran tahunan yang tertunggak seberapa segera untuk mengelakkan daripada tuan/puan kehilangan hak-hak keistimewaan seperti berikut:
  1. Keuntungan hasil daripada modal pembelian saham di dalam Public Bank Amanah Saham Ittikal sebanyak RM1,500.00.
  2. Pahala menderma dan bersedekah.
  3. Tabung bencana (mengikut keputusan mesyuarat AJK).
  4. Khairat kematian (mengikut keputusan mesyuarat AJK).
  5. Tabung dana pelajaran anak-anak (mengikut keputusan mesyuarat AJK).
  6. Pelaburan masa depan (mengikut keputusan mesyuarat AJK).
Surat daripada Public Bank yang telah memberi dividen kepada Komuniti.

Aku sekali lagi menyeru kepada kawan-kawan untuk memberikan kerjasama yang tidak berbelah bahagi demi memantapkan lagi ekonomi sesama kita. Mungkin sekarang kita melihat terlalu ciput duit yang berjaya dikumpulkan. Cuba bayangkan lima tahun akan datang? Aku rasa ramai masa tu yang berebut nak pegang jawatan dan menyibuk bila duit dah banyak masa tu.

Surat yang aku dapat daripada Public Bank (discankan oleh sdr. Mart Jeni - thanks alot bro!) adalah antara bukti bahawa Komuniti87 ini tidak beromong kosong. Cuba lihat keuntungan yang kita dapat dalam masa setahun. Dan keuntungan tersebut tidak diambil dan dibedak-bedakkan kerana kita perlu membanyakkkan lagi modal saham yang sedia ada. Untuk pengetahuan semua, modal saham Komuniti87 dilaburkan atas nama syarikat Bina Harta Enterprise (pemiliknya ialah Jamnul Abdul Rahman yakni adik aku, dan dia tidak mengenakan sesen pun untuk sebarang caj). Ini kerana proses pembelian saham di atas nama syarikat mahupun pertubuhan perlu disertakan sijil pendaftaran. Kita tidak dapat melabur atas nama Komuniti87 memandangkan kita masih belum berdaftar di bawah ROS. Harap maklum.

Umat Islam hari ini berjaya dilemahkan akibat daripada sikap majoriti yang tidak mementingkan kesatuan ummah. Pada mereka, cukuplah dengan apa yang ada buat diri mereka dan anak-anak mereka. Padahal, sebenarnya itu tidak mencukupi. Kita makin hari makin jauh ketinggalan baik dalam apa jua bidang terutamanya ekonomi. Kepentingan peribadi melebihi kepentingan ummah. Lama-kelamaan kita menjadi 'kiasu' dan pentingkan diri-sendiri tanpa kita sedari. Secara tidak langsung perbuatan kita ini akan melesu dan melemahkan ummah secara amnya.

Hanya dengan kerjasama yang erat, hubungan yang rapat serta rasa peduli sesama kita yang akan membuatkan kita berjaya dalam bidang yang kita ceburi. Memanglah bila difikirkan apalah sangat sumbangan yang dapat kita berikan dengan nilaian yang sekelumit cuma. Tetapi barang harus diingat, sebuah perjalanan bermula dengan langkah yang pertama. Dan yuran tahunan inilah merupakan 'langkah pertama' kita untuk memantapkan ekonomi sesama kita.

Sayugia diingatkan bahawa tidak semua di antara kita yang bernasib baik. Inilah masanya untuk kita menunjukkan rasa kasih dan sayang kita terhadap insan lain yang kurang bernasib baik. Ingatlah, setiap sen yang kita dapat dan kita belanjakan akan dihitung kelak di Hari Pengadilan. Setakat mana kita membantu saudara-saudara kita di atas nama Islam?

Sama-sama kita renungkan serta mengambil iktibar di atas peringatan yang telah diberikan. Kita hanya merancang, Allah Taala jua yang menentukan. Semoga niat dan rancangan murni ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Segala yang baik datangnya dari Allah SWT dan segala yang jahat dan lemah datangnya daripada aku, moderator blog ini.

p/s: Andaikata ada sesiapa di antara kita yang mempunyai sebarang idea, peringatan, pertanyaan, usul atau komen untuk dikongsikan bersama, sila berikan di ruangan komen. Terima kasih.

Monday, July 20, 2009

Know your blood type

Assalamualaikum..

It's true! Knowing your blood type will save your live and others. So, please try to get knowing your blood type. As for me, I'm B+. What about you?

Blood type and Rh and how many people have it?
O + = 40 %
O - = 7 %
A + = 34 %
A - = 6 %
B + = 8 %
B - = 1 %
AB + = 3 %
AB - = 1 %


Does your blood type reveal your Personality? (ni aku rasa depa main tembak ja ni. Kalau ada pun, kebetulan je la).

According to a Japanese institute ( aku tak tau mana satu institut) that does research on blood types, there are certain personality traits that seem to match up with certain blood types. How do you rate?

TYPE O - You want to be a leader, and when you see something you want, you keep striving until you achieve your goal. You are a trend-setter, loyal, passionate, and self-confident. Your weaknesses include vanity and jealously and a tendency to be too competitive.

TYPE A - You like harmony, peace and organization. You work well with others, and are sensitive, patient and affectionate. Among your weaknesses are stubbornness and an inability to relax.

TYPE B - You're a rugged individualist, who's straightforward and likes to do things your own way. Creative and flexible, you adapt easily to any situation. But your insistence on being independent can sometimes go too far and become a weakness.

TYPE AB - Cool and controlled, you're generally well liked and always put people at ease. You're a natural entertainer who's tactful and fair. But you're standoffish, blunt, and have difficulty making decisions.

Wednesday, July 15, 2009

Just wonderin'..

Assalamualaikum..

Sometimes it's funny how we people live our lifes in this mortal world.

Just wonderin'...
Why do drugstores make the sick walk all the way to the back of the store to get their prescriptions while healthy people can buy cigarettes at the front?

Why do people order double cheeseburgers, large fries, and a diet coke?
Why do banks leave both doors open and then chain the pens to the counters?
Why do we leave cars worth thousands of dollars in the driveway and put our useless junk in the garage?
Why do they have drive-up ATM machines with Braille lettering?

Ever wonder?
Why the sun lightens our hair, but darkens our skin?
Why women can't put on mascara with their mouth closed?
Why don't you ever see the headline 'Psychic Wins Lottery'?
Why is 'abbreviated' such a long word?
Why is it that doctors call what they do 'practice'?
Why is lemon juice made with artificial flavor, and dishwashing liquid made with real lemons?
Why is the man who invests all your money called a broker?
Why is the time of day with the slowest traffic called rush hour?
Why isn't there mouse-flavored cat food?
Why didn't Noah swat those two mosquitoes?
Why do they sterilize the needle for lethal injections?

You know that indestructible black box that is used on airplanes?
If flying is so safe, why do they call the airport the terminal?
Why don't they make the whole plane out of that stuff?
Why don't sheep shrink when it rains?
Why are they called apartments when they are all stuck together?

Why? Good question.

Now that you've smiled at least once, it's your turn to spread the stupidity to someone you want to bring a smile to (maybe even a chuckle) in other words, to everyone. We all need to smile every once in a while.

Tuesday, July 7, 2009

Mendidik anak untuk hari tua kita atau untuk Allah?

Assalamualaikum..

Saja nak kongsi info dan peringatan untuk kawan-kawan. Sama-sama kita ambil iktibar daripada emel yang aku terima ni. Selamat membaca dan beramal.

Mendidik anak untuk hari tua atau untuk Allah?

Bagi kebanyakan manusia, termasuk orang-orang Melayu, anak-anak yang masih kecil dianggap sebagai cahaya mata, belahan hati, penawar jiwa, intan payung dan macam-macam lagi. Sangat disayang dan dimanjakan. Apabila besar sikit, disediakan anak-anak itu untuk menghadapi tuntutan hidup.

Diberi pelajaran dan kemahiran setinggi-tingginya supaya apabila besar nanti dapat kerja, dapat jawatan dan dapat gaji lumayan. Mereka rasakan itulah tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Mereka mahukan anak-anak mereka berjaya dan senang dalam hidup. Kadang-kadang terselit juga di hati ibu ayah, kalau-kalau anak-anak sudah besar dan berjaya, maka akan senanglah hidup ibu ayah. Anak-anak akan membantu dan membela mereka. Anak-anaklah menjadi tempat mereka bergantung apabila tua kelak.

Anak-anaklah yang menjamin masa depan mereka. Mereka bersandar kepada anak-anak mereka untuk hari tua. Memang anak-anak patut membela dan berkhidmat kepada ibu ayah setelah mereka tua. Ini tuntutan fitrah. Ini juga tuntutan agama. Tetapi patutkah ibu ayah mendidik anak-anak untuk tujuan ini semata-mata?

Patutkah ibu ayah mendidik anak-anak untuk kepentingan diri mereka sendiri? Patutkah anak-anak itu dianggap sebagai satu pelaburan untuk kebaikan dan kesenangan masa depan ibu ayah? Kalau begitu, anak-anak tidak ubah sebagai haiwan ternakan. Dibela, diternak supaya akan dapat merasakan untung dan hasilnya satu hari nanti. Kalau begitu mendidik anak tak ubah seperti satu usaha komersial atau satu penanaman modal atau satu kegiatan ekonomi.

Konsep ini perlu dikikis dan dibuang jauh-jauh. Ia tersimpang dari kehendak agama dan kehendak Allah SWT. Anak-anak itu adalah amanah Allah. Mereka perlu dididik untuk Allah. Mereka perlu dididik untuk mengenal, mencintai dan takutkan Allah. Mereka perlu dididik supaya menjadi hamba Allah selepas itu menjadi khalifah di muka bumi.

Mereka perlu dididik untuk mengabdi diri kepada Allah dan menjadikan cinta agung mereka. Mereka perlu dididik supaya menjadi orang yang beriman dan bertaqwa yang hidup mati mereka hanyalah untuk Allah. Anak-anak itu anugerah Allah. Oleh itu, kenalah dididik mereka untuk Allah. Kalau ini dilakukan, barulah anak-anak itu akan menjadi orang-orang soleh yang berakhlak dan berjasa. Orang yang beriman dan bertaqwa sudah tentu akan berkhidmat kepada Tuhannya dan sesama manusia, lebih-lebih lagilah kepada kedua-dua ibu dan ayah mereka. Soal anak-anak menjaga dan membela ibu ayah mereka akan terjadi dengan sendiri setelah anak-anak itu menjadi hamba-hamba yang beriman dan bertaqwa.

Apabila anak-anak dididik hanya untuk mengejar dunia dan tidak untuk mengenal, mencintai dan takut dengan Allah Azza wa Jalla, maka dunialah yang akan menjadi matlamat hidup mereka. Keinsanan mereka tidak akan terbina, nafsu mereka akan menjadi rakus dan segala sifat-sifat mazmumah yang keji seperti tamak, haloba, hasad, dengki, bakhil, pemarah dan lain-lain yang bersarang dihati mereka. Mereka tidak akan mempedulikan halal atau haram, hak atau batil, benar atau salah, adil atau zalim, manusia ataupun Allah.

Kalau Allah pun mereka tidak pedulikan, apakah harapan mereka mempedulikan ibu ayah mereka, jauh sekali untuk membela dan berkhidmat kepada mereka. Ibu ayah akan menjadi penghalang untuk mereka mengejar dunia mereka. Mereka akhirnya derhaka kepada ibu dan ayah. Di Akhirat nanti anak-anak ini akan menjadi orang yang muflis. Mereka akan menentang dan menjadi seteru kepada ibu ayah mereka. Mereka akan menuntut hak yang tidak diberikan kepada mereka.

Mereka akan menyalahkan ibu ayah mereka kerana tidak mendidik mereka untuk Allah. Ibu dan ayah yang tidak mendidik anak-anak mereka untuk Alah pasti akan rugi di dunia dan lebih-lebih lagi di Akhirat. Di Akhirat nanti anak yang mereka sayang itu akan bertukar menjadi musuh. Kalau anak-anak dididik untuk Allah hingga mereka menjadi orang-orang yang beriman dan bertaqwa mereka akan menjadi aset kepada kedua ibu ayah mereka.

Mereka akan menjadi aset di dunia dan aset di akhirat. Di dunia mereka akan berkhidmat dan membela kedua ibu ayah mereka. Apabila mati kedua ibu dan ayah, anak seperti ini akan mendoakan mereka. Doa mereka tidak terhijab. Ibu dan ayah juga kan terus mendapat pahala yang mengalir ke dalam kubur hasil dari amalan soleh yang dibuat oleh anak mereka di dunia berkat dididkan dan ilmu yang telah mereka curahkan kepada anak mereka itu. Hadis ada menyebut: " Bila mati anak Adam, akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah yang dibuatnya, ilmu yang bermenafaat yang diajarnya dan anaknya yang soleh."

Kita harus ingat bahawa anak kita itu adalah hamba Allah. Allah lebih berhak ke atasnya daripada kita. Hanya Allah mengamanahkan dia kepada kita. Oleh itu, kita perlu mendidiknya untuk Allah, bukan untuk kita. Anak kita hanya anak kita sementara di dunia. Di akhirat, dia bukan anak kita lagi. Di akhirat, anak tak peduli ayah, anak tak peduli ibu. Ibu ayah juga tak pedulikan anak. Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Setakat mana kita mampu mendidik anak-anak kita untuk Allah, setakat itulah manfaatnya untuk diri kita.

p/s: pasal di akhirat anak kita bukan milik kita mengikut dalam artikel di atas, tu aku rasa tak berapa tepat, sebabnya nanti akan ada banyak kes di mana, bila ayah dan ibu sudah melangkah setapak ke dalam syurga, nanti tak boleh masuk sebabnya ada liabiliti dan tanggungan yang mak ayah tak tunaikan sehingga menyeret kedua ibubapa masuk ke neraka. Dan juga kisah di mana anak-anak kecil yang meninggal dunia sebelum dan semasa dilahirkan, menunggu-nunggu ibubapa mereka dengan secawan air dari syurga. Ni antara bukti anak-anak kita di dunia adalah anak-anak kita jua di akhirat. Apa-apa pun, Wallahu a'alam..