Solat Time

Friday, July 25, 2008

Let the hunting begin..

Assalamualaikum..

Buat semua rakan-taulan, marilah kita berlapang dada dan mensyukuri nikmat Allah Azza wa Jalla yang telah dikurniakan kepada kita terutamanya nikmat Iman dan Islam.

Program 'Mari Mengenal Durian SEDAP Ismail Nizar di Kg. Pauh' adalah seperti berikut:
  1. Tarikh : 27hb Julai 2008
  2. Masa : 7.30 pagi - 1.00 petang (jangkaan)
  3. Tempat : Rumah Sdr. Ismail Nizar aka Mail Ninja  bin Ibrahim.
Tentatif seperti yang telah dipersetujui secara tidak rasminya:
  1. 7.30 - 8.30 pagi - Berkumpul dan sarapan secara jama'i di kedai kampung yang sedap.
  2. 8.45 - 10.00 pagi - Acara menembak tupai bersama abg Rambu di dusun Mail Ninja (kalau tupai tiada, kita tembak burung) dan mengutip deroyan.
  3. 10.30 - 11.50 pagi - Makan deroyan sambil berendam ala-ala artis seperti dalam majalah Mangga. Diselang-selikan dengan penampilan khas kamben dan ikan talapia bako. Pergh!! Terujanya aku yang menulih tentatif ni.
  4. 12.00 tghari - 1.00 petang - Sesi bebas seperti gusti lengan, buat lawak (ni serah pada Mart Jeni untuk handle), tazkirah (kalau ust. Abu Atief nak buat la) dan yang boleh mengeratkan lagi ikatan silaturrahim.
  5. 1.05 petang - Majlis ditangguhkan.
Harapan buat semua, semoga perjalanan dan program yang telah diaturkan mendapat keberkatan dan lancar seperti yang telah dijaualkan.

Addendum:
  • untuk yang bertolak dari KL, akan memulakan perjalanan seawal pukul 3-4 pagi.
  • untuk yang bertolak dari selain dari KL, bolehlah menguruskan jadual perjalanan anda sendiri.

7 comments:

Anonymous said...

Salam ...

Mr. Presidente ... cam nerr ngan bayaran penyertaan ... RM ??????
Berdasarkan menu yang ade tu .. kalu kat hotel , bayarannya lumayan Bro.

Adiosss .. SPEKI

marn said...

bagi je la nak bagi berape pun. bayaran dalam bentuk masa ko, tenaga ko dan ingatan ko tu pun dah kira cukup besar buat kawan2.

Kalau dalam bentuk duit komuniti tak mintak. cuma komitmen dalam bentuk partisipasi dan idea yag kita titik-beratkan. kalau nak huloq dana, cantik gak tu. kita bincangla nanti bila jumpa.

ka gumana?

abu_ateif said...

cess mior speki soalan boleh tahan tapi mai idak jugak...bukan suruh bayar pun orang suruh makan jer mmg byk ler cekadak ko...
aku respek tn presiden n de gang dr kl sanggup bersekang mata drive keta demi nak menjayakan program ni...
member2 yang dari perak gak tak kurang hebatnya turut serta wpun ada yg lewat 4 jam dr pgrm bermula dgn alasan tayar pancit...tp yang penting mai.
td fakhrul zaman anto sms kat aku isterinye tlh selamat melahirkan anak ke 3 mereka kul 1 pg td...mabruk!!!

BORG said...

a'kum,
pehh, best betul la dpt jmpa kwn2 semalam,terutamanya sopi kadir yg tak pernah lg aku jmpa lps kluar dari idrisiah dulu,tp yg aku konfius ialah abu atief,sbnrnya dia ni dtg ke tidak,sbb sesampainya aku disana,semua member kata dia dh blk,aku pun terfikir,kenapa abu atief nak blk tergesa2?adakah kerana tempoh masa yg dibenarkan oleh isteri dia utk dia keluar dh habis?ataupun bini dia telefon suruh blk cepat untuk siang ikan dan masak nasi?ataupun adakah sedara-mara dia yg selalu dtg tu tlh dtg lagi?atau mungkin dia datang tanpa pengetahuan bini dan dia cuma ckp kat bini bhw dia pergi ke kedai sbb nak beli garam sdgkan garam kat rmh dia ckp utk bekalan selama setahun?ATAUPUN dia sbnrnya x dtg lgsg,tp pesan kat member2 yg lain klu aku smpi nnt katakan yg dia dh blk sbb takutkan janjinya nak kluar dgn beruk klu dia x dtg?hanya dia je yg blh jwb, org lain jgn pandai2 nak jwb heh..heh..

BORG:mail,lu punya durian mmg the bomb

Anonymous said...

Salam ...

Maaf ! Maaf ! Maaf!
Aku tak nak komen aper2 dan beri alasan . Baik di pendam ajer .

Ape2 pun aku bersyukur kerana mengkeome semua tak lupa jalan nak pegi rumah Mail .

Adios . SPEKI

marn said...

muahahahahha!! aku boleh tompang gelak ja. apa2 pun, terima kasih tidak terhingga buat semua.

abu_ateif said...

akom semua...
sebenarnya aku pun cam man tak nak komen apa2...tapi sahabat aku gbox nampak emosi lain mcm jer..cam nazri aziz masa berdebat pun...
cuma box...aku cadangkan ayat "garam" tu hang tuko kpd "bawang merah"...camna?sure pn.ayu mengekek punya klu dia baca.