Solat Time

Thursday, December 30, 2010

Demam bola

Assalamualaikum..

Pergh.. Semalam aku layan bola dengan rasa berdebar. Mana taknya.. Stadium Gelora Bung Karno penuh beb. Tapi aku layan kat TV di rumah je la.. Nak tempah tiket mati kalau aku pi layan bola di Stadium Bung Karno.

Apa-apa pun, ucapan tahniah buat para pemain, pegawai dan terutamanya jurulatih yang letih. Akhirnya setelah menanti selama 14 tahun, akhirnya berjaya jugak jadi juara Piala Suzuki AFF. Letih beb. Aku pernah ada pengalaman jadi pengurus pasukan bolasepak universiti. Walaupun tak sama dan jauh panggang dari api, namun menghadapi debaran, gangguan, cabaran dan tekanan semuanya kena diatasi dengan berhemah.

Kira aku tabik la kat anak-anak muda Malaysia yang sarung jersi kebangsaan. Rata-rata semuanya masih muda. Walaupun banyak sangat kelemahan, tapi aku sedikit sebanyak paham akan situasi yang dihadapi oleh jurulatih kebangsaan. Dengan 'talent pool' yang terhad. Diasak pula permainan politik dalam FAM sendiri. Rajagopal punyai karisma dan kekuatan tersendiri. Wa tabik sama lu la abg Raja. 

Walaupun pada mulanya aku tak yakin dengan kemampuan pasukan bolasepak kebangsaan yang saban tahun main macam budak sekolah rendah, tapi kali ni aku akur dengan disiplin dan semangat yang ada pada depa.

Apa-apa pun, cuma satu aku nak sentuh - pasal cuti. Esok cuti umum. Menang bola. Buat yang makan gaji, depa memang suka. Buat yang membayar gaji macam aku ni, pening kepala. Produktiviti menurun. EPF jalan macam biasa. Sewa opis jalan macam biasa. Gaji jalan macam biasa. Pening.. pening..

Abis aku punya perancangan esok. Kena jadual semula. Minggu depan dah sibuk dengan anak yang baru nak masuk dunia persekolahan secara rasmi - Tahun Satu. Banyak perkara perlu diselesaikan. Abis rosak program. 

Takpa la... bola punya pasal, cuti pun, cutilah...

Majulah sukan untuk negara.

Thursday, December 23, 2010

Hudud dari kacamata Dr. Mashitah dan Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaikum..

Hangpa nilailah sendiri gumana nak letak hukum.


Friday, December 17, 2010

Balik Haji dan kampung

Assalamualaikum..

Selamat pagi dan moga ceria selalu. Harapnya cuti sekolah ni banyaklah masa diluangkan bersama keluarga tersayang. Kebetulan, aku baru balik bercuti dari Terengganu. menyambut kepulangan mak dan ayah mertua yang selesai menjalani ibadah haji. Moga haji mabrur hendaknya, insyaallah. Anak-anak pun seronok dapat balik kampung. Yang tak seronoknya, aku. Tengah bulan beb. Paham-paham je la. Walaupun aku ni orang berdagang dan tidak makan gaji, namun bila main bab tengah bulan ni, pun akan terasa jugak dek kerana faktor sekeliling. 

Kedua-dua mertua aku kurang sihat. Kena serangan selsema dan batuk. Boleh jadi kerana perubahan cuaca dan debu yang menyerang Makkah. Al-maklumlah, Makkah tidak lagi seperti dahulu. Tengah pesat membangun. Banyaklah tapak binaan sana-sini yang menjadi faktor utama kehadiran habuk di kota Makkah alMukarramah.

Makkah: hari ini

Suasana di Terengganu masa aku balik tempohari macam biasa. Cuaca panas gila kalau tak hujan. Angin pun sepoi-sepoi. Ombak laut pun ok. Cumanya aku tak boleh mandi laut. Dek kerana ada kes lemas. 5 orang menjadi korban. Nak dijadikan cerita, kena pulak kat pantai Pandak, Cendering, tempat feveret aku dok lepak mandi-manda. Dah pantai tu ditutup untuk orangramai. Rugilah aku. Syahdu je tengok laut. Sebelah pantai barat mana nak dapat pantai cun macam di Terengganu. Setakat Teluk Rubiah (la ni tinggai kenangan je la sebab habis kawasan pantai tu diambil buat tapak kilang aluminium. Tu la hangpa, sokong lagi UMNO keparat), kena gelak la dengan orang Terengganu.

Pantai Pandak, Cendering, Kuala Terengganu
Pemadangan panorama Pantai Pandak

Di Terengganu, airnya jernih, pantainya bersih. Tak macam kat tempat kita di sebelah barat ni. Cumanya, kena tahu di kawasan mana yang boleh mandi ke tidak. Kalau ke Terengganu, janganlah buat sengal suka-suka gi mandi di Batu Buruk. Tu cari nahas. Dah banyak makan nyawa kawasan tu. Nak mandi, kena tanya orang Terengganu kawasan mana yang selamat untuk mandi.

Oklah kawan-kawan, setakat ni dulu laporan yang boleh aku kongsikan dengan kalian. Kerja pun dok menimbun di pejabat ni. Nanti aku kemaskini lain. Jumpa lagi.

Wednesday, December 8, 2010

Hijrah 1432

Assalamualaikum..

Selamat menyambut Tahun Baru. Semoga tahun baru ni bakal menjadi tahun cemerlang sahabat2 semua. Cemerlang dalam hidup dan kerjaya masing2. Cemerlang menjadi hamba Allah SWT. Cemerlang menjadi ibubapa, anak, suami-isteri dan majikan-pekerja.

Tahun baru pasang azam baru. Azam aku tahun ni, jadi lebih berilmu, tawadhu'dan perbaharui azam lama. Apa azam lama aku? Berjaya dunia akhirat.

Bila sebut pasal berjaya, banyak faktor yang menentu-ukur penilaian berjaya. Ada yang membuat pemilikan harta, anak2 dan karier sebagai ukuran. Kalau cikgu atau kakitangan awam, semestinya DG ataupun gred dijadikan sebagai ukuran. Rata2 bila bersembang dengan kakitangan awam ni, gred 44 (yg graduan) nak naik ke gred 48. Kalau sektor swasta, unjuran KPI sebagai faktor berjaya.

Sebagai manusia, kita tidak boleh lari daripada kehendak dan kemahuan. Terpulang kepada penilaian masing2. Tak salah memasang azam mahupun cita2. Cumanya sebagai makhluk, kita selalu lupa akan peranan dan tujuan Sang Pencipta yang telah mencipta makhlukNya. Kita banyak berbincang dan memikirkan hasil usaha yang telah kita buat untuk mencapai matlamat hidup di dunia. Bagaimana pula dengan kehidupan kita di akhirat? Apakah KPI dan gred kita juga bertambah?

Marilah sama2 kita berfikir seketika dan bermuhasabah diri, sehebat manakah KPI dan gred kita di hadapan Allah Azza wa Jalla? Kerana Allah tidak akan bertanya apa pekerjaan kita di dunia, tetapi taqwa dan ibadah kita.

Jom muhasabah..!