Solat Time

Monday, July 30, 2007

Durian, Optimus Prime dan kawan-kawan


Assalamualaikum..

Semoga Allah Taala merahmati kita semua, amin!!

Segalanya berjalan dengan lancar dan berjaya sekali. Perjalanan dua malam sudah yang meletihkan tetapi menggembirakan hati takkan luput dari ingatan.


4.30 pagi, aku bersama Optimus Prime bergegas turun dari rumah di Pandan Indah sambil Jamil, Mat dan Yusrin sabar menanti di bawah. Perjalanan kami bermula sebaik saja aku dan kawan-kawan bergerak keluar dari Pandan Indah melalui MRR2 terus ke Sg. Buloh interchange. Dari sana kami memasuki lebuhraya PLUS yang dijangka akan sesak teruk menjelang raya tahun ni. Kon-kon penanda jalan masih banyak membuktikan bahawa kerja-kerja menaik-taraf lebuhraya PLUS akan memakan masa yang panjang. Nasihat awal aku pada kalian yang akan menggunakan PLUS untuk balik raya nanti, buat perancangan awal sebelum terkantoi masa pulang beraya.

Subuh kami usaikan di hentian Tapah. Air nescafe suam kurang manis terasa pekat ketika membasahi tekak sambil aku meladeni kesibukan manusia pagi itu. Perjalanan diteruskan sambil berbicara tentang agenda yang akan dibuat nanti. Melalui susur keluar Kuala Kangsar, kami teruskan pengembaraan ke Kg. Geluk, Lenggong, tanah tumpah darah Jamil. Sampai kami di Baitul Aman, pukul 8.15 pagi. Bondanya siap menanti dengan durian yang terhidang di atas meja dengan pulut diwarnai pula dengan santan. Memang big breakfast. Aku tak berapa sangat dengan durian, apatah lagi pulut. Angin. Mahu tak mahu, aku jamah juga durian dan pulut sebab 'stim' pun ada bila tengok Jamil menelan satu demi satu durian dalam pinggan. Yusrin kurang makan sebab jaga badan. Mat tak berani nak makan durian campur pulut sebab katanya buku lali terkehel. Takut angin. Tapi, banyak ulas durian yang jadi mangsanya. Aku?! Sikit je. Dalam 5 ulas aku tibai. Aku bukan peminat fanatik durian. Jaga badan pun ya. Optimus Prime tak makan sebab takut kentut busuk.

Selepas boot kereta Jamil penuh diisi dengan rambutan dan langsat, kami pun bergerak menuju ke Taiping untuk agenda seterusnya. Sememangnya sejak jalan ke Gerik diluruskan, perjalan yang selalunya mengambil masa selama sejam setengah dari KK ke Gerik, kini tinggal 40 minit. Pekan Lenggong pun dah makin maju. Tambahan pula dengan adanya Bandar Baru Lenggong, aku percaya aktiviti ekonomi akan bertambah rancak. Pekan kecil seperti Kati, Raban dll makin sepi sebab jalanraya yang baru tak melalui pekan-pekan tersebut.

Cuaca mendung (pemandangan biasa Taiping) menyambut ketibaan kami. Pukul 2 petang, kami singgah di rumah mak aku. Minum air, ambil bekas dan terus cargas ke Matang. Sewaktu melewati Batu 5, Mat tanya kat aku di mana katanya tempat mee udang yang sohor, selak udang nampak mee? Aku jawab aku taktau tapi bolehlah tanya pada orang yang tau. Setelah aku buat satu panggilan telefon, dan kenalpasti di mana kedudukan kedai mee yang sohor tu, kami pun bergegas ke sana. Kami sampai kurang lebih jam 2.45 petang di gerai tersebut. Letaknya tepi jalan sebelum hutan bakau Kuala Sepetang. Gerai Mak Teh Mee Banjir Udang namanya. Terletak bersebelahan dengan stesen petrol (desa punya) Caltex. Ada banyak pakej. Ada mee udang RM5, RM6, RM10 dan RM15. Aku dan Jamil sebat RM5 punya. Mat dan Yusrin tibai RM6 punya. Memang banyak udang. Aku tak berapa sangat dengan udang nih. Tapi sebab nak try, aku pesan jugaklah. Mee udang tu rasanya biasa je la. Tapi yang jadi luar biasanya sebab udangnya banyak. Memang selak udang baru jumpa mee. Manis rasa udangnya. "Kami dah meniaga lebih kurang 15 tahun bukak kedai makan ni" kata Mak Teh. "Cumanya sejak 3-4 taon ni la yang jadi tekenai sebab dah masuk tv" tambah Mak Teh lagi. "Pukui berapa Mak Teh bukak kedai?" tanya aku sambil menangkap gambar brader taiko tengah dok basuh udang. "Tengokla, selalunya pukui 8 pagi lagi kami dah bukak. Tutup pulak tengok keadaan. Kadang-kadang pukui sebelaih lebih, kalau takdak orang, kami tutup pukui sepuloh." jawab Mak Teh. "Ghamai orang dok mai, kadang sampai yang mai dari Kajang pun ada. Depa tu kalau nak mai, depa talipon dulu, takut kami tutup ka apa ka. Naya la nanti mai jauh-jauh, kedai pulak tutup" tambah Mak Teh tanpa disuruh. Selesai melayan kerenah Mak Teh, aku pun mintak izin balik ke kerusi aku duduk tadi. Takut kang dia melalut, mau tidoq kat situ.

Abis je udang dipinggan masing-masing, kami menyinggah di sekolah Darul Mulkan yang ditubuhkan oleh arwah pak aku sejak 1986; Haji Mulkan bin Muhammad (al-Fatihah untuk pak aku). Menyahut seruan Ilahi. Solat jama' qasar di surau sekolah. Usai solat, kami meneruskan perjalanan ke tanah mak aku, untuk ambil sample tanah dan air. Sample tu untuk projek ternakan lintah. Kalau nak tau lebih lanjut, cuba 'usyar' paper semalam Berita Mingguan. Ada cerita pasai lintah.

Pukul 4 lebih, kami bergegas keluar dari Kg. Hujung Matang (tanah mak aku) untuk meneruskan perjalanan ke Bukit Gantang rumah Mail tokey deghoyan. Ni la agenda utama kami. Sampai di rumah Mail dalam 4.20 petang. Zaki aka Abu Atief dan keluarga sedia menanti di luar rumah. Hujan renyai-renyai. Keluar kereta dan lepak di anak tangga luar rumah Mail sambil menanti ketibaan Alems. Tak lama kemudian, Alems (tok mudim muda) tu pun sampai. Tarus memulakan upacara membelah dan belasah durian. Stok tak banyak sebab minggu sebelumnya dah banyak yang luruh. Sikit pun sikitlah. Janji dapat lepas gian pekena durian Bukit Gantang ( I can say the best durian in the galaxy). tak lama kemudian, ust. Fareez pun sampai dan join d crowd. Apalagi, banyaklah cerita-cerita menarik dan menolak yang keluar. Dah lama tak berkumpul. Gelak tawa menghiasi petang yang indah.

sesi tibai n perabih
dari kiri: zaki jr aka atief, jamil (nampak belakang kepala), hanan dan zaki sr.


Siang menyapa senja. Langit beransur gelap dan rintik hujan belum mahu berhenti. Kabus tebal menyelimuti puncak-puncak bukit di depan mata. Sejuk dingin terasa tatkala angin sepoi-sepoi bahasa menyapa tubuh. Aduhai.. terasa keagungan ciptaan Allah Subhanahu wa Taala. Masuk ke dalam umah Mail, ada pula hidangan cucur cempedak goreng. ni memang aku tak leh nak resist la. Tibai cecukup. Aku cucuk Mat suruh Fareez urut kakinya yang terseliuh. Bila Mat dah start kena urut dengan Fareez, apalagi.. abis kawan-kawan lain tumpang minta urut la.. termasuklah aku. Kejap satgi, kaki aku sakit la, pinggang kawan tu la, bahu berdenyutlah. Macam-macam!!! Fareez daripada tak berapa sihat, terus berpeluh. Sihat. Batuk pun hilang.

Abis sudah sesi mengurut, sambung pulak sesi peturun petua. Ha... yang ni bagus untuk kita kongsi bersama. Buat mereka yang tidak hadir pada hari tu, ilmu ni kami dapat daripada kawan kita si Alems yang la ni jadi cikgu di S.R.J.K Methodist, Sg. Siput yang juga tok mudim. Terima kasih tidak terhingga kerana sudi nak kongsi petua jaga kesihatan. Moga Allah Taala murahkan rezeki hang, Alems oi!! Petuanya begini:

bersambung di lain rencana..

12 comments:

Anonymous said...

senyap je semuanya. takkan tak abis lagi rasa durian di tekak? ataupun dah sakit tekak?

mr. big

Anonymous said...

Semalam ana cuti.. ari ni br mai kerja... Mana gambaq abg optimus makan durian? Syukran bebyk ana ucapkan pd al fadzil ustaz Farezz yg sudi mengurut kaki ana yg terseliuh tempoh hari alhamdulillah dgn izinNYA ana sudah pulih & buleh beraksi bebas semula heh heh heh..

Tengkiu juga pd Tuan Guru sekolah Tamil Sg Siput Cikgu Alems yg sudi menurunkan petua ngeliat 4.0 serta skill cucian muka di pagi hari yg akan ana jadi kan amalan harian cuma doa ari tu ja yg ingat2 lupa heh heh heh heh

Tima kaseh semua..

Mat Zeni

Anonymous said...

Bagi yg teringin nak makan mee udang tu kalu bukan konfem kaki udang baik order jer mee udang rm5... wa yg kira tahap2 king of sarbat pon jenuh nak ngabihnyer yob.. Habeh gatai muka telinga semua nih.. Selak udang nampak udang.. selang udang lagi nampak udang lagi.. selak lagi PON nampak udang lagi.. laaa mee dah abih. WAIMA kuah dah abih.. Udang tak abih2 lagi.. subhanallah.. mmg hebat la tokey udang nih.. Ana salute 4.0

Max Sarbatron

Anonymous said...

salam sahabatku...
sedap tagha mana pun mi udang yang hampa makan tetap tak leh lawan mi udang dalam syurga nanti...mi kat dunia ni sedap kat anak tekak ja..balik umah mengelupuq la jawabnya..tak caya tanya mak mertua yusrin :)

abuateif

marn said...

woi... mak mertua yusrin dah tadak la.. nak tanya gumana?

Pagi ni, aku cuba la lengkapkan ceritera bergambar aku. Tapi cubaan aku kurang berhasil sebab blog buat pasai. Ntah tak semena-mena, tak leh nak upload gambaq. Sempatla aku letak sikit ja gambaq2 tuh. Takpa, nanti ceq tambah lein, ok?

marn said...

mengkala nak tunggu mee kat akhirat, tak yah la sembang pasai lain. Memang la.. semua orang tau makanan kat seroga sana tu juta kali lebih sedap dari yang dunia nih. Tapi kita cerita ni nak kongsi panglaman masa idup. Mengkala nak pi makan kat kedai mak teh tu sapa pun tak larang. Cuma nak kongsi panglaman. Ka hang dengki sebab tak dapat pi makan kat situ abu atif oi?! Muahahahaah.. I smell envy..

Anonymous said...

salam sahabat...
saja nak bagi tau kat hampa 2 hari lepas kami sekuaga pi pekena mi udang mak teh..baca kat blog cam sedap sgt...lepeh aku p mmg sedap...tapi aku tak layan mak teh bercakap pasai takut nanti tak laghat nak layan mi jadi sejuk hehehehe...oppss...mak mertuanya yusrin dah meninggal ka...sori na yus...aku ingat ada lagi.

abu ateif n hanan

Anonymous said...

apa rasa mee mak teh? sedap ka? agak2 kalau sesapa ajak, nak pi lagi tak? tapi tak boleh ajak ramai. Sepinggan paling bodo pun rm5. kalau yang kemaruk makan, mau dia tibai rm12 punya.. mau pengsan tekobak poket membayonye.

mr. small

abu_ateif said...

akom sahabat..
dok sembang pasai mi udang...ada gak aku interbiu member2 seperguruan ngan aku...depa kata mmg mi udang mak teh tu power...tapi mail kata mi udang sungai 2 lagi power...tapi yang kat mak teh punya tu harga dia boleh menahan la...kalau kat sungai 2 tu mahai nak mampos...betui ka?

Anonymous said...

woit.. hampa leh kata aku ngajaq skolah hindu no, silap la bang.. aku ngajaq kt skolah org putih, tak caya cuba hampa eja nih SMK. METHODIST, ada bunyi indu ke?
pe pun thanx mail durian hang no1. buat sahabat lain tima kasih sbab sudi ajak aku.
luv u
alem's

Anonymous said...

aku kat pangkoq ari nie.. ada gak aku survey sket2 hotel n chalet area pulau nih. ada murah, mahai n kurang mahai.. apa2 plan kt pangkoq leh contact aku sebab aku sbulan skali mksuk bertugas kat cni. leh lah adjust kurangkan budjet hampa. sgala pertolongan free of charge..tq
luv u
alem's

Anonymous said...

yo, bro here i am still alive n kickin,geram jugak yob teman mendengonya,mee udang le,deghoyan le,kambin le,kali ni klu teman x dpt pg lagi teman sumpah isap rokok dua batang,heh..heh..heh.. -geeborg