Solat Time

Monday, November 19, 2007

Jemputan ke Majlis Walimatul Urus yakni kenduri kahwin

Assalamualaikum..

Aku, Saiful Asri dan Jamil baru-baru ni pergi menziarahi sahabat kita sdr. Yusrin yang terkena demam kekura di rumah sewanya di Puncak Perdana semalam. Semoga beliau cepat sembuh dan diberikan kerahmatan oleh Allah SWT, insyaAllah.

Dan dikesempatan ini juga, buat handai-taulan dan seluruh warga K87, adalah dengan hormatnya, aku selaku moderator yang diberikan tanggungjawab untuk menjemput kalian untuk menghadiri kenduri kahwin adiknya saudara kita Ahmad Zaki bin Yusof (betui ka ejaan nama tu ya ba atief?)

Majlis adalah seperti berikut:

Tarikh: 24hb November 2007
Masa: 11 - 6 petang (ni aku main tibai ja, sapa pi lewat kena basuh dan terap pinggan-mangkuk)
Tempat: No 78, Kampung Sungai Wangi, 32400 AYer Tawar, PERAK. (rumah mak Abu Atief).

Bagaimana hendak ke sana?
Nak sampai ke sana:
  1. KALAU DARI IPOH, SELEPAS PEKAN AIR TAWAR DAN SEBELUM PEKAN SITIAWAN MASUK KANAN (KAT SIMPANG TU ADA SHELL, DAH BANGKRAP C) JALAN MENUJU KE KAMPUNG BARU.
  2. KALAU DARI SITIAWAN, JALAN MENUJU KE AIR TAWAR, NAMPAK SEKOLAH NAN HWA PEH, JUMPA TRAFFIC LIGHT MASUK KIRI.

Semoga dengan kedatangan tuan/puan akan membawa kerahmatan dan menyerikan majlis tersebut.

Sekian, terima kasih.

p/s: Petua nak pi rumah kenduri tu aku salin daripada komen abu atief aka abg pengantin sendiri yang terdapat di dalam posting sebelum ni. Pihak moderator tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerugian, kesesatan, kesulitan atau apa-apa jua yang berlaku sekiranya mengikut petua di atas.

10 comments:

marn said...

Ya ba Atief!!

Aku besar kemungkinan tak dapat nak memenuhi jemputan hang sekeluarga sebab tiada kenderaan. Memandangkan kenderaanku dijangkakan akan terus tersadai hingga minggu hadapan, aku memohon ampun dan maaf di atas kesulitan yang timbul.

Hanya doa dan ucapan 'Selamat mendapat adik ipaq" buat hang yang dapatku titipkan di sini. Kawan2 di KL ni tadak yang bunyi nak pi kenduri kat umah mak hang tu sebab depa dah set nak pi kenduri rumah Jamil.

Aku rasa soal siapa yang lebih dekat dihati tak timbul. Cumanya barangkali disebabkan kekangan dari segi kewangan dan sebagainya, maka kawan2 terpaksa memilih sama ada untuk pergi ke rumah hang ataupun ke rumah Jamil.

Maka, janganlah hang berkecil hati kiranya ramai kawan2 di KL ni memilih untuk pergi kenduri rumah Jamil berbanding rumah hang. Kita maklum ada di kalangan kita yang masih lagi bergelut dengan masalah kewangan.

Anonymous said...

akom sahabat...

rasa terharu n tima kasih bebanyak aku nak ucap kat bro marn susah payah mengiklankan kenduri kawen adik aku tu...adek aku tu pun ngaji kat idrisiah gak tapi aku pun tak tau dia masuk taun berapa keluo taun berapa..

bkn stakat aku jer terharu...mak dan opah aku jgk turut terharu dengan hebahan ni...yang penting ada jemputan...nak mai ker idak itu tak boleh nak kata apa2 la...terpulang kat tuan punya badan...nanti kata aku tak jemput pulak...aku sikit pun tak rasa hati kalau hampa tak mai.aku faham segala jenis kekangan yang terpaksa ditanggung oleh kengkawan semua..

gbox nak mai...seronok tak terkira aku bila dapat berita gbox nak mai..beliau sanggup tunda segala2nya demi nak menghadiri kenduri kawen adik aku...dia ofer siap nak bersilat depan pengantin lagi tapi aku berjaya menenangkan dia dan dia akhirnya dapat menerima logik mengapa aku terpaksa tolak ofer dia tu...alfu shukrin ya akhi gbox.

abu_ateif

Anonymous said...

takpa la tu abu atief.. harap2 ada la wakil sesapa selain daripada gborg yang dapat sampai umah hang. aku ta tentu kalu lagi ni.. ada rezeki, aku sampai la. kalau mahai rezeki aku, tak kesampaian la aku nak pi umah hang.

Akhir kata untuk kali ni, selamat bersiap untuk 'bekwoh'.

adieu

marn

Jamil said...

Assalamualaikum

abu_atief,aku minta maaf sbb tak blh p knuri hang.date sama dgn hari lansung adik aku dsegamat.tapi hang jgn tak mai pulak knuri adik aku.

insyaallah kwn2 lain akn smp yg mana ada kat area Perak.

Selamat menerima adik ipor baru.
Tk

ah mart said...

Assalamualaikum sahabat.....

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Menerima adik Ipar kepada kedua2 sahabat yg mana tak mungkin dapat aku, abg ass dan abg EZZ rasai sebab KUME ni anak2 bongsu's.. Itu lah lumrah hidup ada yg kita dpt ader yg kiter X dpt..

Dikesmpatan ini juga aku ingin mengucapkan terima kasih keatas Tuan Guru merangkap PAk Lurah Gbox atas layanan Baek yg diberi semasa aku di Pangkor Fantasy Island wannabe..

A suzaini said...

Assalamualaikum sahabat.

Disini saya sekeluarga ingin mengucapkan salam takziah kepada Saudara Jamnul Azman Sekeluarga yg baru kehilangan nenek beliau di Taiping Perak.. Moga Allah mencucuri rahmat keatas Rohnya.. Al Fatehah

Anonymous said...

Salam Buat Semua .

Firstly , Ucapan Takziah dari aku buat Akhi Jamnul Azman .. semoga neneknya termasuk dalam kalangan orang yang solehah . Berita tu aku terima ketika aku tgh asyik nonton Forum Perdana , panelnye abg jamnul sendiri Akhi jamnul azhar mulkan .. disebabkan abg dia ni le aku nonton forum tu .. kalu idok 'tobat lahum' aku tak bukak siaran tu . Betoi ke cara aku ni wahai si abu atief oiiii ?

Amacam kenduri Jamil ni ... tak sabo2 aku nak pegi . Coz nak jumpa kengkawan lama . Mesti banyak crite . Jgn lupa bawa kamera lepas ni boleh le tokan blog ni nak upload gambar kite banyak2 kat laman blog ni . He he he he

Aku tunggu kat 'federal highway' kuala kangsar - lenggong - grik , sape2 yang tersesat ke atau dah sampe dulu exit highway kuala kangsar , terus ke depan cari sign board KATI .. call aku 0195751374 .. aku akan sampe kat ctu nanti .
atau kalu setakat nak lepaskan dahaga , berehat2 atau melepaskan hajat ke boleh le singgah kat rumah aku dulu .. ala tak jauh dari exit highway tu kurang lebih 9KM aje ke rumah aku . Kalu tak mahu umah aku boleh le bertanggak kat umah Mamat Later . Mggu ni pasti dia balik kg nye , coz sepupunye nikah . Amacam Mamat Later , balik ke kg.

Adiossss ..

Meo Speki

Adioosss

marn said...

Assalamualaikum..

Terima kasih tidak terhingga buat kawan-kawan yang sudi mendoakan roh opah kesayangan wa.

Wa masih bersedih dengan pemergian opah wa tu. Tapi Allah SWT yang Maha Tahu akan perkara yang terbaik buat hambaNya.

Opah wa dah lama sakitnya. Memang menunggu saat ja kata orang. Harapan nak sembuh sakit tua memang tiada la. Cumanya sooner or later ja. Tua pun gugur, muda pun gugur. Begitulah resam kehidupan.

Marilah kita sama2 mengingati perkara yang pasti yakni MATI.

Anonymous said...

Salam Buat Semua ,

Awat kurang meriah laman blog kite ni. Lepas aku 'bloging' cuma ade Jamnul aje yang sambut . Yang lain ape crite ? atau dah tak de crite yang nak di crite . Jd lepas ni cmua pakat2 cari crite supaya ade benda yang di crite ngan kawang2 dalam blog ni.

Gbok dah lama senyap . Nape ? merajuk ke ? atau tgh ngidam . Alooo Zahdur , ada bawa balik buah 'dabai' ke sini dok. Eh kamu reti makan buah tu ke ?

Adiosss
Meo Speki

Anonymous said...

akom sahabat..
kekangan masa menyebabkan aku tak jengok blok ni 3 4 hari...biasak la hujung2 tahun ni banyak aktivitinyer...

gbox sahabat tunggal aku yang mai kenduri adik aku hari tu...tima kasih box n mintak maaf la tak berapa nak layan hehehe...

kenuri jamil nanti insyallah aku nak p...kita jumpa kat sana la...peh tu leh berendam kat sg kati belakang umah cik meo speki..dok gitu?

abuateif