Solat Time

Wednesday, October 24, 2007

Syawal yang bahagia

Assalamualaikum..

Moga Allah melapangkan diri kita semua, insyaAllah. Semalam aku pergi melawat mak sdr Saiful Asri. Perkembangan terkini, mak dia sudah sedarkan diri daripada koma. Hasil usaha dan keberkatan doa daripada kawan-kawan semua. InsyaAllah, kita akan terus mendoakan yang terbaik buat emaknya.

Pulang aku dari berhari-raya dikhabari dengan berita-berita gembira yang dilalui oleh kawan-kawan. Antaranya, kenalan di opis aku ada dua orang yang sudah bergelar jutawan. Ditambah pula dengan kawan-kawan Idrisiah yang sudah mula menaikkan taraf kehidupan masing-masing. Ni hadiah dan kurniaan Allah. Jangan kita lupa dan lalai dalam mengingatiNya. Dengan senang Dia berikan segalanya dan dengan mudah diambil kembali.

Ada seorang kawan di opis ni yang dulunya memang susah sangat. Sampaikan dihalau keluar dari rumah sewa sebanyak empat kali. Anak kecilnya yang berumur baru tiga bulan pula meninggal dunia akibat jangkitan sejenis virus yang ditemui di dalam susu tepung yang dibelinya. Sampai nak datang ke opis masuk kerja terpaksa menumpang orang dan berhutang sana-sini nak beli susu anak. Bini dia tabah bersama-sama menghadapi ujian. Anak kedua pula mengidap penyakit asma yang kronik. Memang hamba Allah ni diuji dengan berat oleh Allah. Namun dia tidak pernah mengeluh akan kesusahannya.

Tapi hari ni, dia tengah bikin rumah harganya RM1 juta di Puchong. Dan ditawarkan menjadi CEO di dua buah syarikat dalam satu masa. Pendapatan bulanan tak kurang RM27K.

Kenapa aku membawa secebis kisah ini untuk dikongsi bersama? Sebab aku nak kawan-kawan yang sedang menghadapi dan ditimpa kesusahan supaya sentiasa bersabar dan jangan mengeluh di atas kesusahan yang menimpa. Yang penting ialah usaha, berdoa dan tawakkal. Itulah kunci yang kawan aku ni pegang dan pakai.

Aku petik potongan lagu nasyid daripada kumpulan Hijjaz:

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingat biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah hujan berlalu, pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebalik
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Adalah nikmat dariNya..

Kalau Allah Taala tidak berikan kesenangan buat kita di dunia, kita berdoa moga Allah berikan yang terbaik buat kita di dunia dan di akhirat kelak.

Allah knows best.

Wallahu Alam

11 comments:

marn said...

tak mesti jadi jutawan kita baru nak rasa kesenangan.. yang pentingnya, kita kerja kerana Allah bukan kerana duit, kalau sebab duit, bila orang tak bayaq, kita kecewa, tapi kalau niat kita kerana Allah, orang tak bayaq pun kita hati tenang sebab kita tau yang Allah tau kita buat kerja tu sebab Dia. Dia Maha Kaya..

ka gumana abg bani hashim?

marn said...

oleh yang demikian juga, tidak ada lagi kerja kotor sebab takkan buat kerja kotor kerana Allah? memang kita tak mampu nak ubah semua orang atas muka bumi ni, tapi kita mesti mencuba dan mulakan dengan diri kita dulu. InsyaAllah, ada kejayaan.

what say u?

Anonymous said...

Salam untuk semua ...

Awat lain macam aje stly tokan blog kali ni . Pening aku memikirkannye .

Sebenarnya aku nak kesenangan aje dan bukannye kekayaan . Kalau senang ... cmua perkara menjadi senang . Nak beribadat pun senang , tak payah nak fikir benda2 lain .

Tapi kalau jd kaya susah. Hati akan menjadi risau dan resah . Takut anak diculik , rumah dirompak dan disamun serta macam2 lg le .

Bg aku cukup ape yang ade ... jgn berhutang udah le ... nanti susah bila nak mati dan bila udah mati . Kepada nak berusaha lebih , silakan ... tiada halangan . Bukankah Rasul berpesan " kerjalah kamu seolah-olah kamu akan idup selama-lamanye , beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati keesokan harinye .

So. fikir-fikirkanlah .

Adiossss ;

Meo Speki

marn said...

jgn penin pikiaq pasai aku.. just nak bagi semangat buat kawan2 yang berada dalam kesusahan. bukan semua yang dapat senang dan bergembira di hari kemenangan (hari raya).

heheheh.... senang, bahagia, kaya dan sebagainya milik Allah jua.

Anonymous said...

Alangkah bahagia, cantik dan senangnya hidup di dunia ni kalo semua org begitu ideal mcm apa yang kau cakap tu Sdr. Marn... sekiranya keadaan mcm tu wujud, PDRM dan BPR (sekadar beberapa contoh) pun kita boleh bubar dah...

Ya, bukan semua yang dapat senang dan bergembira di hari kemenangan (hari raya)...

Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka". al-Baqarah: 201

Mcm mana kita mentafsirkan kebaikan di dunia itu? Mungkin itu yang menentukan hidup dunia ini senang dan baik ...

Later

Bani Hashim said...

Bukannyer aper En Mior oii cuma en marn ni teruja dgn member2 dia yg jadi jutawan.. ader yg dah approve loan utk projek2 tertentu.. Ader yg diberitakan nak dpt duit dr langit.. malah ader diGOSIPkan dpt duit terpijak hehehe .. (ni sume kaki penyebok kira duit org punya hal lah nih) So kadang2 tu tertanya jugaklah.. Aku ni bile pulok? Aku secara jujurnya bersetuju dgn semua yg kelian katakan diatas... dan aku rasaer insaf.. Aku setiap kali aku rasa susah aku cuba ingat org lain yg lagi 10x susah .. yg duk tahap tu jer.. langsung takde kemajuan ( ni kata abg jahat wa ler)

Anonymous said...

akom sahabat2ku..
terujua,sedih,suka dan insaf bila aku baca tulisan akhi marn.

cuma nasihat aku wang dan harta kekayaan bukanlah segala2nya.

miskin dan kaya adalah ujian allah...ramai yang kantoi bila diuji dengan 2 mender ni.

nabi pernah bersabda yang mafhum lebih kurang "bukanlah kaya sebenar banyak gheta benda tapi kaya yang sebenarnya bila kita kaya jiwa dan punyai pekerti mulia"

nasihat nabi lagi dalam hal keduniaan"lihat lah orang yang lebih rendah dan bawah dari kamu dan jgn kamu lihat mereka yang lebih tinggi dari kamu agar kamu tidak memandang leceh terhadap rezeki yang allah kurniakan pada kamu"

nak jadi kaya tak salah tapi jgn lupa halal dan haram bila nak dapatkan gheta.

yang miskin kena redha dan teruskan usaha utk keluar dari kemiskinan...tapi jgn sampai kemiskinan membawa kita kepada kekufuran.

miskin gheta benda tapi kaya jiwa dan baik hubungan dengan si pencipta adalah lebih baik dari kaya gheta tapi perangai cam haram jadah,sombong dan lupa siapakah yang memberi dia gheta kekayaan tersebut.

kepada sahabat2ku...selamat hari raya maaf zahir batin.

abuateif

Abe Mart said...

Aduihai.. terima kasih saya ucapkan kpd abu atief yg memberi kata2 dorongan & nasihat utk kita semua..

Remember2 "Money is not everything"... errr but now days hah "Everythings need money" oo ni kata Abg Azizi Ali lah nih he he he

So bersyukurlah dgn aper yg kiter ader... Kerana itulah yg TERBAEK utk.. sbb? Tuhan maha mengetahui...

Dok gitu Abg Kirk & Pak Cik Kordi?

marn said...

canteek.. memang cantik segala hujah yang kengawan kita bagi. bukan apa, kekadang hati ni dia ada keinginan. tak lupa juga nafsu. oleh yang demikian, sayugia ingin dikongsi bersama-sama ingatan dan pesanan agama.

aku percaya kalau ramai di antara kita yang kaya budi bahasa dan akhlak mulia, agama dijaga, aman bahagia hidup kita, insyaallah. Tapi, bila kita dah kaya budi bahasa dan akhlak mulia, agama dijaga.. ditambah pulak dengan harta benda yang banyak.. aku rasa... kita AKAN lebih hidup aman bahagia, insyaallah.

Ka gumana?

marn said...

sebab aku melihat tredn pemikiran melayu.. nak kaya kena buat kerja jahat. kalau kerja baik, selalunya orang kata jahat jugak. muahahaha!!

pastu bila sebut pasai kaya, orang kaitkan dengan kaki betina, taik buat maksiat, lupa kat tuhan, perangai huduh dan sebagainya.

apa kata bila lepas ni, bila sebut pasai kekayaan dan orang kaya, kita kena azam untuk dapatkan kekayaan dan jadi orang kaya yang berTAQWA, sedekah is our middle name dan berakhlaq mulia. agak2 susah tak nak jadi macam tu?

ianya dunia utopia buat sesetengah insan, tapi rasulullah dah buktikan sejak 1400 tahun yang lalu.

ka gumana?

Anonymous said...

Assalmualaikum! kpd member2 komuniti87. slmt hari raya aidil fitri, maaf zahir dan batin. hangpa ingat lagi tak aku yg dikenali sebagai thiqah masa form 4&5 dulu. dan pernah kena rotan bersama alem, mat jeny dan yusrin(pon)pasal pi tengok terminator kat panggung tepeng. cube teke sapekah aku?