Pages

Solat Time

Tuesday, November 27, 2007

Jemputan ke Majlis Walimatul Urus adiknya Jamil

Assalamualaikum..

Dikesempatan ini, aku ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat sahabat-sahabat yang sudi mengirimkan doa dan sms ucapan takziah buat aku sekeluarga. Keluarga aku masih lagi ber'cuaca'kan muram dan berkabung di atas pemergian nenda tersayang; Teh binti Ngah Deraman. Tepat jam 8.30 malam bersamaan 12 Zulqaedah 1428H/22 November 2007, nendaku pergi menyambut seruan Ilahi. In loving memories 1926-2007. Moga Allah mencucuri rahmat ke atasnya dan ditempatkan bersama-sama orang yang diredhai. Al-Fatihah.

Berbalik kepada topik posting kita, dengan ini aku mewakili sdr. Jamil Fahmi untu menjemput kawan-kawan dan handai-taulan untuk sama-sama menghadiri kenduri kahwin adiknya Jamil Fahmi yang akan diadakan seperti berikut:

Tempat: Baitul Aman (rumah mak Jamil), Kg. Gelok, Lenggong, Perak.
Tarikh: 01 Disember 2007.
Masa: 11 pagi - 5 petang (ni aku main tibai je nih).

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi sdr. Jamil Fahmi di talian 019 268 3387 @ 017 21112 87.

Aku dan kawan-kawan KL yang lain insyaallah sekiranya tiada aral yang melintang-pukang, akan cuba untuk menghadirkan diri ke kenduri rumah adik Jamil sebab tak dapat nak hadiri kenduri kahwin adiknya al-Fadhil Sohibul Sayyarah Ust. Zaki di Lekir hujung minggu yang lepas. Masalahnya masih lagi tentang pengangkutan. Aku tiada kereta, manakala kereta Saiful Asri pun kemik di depan akibat terlibat dalam perlanggaran kecil lewat minggu sudah. Yusrin apatah lagi. Hanya ada sebuah kenderaan yang tak boleh diguna untuk perjalanan jauh sebab 'standby' memandangkan isterinya sedang sarat mengandung. Dalam erti kata lain, kami masih lagi memikirkan jalan penyelesaian terbaik untuk pergi seramai mungkin dan selesa dalam perjalanan.

Kiranya dizinkan Allah SWT, dapatlah kita bertemu dan berbual panjang di rumah kenduri tu nanti. Moga Allah Azza Wa Jalla temukan kita dalam sebaik-baik pertemuan. Insyaallah.

9 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum sahabat...

Cam tak sabor le pulak nak pekena the legendary rendang tok pak sedara jamil nih.. bini wa siap pesan "eat in & take away" lagi. heh heh heh.

Kalu ikutkan sembang kosong dgn jamenul tempohari kami mmg merancang utk lewat tiba ke Kenuri tu agar tak le sesak sgt dan kurang le senayot nak lipat lelebih heheh heh heh mayb dlm kui 2steng ke 3 kami sampe(mmg rancang ker? or mmg spesis lemau?).. betui ke pakcik kordi? Peristiwa di kenuri Alem akan berulang heh heh heh ..

Anonymous said...

Salam Buat Semua .

Uuuiiiiiiiiiiiii .....seronoknye bila nak jumpa kembali kengkawan lama . Tak dapek den nak bayangkan . Lupe nak tanye lak .. nak gi kenduri bawa pasangan masing2 ke atau datang style'arbaie bujang kembali' .

Ustaz Yahya Farman cam ner .. rindu nak tengok muka imam fly kite tiap2 malam

Adiosss
Meo Speki

Anonymous said...

aku, jamnul, yusrin, asri, gbox... insyallah dtg solo.. (bujang lapok kembali dah) fariz mayb bwk famili.. mael pon turun bujang gak.. (ni mmg real punyer bujang la) yg lain x tau lagi

Anonymous said...

assalamualaikum guys,
Firstly, aku minta bbyk pd my bro. Zaki. Aku slp ltk trkh bekwoh adik mu dlm diari aku, (alasan standard) aku ltk 24.12, jd lebai mlg.

Aku pn dh lm x msk dlm blog ni, sbb aku kt kelate la ni, so aku lmbt ckit update info. dlm blog ni

*sejuk ati bl dpt semyg brjemaah dgn tok guru nik aziz

Anonymous said...

askom sahabat...
tak pa durrr hang buat alasan apa pun aku terima n aku memahami situasi kengkawan...

umah mak jamil nanti aku cadang nak p ngan family laaa...malu nak p bujang pasal orang ramai tau aku dah kawin muahahaa...

#panaih hati dengor nazri aziz bukak mulut.

ayahnye ateif

Anonymous said...

Salam Buat Semua ,

Abu Atief , nko setakat panaih hati jer ... aku ni haa lg teruk 'terbakor hati' bila dgor dia cakap cam tu ... Aku ni , dok dalam kawasan parlimen nye , tgh nunggu dan tertanye2 sape lawannye dalam PRU nanti . Kot2 blh bertembung ngan orang yang lebih 'gedebe' .

Aku rase ler , Setakat ni bior kite sepakat pukul 2:00 sampe atau ade kat rumah jamil . Kalau lambat sangat itu bukannye nak datang makan kenduri ... itu datang nak nolong tuan rumah basuk periuk belanga atau kawah yang tunggangg langgang tu .. Betoi dak cakap aku ni Gbok N Atief oiiii . Baru ade banyak masa nak bersembang atau main2 tangkap gambor .

amacam boleh 'oter' balik ke jadual perjalanan korang ... lambat sangat kang makan kuih bakar ngan teh o ajer nanti . He he he he .

Ketika aku tgh blogging ni , Gbok mesej kat aku ... dia suruh aku baca paper KOSMO 27 Julai 07 ... dia tanye bdk Idrisih ke yang kena buli tu ? kengkawan ada baca ke crite tu .. lepas ni aku nak cr paper tu .. amende KOSMO .. adik- bradik kosmetik le tu kot

Eh Abu Atief ... nko dah kahwin ke ?

Adiosss
Meo Speki

Anonymous said...

akom sahabat....
wehh meor speki...kurang ajar betul soalan ko tu...kalau aku tak kawen mai mana si ateif tu muahahahaa..

aku secara jujur bersetuju ngan pendapat cik meor speki tu...kalau mai awal nanti bizi sesgt n kalau mai lambat sangat nanti tinggal kerak n kuah ler pullokkk...

panaih hati campor terbako dengo berita kat radio tadi "kenaikan harga minyak tahun depan masih tidak membebankan rakyat"...kira baguih sungguh kerajaan kita ni na...tak pernah lagi kenaikan yang membebankan rakyat...masa dengo berita tu rasa nak lempang jer yang baca berita tu tp apa salah dia ekkk...dia hanya baca jer...memang macam haram.

abuateif

Anonymous said...

assalamualaikum guys..

Aku dh baca ppr kosmos...
Bg aku kes ni x le bsor mn pun, sbbnye:
a) kes dh lm brlaku (sblm cuti). Klau x pueh ati, ari tu dh melotup.
b) bbdk tu sndiri mau ingat, kes pch masuk bgnn ni bkn kes kecik. Bl dh kntoi sndiri mau tanggung la.
c) warden ni pun satu hl, klau mau ajr pun, gunakan akl fkrn bkn nafsu amarah.

Apepun mrk lbh mgthui prkr yg sbnonye.

*tringt masa kene denda jln itik sbb lmbt trn mentelaah

marn said...

Assalamualaikum..

Alamak beb.. apa nak heran beb, kita kan ada orang dalam. Bila lagi nak guna beb? Soh aje 'inside man' kita tu simpan stok ntuk kengkawan. Kalau tak, memang tak guna ada inside man. Muahahahaha...

Ni pasai keh pukui budak kat Idrisiah. Salah tu memang la salah. Tapi yang pi tibai kat tengah blakang budak2 tu apa crita beb? Sampai ke tengkuk birat dalam gambo tu. Mana leh gitu. Tu aku berat hati kata yang pukui tu bukan untuk mendidik, tapi nak lepaih geram.

Marah sapa tak marah kalau budak yang sama jugak dok asyik buat kesalahan. Kena panggil mak bapak mai skolah bagitau status anak depa. Kalau mak pak tak mau mai skolah, cikgu kena pi umah jumpa mak pak. Hangpa ingat jadi cikgu ni takat dalam kelaih ja ka? Tu la, orang lain jadi cikgu, depa pun nak jadi cikgu, bila tang tanggungjawab, banyak yang takmau nak buat sungguh2.

Biaqla makpak budak ja yang jahil. Tu sebab depa antaq anak depa mai skolah. Bila kata jahil ni, tugasan cikgu la kena didik skali ngan mak pak budak. Biaq depa maklum dan paham tindakan yang kita buat. Manusia akan memusuhi perkara yang tidak diketahuinya. Kalau kita sebagai pendidik pun buat perkara yang macam orang jahil jugak, maka tiada beza antara orang jahil dan yang berilmu. Tu sebab pada hari ni, profesion perguruan tidak lagi dipandang tinggi oleh masyarakat pada hari ni. Sebab? Kita yang 'cas' diri kita ni sebagai cikgu / pendidik hanya berfungsi sebagai medium penghantar sahaja ibarat penghantar piza, pemain CD, budak milo di tepi padang dsbgnya. Tak lebih daripada tu. Tiada roh. Sekadar menghabiskan syllabus sekolah ja. Kita hanya ta'lim tapi tiada tarbiyah.

Nak tau cara yang berkesan? Jangan ke mana-mana, kita sambung lagi nanti.

Ni pesanan untuk kita semua la. Jangan pukui anak-anak kita dan anak-anak murid kita semasa kita dalam kemarahan. Pukul tatkala hati dah reda marah dan niat untuk bagi pengajaran bukannya nak lepas geram. Nak lepas geram, pi lepas kat Yahudi laknatullah.