Assalamualaikum..
Buat sahabat serta rakan taulan. Semoga ceria dan tabah selalu. Dikesempatan ini, ingin aku rakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat kawan-kawan yang sudi meluangkan masa bersama-sama untuk menghadirkan diri di Madrasah Idrisiah 1 September yang lalu. Teruja, syahdu dan terharu bila menjejakkan kaki semula di atas tanah Madrasah Idrisiah.
Bertolak dari KL pukul 9 lebih. singgah sarapan di Tapah dan rumah mak Jamil di Lenggong sampai pukul 3.30 petang. Nasib baik Malaysia ikut MRT (Malaysia Rubber Time) bukannya GMT. Jadi, tak rasa bersalah sangat walaupun lewat banyak daripada yang sepatutnya. Aku akui banyak kelemahan perihal menepati masa yang perlu dibaiki dari semasa ke semasa. Mohon Allah Taala perkuatkan azam dan semangat.
Antara intipati ucapan Dato' Mufti yang dapat kita kongsi bersama ialah:
1. Gerakan Kristian tidak akan duduk rehat dalam merosakkan umat Islam.
2. Banyak cendikiawan Islam yang terkeliru sehingga menjadi alat pihak Kristian.
3. Sekolah agama SAR seperti Idrisiah perlu dipertahankan.
4. Bantuan amat-amat dialu-alukan tak kira dalam apa jua bentuk.
5. Penyertaan bekas pelajar-pelajar dalam program yang dianjurkan amatlah menyedihkan.
6. Kena kuatkan usaha dan jangan dok komen ada saja benda yang tak kena dan tak patut dibuat.
7. Cakap banyak tapi habuk pun tarak, baik tak payah cakap. Sebab tak membantu pun.
8. Umat Islam tiada kualiti sebab yang banyak hanya pandai bercakap tapi bekerjanya kurang.
Mesyuarat Agung Tahunan Bekas Pelajar Idrisiah walaupun kehadirannya sederhana, tetapi dikira berjaya secara kasarnya. Di kalangan kawan-kawan sesi 87 yang hadir ialah; Jamil, Asri, Meor Saiful Hamdi aka MATOT, Alems, al-Razi dan aku. Sesi 86; Ma'amun dan Meor Nazri sahaja (seingat aku la).
Dalam mesyuarat agung, tiada usul baru yang disuarakan, cumanya gesaan dari bekas pelajar-pelajar yang mahukan supaya diperkasakan dan 'update' selalu website Idrisiah yang sedia ada. Tujuannya untuk berkongsi maklumat dan berita terkini Idrisiah. Dato' Mufti Perak's the coolest among us.
Majlis makan malam pun seronok dan meriah. Cikgu2 ramai yang ada. Cabutan bertuah semua batch 87 dapat (aku yang paling last sekali dapat. Nasib baik dapat, kalau tak, kena mandi air longkang la jawabnya). Secara keseluruhannya, berjalan lancar dan meriah dalam kesederhanaan.
Bila dalam perjalanan pulang, aku terfikir kenapa ramai di kalangan kita tidak dapat hadir program yang macam ni? Sibuk, ada program sana-sini, kenduri, tugasan dan pelbagai jua alasan yang dicipta dan diberikan. Barangkali... Dato' Mufti TIDAK sesibuk, sepenting, hidup dalam kesunyian, punyai masa terluang yang banyak, tidak dijemput menghadiri sebarang kenduri kahwin/majlis rasmi/tahlil/cukur jambul dan ada tugasan seperti kawan-kawan aku. Mungkinkah jemputan Idrisiah tidak dirasakan mempunyai sebarang signifikan yang unik, tidak penting, buang masa dan duit, dan mungkin juga rasa cinta pada Idrisiah sudah tiada? Kalau itu jawapannya, malanglah buat sebuah sekolah agama yang melahirkan ramai ulama, tokoh2 terkenal, ahli perniagaan, eksekutif, peguam, cikgu, kerani cabuk/tidak cabuk, pemandu pelancong dan sebagainya sudah hilang rasa cinta pada tempat ilmu ditimba.
Aku juga terpikir, kenapa Dato' Mufti saban tahun dijemput tidak pernah gagal untuk hadir ke Idrisiah. Kenapa insan kerdil macam aku tak berfikiran macam Dato' Mufti? Apa ada pada Idrisiah sehinggakan beliau sanggup mengenepikan segala kerja, jemputan, tugasan dsbgnya semata-mata untuk meluangkan masa menghadiri majlis yang jemputannya cukup-cukup sedikit (bila dinisbahkan dengan jumlah bekas pelajar-pelajar)? Kenapa dan mengapa? Sedangkan beliau seorang insan yang hebat dan sibuk. Aku serahkan jawapan yang tak ku temui pada Allah Azza Wa Jalla.
Wallahu A'lam.
15 comments:
Entah, kenapa Mufti pergi eh? Kenapa aku tak pergi Idrisiah tu? Kenapa eh? Berapa banyak alasan yang aku ada? 5? 10? 18?
Teruknya aku... akulah produk Idrisiah yang paling teruk sekali, malang sungguh Idrisiah ada bekas murid yang macam aku... malangnya Idrisiah sebab aku membencinya dari hujung tiang pagar sini sampai hujung tiang pagar sana...
Kau kalau nak cerita, kau cerita je le jamnul. Takyah nak ambil corner sampai mcm tu sekali. Dulu aku join apa Idrisiah buat, bagi pandangan itu dan ini, aku tak nampak pun kawan2 lain, aku takde pulak corner mcm ni pon...
Korang teruskan apa yang dibuat sekarang, go on le... mungkin kawan2 lain jadi pemerhati dulu, lepas tu baru nak masuk suku... it's not gonna take as quick as a blink of an eye... dengan Idrisiah ni aku tau ramai yang reserve... tapi takkan baru sekali dua kau pi program depa kau dah corner kawan2 yang lain mcm tu sekali...?
Entah le, kalo itu conclusion kau, aku ucap tahniah le kat korang sebab dah jadi bekas murid Idrisiah yang lebih baik dari yang tak attend majlis tu dan program Idrisiah yang lain-lainnya.
Ya know me. Later.
Hah hah finally Mr Later dah bersuara.. he he he to tell the truth wa pon terasa hati dgn statement tu tapi nak buat camner family comes first. dan tu je lah alasan aku. Cuma jgn kerana ketidak-hadiran sahabat2 yg lain maka seolah-olah berdosa plak sbb Once Wiseman said yg kalu nak bantu sekolah mcm2 cara buleh.. Tak pergi tak semestinya tak ambil tahu.. So elakkan dr BERSANGKA2..
Aku percaya Tuan "Later" pon masih sayang dgn idrisiah w'pon pelbagai cabaran yg telah beliau tempohi sepanjang beliau menjadi ajk or what not kat situ..
So wa rasa kita patut fikir apa lagi cara bantuan yg buleh kita hulurkan rather than kita blamming ichi othe & mengaikibatkan nanti ada yg mengambil keputusan utk bersikap "ELEGENT SILENT" heh heh he cam besa dgr je
Mat Zeni
bro,bro,bro,aku tak tau nak ckp apa2 dan aku jugak adalah antara manusia yg dimaksudkan oleh jamnul, sedikit sebanyak aku akui dgn apa yang dikatakannya,tp mgkn ayat yang digunakan boleh diperbaiki sedikit lagi supaya tidak ada yang terguris, tp apapun jamnul, aku tau niat ngko mmg baik, kpd semua bro-bro i love you all- G-BORG
by the way,i wonder who is mr later,maklum le aku x duduk kat kl, so klu ada member yg dah tukar commercial name pun aku x tau,tp aku tetap aku- G-BORG
salam buta semua...
bagi aku dah dekat 13 , 14 atau 15 tahun aku x jumpa dgn hampir separuh bebudak idrisiah 87 . Pada 1 sept. tu aku hampir 'pitam' apabila disapa oleh jamil , jamnul & saiful asri . Lain bebeno rupanye ... dah penuh bebebulu kat muka tu . Tapi ada kelainan yang aku rasa .. seoalah-olah 'aura' kenangan 87-91 d Idrisiah menjelma kembali . Lepas ini aku akan cuba untuk mencari kengkawan yang lain walau di mana berada ,supaya persahabatan tidak terputus. Buat Karim Rahmat ucapan Takziah daripada aku .
MeoSpeki
ooooo..... mamat later, tak kan sampai kiamat nak benci idrisiah, yang itu cuma tempat kita menuntut ilmu, our guru pun masih ada di sana lagi. hal peribadi tak perlu la nak ungkit lagi. nasihat gua jgn la jadi muslim yang suka membenci sebab hang benci kat tiang dengan pagar je. benda tu bukan benda hidup......
QL6212
Ye lah tu sbb tiang ngan pagar tu lah buat seluar aku koyak masa aku lari malam dari sekolah dulu pi railway makan NGA... heh
Anyway, that was not my point. Whatever, mungkin elok aku ambil perkara 6, 7 & 8 yang ditulis tu...
Later.
hurm.. kendatipun bersuara.. pada mereka yang terasa hati, maafkan aku.. bukan nak poyo, bukan nak menghukum sesiapa.. cumanya.. bacalah dengan hati yang terbuka dan berfikiran matang.. buangkan rasa emosional dan dendam amarah pada sesiapa atau apa-apa jua disekeliling kita.
Aku menulis bukan untuk menghentam mahupun mengherdik. Cumanya, aku hairan.. dan apakah menjadi suatu kesalahan buatku untuk meluahkan kehairananku? Daripada seuah kehairan timbullah persoalan, apakah melahirkan rasa kehairanan walaupun pahit bererti aku sanggup hilang sahabat dan dipandang serong? Terpulang pada yang menilai. Kalau pun ayatku berbisa buat sesetengah pihak, mungkin jua ianya penawar buat teman yang lain.
Aku petik lirik lagu SEARCH
'Jika kau seteru, Pena ini pedang untukmu, Puisiku ini hanya racun dalam madu
Dan suaraku, hanya akan menjadi guruh, yang menyambar dan pasti kan membakar...'
It's not about cornering someone or somebody.. It's up to individual perception.. depends on how you look into the matters.
Semua ada sebab untuk pergi dan tidak pergi. Aku tak perlukan jawapan daripada sesiapa. Tak perlu nak jawab, sebab dah aku serahkan jawapan yang tak ku temui pada Allah.
Ya.. aku akui, aku bebaru ni lah yang dapat pergi ke Idrisiah, bukannya nak mengata sesiapa. Sejak aku pulang ke Malaysia tahun 2000, rasanya aku tak miss lagi jemputan (yang aku tahu aku dijemput) Idrisiah.
Ya.. kalau bahasa dan nyanyianku perlu diubah kerana sumbang, apakah perlu aku ubah untuk menjaga hati yang 'terasa' dan 'terguris'? Aku tidak bisa berbicara belakang, pangkah-memangkah, ber'sangka-sangka', cas tak cas. Soalan aku senang, jawapan ada dalam hati dan benak masing-masing. Jawab pada diri sendiri. Bukan aku yang hingin nak kan jawapan tu.
Dan.. kalau dah besar panjang dan nak ambik keputusan 'elegent silent', terpulang.. siapa aku untuk memaksa untuk bercakap dan bagi komen.
Terima kasih..
Sebenarnya, aku sukakan sesuatu perkara yang ada perselisihan pendapat. seperti dalam posting aku yang ni. Aku mengajak kawan-kawan supaya 'pause' sekejap akan kesibukan tugasan dan jemputan yang kawan-kawan terima. Just for the sake of Allah and for the ummah.
Cukupkah pengorbanan kita selama ini untuk kerja-kerja amal seperti
ini? Alangkah gembiranya hati-hati ustaz-ustazah kita bila mana kita ramai2 hadir ke majlis seumpamanya. Tak terbalas jasa mereka yang tak kira letih-lelah mendidik kita.
Mungkin kita tak sedar dan lupa bahawa mereka yang berada di Idrisiah lah yang memainkan peranan meletakkan batu asas dalam setiap diri kita untuk kita cari dan bina karekter diri kita pada hari ini.
Aku terharu dan tak tau nak jawab 'bagi pihak' bila ada di kalangan ustaz bertanya, "di mana kawan-kawan yang lain?". Aku pernah menjadi guru lepas SPM dan sekembalinya aku dari Jordan. Dan aku tahu betapa rindunya seorang guru untuk bertemu dengan anak-anak muridnya.
Sama ada baik atau tidak seseorang itu, biarlah Allah SWT yang menilai. Dan sekiranya nak terasa hati dengan apa yang ku coretkan dalam posting ni, ternyata berfikiran sedemikian menunjukkan betapa dangkal dan tidak matangnya kita dalam merungkai persoalan yang ada.
Dulu kita pernah bersuara betapa MCOBA dan STAROBA hebat. Setiap perjumpaan mereka bersangatan 'grand'nya. Ke mana hala tuju kita? Apakah sekadar meluahkan kata-ata tanpa bertanggungjawab di atas apa yang kita perkatakan? Ataupun sekadar memperbanyakkan rhetorik yang sedia ada?
Kenapa perlu kita meletakkan emosi di depan rasional?
Sama-sama kita renungkan. Terima kasih
Betul kata jamnul tu,bukan sbb nak pangkah memangkah tapi skadar mluahkan perasan hairan dan kecewa pd sesama saudara yang dulu sama2 pernah mlalui suka duka dsekolah yg sama.tp skrg bukan lupa cuma tidak berkesempatan mluang sdikit waktu utk program yg dbuat oleh pihak skolah.itu je.......
sape yg terasa telan je la...
bukan tak bisa kena kutuk masa skolah dulu.
Assalamualaikum sahabat2 yang sangat kusayangi dan kukasihi, semoga semuanya dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah.
Tiada apa2 yang boleh kita perbuatkan untuk perkara yang telah berlalu, cuma perlu perbaiki diri jadi insan yang tenang menghadapi apa jua pandangan yang mungkin mengguriskan hati.
Untuk masa-masa akan datang, diharapkan dapatlah menghadirkan diri ke majlis2 yang diadakan tanpa perlu bersoal-soalan. Bukan suka2 kita adakan program ini, Kita berbincang dulu kan? So kalau dah tak boleh juga, apakan daya!!!, tapi usahalah dulu dan kalau tak boleh juga, telefon pada sahabat2. Beritahulah tentang ketidakhadiran.
Masing2 dah 30 tahun lebih hidup atas mukabumi, bukan budak-budak lagi. dah jadi laki dan bapak orang dah. so sendri mau ingat la.
Assalamualaikum
asrihassan74@yahoo.com
akom sahabat2ku..
wehhh tak payah gadoh2...apa nak marah pendapat orang...kita kan kat negara islam hadhari demokrasi terpimpin!
aku ckit pun tak teghasa taipan marn tu...lantak pi la dia nak kata apa...lantak pi la pasai apa dia hairan tak ramai datang...itu masalah dia janji aku bahagia muahahaaaaa.
yang lepas tu kita tutup buku...kalau betul anak jantan mai reunion yang kita nak buat kat pangkor tahun depan...dengo ceghita mr gbox dah tempah banner nak gantung kat jeti pangkor untuk sambut kita nanti.
ayahateif
muahahaha... yang ni abg ali suka!!!
bukan takat banner.. siap ngan bunga maaggar, tepung tawar, kompang pacik hamid teluk gedong, macik siah untut, tok ketua kampung siap ngan anak menantu akan turut serta katanya (tak tau sapa kata) nak join menyambut kita nanti.
usah kata banner,kat radio 3 ipoh pun akan teman bubuh iklan heh..heh..
Asslmkm... Test
Post a Comment