Solat Time

Monday, August 20, 2007

Pangkor dalam kenangan, hidup suatu perjuangan..

Assalamualaikum..



Kenangan yang tercoret ketika di Pangkor dahulu...

Tanggal 31 Ogos ini merupakan tarikh yang ditunggu-tunggu warga Malaysia. Ulangtahun ke 50 kemerdekaan tanah air kita. Namun, di dalam kegembiraan rakyat Malaysia sedang membuat persiapan untuk merayakan Hari Kemerdekaan, kita saban hari dijamu dengan berita-berita yang tidak enak seperti pembunuhan, kecurian, kemalangan dan kemelut ekonomi yang sedang melanda negara.

Berkata Dr. Haron Din: "Penyebab pada semuanya ini, adalah berpunca dari kesilapan tidak meletakkan asas kemerdekaan itu di atas paksinya yang sebenarnya iaitu mensyukuri nikmat kemerdekaan itu dengan membalas semula dengan menunaikan segala kehendak dan perintah Allah SWT."

Sama-sama renungi dan mendalami apa yang dikatakan oleh para ulama'. Semoga dengan kejadian-kejadian yang berlaku di sekeliling kita, menjadi iktibar buat kita semua di dalam memelihara kesejahteraan hidup dan kemerdekaan.

Harapan aku, mudah-mudahan hari kemerdekaan kali ini kita sambut dengan penuh kesederhanaan dan memanjat kesyukuran kepada Allah SWT.

"Marilah merdeka daripada kejahilan, kebathilan, kezaliman dan hutang-piutang!".

3 comments:

Anonymous said...

salam sahabatku..
teringat teman kat kata sorang sahabat...kata beliau "50 tahun kita merdeka dari penjajahan british dan 50 tahun kita masih dijajah oleh sistem tinggalan british"..moh kita fikir n renungkan kata sahabat teman tu..

abu_ateif

Anonymous said...

akom sahabat..
menitik ayaq mata tengok slide kat pangkoq tu...mmg best kalau reunion kita jadi kat tempat yang kita pi riki tu...buat sahabat2 yang masih was-was nak p ke idak aku nasihatkan putuskan cepat2 takut nanti nyesai tak sudah...menabunglah dari sekarang supaya projek yang kita rencanakan tu menjadi kenyataan hehehe..

cikguizzuddin

marn said...

wsalam buat abu_atief...

Ya!! aku setuju pandangan untuk menabung. Bukan sekadar menabung untuk pergi ke Pangkor, tapi juga menabung untuk bagi bantuan kemasyarakatan. Banyak aku tengok yang dok bekerja untuk kerja2 kemasyarakatan ni, orang yang tak ngaji agama. Kerja amal banyak, sayangnya pengisian tiada. Renung2kan.