Pages

Solat Time

Wednesday, December 9, 2009

Gula oh gula

Assalamualaikum..

Selamat mengisi musim cuti dengan penuh cermat. Musim cuti ni, walaupun hampir hari-hari hujan, tidak membantutkan usaha murni ibubapa untuk menghabiskan masa bersama anak2 tersayang. Ada yang tak menang tangan memenuhi jemputan kenduri. Macam aku, dah dua minggu berturut-turut sibuk dengan jemputan kenduri.
Dua minggu sudah, aku dikhabarkan oleh seorang teman mengenai harga gula yang berkemungkinan untuk naik. Tapi, Alhamdulillah kerajaan dah umum takkan menaikkan harga gula dalam masa yang terdekat. Besar kemungkinan ianya dinaikkan memang tak dapat dielak. Sama ada gula memang betul-betul kurang untuk memenuhi permintaan pasaran pada hari ini ataupun aktiviti menyorok stok gula, itu seharusnya diberikan perhatian yang ketat oleh pihak yang berwajib.

Dalam kekalutan teori kekurangan gula, saban hari ada saja kes baru tentang penyakit kencing manis. Semua maklum akan penyakit ni. Kalau darah manis dikaitkan dengan pengantin baru, kencing manis langsung tidak ada kena mengena dengan pengantin baru kecualilah pengantin baru tu memang pengidap kencing manis.

Kencing manis ni berpunca daripada tabiat buruk pengidap yang tidak menghiraukan paras gula dalam darah. Selalunya gula memasuki sistem tubuh badan melalui pemakanan dan minuman yang diambil. Pengambilan gula yang berlebihan akan menyebabkan seseorang itu boleh dijangkiti penyakit kencing manis. Satu penyakit yang berbahaya bukan sekadar kepada tubuh-badan/nyawa, malahan juga kepada wang ringgit yang bukan sedikit. Bukan tempoh yang singkat untuk menyembuhkan diri bila terkena jangkitan penyakit ni. Sayugia diingatkan, penyakit kencing manis ni memang boleh diwarisi.
Dan yang sedihnya, ada di antara sahabat2 kita yang mengidap penyakit kencing manis yang kronik. Antaranya; Nur Hisan yang sudah memotong jari kakinya. Sekarang terlantar di Hospital Sg. Siput. Dan yang terbaru ialah si Saiful Asri. Kini terlantar di Hospital UKM, Cheras. Semalam, dia sudah selamat menjalani pembedahan yang membuang daging yang membusuk di bahagian anak betis sebelah kiri kakinya. Aku bersama Yusrin dan Jamil sempat menziarahinya. Kalau ada sesiapa yang berkesempatan untuk menziarahinya, bolehlah berbuat demikian. Ditempatkan di katil # 18, wad 4F, Tingkat 4, HUKM. Masa melawat ialah dari pukul 4.30 - 7.00 petang.
Marilah kita sama-sama berdoa agar sahabat-sahabat kita yang sedang melalui proses ujian yang amat berat ini, agar sentiasa tabah dan redha dengan ujianNya. bulatkan tekad dan niat kita untuk mengelakkan diri daripada mendapat penyakit seperti ini.
Nasihat buat diri aku dan kawan-kawan, kurangkan pengambilan gula sehari2an dan beriadahlah untuk kesihatan tubuh badan.

3 comments:

marn said...

Ada nak buat tabung derma kilat tak untuk sahabat-sahabat yang sedang melalui ujian?

Anonymous said...

Salam ...

udah lama aku tak jengok blog ni . Aku doakan semoga sahabat kita Hisan N Asri sihat walafiat walaupun penyakit yang dihadapi tu berat rasanya . Sape yang tak risau N gelabah kalu dah confirm paras gula dalam darah tinggi .

Macam crite sahabat aku ni ... bila dia tahu paras gula tinggi dlm darah darahnya , terus dia berpantang dan berlarang tolak semua benda yg manis , la ni paras gula plak kurang . Asyik letih dan tak bertenaga .

So .. pada teman2 sekalian jg ler kesihatan diri .

Adios SPEKI

abuateif said...

sedih dan seghio aku tgk gambo n dengo cita potong memotong ni...kita yang masih normal ni harap2 beringat la yer...ada kambination kot?