Solat Time

Thursday, November 5, 2009

Selamat Menunaikan Ibadah Haji

Assalamualaikum..

"Selamat Mengerjakan Haji'. Buat para jemaah haji, moga haji kalian mabrur dan diterima Allah SWT.

Bersempena dengan cuti sekolah yang bakal tiba, aku juga mengucapkan 'Selamat Bersedia Menyambut Cuti Sekolah'. Maka, berakhirlah sesi persekolahan '09-10'. Tahun depan ada di antara kita yang akan mula menghantar anak2 mereka ke sekoah rendah dan menengah.

Macam-macam perancangan telah diatur. Ada yang nak pergi bercuti-cuti Malaysia. Ada yang balik kampung. Nak pergi buat umrah tak bleh. Sebab kerajaan Saudi tutup pintu untuk buat umrah dalam cuti ni. Selalunya tiga bulan diambil masa untuk penyediaan tanah haram menerima kedatang para tetamu umrah selepas berakhirnya musim haji. Alhamdulillah, beruntunglah ada kawan-kawan, sedara-mara yang pergi buat haji tahun ni sebab dapat haji Akbar. Haji Akbar ni maksudnya hari wuquf di Arafah jatuh pada hari Jumaat. Tapi tu tak berapa penting, sebab yang paling pentingnya ialah ibadah haji yang dikira mabrur.

Dan dalam masa kita sibuk membuat pelan percutian, kita juga akan menerima kedatangan 'Eidul Adha' yakni hari Raya Korban. Soalan, siapa di antara kita yang akan buat korban. Insyaallah, tahun ni sekira tiada aral, aku masuk tumpang sekaki buat ibadah korban yang dikendalikan oleh adik aku; Mudir Sekolah Rendah Islam Bistari Darul Mulkan. Siapa-siapa yang nak tumpang sekaki boleh lagi. Satu bahagian tak mahal, cuma RM350/- sahaja. Kalau ada sesiapa yang berhajat, boleh hubungi aku atau adik aku; al-Fadhil Ustaz Jamnul Azizul Rahim ditalian: 019-5672088 untuk maklumat lanjut. Sumbangan daging korban kepada faqir miskin dan mereka yang berhak akan dijalan pada hari Jumaat 27 November 09 bersamaan hari raya pertama.


gambar hiasan
Dewasa ini, sama ada disedari atau tidak, kita selalu memandang enteng akan kepentingan Hari Raya Korban. Kita berlebih-lebih dalam meraikan Eidul Fitri berbanding Eidul Adha. Sedangkan di dalam Islam, Eidul Adha itu adalah hari perayaan yang lebih besar berbanding Eidul Fitri. Jangan salah anggap! Tidaklah bermaksud kita perlu menyambut ala kadar akan Eidul Fitri. Cumanya, kemeriahan Eidul Adha dilihat semakin sirna di dalam jiwa umat Islam berbanding Eidul Fitri.

Cuba perhatikan bahawa bertakbir raya Eidul Adha itu adalah selama 3 hari, sedangkan Eidul Fitri hanyalah sehari. Oleh yang demikian, untuk menghidupkan kembali semangat serta roh di dalam merayakan hari kebesaran Islam, marilah sama-sama kita merenung dan menghayati pengorbanan yang telah dibuat oleh para Anbiya' alaihimussolatu wassalam serta salafus soleh yang meneruskan perjuangan dalam memartabatkan deen yang suci ini.

Mari kita tanya di dalam diri, apakah sumbangan, pengorbanan dan perjuangan kita untuk Allah SWT dan agama pada hari ini, semalam dan esok hari.

22 comments:

marn said...

korban jalanraya nak kira gumana eh?

Mart said...

santai habis kambem tu... err biler nk pekena kamben...

marn said...

ni kira nak lepas dendam seusia dunia la ni dek kerana makan tak best ataih sutuh (bumbung) itu hari?

aku no hal punya. habaq kata mau ja. lagipun dah lama tak pekena. rasa geram pun ada..

abu_ateif said...

man...aku simpati dengan nasib yg menimpa hang...hari tu sembang ngan hang ttg kerancakan bisnes hang...tup tup dok keluaq cita kedai hang kena masuk harami...sabaq la..aku suggest hang baca la pendidnding ayat quran ka hadith ka...tak cukup ngan grill pedai ayam ja man...ka lagu mana?

mart said...

Tu la sepasai.. pegi dgn bini duk mkn ayam ja.. pi ngnan bdk sekolah arab pon mkn ayam gak separuh pulak tu kongsi 4 mana cukup abg ali oiiii kita mai istiqamah la berkamben nih....

Ahmad Fariz Jalaludin said...

Salam kepada semua,

Aku mewakili abah aku untuk menjemput sahabat semua untuk menghadiri walimah adik perempuan aku pada ketentuan berikut:-

Tarikh :- 5 Disember 2009
Hari :- Sabtu
Tempat :- 122, Lorong Jelutong,
Kg.Jana Sambungan 34600
Kamunting, Taiping, Perak

Kehadiran sahabat2 amat dialu2kan.

Sekian, wassalam.

abu_ateif said...

walamak cam menarik jer iklan dari fariz tu...amacam ada konvoi ka nak p kenduri tu,,jgn lupa ajak aku sekali na hahhaa

Mart Zeni said...

Memang menariks tapi barang diingat bulan 12 ni berjuta org kawin (labon).. kalu tak bersilang dgn mana2 kenuri di sebelah sini insyallah aku hadir....

Anonymous said...

Jemputan untuk sahabat2 dan keluarga tau. Hangpa mai 1 bas pun tak pa aku sudi menerima kehadiran hangpa.

fariz..

marn said...

InsyaAllah aku pi kalau tadak aral melintang pukang.

Macam menariks ja. bleh buat mini gathering kat kaki bukit larut. muahahahahaha...

Mart said...

adoi hai.. 5 ribulan tu geng bini aku lak buat perjumpaan kat KL... terpaksa turun Tepen dgn Syapaneh, ka gumana...

marn said...

dah lama tak lepak rawsha sambil tak pekena madghutos.. cumanya dia punya shawarma tak best langsung..

marn said...

aku lapaq kinafah samashawarma arobi..

MART said...

Bagitau mai bila? Tok Guru punya pasai a'la roksi...

marn said...

kinafah tu bleh la hunggaq2 bleh dapat. shawarma arobi tu yg payah tuh.

abu_ateif said...

menjelejeh ayo lio teman baca hampa dok sembang makanan arab jer...teman mmg lama dah sabo menahan nafsu makan nasi arab ni...hujung tahun cuti2 sekolah nanti teman nak lepak ngan kaki2 nasi arab pekena kambin hahhaa...marn,,,ok gak kita buat mini gathering kat kaki bukit larut tu...sambil tu leh pekena mi udang mak piah

MArt Zeny said...

Mee udang mak piah mana pulak nih.... ni yg buat gatai hidung aku nih...

marn said...

mee mak piah mana pulak dah? aku dah lama tak ricky2 kedai makan kot2 area tepen tuh. musykil gak aaa...

apa2 pun, menariks bila jumpa tepi kaki bukit tu. sambil2 layan kera-kera lepas bebas. aduhai... syahdunya tepen, my sweet hometown.

abu_ateif said...

laaaaaaaaa tu la hampa tak tau...la ni mi udang mak piah paling menyengat...biasa lepas makan kompom teghoyak punya pasai sedap tak terkata...tak masuk tv pun...nanti leh kita pekena

marty said...

ok raya nanti leh pekena...

marn said...

ni gaya promo macam kena bayaq ja nih... ada kosong lagi ka part time tlg promo?

mart said...

tak habis2 nak cas... tang nak promote makanan melayu islam se malaysia pon nk cas jugak... mmg mat cas la hang nih...