Solat Time

Friday, November 20, 2009

Doa di dalam khutbah Jumaat

Assalamualaikum..

Dewasa ini kita melihat bahawa umat Islam Malaysia mengangkat tangan ketika khatib membaca doa di dalam khutbah. Aku berasa terpanggil untuk menjelaskan bahawa mengangkat tangan ketika khatib membaca doa di dalam khutbah adalah merupakan amalan bid'ah yang sudah berakar umbi di dalam masyarakat pada hari ini.

Sama-sama kita menilai apakah amalan kita berlandaskan ilmu dan sunnah ataupun sekadar mengikut (bertaqlid) masyarakat yang serba jahil.

Umumnya, mengangkat tangan ketika berdoa' ini sunnah. Ini berdasarkan hadith Nabi saw, sabdanya :


إِنَّ اللَّهَ حَيِيٌّ كَرِيمٌ يَسْتَحْيِي إِذَا رَفَعَ الرَّجُلُ إِلَيْهِ يَدَيْهِ أَنْ يَرُدَّهُمَا صِفْرًا خَائِبَتَيْنِ

"Sesungguhnya Allah yang Maha Mulia, apabila hambanya mengangkat tangan kepadanya, Dia tidak akan menolak dengan tangan kosong" - Riwayat At-Tirmidzi no: 3556, dikelaskan sebagai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih at-Tirmidzi.

Akan tetapi, mengangkat tangan semasa berdo'a di dalam Khutbah Jumaat bagi Khatib bukanlah sunnah untuk mengangkat tangannya. Ia hanya disunnahkan menunjuk dengan menggunakan jari telunjuk. Malah para sahabat mengutuk dan melarang khatib mengangkat tangan ketika berdo'a.

Imam Muslim (874) dan Abu Daud (1104) telah meriwayatkan :

عَنْ عُمَارَةَ بْنِ رُؤَيْبَةَ أنه رَأَى بِشْرَ بْنَ مَرْوَانَ عَلَى الْمِنْبَرِ رَافِعًا يَدَيْهِ (زاد أبو داود : وَهُوَ يَدْعُو فِي يَوْمِ جُمُعَةٍ) فَقَالَ: ( قَبَّحَ اللَّهُ هَاتَيْنِ الْيَدَيْنِ لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يَزِيدُ عَلَى أَنْ يَقُولَ بِيَدِهِ هَكَذَا وَأَشَارَ بِإِصْبَعِهِ الْمُسَبِّحَةِ

"Dari 'Umaarah ibn Ru'aibah melihat Bishr ibn Marwaan ketika diatas mimbar mengangkat tangan (Abu Daud menambah: Apabila melakukan do'a pada hari Jumaat), dan berkata: 'Semoga Allah menjadikan hodoh kedua-dua tangan. Aku melihat Rasulullah SAW tidak menambah apa-apa melainkan seperti ini dengan tangannya dan mengisyaratkan dengan jari telunjuknya."

Imam Al-Nawawi mengatakan :

فِيهِ أَنَّ السُّنَّة أَنْ لا يَرْفَع الْيَد فِي الْخُطْبَة وَهُوَ قَوْل مَالِك وَأَصْحَابنَا وَغَيْرهمْ .

"Ini menunjukkan bahawa adalah sunnah TIDAK mengangkat tangan semasa berkhutbah dan ia adalah pandangan Malik dan yang lain-lain."

Ma'mum juga tidak digalakkan mengangkat tangan semasa Khatib membaca do'a, kerana ma'mum mengikut Imam.

Akan tetapi jika Imam berdo'a agar diturunkan hujan pada hari Jumaat semasa beliau di atas mimbar, maka adalah menjadi sunnah mengangkat tangan dan begitu juga keadaan ma'mumnya, disunatkan mengangkat tangan.

Muhaddith Sheikh Nasyiruddin Al-Albani di dalam buku Bida' Al-Jumu'ah (ms 56-66)[1] telah menyatakan bahawa mengangkat tangan :

(دعاء الناس ورفع اليدين عند جلوس الإمام على المنبر بين الخطبتين)

a. semasa Imam duduk di antara dua Khutbah (no:42)

(رفع القوم أيديهم تأمينا على دعائه)
b. semasa ma'mum mengaminkan do'a khatib (no:63)
merupakan bid'ah-bid'ah yang biasa dilakukan oleh ma'mum yang menghadirkan diri di dalam solat Jumaat.

Beberapa ulama' mengatakan bahawa adalah menjadi kesalahan orang-orang yang bersolat mengangkat tangan mereka bagi mengaminkan do'a Imam, dan disebut oleh Ibnu Abidin (Khaasiyah Abidin 11/143), sesungguhnya jika mereka melakukannya maka mereka dosa ke atas yang sahih[2]
(إنهم إذا فعلوا ذلك أثموا على الصحيح).

Begitu jugalah halnya kepada mereka yang mengangkat tangan mereka tatkala Imam duduk di antara 2 khutbah.

Berdo'a di dalam Khutbah Jumaat adalah disyara'kan thabit dari Nabi SAW di mana baginda mendoa'kan ke atas mu'minin dan mu'minat. Di dalam Fatwa no:6396, Fatwa Lajhah Daa'imah LilBuhtuth Al-Ilmiyah wa Al-Ifta' (8/233) mengatakan bahawa menyebut 'Amin' pada do'a tidaklah mengapa[3].
(أما التلفظ بالتأمين على دعائه فلا بأس به؛).

Kesimpulannya ialah mengangkat tangan untuk berdo'a semasa Imam duduk antara 2 khutbah dan juga semasa Imam membaca do'a tidak terdapat di dalam syara'. Malah ulama' mengatakan ia adalah perbuatan bid'ah. Do'a boleh dibaca semasa Imam sedang duduk di antara 2 khutbah dengan secara perlahan (sirr) tanpa mengangkat tangan dan menyebut 'Amin' secara perlahan semasa Imam membaca do'a.

Wallahu 'alam

Rujukan :
1. Sheikh Nasyiruddin Al-Albani. Bida' Al-Jumu'ah . Riyad : Maktabah Al-Maa'arif, 1996.
2. Abu Abidah Mashyur bin Hassan bin Sulaiman. Al-Qaul Al-Mubin fi Akhta' Al-Musolliin. Damaan : Dar Al-Qayyim, 1996. ms. 380.
3. Faatwa Lajhah Daa'imah LilBuhtuth Al-Ilmiyah wa Al-Ifta' - 8.cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'id, 2000.

13 comments:

marn said...

apa komen hangpa tentang perkara nih?

abuhusnie said...

Salam,

Aku sependapat dengan ulama muhaddithin yang mengatakan tidak perlu mengangkat tangan semasa khatib membaca seolah2 doa, tetapi ia bukanlah doa yang sebagaimana ramai orang faham.

Adab berdoa mestilah dimulakan dengan pujian terhadap Allah swt dan diikuti dengan selawat ke atas kekasihNya Muhammad saw.Kemudian dikuti permintaan hamba terhadap Khaliq dan seterusnya ditutup dengan selawat semula dan pujian terhadap Khaliq.

Tetapi yang kita dengar di dalam khutbah yang kedua itu, tidak ada kaifiat adab berdoa, cuma sekadar khatib menyebut kalimah seakan berdoa. Jadi tak perlulah mengangkat tangan dibolehkan kita mengaminkannya sahaja secara sirr.

Ketika khatib berkhutbah dilarang sama sekali kita berkata2 walaupun membaca al-Quran ataupun berzikir. Yang boleh diucapkan ketika khatib berkhutbah hanyalah 'selawat' sahaja. begitu besarnya fadhilat selawat ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad saw.

Wallahu a'lam...

Mart said...

Apa hikmahnya? Aku mmg la x angkat tgn tp sbb nya aku dh lupa sbb dulu masa ader tok guru mai ceramah zuhur kt surau opis dh habaq.. tapi bila kat msjd aku ingat 90% angkat tgn.. tp itu perkara kecik jer nk dibandingkan dgn puak yg suka bersembang dr mula khutbah sampai ler nak semayang.. gaya bukan main siap bersampin bagai.. tp bila sembang gelak sakan... sian depa kan

Anonymous said...

Menarik juga tajuk ni.

Teman ada round2 dlm internet ni dan jumpa info ini. Lihat di sini:

http://jomfaham.blogspot.com/2009/09/hukum-mengaminkan-doa-khatib-dan.html

Perkara ini khilaf ke apa teman pun tak sure.

Hari tu solat Jumaat kat Masjid Putra ni, Jamil Khir yang baca khutbah pun angkat tangan juga (hangpa mesti cakap ulama' UMNO mmg bodo tu yg jadi mcm gitu heheh)

Adapun perkara yang Mart sebut tu, sebenarnya isu itu (bercakap berbual masa khutbah) lebih tenat dan umat manusia Islam di Malaysia ni. Tido masa khutbah. Masa khutbah org dok sibuk nyekik cendoi le, nasik beriyani le kat tepi masjid dengan muka sadin je. Bersidai2 tepi masjid dok isap rokok semasa khutbah. Khutbah yang bosan dan kadang2 berbunyi terlalu poyo (karangannya tak sedap dan tidak realistik untuk masyarakat) dan macam2 lagi.

Pandangan teman je.
Later.

Anonymous said...

Voila! bila bincang bab angkat tangan masa masa khatib baca bacaan seolah-olah doa dalam khutbah, tarus tak bleh nak terlepas pandang perihal perbuatan menyembang masa khatib berkhutbah.

Perbuatan angkat tangan masa khatib baca doa tu adalah perbuatan orang-orang yang jahil. Begitu juga dengan bercakap, makan-minum, merokok, berSMS, baca surat khabar dan apa jua perbuatan selain mendengar khutbah adalah amalan orang-orang jahil.

Maka yang demikian itu, kita yang dah paham dan tahu, kena salurkan maklumat ni kepada AJK Masjid tempat masing-masing supaya menyampaikan maklumat dan peringatan kepada para jemaah. Kalau mampu, kita sendiri yang tegur apa patut lepas atau sebelum hkutbah tu bermula. Hat ni rasanya ramai yang tak sanggup.

Sama-samalah kita beramal keran Allah dan agamaNya.

Marn

Anonymous said...

Inquire in the air Our Dreary Prices at www.Pharmashack.com, The Peculiar [b][url=http://www.pharmashack.com]Online Dispensary [/url][/b] To [url=http://www.pharmashack.com]Buy Viagra[/url] Online ! You Can also Learn up Mammoth Deals When You [url=http://www.pharmashack.com/en/item/cialis.html]Buy Cialis[/url] and When You You [url=http://www.pharmashack.com/en/item/levitra.html]Buy Levitra[/url] Online. We Also Comprehend a Mammoth Generic [url=http://www.pharmashack.com/en/item/phentermine.html]Phentermine[/url] On account of Your Foodstuffs ! We Hawk Cite earmark [url=http://www.pharmashack.com/en/item/viagra.html]Viagra[/url] and Also [url=http://www.pharmashack.com/en/item/generic_viagra.html]Generic Viagra[/url] !

Anonymous said...

Predilection casinos? enquire about this innocent [url=http://www.realcazinoz.com]casino[/url] refer to and play online casino games like slots, blackjack, roulette, baccarat and more at www.realcazinoz.com .
you can also persist in our up to appendage [url=http://freecasinogames2010.webs.com]casino[/url] advice at http://freecasinogames2010.webs.com and be heiress to in underlying compressed spondulicks !
another swaggerer [url=http://www.ttittancasino.com]casino spiele[/url] impede of events is www.ttittancasino.com , nearly than of german gamblers, blurt in pageant in magnanimous online casino bonus.

Anonymous said...

prepositor payment all to lay eyes on this disencumber of grade [url=http://www.casinoapart.com]casino[/url] perk at the greatest [url=http://www.casinoapart.com]online casino[/url] grandstand a endanger with 10's of redone [url=http://www.casinoapart.com]online casinos[/url]. effects [url=http://www.casinoapart.com/articles/play-roulette.html]roulette[/url], [url=http://www.casinoapart.com/articles/play-slots.html]slots[/url] and [url=http://www.casinoapart.com/articles/play-baccarat.html]baccarat[/url] at this [url=http://www.casinoapart.com/articles/no-deposit-casinos.html]no present away casino[/url] , www.casinoapart.com
the finest [url=http://de.casinoapart.com]casino[/url] against UK, german and all unambiguously the world. so in famous for of the choicest [url=http://es.casinoapart.com]casino en linea[/url] baulk us now.

Anonymous said...

You could easily be making money online in the underground world of [URL=http://www.www.blackhatmoneymaker.com]blackhat script[/URL], Don’t feel silly if you have no clue about blackhat marketing. Blackhat marketing uses little-known or little-understood avenues to produce an income online.

Anonymous said...

[url=http://www.23planet.com]online casino[/url], also known as arranged casinos or Internet casinos, are online versions of important ("confrere and mortar") casinos. Online casinos approve gamblers to assess as subdivide in and wager on casino games with the grant-money the Internet.
Online casinos superficially invite odds and payback percentages that are comparable to land-based casinos. Some online casinos upon higher payback percentages with a split deficiency car games, and some magnificence upon known payout bit audits on their websites. Assuming that the online casino is using an correctly programmed unspecific innumerable generator, gaming-table games like blackjack call for an established frontier edge. The payout distribute up so-called looking for these games are established by the rules of the game.
Numerous online casinos sublease or obtaining their software from companies like Microgaming, Realtime Gaming, Playtech, Supranational Accomplish the inevitable Technology and CryptoLogic Inc.

Anonymous said...

I all the time emailed this webpage post page to all
my associates, since if like to read it next my contacts will too.
Feel free to visit my homepage : online casino for usa

Anonymous said...

I like the valuable info you provide in your articles.
I will bookmark your blog and check again here regularly.
I am quite sure I will learn many new stuff right here!
Good luck for the next!
Here is my blog ... usa internet casinos

Anonymous said...

Hi! This is kind of off topic but I need
some advice from an established blog. Is it tough to set up
your own blog? I'm not very techincal but I can figure things out pretty quick. I'm thinking about setting up my own but I'm not sure where to begin. Do you have any tips or suggestions? Appreciate it

my site: http://defcaringuniverse.nfshost.com/wiki/index.php/Index.php