Solat Time

Tuesday, September 8, 2009

Jom Iftor di Ipoh dan sumbangan derma

Assalamualaikum..

Selamat berpuasa dengan riangnya. Alhamdulillah, tanpa kita sedari dok tak dok dah separuh Ramadhan kita lalu. Apa macam report card tahun ni? Harap2 semuanya lulus ujian puasa.

Terima kasih tidak terhingga buat Abu Atief aka al-Fadhil Ustaz Zaki bin Yusof yang sudi menjadi tuan rumah untuk majlis Iftor Jamaei peringkat kebangsaan yang akan diadakan di rumah baru beliau yang terletak di Meru Jaya, Jelapang. Untuk makluman semua, majlis adalah seperti berikut:
  • Majlis : Iftor Jamaei Komuniti87 Peringkat Kebangsaan
  • Tarikh : 12 September 2009 (Sabtu malam Ahad).
  • Masa : Time berbuka la (kalau bulih, mai la awai skit, sejam sebelum berbuka).
  • Tempat: 176, Jalan Meru Impian 4, Halaman Meru Impian (Anastoria Home), Bandar Meru Raya, Jelapang.
  • Konsep : Kasual menutup aurat dan Potluck (potluck ni buat mereka yang taktau ialah lauk@hidangan bawak mai sorang sikit, kita faraidh sama-sama time iftor, ada paham?)
  • Juadah : Yang halalan thoyyiban serta sedap.

Sebarang pindaan akan diberitahu kelak. Tahniah dan syabas buat Abu Atief kerana sudi jadi tuan tanah kedaung untuk iftor tahun ni. Moga Allah SWT merahmati kita semua dan memurahkan rezqi. Tahun depan kita pikiaq lain. Mungkin ada sapa-sapa yang nak masuk rumah baru, boleh la buat tawaran.

Dan ada satu pengumuman yang aku nak buat di sini:

Sumbangan Derma/Dana/Bantuan untuk: Program Tahlil, Tazkirah, Iftor dan Penyampaian Sumbangan Kepada Anak-anak Yatim dan Faqir Miskin

  • Tarikh : 11 September 2009
  • Masa : 6.00 petang
  • Tempat: Sek. Ren. Bistari Darul Mulkan
  • Agenda : Majlis Tahlil dan Tazkirah, Iftor, Solat Maghrib/Isya' serta solat Tarawih dan Penyampaian Sumbangan untuk anak-anak yatim dan faqir miskin.

Semua sumbangan yang ingin dihulur, boleh disalurkan melalui akaun bank Maybank: 558051003659 atau hubungi al-Fadhil ust. Jamnul Azizul Rahim (mudir) di talian 05-8471167 @ 019-5672088. Segala pertimbangan, bantuan, sumbangan dan kerjasama anda didahului dengan ucapan Jazakumullahu Khairal Jaza'.

Marilah kita sama-sama memperbanyakkan ibadah sedekah di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Fadhilat Bersedekah:
1. Hadith daripada Abu Hurairah r.a, katanya: Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: “Jangan kamu tolak orang yang meminta walaupun dia kafir.” Kata seorang sahabat: Ya Rasulullah! Bahawa kami bersedekah dengan sesuatu dari harta kami kepada orang kafir. Jawab Nabi: “Bahawa mereka adalah makhluk Allah, sebenarnya sedekah itu jatuh pada tangan kudrat Tuhan yang Rahman.”

2. Sesungguhnya orang-orang yang soleh itu sifat mereka sangatlah pemurah seperti firman Allah SWT: “Dan mereka memberikan makanan yang baik kepada orang miskin dan anak yatim dan orang tawanan” (Ad- Dahr: 8).

3. “Sedekah itu memadamkan dosa seperti air yang memadamkan api” (hadith Sahih riwayat at-Tirmidzi no. 609 dan Nasaie, Ibn Majah).

13 comments:

Ayer ketum itu haram said...

Geng kl yang insyaAllah akan meghadirkan diri ialah aku dan mart szeini secara arbaei memandangkan bini memasing tak dapek nak join.

Yang lelain tu sangap ja... aku taktau jadi apa dengan kawan2 kl yg lain. Sibuk beribadah barangkali (cuba berhusnu zhon.

Anonymous said...

Salam ..

Aikkk orang Kl tak ka berdua ajer kot . Kalu gitu ler , orang2 blah perak ni kena datang ler ramai-ramai coz iftor jamaie ni merangkap kenduri masuk baru Abu Atief . Konfem lepas ni tak dak lagi kenduri masuk rumah baru .

Abu Atief jgn lupa bagi alamat N plan nak rumah hg . Bukan aper takut-takut ader golongan yg berbukak posa kat restoran tomyam lak nanti .

Ada tentatif program kaaa . Coz aku akan mai tapi .... ???? aku kena ada kat masjid kg aku semula jam 10.00 malam .

Amacam yg lain .


Adios SPEKI

abuhusnie said...

Salam,

Aku insya Allah pi kot, kebetulan tak de ape2 hal malam tu. Lagipun Mr. Presiden kate Iftor Jamaie Peringkat Kebangsaan, ghugi kolo tak pegi.

Ghubin, hang kena iklankan kat radio dan tv atau tempah banner agar ramai ke ghumah abu atief.

Marnolito said...

Muahahahahahah.. hampeh punyo Abu Husnie..! Muahahahaha.. ni mau PM sama MB haram jadah Perak terhegeh2 nak tumpang toi skali mai bukak posa di umah abu Atief ni kalau aku boh iklan dlm tv sama radio.

Aba Husn! Hag ajak la si Yusri tu mai join skali. Dan aku dok tunggu alamat sama plan ke rumah abu Atief ni. Kang macam speki cakap la, ada jugak yang bukak posa di kedai tomyam.

ARAK ITU NAJIS

abu_ateif said...

Salam kengkawan…
Kengkawan kat ipoh ramai yang aku dah kontek…diorang semua kata boleh mai kecuali alfadhil tn hj shukri mat isa beliau ada jemputan berbuka bersama sultan perak di kuala..zamri aku tak tau la dia mai ke idak hahahaha.
Mmg digalakan kengkawan bawak lauk sorang ckit…tn rumah sediakan nasi,ulam-ulaman,buah2an segar tempatan…kambin tak leh nak janji la pasal kat ipoh ni bekalan kambin terhad hahahaaa…tapi kalau kengkawan yang dari kl nak bawak kambin…tempat bakar n arang dah sedia menanti..habaq mai ja.
Aku cadangkan pgrm hari sabtu ni seperti berikut:

7:20-7:29 : berbuka ngan kurma n air manis
7:30-7:44 : sembahyang maghrib berjemaah
7:45-8:45 : upacara makan nasi beramai2 bersama lauk2 yang dihidangkan
8:46-9:30 : sembahyang isyak dan teraweh berjemaah berimamkan sohibus
Samahah bekas kadi besar bt gajah alfadhil ustaz fakhrul zaman
Al-fariti.
9:31-sampai penat : sambung mentah kedaghah n minuman panas.

Aku galakkan kengkawan datang bawak sejadah pasal sejadah kat umah aku tak berapa nak cukup hahahhaa…sapa2 nak ejas draf pgrm di atas aku persilakan ..nak tambah boleh nak kurang tok sah kot..

Pgrm ni semata2 iftor jamaie utk komuniti kita tak dikira sekali kenduri masuk umah baru…kenduri masuk umah baru nanti aku buat lain…lagi pun aku tak pindah secara rasmi lagi…nanti aku buat kenduri masuk umah aku jemput lain hahahaha..

Alamat umah aku adalah seperti berikut:

176,jalan meru impian 4,halaman meru impian (anastoria home),Bandar meru raya,jelapang.
Umah aku dari haiway jelapang boleh nampak…ambek jalan nak menuju ke chepor or chemor isyallah sampai.

Ok kengkawan aku dengan rendah hatinya jemput hampa semua ke rumah aku sabtu ni utk jayakan pgrm komuniti kita..jumpa di sana di sana.

marn said...

aku tgk dalam google haram takdak pun area umah hang tu. biaq btui abu atief oi?!

area umah hang tu kalau dari kl, aku keluaq tol jelapang dan kat trefik lait cabang tiga tu aku ambik kanan la jalan chemor tu kan?

Lepaih tu? teruih aku los dan x faun akan rumah hang tu.

Anonymous said...

Salam ....

Haaaa ! Haaa ..salah ler tekaan aku tu . Terima kasih ler kat abu atief kerana lepas ni ada kenduri lg katanya . Ehhhh , malam tu tak boleh ker kita ramai2 pakat dengaq tazkirah dari AlFadhil Timbalan Mufti Perak Sheik Kamaruddin Adam .

Setahu aku ler ( Kalau salah Abu Atief tolong betulkan nanti sesat plak kengkawan ) rumah abu atief ni , kalu dari hiway ( sama ada dari utara atau selatan ) adalah jalan keluar untuk menuju ke Pejabat KDN atau bangunan senget kat sebelah hiway tu . Kalu betoi laaa... geng dr KL tak boleh amik laluan terus KL-Kuala Kangsar , Penang , kerana laluan tu telah melepasi exit untuk ke rumah Abu Atief tu .

Jadi hang pa kena bayar tol kat Ipoh Selatan . Lepas tu terus drive . Sebelum tol Jelapang hangpa akan nampak fly over ( Exit Kiri ) . Hangpa naik Fly Over sebelah kiri tu . Kat trafik light tu hangpa turn kanan bila lampu hijau ( kalu lampu merah aku tak jamin selamat la ). kalu hangpa tak turn kanan n terus maknanya nak ke utara laaa.

Teruskan perjalann hingga hangpa jumpa area perumahan . Yg pastinya jgn sampai ke hujung simpang kerana yg tu laluan nak ke jelapang ( kiri ) chemor atau chepor ( Kanan ) .

Kalau Salah sori lah bebbbb

Sekian adanya ....

SPEKI

abu_ateif said...

AKOM SAHABAT...
ada ada kontek sohibus samahah din adam hari tu...dia kata munkin dia tak leh join berbuka pasal ada pgrm sumbangan zakat utk geng2 muallaf tak silap aku tapi beliau akan join kita selepas solat terawih insyallah.

betul la kata si meor tu cara2 nak p umah aku...kalau dari kl keluo kat ipoh selatan la kalau tak kena u turn kat kuala kangso la jawabnya hahahaa....sebelum exit ke jelapang tu ada fly over kat trepit lait ambek kanan n then terus jer...dalam 200 meter dari trepit lait tu hampa akan jumpa umah aku belah kiri...ANASTORIA HOME tu penting krn ada 2 halaman meru impian....kalau yang mai dari tepen pun sama lepas bayaq tol ambek fly over ke kiri...kalau dari chemor ambek jalan nak ke haiway pas tu lepas umah kedai umah aku belah kanan...paham kot hahahaa.

arshad aku ade ajak...katanya dia nak datang ngan sopi...tak tau la sampai ke idak hahhaa...shamsul syuib aku tak dak no dia...azmir aka meme kata nak datang n dia cuba kontek syamsul syuib.

pada member2 yang dok jauh nak bermalam kat umah aku tak dak masalah...tempat tidur n sahur ditanggung berehhhh

marn said...

Ye la.. aku lupa akan adanya flaiober baru tarus ke area perumahan anatolia hang tu. Senang sangat la kalo macam tu. Aku memang dah suspek akan letak duduknya rumah hg di situ abu Atief oi. Cumanya tak kondifen. Tu yang nak kepastian yang sebelumnya tidak pasti.

So, insyaAllah aku dan rerakan from kl akan join majlis tu. Sepul Asri katanya dah kompem join. Yang lain ada majlis masing2. kita buat mana yang ada je la. Cuma harapan besaqnya supaya geng2 ipoh kena kasi hangat la majlis malam tu.

Tentatif program tu pun kalo nak tambah macam Speki cadangkan tu pun kira ok gak. Mintak si Din Adam bagi tazkirah sikit dan maklumat terbaru isu Perak. Ka gumana? Kami ni dah makin lost sebab maklumat makin lama makin tak leh percaya.

abu_ateif said...

tazkirah dah selalu dengo kot hahaha...apa kata kita sembang pasal isu2 semasa sambil mentah kedaghah apa yang berbaki...tapi kalau ada sapa2 nak voluntier bagi tazkirah apa salahnya...hari tu aku aku nak mintak shukri tapi beliau tak dapat nak bersama kita malam tu...din adam tak pasti leh sampai bila ke lokasi iftor jamaie.

marn said...

speki, kot belah kati takkan tadak kamben kot?

ed taiping said...

Tazkirah aku ghase buat tak pe tak buat pun tak pe pase semua ustaz belake. Yang penting kite sembang pase isu2 semasa sambil mentah kedaghah. Sape2 yang kite ghase sesuai bagi sedikit tazkirah,kite jemput je waktu iftor tu. Pase ramai ustaz malam tu.

Ghubin Hasselholf said...

muahahahaha.. tu la pasainya.. kalau dah semua osetat. muahahahaha.. ramai sungguh osetat malam tu. rasa macam buat iftor osetat united ja.

aku tara papayea... kalo tazkirah tu, tambah la ilmu sket. sebab aku ni bukan osetat. ilmu tak tinggi. kalo nak sesi maklumat terkini dunia malaya, pun ok. tu pun ilmu jugak. muahahahaha..

kamben kat kl ni, aku tak berani nak cakap la. sebabnya time bulan posa ni mmg selalu soldout. apa penyakit tah rg msia time buan posa ja, cukup marah tengok kamben. kira nak tibai makan ja.