Pages

Solat Time

Friday, November 13, 2009

Kisah Cikgu

Assalamualaikum..

Kisah Cikgu Bengong.

Ada seorang guru tadika yg tidak percaya wujudnya tuhan dan dia pun berfikir bagaimana nak brainwash kanak-kanak di tadika tersebut supaya tidak percaya wujudnya tuhan. Dia pun mendapat satu akal...


Guru tadika : Anak2, nampak tak pen ni?

Anak2 : Nampak cikgu.

Guru tadika : Pen ada kan.

Anak2 : Ada cikgu.


Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen tu dalam poket dia, kemudian bertanya lagi..


Guru tadika : Anak2, nampak tak pen?

Anak2 : Tak nampak cikgu.

Guru tadika : Pen ade tak?

Anak2 : Takde cikgu.


Guru tadika : Anak2 nampak tuhan tak?

Anak2 : Tak nampak cikgu.

Guru tadika : Tuhan ader tak?

Anak2 : Takde cikgu.


Guru tadika tadi sangat gembira sebab tujuan dia nak brainwash otak budak-budak tu berjaya. Tetapi dalam ramai-ramai budak tu, ada seorang budak yang pintar, dan dia pun mengangkat tangan...


Bdk A : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?

Guru tadika : Boleh. Mari ke depan.

Bdk A : Kawan-kawan, nampak cikgu tak?

Kwn2 : Nampak.

Bdk A : Cikgu ada, kan ?

Kwn2 : Ada.


Bdk A : Kawan-kawan, nampak otak cikgu tak?

Kwn2 : Tak nampak.

Bdk A : Cikgu ada otak tak?

Kwn2 : Tak ada.


Moral of the story, bila tak nampak, tak semestinya tiada! Sayangi agama kita dengan 'amar ma'ruf dan nahi mungkar, kalau bukan kita, siapa lagi...


7 comments:

marn said...

Ha... buat cigu-cigu dan yang bukan cigu-cigu.. faham tak dengan cerita yang dinaqalkan kepada kita?

Hujah akal kena lawan dengan hujah akal. So, kena ada akai...! Setakat boh ayat quran dan hadis berjela-jela panjang, puak2 yang dok guna akai ni, depa tauk dalam longkang ja ayat2 quran sama hadis nih.

abuhusnie said...

aku setuju sgt kata hang ghubin, pasai puak2 yang guna akai tak boleh kita guna dalil naqli, kena guna aqli jugak, baru kepala hotak depa beghakai.

abu_ateif said...

kena pakai dalil naqli jgk dan diselangi ngan dalil akli...baru depa ada akai...

abuhusnie said...

bila dah beghakai, baru kita guna naqli...

marn said...

kira macam ni la... mengkala ada pendakwah hindu mai baca kitab Veda siap ngan ayat-ayat dalil naqli depa, agak2 kita nak guna pakai dan beriman tak ngan agama depa?

Tu sebab wujudnya ilmu Mantiq. Berserta falsafah2 yunani dan ilmu aqal, aku rasa kalau cukup ilmu2 ni, tak sampai level nak guna ayat-ayat suci dan ahadith. Hat dalil naqli ni, kira ayat peghebah. Buah pemati kata orang.

Skang ni pintu hati manusia tak terbukak. Kena bukak dulu. Memang la kerja Allah Taala yang bukak pintu hati manusia untuk terima kebenaran. Tapi kita kena ada usaha. Kalau tak, toksah dok buat apa la. Tu sebab Rasulullah SAW ambik masa sampai 23 tahun. Tu Rasulullah! Kalau level kita mau makan 123 tahun. Tu pun ada yang tak sabaq dengan dakwah ni.

Begitu jugak dengan hikmah penciptaan alam semesta ni yang Maha Suci Allah ciptakan dalam masa enam hari. Kita pernah pikiaq tak kenapa Allah Taala buat alam ni sampai enam hari? Takkan tak bleh siap kot dengan petik jari ja? Sedangkan Allah boleh buat dalam masa pantas. Kata 'Kun' maka jadilah. Antara 'kaf' dan 'nun' ja Allah boleh buat. Awat sampai enam hari? Letih ka Allah Taala? Tidak sesekali!

Sebenaqnya, Allah Taala nak ajaq kita supaya berbuat sesuatu kerja ni, kena sabaq, ada planning, jangan gopoh-gapah. Kena teliti.

Apa kena-mengena dengan tajuk di ataih? Jawapannya: Kita tak boleh temui Allah Taala hanya dengan sekadar akal yang ada. Kena ada petunjuk. Tu sebab Dia utuskan para rasul AS, untuk ajaq umat masing-masing. Akai dicipta untuk memikir, memuja dan membesarkan Allah Taala. Bukannya lawan Dia balik.

Justeru, dalam berdakwah ni, pendaei kena tambah ilmu saikologi, mantiq dan berhujah guna akal. Bukan sekadar bergantung pada dalil naqli saja.

abuhusnie said...

ana setuju sesangat ya syeikh...

abu_ateif said...

ana tabik kat enta encik ghubin...idea yang cukup bernas macam beras pilihan ramai..tahniah