Solat Time

Tuesday, October 20, 2009

Kita dan Produk Islami

Assalamualaikum..

Bergembiralah wahai umat Islam yang menjaga keimanan dengan bersungguh-sungguh kerana telah dijanjikan Allah SWT akan syurga kepada mereka.

Rentetan komentar yang diberikan dalam posting terdahulu, walaupun ramai yang tidak memberi pandangan dan usul terhadap topik sebelumnya, masih ada yang prihatin terhadap isu yang dilontarkan. Terima kasih tidak terhingga buat sahabat-sahabat yang sudi meluangkan masa.

Maaf dipinta kerana banyak minggu sudah berlalu dan blog ini seolah2 terhenti sejak aku kurang sihat. Maaf sekali lagi buat mereka yang meluangkan masa melayari blog ini dan berasa kecewa bila tiada tempelan baru. Insyaallah, selagi ada kudrat yang diberikan Allah Taala, kita sama-sama memeriahkan blog ini kerana blog ini bukan kepunyaan persendirian. Ianya milik bersama ahli Komuniti87.
Antara contoh produk Islami yang kedapatan di pasaran

Kembali kepada persoalan produk yang dilahirkan oleh syarikat milik umat Islam. Cuba tanya di dalam diri kita; Adakah kita sudah cuba sebaik mungkin untuk menyokong (bukan sekadar di mulut) produk-produk umat Islam? Aku percaya, tidak ramai di antara kita yang bersungguh-sungguh komited dalam memartabatkan produk umat Islam. Sebagai contoh, ubat gigi. Mengikut resam, produk-produk ini susah nak dijumpai di kedai-kedai runcit cina dan sebagainya. Malahan kedai-kedai milikan umat Islam pun kebanyakan kurang mempromosikan barangan konsumer buatan Muslim.

Pernah terlintas dan terpukau dengan kehebatan produk ubat gigi berjenama Mu'min. Sungguh hebat promosinya sehingga boleh menembusi pasaraya mega seperti Tesco, Giant dan Carrefour. Bila aku selidiki, rupanya syarikat ini milikan cina dari Temasik. Dan aku mengambil keputusan untuk tidak menggunakan lagi produk ini kerana aku tak mahu kebersihan dan kesucian dipertanggungjawabkan ke atas non muslim.

Bersambung...

7 comments:

From Kuching with Love said...

assalamualaikum...
betui ka ubat gigi mukmin tokeh ca ya nun alf, aiseyman terpaksa bertuko hok baru pulok doh, any sugesstion

Anonymous said...

Pengalaman Orang Berniaga

Ok teman cerita sikit pengalaman orang berniaga... berniaga pasal pertanian... teman suka pertanian tp hmm tak dan... setakat ni dok cakap boleh le... perniagaannya membuat makanan ikan. Ye org Melayu Islam kita le yg buat ni... tapi main supplier bahan mentah adalah org cha ya nun alif le... Satu hari tu tokey tu tanya apa pasal asyik dok beli (satu jenis bahan mentah ni) banyak sgt sampai 2 tan seminggu(aku lupa nama dia tp rupanya mcm sekam padi kena kisar, bau wangi mcm bau makanan ikan tu le)...

Dia pula terlebih jujur dia bgtau tokey tu gitu gini, tokey tu dtg tempat dia buat makanan ikan tu, hmm apa lg selepas tu tokey tu sanggup berhenti jual benda alah tu ke dia... kesian org tu, jenuh dia mencari source/ pembekal lain bekalkan bahan tu... itu kena kat dia, dia cari jalan lain, kalo kena kat mim laf alif ya wau lain, rasanya mungkin bungkus dah berniaga...

Cuma yg bestnya, org tu cakap kat teman "takpe korang buat aku mcm ni, nanti korang akan tutup kedai...". Anyway, dia tak pakai bomoh le nak tutupkan perniagaan org... dia lawan dgn berniaga le. Jihad ke tak kalo gitu?

Just to share. Numpang semangat.
Later.

Anonymous said...

Assalamualaikum....

Untuk pengetahuan orang Kuching, ubat gigi yang betul-betul halal ada dua saja, ubat gigi HPA & HALAGEL, yang lain tu fikir la sendiri sebelum beli. Kalau nak tau lebih lanjut lagi tanya orang HPA depa ada maklumat yang syarikat ubat gigi Mukmin milik cina. Ubat gigi tu datang dari syarikat LION (Fresh & White)rasa memang sama pack je lain-lain.

Wassalam

LUKMAN

Anonymous said...

Salam ..

Tak de ubat gigi ka .. guna arang kayu ajer
he he he

abuhusnie said...

Gune kayu sugi pun lagi baik. Dapat pahala sunnah lagi.

abu_ateif said...

kena byk sabo nak juang n tolong produk muslim ni...mcm2 cabaran yang kita msing2 tau...so far ubat gg hpa n halagel insyallah ok...yang lain tak leh caya sgt

Anonymous said...

Salam ...

Seronok nengok muka Din Adam kat sesi DUN perak baru-baru ni . siap duduk belakang MB (H) lagi