Sekumpulan manusia yang pernah dan sedang berkongsi pengalaman suka duka sebuah kehidupan yang sementara... Semasa tuan-puan berada di sini, pohon gunakan bahasa yang molek dan manis untuk dikongsi bersama. Kerana bahasa menunjukkan peribadi kita. Terima kasih buat semua...
Thursday, December 31, 2009
Monday, December 28, 2009
Apa cerita kenduri adik Gebox?
Wednesday, December 9, 2009
Gula oh gula
Thursday, December 3, 2009
Jom pi kenduri kahwin
Jom pi kenduri kahwin adik perempuan kepada al-Fadhil Ustaz Fariz bin Hj Jalaluddin di perkarangan rumah Hj Jalaluddin di Kg Jana Tambahan, Kamunting, Perak. Tarikhnya jatuh pada 05 Disember 2009 bersamaan hari Sabtu yang akan datang ni. Jemputan terbuka buat kawan2 Komuniti87.
Aku berharap dapat jumpa kawan2 yang dah lama tak berjumpa di har kenduri tu nanti. Insyaallah, tiada aral, aku sampai di rumah kenduri tu nanti.
Moga Allah Azza wa Jalla temukan kita dengan sebaik2 pertemuan. Jumpa di sana nanti.
Wednesday, November 25, 2009
Hari Raya Korban
Selamat Menyambut Hari Raya Korban aku ucapkan buat semua sahabat. Moga ibadah korban dan amalan kita diterima Allah Azza wa Jalla.
Friday, November 20, 2009
Doa di dalam khutbah Jumaat
Friday, November 13, 2009
Kisah Cikgu
Ada seorang guru tadika yg tidak percaya wujudnya tuhan dan dia pun berfikir bagaimana nak brainwash kanak-kanak di tadika tersebut supaya tidak percaya wujudnya tuhan. Dia pun mendapat satu akal...
Guru tadika : Anak2, nampak tak pen ni?
Anak2 : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan.
Anak2 : Ada cikgu.
Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen tu dalam poket dia, kemudian bertanya lagi..
Guru tadika : Anak2, nampak tak pen?
Anak2 : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ade tak?
Anak2 : Takde cikgu.
Guru tadika : Anak2 nampak tuhan tak?
Anak2 : Tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ader tak?
Anak2 : Takde cikgu.
Guru tadika tadi sangat gembira sebab tujuan dia nak brainwash otak budak-budak tu berjaya. Tetapi dalam ramai-ramai budak tu, ada seorang budak yang pintar, dan dia pun mengangkat tangan...
Bdk A : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh. Mari ke depan.
Bdk A : Kawan-kawan, nampak cikgu tak?
Kwn2 : Nampak.
Bdk A : Cikgu ada, kan ?
Kwn2 : Ada.
Bdk A : Kawan-kawan, nampak otak cikgu tak?
Kwn2 : Tak nampak.
Bdk A : Cikgu ada otak tak?
Kwn2 : Tak ada.
Moral of the story, bila tak nampak, tak semestinya tiada! Sayangi agama kita dengan 'amar ma'ruf dan nahi mungkar, kalau bukan kita, siapa lagi...
Thursday, November 5, 2009
Selamat Menunaikan Ibadah Haji
Tuesday, November 3, 2009
Bisnes dan curi
Tuesday, October 20, 2009
Kita dan Produk Islami
Thursday, October 8, 2009
Kita dan hutang
Monday, October 5, 2009
Majlis Hari Raya
Tuesday, September 22, 2009
Raya
Selamat menyambut Hari Lebaran Eidul fitri buat semua warga dan pelawat blog ini. Tidak kira di mana jua anda berada. Semoga Syawal ini bermakana buat anda semua.
Hari kiranya hari ke-3 beraya. Ada peluang aku menulis pagi-pagi ni sebelum bawa bini pergi beraya rumah kawan-kawan dia.
Kawan-kawan, kalau boleh pergi la ziarah rumah sedara-mara sebab masa ni lah nak merapatkan yang jauh. Jangan dok segan tak kena tempat. Nanti kita juga yang rugi sebab tak kenal sedara- Macam tu juga dengan rumah kawan-kawan. Saja-saja nak datang mungkin berat, tapi kalau dah raya ni, ambillah kesempatan yang ada. Tak perlu tunggu jemputan kalau nak menghidupkan sunnah Nabi SAW yakni mengeratkan tali silaturrahim. Kunjung-mengunjung tu satu wasilah dan uslub ja.
Semalam aku pergi bekwoh* di Gua Musang. Orang Pantai Timur ni rata-ratanya bab-bab bekwoh ni memang pada aku praktikal sebabnya tak merepek2 macam sebelah Pantai Barat. Tiada kompang berbagai. Sesetengah tempat tu makan bertatang. Meja pun takdak. Lagi satu, depa suka buat time raya. Mengambil kesempatan sedara-mara berkumpul. Mungkin pada kita orang Pantai Barat, rasa leceh sebab time tu la nak raya, time tu la nak gi bekwoh. Tapi pada pendapat peribadi aku, masa ni memang sesuai sebabnya sedara-mara dah berkumpul. Kawan2 nak mai tak mai tu terpulanglah. Memenuhi jemputan tu wajib beb kecuali ada sebab2 atau keuzuran yang tak dapat dielakkan. Lagipun, tak la menyusahkan nak ambil cuti dua tiga kali. Sekali harung ja. Tapi terpulang pada pendapat masing-masing.
Aku beraya di Kuala Terengganu tahun ni. Turn misses aku. Perjalanan Kuala Terengganu-Gua Musang ambil masa kurang lebih dalam 3 jam. Aku ambil jalan Kuala Terengganu-Tasik Kenyir-Felda Sg Aring-Gua Musang. Pemandangan memang cun. Jalan pun cantik. Tapi sampai Felda Sg Aring, jalan hancus. Bahaya. Berlopak level ada meteorite jatuh. silap haribulan, mau tercabut suspension kereta atau tayar kereta bengkak. Nasib la dulu aku pernah masuk rali Tepen-Kg Matang Batu. Tepaksa guna skil lama.
Yang aku nak cerita ni masa perjalanan pulang aku ke Terengganu. Guna jalan yang sama. Tapi menyinggah di Santuari Gajah yang terletak kurang lebih 140km dari Kuala Terengganu. Tepi jalan je letaknya. Boleh pegang anak gajah nama Seri dan kawannya yang dewasa; Suria. Jinak beb. anak-anak aku punyalah seronok. Aku lagi la seronok. Mana pernah aku pegang usap-usap gajah macam anak kucing! Cuma timing tu tak kena sikit sebab raya kedua pekerja tak ramai. Kalau tak, boleh tunggang gajah. FOC beb. Kalau sesapa teringin, pergi la bawak keluarga lalu jalan tu dan rasailah pengalaman pegang dan tunggang gajah FOC. Masa melawat santuari gajah tu adalah dari pukul 11 pagi - 1petang. Rehat. 3-5petang. Ada mini park untuk kanak-kanak. Budak2 memang suka sangat.
Lepas tu layan pemandangan Tasik Kenyir. Cun. Tapi ada dua tiga spot ja yang cun untuk berhenti dan tangkap gambar. Tengah2 hutan. Aku berhenti la dekat satu spot yang cun nak pukui gambar dengan anakbini aku. Tengah aku dok perembang nak pukul gambaq, aku perasan ada sebijik Camry parking belakang kereta aku. Mula cuak jugak la. Tengah hutan, parking punya luaih, awat kereta ni mai parking rapat. Bila dreba jengoi kepala, teruih aku kenai mamat tu. Faras. Menyengih ja dia. Nak dijadikan cerita, Allah Taala punya kuasa, dalam hutan tu aku boleh terserempak dengan Farasafuan. Yes! Farasafuan himself. Dia solo driving ke Terengganu nak ambil sepupu katanya.
Tu dia la kuasa Allah Taala. Subhanallah! Siapa sangka nak berjumpa kawan lama tengah2 hutan? Tak percaya? Nanti aku upload gambar. Ni aku pinjam PC adik ipaq aku.
OKlah. Selamat berhari-raya. Makan jangan jatuh sakit. Ingat, kita di'training' sebulan untuk jaga makan. Jangan lupa pulak training tu.
Dikesempatan ini, aku mengucapkan Selamat Menyambut Eidul Fitri dengan penuh kesyukuran. Maaf Zahir dan Batin daripada warga kerja Komuniti 87. Moga Syawal ini membawa kerahmatan buat kita semua, insyaAllah, amin..
Monday, September 14, 2009
Dan hasilnya..
Tuesday, September 8, 2009
Jom Iftor di Ipoh dan sumbangan derma
- Majlis : Iftor Jamaei Komuniti87 Peringkat Kebangsaan
- Tarikh : 12 September 2009 (Sabtu malam Ahad).
- Masa : Time berbuka la (kalau bulih, mai la awai skit, sejam sebelum berbuka).
- Tempat: 176, Jalan Meru Impian 4, Halaman Meru Impian (Anastoria Home), Bandar Meru Raya, Jelapang.
- Konsep : Kasual menutup aurat dan Potluck (potluck ni buat mereka yang taktau ialah lauk@hidangan bawak mai sorang sikit, kita faraidh sama-sama time iftor, ada paham?)
- Juadah : Yang halalan thoyyiban serta sedap.
Sebarang pindaan akan diberitahu kelak. Tahniah dan syabas buat Abu Atief kerana sudi jadi tuan tanah kedaung untuk iftor tahun ni. Moga Allah SWT merahmati kita semua dan memurahkan rezqi. Tahun depan kita pikiaq lain. Mungkin ada sapa-sapa yang nak masuk rumah baru, boleh la buat tawaran.
Dan ada satu pengumuman yang aku nak buat di sini:
Sumbangan Derma/Dana/Bantuan untuk: Program Tahlil, Tazkirah, Iftor dan Penyampaian Sumbangan Kepada Anak-anak Yatim dan Faqir Miskin
- Tarikh : 11 September 2009
- Masa : 6.00 petang
- Tempat: Sek. Ren. Bistari Darul Mulkan
- Agenda : Majlis Tahlil dan Tazkirah, Iftor, Solat Maghrib/Isya' serta solat Tarawih dan Penyampaian Sumbangan untuk anak-anak yatim dan faqir miskin.
Semua sumbangan yang ingin dihulur, boleh disalurkan melalui akaun bank Maybank: 558051003659 atau hubungi al-Fadhil ust. Jamnul Azizul Rahim (mudir) di talian 05-8471167 @ 019-5672088. Segala pertimbangan, bantuan, sumbangan dan kerjasama anda didahului dengan ucapan Jazakumullahu Khairal Jaza'.
Marilah kita sama-sama memperbanyakkan ibadah sedekah di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Fadhilat Bersedekah:
1. Hadith daripada Abu Hurairah r.a, katanya: Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: “Jangan kamu tolak orang yang meminta walaupun dia kafir.” Kata seorang sahabat: Ya Rasulullah! Bahawa kami bersedekah dengan sesuatu dari harta kami kepada orang kafir. Jawab Nabi: “Bahawa mereka adalah makhluk Allah, sebenarnya sedekah itu jatuh pada tangan kudrat Tuhan yang Rahman.”
2. Sesungguhnya orang-orang yang soleh itu sifat mereka sangatlah pemurah seperti firman Allah SWT: “Dan mereka memberikan makanan yang baik kepada orang miskin dan anak yatim dan orang tawanan” (Ad- Dahr: 8).
3. “Sedekah itu memadamkan dosa seperti air yang memadamkan api” (hadith Sahih riwayat at-Tirmidzi no. 609 dan Nasaie, Ibn Majah).
Thursday, September 3, 2009
Kelebihan Ramadhan
Assalamualaikum..
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
- Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi.
- Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi.
- Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi.
- Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi.
- Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi.
PENERANGAN HADIS
Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
- Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
- Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
- Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
- Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
- Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
- Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
- Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
- Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
- Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
- Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.
Rujukan:
- Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.
- Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani.
- Syarah Sahih Muslim oleh Imam An-Nawawi.
Thursday, August 27, 2009
Antara Tarawih dan Persaudaraan
Moga puasa dan ibadah kita diterima Allah SWT, amin...!
Rasulullah tidak menetapkan jumlah rakaat solat tarawih
SUASANA di dalam masjid hiruk-pikuk dengan pekikan dan makian. Hassan al-Bana yang dari luar mendengar suara berkenaan segera masuk ke dalam masjid. Kelihatan dua kumpulan sedang bertegang urat. Apabila kedua-dua kumpulan ini melihat Hassan al-Bana memasuki masjid, mereka semua diam.
"Kenapa bergaduh?" Soal Hassan al-Bana dengan lembut.
"Kami mahu solat tarawih sebanyak 20 rakaat. Tetapi mereka katakan tidak sunnah. Yang sunnah kata mereka 9 rakaat." Seorang lelaki dari kumpulan itu menjawab pertanyaan Hassan al-Banna.
Dengan lembut dan bersahaja Hassan al-Bana bersuara, "Adakah solat yang sunat ini lebih penting daripada kewajipan untuk bersaudara di kalangan kita sesama Muslim?"
Di atas adalah secebis peristiwa yang pernah berlaku pada zaman Hassan al-Bana masih hidup. Isunya kecil tetapi disebabkan tiada kefahaman yang mendalam terhadap hukum Islam, ia menjadi besar. Lebih-lebih lagi apabila emosi mengatasi wahyu dan rasional, maka itulah yang akan terjadi.
Saban tahun perkara ini sering berlaku. Satu pihak menuduh mengadakan perkara baru dan satu pihak menuduh terlalu memudah-mudahkan agama. Namun yang sebenarnya, kedua-dua dakwaan ini sama sekali tidak berasas. Dalam Islam, sesuatu hukum atau penetapan dalam agama haruslah bersandarkan dalil. Dalil atau bukti dalam Islam ialah al-Quran dan Hadis sahih. Oleh itu, untuk membicarakan mengenai hukum, emosi harus dijauhkan. Terutama dalam hal yang terdapat di dalamnya perbezaan pandangan di kalangan ulama muktabar.
Dalam isu solat tarawih ini. Rasulullah SAW tidak pernah menetapkan berapa rakaat yang perlu dilakukan. Malahan Rasulullah menggalakkan umatnya untuk bersolat sunat berterus-terusan tanpa ada batasan. Imam Bukhari dan Muslim dalam Kitab Sahihnya merekodkan bahawa Ibnu Umar berkata, "Rasulullah bersabda: Bersolatlah kamu dua rakaat-dua rakaat (berulang-ulang) dan jika kamu bimbang akan terbitnya waktu subuh maka bersolatlah witir satu rakaat sebagai penutup".
Friday, August 21, 2009
Selamat....
Tuesday, August 18, 2009
Influenza type A dan demam panas
- avoid touching your mouth and nose;
- clean hands thoroughly with soap and water, or cleanse them with an alcohol-based hand rub on a regular basis (especially if touching the mouth and nose, or surfaces that are potentially contaminated);
- avoid close contact with people who might be ill;
- reduce the time spent in crowded settings if possible;
- improve airflow in your living space by opening windows;
- practise good health habits including adequate sleep, eating nutritious food, and keeping physically active.
- stay at home and keep away from work, school or crowds;
- rest and take plenty of fluids;
- cover your nose and mouth when coughing and sneezing and, if using tissues, make sure you dispose of them carefully. Clean your hands immediately after with soap and water or cleanse them with an alcohol-based hand rub;
- if you do not have a tissue close by when you cough or sneeze, cover your mouth as much as possible with the crook of your elbow;
- use a mask to help you contain the spread of droplets when you are around others, but be sure to do so correctly;
- inform family and friends about your illness and try to avoid contact with other people;
Monday, August 10, 2009
Sungai Siput dan Nor Hisan
Monday, August 3, 2009
Mini Kambination dan potong kaki.
Wednesday, July 22, 2009
Perihal Yuran Tahunan
- Keuntungan hasil daripada modal pembelian saham di dalam Public Bank Amanah Saham Ittikal sebanyak RM1,500.00.
- Pahala menderma dan bersedekah.
- Tabung bencana (mengikut keputusan mesyuarat AJK).
- Khairat kematian (mengikut keputusan mesyuarat AJK).
- Tabung dana pelajaran anak-anak (mengikut keputusan mesyuarat AJK).
- Pelaburan masa depan (mengikut keputusan mesyuarat AJK).