Solat Time

Wednesday, May 26, 2010

refresh praUnion

Asaalamualaikum..

Tarikh perjumpaan semakin hampir. Diharap kepada mereka yang sudi hadir nanti bersiap sedialah dengan tarikh keramat tersebut. Jemputan ke seluruh warga Komuniti87 ke majlis Pra-Union yang akan diadakan pada:
  • Tarikh: 29hb Mei bersamaan hari Sabtu di rumah Abu Atief (towkey Baraka).
  • Tempat: No. 176, Jalan Meru Impian 4, Halaman Meru (Anastoria Home), Bandar Meru Raya, Jelapang, Ipoh.
  • Masa: 3.00 petang.
  • Acara: Masak kambing dan pelbagai juadah. Ramah-mesra dan perbincangan untuk acara reunion kali ke-3 serta pembentangan maklumat terkini hasil kutipan yuran tahunan yang telah dan akan dilaburkan.
  • Tema: Semi-eksklusif.
Silalah melapangkan diri untuk turut sama memeriahkan lagi perjumpaan tersebut. InsyaAllah, akan diadakan perbincangan mengenai perjumpaan besar-besaran yang akan diputuskan kelak.

Semoga Allah Taala melapangkan kita dan diberikan kesihatan tubuh badan serta tiada aral untuk berjumpa nanti.

3 comments:

marn said...

Sapa nak spnsor kamben nih? Tukang sembelihnya dah ada; si alFadhil Ustaz Fariz Hj Jalaluddin.

Ka bli yang siap di potong2? Lagi senang. Koyak plastik, campak atas perdupaan, masak dan sebat sampai muntah monggek.

Kalau beli, sapa yang diamanahkan untuk membeli dan membawa? Kang masing2 ingat kawan tu yang bawak, kawan ni yang bawak. Last skali, pakat2 gigit arang sama tempat bako je. Baru padan muka...

marn said...

Yang nak berniaga produk masing2, sila bawak dan promo la nanti. Jangan meletop2 dalam blog promo, bila jumpa, eh. eh.. stok tadak la.. lupa nak bawak la..

Tiada sebarang caj akan dikenakan kepada mereka yang berniaga semasa perjumpaan. Cumanya kalau dah untung lebih tu, tabarru' la sket lebihan dagangan untuk Komuniti87. Ada la jugak pahala sama saham akhirat. Muahahahaha...

Dan satu lagi, suka diingatkan, bagi la test market kat kengkawan nak rasa power ke idak produk memasing. Ni tak, kena bli dulu. Kalau tak puas hati, bleh dapat refund ke? Kalau money back guarantee, wa no hal. Ni yang dapat cuma: money gone forever, hati sudah calar satu kali guarantee.

SMY said...

kat Anastoria ada butcher ke? heheh... yang senangnya beli siap dan campak atas perdupaan je heheh