Pages

Solat Time

Tuesday, May 11, 2010

Tucson 2010

Assalamualaikum..
Pergh.. bukan nak kata..! Memang Hyundai Tucson 2010 ni berbaloi-baloi kalau sesapa nak beli. Enjin power, minyak safe. Memang menariks beb! Sapa yang bercadang nak tukar/beli kereta baru, aku cadangkan sesangat untuk ambil kereta ni.
Tak rugi beb! 5 tahun waranti @ 300,000 km. Gearbox maintenance-free. Tak kalut nak pikir untuk tukar minyak gearbox. Harganya telah diisytiharkan sebanyakRM126,888 untuk 2.0liter model standard, RM136,888 untuk 2.0liter High Spec dan RM152,888 untuk 2.4liter.

Untuk 2.0 High Spec sama 2.4 punya model, boleh dapat panoramic roof sama keyless start/stop enjin. Siap ada immobiliser.

Dua-dua model pakai enjin Theta II dengan DOHC dan Dual CVVT. Untuk 2.0-liter, bagi kuasa 164 bhp dan 197 Nm torque, yang mana jika dibandingkan dengan Honda CR-V cuma 148 bhp/190 Nm atau Accord 154 bhp/189 Nm. Hyundai 2.4-liter 175 bhp/227 Nm titik Camry 2.4 dan Honda K24A torque. Tiada versi diesel. Sori bro..!

mari.. mari.. mari banget..!


So, tunggu apa lagi kawan-kawan? Aku tak dapat upah sekupang pun untuk promo SUV ni. Tapi aku suka kalau ada kawan-kawan yang pakai.

27 comments:

Abe Mark said...

Towkey baraka insyallah la kot... baru kena dgn rumah besaq, keluarga besar, keta kena la besaq jugak dok gitu...

marn said...

senang nk bwk stok baraka byk2. lgpun, promo dah hebat, sure ada locked order kuantiti besar. Kita doa2kan...

Ahmad Zaki @ abuateif said...

waikkk...jgn cakap cam tu sahabat...aku meniaga kecik2 ja..wira cabok tu pun tak habih bayaq lagi mana ada nafsu nak pakai keta baru

frm kch with luv said...

kalo boleh pakai, apa salahnya.....
jgn la bdn saiz xxxl tp ada hajat nk pakai saiz s.... ukur bdn le dulu.. dok gitu... cuma cap hyundai ni value after sale merudum jatuh merudum....errrr bila nk reunion.....buatle 29&30 Mei....plz

kirk hammet said...

pehh.. bagak giler mobil ni,tp mcm yg FKWL ckp le,value dia cepat jatuh,lagi satu mobil korea ni dari segi sistem mmg tip top,kalah kereta jepun tp dari segi material quality hampeh,tu sbb harga dia lebih murah berbanding dgn kelasnya.

Mart S said...

Eh lamer x dgr kirk hammet bersuara... pekabo kirk...

Dur terasa aku Dur bila hang ckp mcm tuh.. tapi nk buat camner itu je yg mampu (as at today la hahahaha)

Aku rasa la nk pakai keta ni bukan stakat mampu nk bayar sampai rapat pay slip ja, kena ambil kira perkara lain contohnya oil consumption terutama bg keta yg 24/7 bergerak mcm aku & famili nih, nk servis lg, spare parts & mcm2 lagi..

Kalau ikut kata abe azizi ali pakai keta ni nak pegi ke point A to B jer.. so pakai jer la ikut kemampuan jgn sampai habis duit sume ke keta, nk mkn pon ikat perut, nk bercuti pon tak merasa, saving pon tak mmandang...

What say You masterr President?

marn said...

Hurm.. Ada pros and cons la. Aku setuju dan tidak bersetuju dlm beberapa perkara. Lately, keta krea dah menunjukkan byk peningkatan dlm kualiti membikin kereta. Interior material mmg pukui lancer GT beb. Even on par dgn camry dan accord. Harga beza byk. Part lebih kurang sama ja harga. Minyak pun lebih save drpd civic 2.0 yg baru.

Masalah jatuh harga, bleh ckp aku stuju. Mana2 kereta pun jatuh harga. Kita ckp lepas 5 tahun sbb tucson ni dtg dgn waranti 5 tahun. Dan ianya bukan kereta. Ianya suv cross over. Bleh redah ayaq bah, tak mcm kereta yg berperut rendah. Kalau trend kualiti keta korea cm ni, aku rasa masa depan utk jatuh teruk mcm skang rasanya takkan jd da kot. Cuma mentaliti rakyat msia ja yg asyik dgn honda, toyota dan proton. Bukan menidakkan kemampuan kereta lain, tp ofer tucson ni mmg best.

Dan maklumat terkini, tucson ni dok bwh simedarby auto. Depa tgh kawtim ngan petronas utk letak servis centre di stesen terpilih.

marn said...

Mmg la kenderaan tu keperluan. Btui ckp abe bob, btui jugak ckp dur. Cumanya aku x brapa stuju bila abe bob ckp just from point a to point b. Kalau mcm tu, why not pakai beca ja bro? Badan pun sihat, smp mmg bleh smp destinasi.

Kita org laki bkn sekadar menyediakan kenderaan dan tempat perlindungan utk keluarga. Kita juga kena bg keselesaan. Kalau kenderaan tu tak dtg dgn pakej selesa dan selamat, dah cukup ka? Kita mungkin selesa, anakbini kita? Mcmana pulak dgn keselamatan? Dah abis ka ikhtiar kita nk bg perlindungan pd anakbini? Kena pertimbangkan tu. Mana bleh compromise safety.

Pun setuju dgn abe bob pasai kemampuan. Ukoq baju bdn sendiri. Ikut kemampuan. Tu sbb dlm posting, aku tujukan pd mereka yg nk bli/tukaq keta. Bkn utk semua. Jgn smp xdak duit nk p bercuti, blk kg dan xcukup blanja dapoq sbb dok sara kereta, henpon canggih2.

Bear Bub said...

Hehehe aku percaya dgn kemunculan semula Kirk Hammet di blog kita ini maka akan kembali meriahlah suasana.. hahaha Abe kirk peringatan utk ko bila lalu KL make sure bwk skali kurang2 3 kilo ikan bilis, sbb lps pekena ikan bilis pangkor dh tak beraper lalu nk mkn ikan bilis lain.. aku rasa sama ler dgn Tn Presiden...

Buat Abe Marn point A to B tu bukan aku yg cakap tapi Abe Azizi Ali yg ckp.. aku ulang jer...

Pasal keta aku tak brani nk komen sgt sbb aku bukan arif wal ahlil dlm bidang permotoran w'mcm mana pon keluaran KIA & Hyundai lately ni mmg nampak menariks ka da boom (cam bekenan dgn Forte tu heheheh)

Ahmad Zaki @ abuateif said...

hebat kengkawan aku ni cakap pasal keta...aku ni tak sampai ke tahap tu..tau pakai keta 2nd hand jer...isi minyak janji sampai tempat yang dituju...wira tetap wira...belilah barangan buatan malaysia cakap dr M wpun dia pun tak pakai keta malaysia ni

abuhusnie said...

aku mampu pakai kete mesia jeee...wlaupun baru tapi bunyi mcm2 bila kita drive...mcm dah pakai berthun, nak wat cam na tu lah keta yg mampu aku beli untuk bergerak ke sana sini untuk jual BARAKA....
sesiapa yang berminat boleh hubungi aku atau abuatief......he he he....

marn said...

Abu Atief, nak bercakap pasai kereta bukannya mesti hebat atau tidak. Org tadak kereta pun bleh cakap pasai kereta. No prob. Tiada status-quo la bro.

Kadangkala kita kena ajaq org secara indirectly. Bukan tak baguih langsung proton tu. Cumanya depa yang kepala2 yang dok di proton tu dah disconnected dengan pasaran tempatan ni. Contoh macam; kenapa ada dua versi untuk kereta proton? Satu utk pasaran tempatan, yang mana interior hampeh, , kualiti workmanship failed. Airbags pun tiada. ABS, ada? Dua, utk pasaran ekspot, yang mana kualiti body kereta tu lebih kejap, padat dan jitu. Interior pun len mcm sket kualitinya yakni baguih. Kemudian ada features mcm2 seperti airbags, ABS, tiptronics dll.

Soalan seterusnya, kenapa nak compromise safety dan features untuk pasaran tempatan? Sedangkan pasaran tempatan ni la powerhouse yang generate income untuk proton. Adakah nyawa rakyat tempatan ni lebih murah (kalau ada harga) sehingga bagi basic yang kualitinya org boleh 1001 komplem untuk pasaran tempatan? Bukan tak sokong, tapi bila proton sendiri tak bersungguh untuk capai tahap permotoran yang 'on par' dengan pasaran kereta impot, aku rasa sampai masa untuk 'sekolah'kan org proton dengan cara boikot dan bli kereta luaq yang lebih prihatin dengan pengguna macam kita.

Satu lagi, org selalu dok anggap proton save minyak. Tu tak betui. Kreta proton tak save minyak. Tambah2 la yang model lama. Jangan bandingkan kereta proton wira1.5gl dengan merc 2.4liter. Tengok CC la bang. Tu satu, apa tambahan features yang proton 1.5 tu bagi dengan merc 2.4 bagi? Kita berkira2 dengan part yang setahun blom tentu rosak dan perlu diganti berbanding minyak yang kita dok tuang tiap2 hari/minggu. Sebab? Tak terasakan? Parts kena bayaq habis. Seketui rm280/- sbg contoh. Berbanding minyak kereta rm70-90.00 sekali isi tangki penuh. Nampak macam kita jimat, tapi jangka masa panjang, kita tak jimat pun.

Satu lagi, kita dok banding alat ganti klon (kita panggil brg local) dengan alat ganti tulen untuk kereta impot. Memang la lari jauh. Cuba beli alat ganti tulen untuk kereta tempatan dan bandingkan dengan alat ganti tulen kereta impot. Aku rasa tak jauh sangat bezanya.

Percaya tak kalau aku cakap, volvo 850 lebih sikit mentekedarah minyak berbanding wira 1.5? cuba pi test sendiri bawak seminggu. Hangpa akan rasa beza. Enjin pun jauh beza. 2.4 dengan 1.5. Tapi minyak lebih save. Tu blom sembang pasai ABSnya, traction controlnya, torquenya, turbonya, airbagsnya dan berbagai. Tu blom cerita weight-power ratio. Tu crita teknologi tahun 1994-95 punya. Kalau skang ni dah berjenih teknologi enjin untuk kereta impot, kereta proton?

Bukan takmau tolong, tapi kalau proton dok asyik pikir untung ja, kita pun terlopong. ESC (Electronic Stability Control) yang kedapatan di mana-mana kereta impot skang ni pun kita tak merasa pada proton model terkini. Toksah crita pulak moonroof, panoramic roof berbagai. Maybe in our next life la kot.

Anonymous said...

Bab kereta ramai yg masuk, buat masa ni aku masih setia dgn SAGA LMST, dah 6 tahun aku pakai, mileage pun dah 180000 lebih. Bilo lah den nak meraso yang baru. Kalau harga dah main lebih 100 ribu kena la income bulan2 lebih 10 ribu baru ok nak bayor. Syurga dunia.

LUKMAN@Batu Kurau

Abe Mark said...

Hai Lokman bila nak merasa pakai keta baru kata hang... yg hang bwk perodua Viva aritu bukan keta baru ka... Ka sbb kecik sgt sampai hang terlepaih pandang....

Anonymous said...

Mat, itu kereta bini aku, aku bwk je... yang byr kat bank duit dia. Itu pun dah dua tahun dia pakai. Aku nak merasa beli kereta besar @ MPV utk masa skrg ni tapi bajet belum mengizinkan. Apa kan dayaku...

Lukman@Batu Kurau

Ahmad Zaki @ abuateif said...

marn..melalui pembacan aku thdp cerpen yang hg taip ttg keta tu aku rasa hang layak jadi toke or ceo kedai keta 2nd hen...mmg dalam ilmu ko ttg keta kalau nak beza ngan aku.

lokman - sampai bila nak naik keta bini je...tak dak rasa bersalah ka?

soalan bonus - betul ka berita yang mengatakan bulan 6 ni keta jatuh harga sbb afta...betoi ka?kalau betoi cantik la

Anonymous said...

Zaki, aku bawak keta bini utk pi pasar, htr ke car wash...atau pun bila nak jimat minyak....time pi sekolah masing2 bawak keta sendiri. Kami ni ada tiga buah kereta dan sebuah motor, pilihla mana satu nak bawak.(Dua buah kereta tu proton saga je, dah habis hutang tinggal viva je yg berhutang dgn bank.)

Lukman....

frm kch wth luv said...

assalamualaikum.....
wa ad keta persona se kt kpg, satu ari dr shah alam nk ke kpg, wa pinjam harier brader wa, u all tau, mula2 wa istimate minyak harier mesti mencanak punya, wa isi RM40 (kaler kuning la)..... sampai kat kpg,wa rasa minyak yg luak ad RM20++ je, cmpre dgn persona isi RM35, cun2 smpai kepala tangga rmh wa je......
the moral value is beso x semestinya mentedarah kuat, kecik jgn disangka anak........ sesapa yg ad rezeki lebih fikirkan le kete ap yg patut, kalau dh jadi toke beso albaraka, pakei wira ap brg bro.......

Ahmad Zaki @ abuateif said...

hahaha...lokman aku saja je nak test tahap emosi ko bila di provok dgn soalan2 cenggitu...tak perlulah ko nak mengishtihar harta pulak kat blog ni hahahaha...kena byk kontrol jiwa man hehehe...
durrr...aku bahagia ngan wira bongok ku...bongok2 pun wira ni banyak dah jasa dia kat aku n family...niaga baraka pun baru nak bernafas bro tak leh lagi nak fk yang bukan2...kemampuan aku hanyalah wira tu

Mie said...

Tak selesai kalo nyembang bab keter ni yeop... Pakai le apa yg mampu heheh.

Kadang2 kita nak selesa sikit (sikit je pun), so pakai le Honda ke Toyota bagai... berkorban le sikit bab membayor bulan2 hehe sure RM1,000 ke atas punya. Zahdur boleh le... elaun wilayah saja riban2 dah hehe

Kalao berduit lagi (kuat jual baraka ka, main MLM ka, meniaga ke, rajin jd penceramah ke...) boleh le pakai keter lagi besor... Estima, Alphard bagai... Ustaz2 penceramah mcm Us. Zahazan, Us. Zawawi Yusoh ke... depa pakai keter2 mcm ni... sbb nak angkut barang pi ceramah pun senang.. bawak buku ke, berceramah sambil jual buku etc hehe

Tapi tu le... teman masih lagi dok terpikir mcm mana ustaz teman boleh travel dr. Gombak ke Kota Bharu dan balik semula ke Gombak dalam malam yg sama... pakai Nissan Vanette lama je iskkk... sbb ada kaitan dgn soalan Mat tu (dr point A ke point B).

mART said...

Ustat mike zuhud abis mie... mungkin duit dier byk yg dihabiskan ke jalan allah... hanya tuhan sahaja yg tahu..

orang kampung said...

aku seboleh-bolehnya cuba nak tukar tajuk.....hahaha " Man bila kamu nak sewa lense".

p/s: hang memang macam proxy Hyundai la marn.hahahaha

lovelyholidays said...

Salam Bro, mana nak dapat kedai spare part Hyundai tucson model 08/09 yg bolah tahan harga,

lovelyholidays said...

Salam Bro, mana nak dapat kedai spare part Hyundai tucson model 08/09 yg bolah tahan harga,

lovelyholidays said...

Salam Bro, mana nak dapat kedai spare part Hyundai tucson model 08/09 yg bolah tahan harga,

lovelyholidays said...

Salam Bro, mana nak dapat kedai spare part Hyundai tucson model 08/09 yg bolah tahan harga,

Unknown said...

Penggunaan petrol tucson sy rm50 utk jarak 200km+..ini normal atau kereta sy ada mslh?