Solat Time

Tuesday, June 1, 2010

Hasil pre-Reunion

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Segala syukur dan puji-pujian buat Allah, Raja Sekalian Raja, Pentadbir Alam. Dengan redhaNya, selesai sudah perjumpaan pre-reunion yang telah diadakan di rumah Abu Atief di Anastoria Homes, Ipoh. Ramai yang hadir gembira dengan perjumpaan tersebut. Aku ucapkan jutaan terima kasih buat semua yang telah hadir dan yang tak hadir (kirim salam pun jadilah).

Sebenarnya, tiada kata-kata yang dapat diungkapkan di sini untuk menceritakan bibit-bibit manis perjumpaan tersebut. Walaupun ada yang takdan nak bersembang panjang dek kerana hal memasing, walaupun sekejap tetap mengubat rindu yang bersarang di dalam hati.

Dan hasil daripada perjumpaan tersebut, beberapa persetujuan peringkat awal telah dimeterai. Antaranya ialah:
  1. Kutipan yuran tahunan sebanyak RM50.00 untuk sesi 09/10 dibuka berkuatkuasa serta-merta. Untuk pengetahuan semua, hasil kutipan yuran tahunan sepanjang sesi 08/09 ialah sebanyak RM1,350.00 dan belum dilaburkan ke dalam mana-mana pelaburan. Dana yang terkumpul itu sekarang berada di dalam simpanan aku. Pohon Abu Atief untuk memberikan senarai nama mereka yang telah membuat bayaran bagi sesi 08/09 yang telah dikemaskini. Terima kasih kepada mereka yang sudah menjalankan tanggungjawab. Pada yang belum, sila buat pembayaran kepada Bendahari Komuniti87; ustaz Ahmad Zaki Yusof. Sila hubungi beliau untuk keterangan lanjut.
  2. Cadangan Reunion kali ke-3 adalah seperti berikut:
  • Tarikh: 27-28 November 2010
  • Tempat: Agrotek Gardens Resort Hulu Langat, Selangor
Sebarang pertanyaan, usul, idea, bangkangan dan info hendaklah disalurkan sama ada melalui blog ini ataupun Facebook Komuniti: MIBCKK Batch 87-91. Insyaallah, jika diberikan kesempatan lagi, kita sama-sama berusaha untuk bertemu semula.

Dan untuk makluman semua yang telah membayar yuran bagi sesi 07/08, sebanyak RM1,+++.00 kutipan yuran telah berjaya diperolehi. Wang tersebut telah berjaya dilaburkan di dalam Public Mutual Dana Ittikal (mengikut prinsip shariah) di atas nama Bina Harta Enterprise. Pihak pengurusan juga telah sebulat suara untuk menderma sedikit bahagian yuran tersebut kepada cucu arwah Pakcik Yasin yang pada ketika itu memerlukan sumbangan untuk menjalankan pembedahan.

Harap maklum.

p/s:
segala maklumat serta data perolehan keuntungan dan pemberian dividen oleh pihak Public Bank akan dikemaskini kemudian

12 comments:

marn said...

Aku ada usyar resort di Kalumpang, macam best. Hangpa try tgk. Official website xdak @ ada prob. Semua thru photoblog org @ blog org yang aku usyar tu. Aku dah call tanya mintak pakej dan quotation untuk buat reunion kat situ. Skang tgh tunggu faks drpd pihak resort. Ni kiranya kalau-kalau Agrotek Hulu Langat tu penuh.

Cumanya, brita x berapa nak menariknya ialah bulan 11 dah penuh. Yang tinggal cuma bulan 9 dan bulan 12. Tarikh belum diberitahu oleh pihak resort.

marn said...

Untuk makluman semua, kenapa memilih menggunakan syarikat Bina Harta Enterprise selaku pelabur dan tidak di atas nama Komuniti87? Ini kerana Komuniti87 belum lagi berdaftar dengan ROS.

Pemilik syarikat Bina Harta Ent. ialah Jamnul Abdul Rahman bin Mulkan aka Berdooi. Syarikat telah bermurah hati untuk tidak mengenakan sebarang caj perkhidmatan mahupun apa-apa caj ke atas sebarang transaksi yang membabitkan Komuniti87.

Harap maklum.

marn said...

Untuk pengetahuan semua, kalumpang ni terletak dalam jajahan Hulu Selangor. So, tak jauh la dari KL waimma dari Perak sekalipun. saja la buat backup plan, incase kata orang.

Anonymous said...

salam ..

kalau buat kat TRAP taman rekreasi air panas di felda trolak tu ok ker ? beudak boleh mandi kat sotong besar ( air sejuk ) .. mak bapaknya plak boleh berendam kat kolam air panas . La ni dah ada resort untuk di sewa

ADIOS ...

abuateif said...

lega aku bila diberitahu kalumpang tu dekat ulu selangor...ingatkan kat sabah or kat sekolah zahdur ngajo la ni....

aku tak berapa tau sangat tempat2 utk nak buat reunion kita kat belah2 sngor tu...so aku hanya tunggu dan lihat jer...kalau kat perak ni ader ler tau ckit2...

buat kengkawan semua aku rasa cam tak puas jer prelude hari tu...aku nak cadangkan prelude II pulak...hehehe..bukak posa kat umah aku la macam tahun lepas...masa tu leh bincang lagi pasal reunion kita tu hahaha...hari tu melabon jer lebih..bincang reunion ada la 5 6 minit muahkakaka

marn said...

Mana2 pun aku tak kisah. no hal punya. Apa yang penting; Kerjasama.. kata Wonderpets.

Kat TRAP tu ada sapa2 rajin nak pi tolong usyar ke tak? Dapatkan info sebanyak mungkin. Dan kalau boleh, snap gambo apa patut. Kalau boleh la..

Memang la Abu Atief. Aku pun x puas hati la.. Jom bikin Prelude II. Muahahahahaha.. Ni kena tanya Jumhur la jawabnya.

Berkenaan Kalumpang Resorts, sedih dimaklumkan, ruang untuk berkelah hujung minggu tidak dapat dipenuhi kerana semuanya telah ditempah sehingga hujung tahun. Pendek kata, tutup buku la kat situ. Tapi boleh diambil kira kerana rates nya memang berpatutan dan banyak kemudahan. Resorts pun bleh tolong handle program kalau nak. Ada banyak program yang disediakan. Sekadar untuk perbincangan bertujuan mengadakan program lanjutan, boleh la. Tapi untuk tahun ni, kita lupakan saja.

Hat di Sabah tu namanya Penampang. Hat di Sarawak dekat Zahdur tu namanya Penampaq. Muahahahahahaha.

Pasai offer bukak posa taun ni di umah hang Abu Atief, aku sangat2 setuju. Let's see what Jumhur say...

borg said...

a'kum,brader marn,x de ke gambo-gambo masa perjumpaan hari tu,ni yg aku x pueh hati ni,dah le aku x dpt join hari tu,dpt nengok gambo pun jadi le.td aku ade baca ruangan pendapat kat suratkabo sinar,dengonyer mb haram perak nak dtg merasmikan hari ihtifal madrasah idrisiah,betoi ke?

marn said...

Aku takde gambo2 masa perjumpssn tu yob.. Ce mike tanye kat mart Szeini. Rasanya dia ada koleksi. Dlm FB ada la.

Pasal Ihtifal di Idrisiah tu, mike jangan tanye teman. teman ni ngikut je. Tu kena tanya pengurusan tertinggi Madrasah le jawabnye.. ie: Si El-Syazali.

Terkejut juga kteman bile dipanggilnye MB Haram tu rasmi. Udah le deme nak bagi sekolah tu jadi SABK. Lepaih ni udah tinggai ciput le ngaji arabnye.

Takde le mata pelajaran lebih dalam agama.

abuateif said...

gbox...apa nak heran kalau itu zamri mau rasmi pgrm kat idrisiah...mungkin orang kat idrisiah tu tak panggil pun dia tp dia yang beriya nak p sgt ke idrisiah tu...
tak mustahil gak klu2 tok mufti yang ajak zamri tu....dia pun dah segan nak jumpa ngan orang tu yang dia ajak zamri sekali tak la malu sgt.
gbox...lps ni kalau ada sedara nak bertunang jgn la sama ngan tarikh reunion kita...kawan2 semua tak puas hati bila dapat tau hang tak mai

Anonymous said...

Meor,

Teman baru je pergi TRAP kat Felda Trolak tu... ada hari keluarga pejabat... tempat tu besor sgt utk dptkan exclusivity sbb kita tak boleh nak conquer area tu utk kita je... masa hari keluarga hari tu, teman tak mandi pon, tak sanggup ramai sgt org... (org pejabat dgn org lain lagi yg masuk)... masa hari keluarga hari tu teman enjoy memanah je berlawan ngan wife teman... 10 batang anak panah lima hengget yeop... wife teman bayor hahaha... Teman pon tak tido kat situ, balik hari je... subuh dr sini, tghari dah abis program terus balik je... kalo nak tido pon boleh tahan juga rasanya dlm RM150++ membawa ke 190.00 semalam.

Anyway, kepada komer yg belum pernah sampe ke situ, boleh le nengok gambor di sini: http://www.travelpod.com/travel-blog-entries/jplim/1/1252410844/tpod.html

Meor, cuba miker pi ushar resort ni, rasanya dekat dgn Kati tempat ni heheh kot miker keney org tu miker boleh le kautim kot dpt pakej yg baguih: http://resortsrzagro.blogspot.com/

Kot komer ada tempat lain yg kita boleh claim exclusivity utk kambination mahupun membakor ikan, teman ok je. Kita kumpul info dan pandangan dulu.

Jamnul,

Duit yuran tu hangpa uruskanlah sebaiknya dan gunalah apa cara yg terbaik lagi mudah yg boleh difikirkan. Teman takde apa nak komplen pasal tu sbb teman nak buat sendiri pun takdan hehe... Jadinya, apa yg baik dan mudah utk komer buat, teman sokong je... Kot ada pandangan lain yg boleh lebih memudahkan kawan2 buat kerja ni (menyimpan, melabur mahupun mengutip yuran) yang boleh dikemukakan, rasanya kita terbuka utk cadangan yg membina. Otherwise, let it be as it is je...

Mie said...

errr anonymous lak. yg kat atas tu teman tulih hehe. Ntah mender2 le internet ni

Marn said...

lagi.. lagi..? sapa ada cadangan lagi ni? menariks!

Pasai melabor tu, teman dan rerakan niaga yang lain akan cuba mengelak risiko rugi. Biase le yob, kita selalu nakkan untung je. Lupa akan risiko rugi. Mintak semua comrade komunitas87 simpan dalam kepale, ada untung-rugi. Kang bila time rugi, ada plak yang berbunyi. Teman takmo bunyi2 tuh. Kabo awey-awey.

Kalau ade kengkawan yang bisnes, nak expand bisnes, pun bleh. Kita kira prinsip mudhorabah la. Portion bleh bincang 70-30 ka, 80-20 ka. Bagi softloan ka, gumana ka. Barulah tepat dan kena dengan tempatnya. kiranya jdi ahlong shariah complaince pun boleh. Muahahahahahah..!

Tapi kalo nak buat loan untuk betting bola, tu gi mintak ngan zionist la. Tak kuase teman nak campo.