Solat Time

Friday, May 21, 2010

Zuhud, Islam dan kehidupan duniawi

Assalamualaikum..

Jumaat datang lagi. Semoga semuanya ceria dan dirahmati Allah Azza wa Jalla. Marilah kita sama-sama menghitung amal kebajikan dan sentiasa menjauhi diri daripada kemurkaan Allah. Kita kena sentiasa bersyukur di atas nikmat yang telah diberikanNya. Di dalam menguruskan nikmat Allah, kita perlu menyemai dan menjaga sifat zuhud yang disuruh oleh agama. Kita maklum dengan perkataan zuhud. Tetapi sejauh manakah kita memahami dan mendalami pengertian zuhud itu sendiri dan sejauh manakah dipraktikkan ke dalam kehidupan kita.

Secara literasinya, para ulama silam pernah membetulkan salah faham tentang pengertian zuhud ini. Lihatlah pengertian zuhud yang disebut oleh mereka :-

Imam Ibn Juzai berkata :-

ليس الزهذ بترك الحلال , ولا إضاعة المال فقد يكون الغني زاهدا , إذا كان قلبه مفرغاً عن الدنيا , وقد يكون الفقير دنيويا إذا اشتدّ حرصه , وكان معمور القلب بالدنيا


Ertinya : Bukanlah zuhud itu dengan meninggalkan (pendapatan dan harta) yang halal, bukan juga membuang harta, kemungkinan seorang yang kaya itu bersifat zuhud apabila hatinya kosong dari dunia (tidak mengharapkan sesuatu dari dunia dan kekayaannya untuk dunia), dan berkemungkinan orang faqir itu adalah orang yang bersifat duniawi apabila hatinya amat berkehendakkan dunia, tatkala itu hatinya segar dengan ikatan kepada dunia (Al-Qawanin Al-Fiqhiyyah, hlm 471)

Imam Sufyan bin ‘Uyainah ditanya berkenaan zuhud lalu beliau menjawabnya :-

إن نقصت لم يغنم وإن زادت لم يفرح ولا يكره الموت لفراقها

Ertinya : Sekiranya sesuatu harta itu hilang atau kurang sesorang itu tidak terlalu bersedih dan tatkala ia bertambah ia tidak pula gembira, dan ia tidaklah merasa bencikan mati kerana tidak mahu berpisah dengan hartanya " ( Jami' Al-ulum wal Hikam, hlm 256 )

Imam Al-Qarafi pula berkata :-

ليس الزهد عدم ذات اليد , بل عدم احتفال القلب بالدنيا , وإن كانت في ملكه

Ertinya : Bukanlah zuhud itu tidak mempunyai sesuatu di dalam tangan, tetapi ia adalah tidak bergembiranya hati dengan dunia (perolehan dunia) walaupun ia jatuh ke dalam miliknya" (Az-Zakhirah, Al-Qarafi)

Jadi, bagaimana dengan harta duniawi yang direzekikan kepada kita? Bolehkah kita mengecapi nikmat rezeki (yang halal) dengan menggunakan faedah daripada harta yang diperolehi seperti membeli pakaian, kenderaan, rumah yang dikira berada?

Jawapannya; Sudah tentu boleh. Iaitu jika sudah ditunaikan seluruh kewajiban dalam perolehan harta itu dan hatinya sentiasa dijaga agar tidak bangga dan sombong dengan kejayaannya. Buktinya adalah dari sabda Nabi SAW :-

قال أَتَيْتُ النبي في ثَوْبٍ دُونٍ فقال أَلَكَ مَالٌ قال نعم قال من أَيِّ الْمَالِ قال قد آتَانِي الله من الْإِبِلِ وَالْغَنَمِ وَالْخَيْلِ وَالرَّقِيقِ قال فإذا أتاك الله مَالًا فَلْيُرَ أَثَرُ نِعْمَةِ اللَّهِ عَلَيْكَ وَكَرَامَتِهِ

Ertinya: "Aku datang bertemu Nabi SAW dengan berbaju yang kurang elok lalu Nabi SAW bertanya:

"Adakah engkau mempunyai harta ?"

Aku menjawab: " Ya"

Baginda bertanya lagi: "Dari mana dan apa jenis hartamu itu?"

Aku menjawab: "Allah telah memberiku harta dari ternakan unta, kambing dan kuda"

Nabi terus membalas dengan katanya:

"Jika seseorang kamu telah diberikan harta (yang halal) maka hendaklah atau haruslah ditunjukkan kesan-kesan nikmat dan kemuliaan Allah (yang diberikan) kepadanya" ( Riwayat Abu Daud, no 4063, 4/51, Tirmidzi, no 2006, 4/364; Tirmidzi & Albani. Martabat hadis; Hasan Sohih.

Imam Ibn Hajar berkata maksud hadis ini menyebut hendaklah seseorang itu memakai pakaian bersih yang layak dengan kedudukannya agar jika terdapat orang yang ingin meminta bantuan, maka boleh dikenali siapa yang boleh memberikannya. Pada masa yang sama mestilah ia menjaga niatnya dan menjauhi pembaziran. Demikian juga yang disebutkan di dalam kitab Tuhfatul Ahwazi (Rujuk Fath Al-Bari, 10/260 ; Tuhfatul Ahwazi, 6/122)

Tafsiran zuhud yang dberikan adalah bersandarkan firman Allah yang tidak menegah kita menjadi kaya dan berharta, tetapi yang dikehendaki adalah sentiasa peka dan berjaga dengan tipu daya harta agar tidak lalai dari halal haram dan keredhaaan Allah.

Firman Allah :-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّهِ وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ

Ertinya :Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Barang siapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi. ( Al-Munafiqun : 9 )

Islam tidak melarang sama sekali kita untuk menjadi kaya dan menggunakan peralatan, kemudahan dan pakaian yang layak dengan pendapatan kita. Malah ia amat digalakkan untuk menjadi kaya dengan cara yang halal, kerana dengan itu zakat dapat dikeluarkan bagi membantu umat Islam yang tidak berkemampuan.

Harta hanya akan menjadi tercela bila ia membawa kepada kelalaian dan pengabaian yang wajib di sisi Allah : Inilah yang disebutkan oleh salah seorang ulama tabien yang terhebat iaitu Said Ibn Jubair iaitu :-

متاع الغرور ما يلهيك عن طلب الآخرة , وما لم يلهك فليس بمتاع الغرور ولكنه متاع بلاغ إلى ما هو خير منه

Ertinya : Harta yang menipu adalah apa-apa yang melalaikanmu dari mencari akhirat, dan apa sahaja yang tidak melalaikanmu dari akhirat bukanlah dari jenis harta atau kerja yang melalaikan tetapi ia dianggap harta yang boleh menyampaikan kamu kepada apa yang lebih baik (akhirat)" ( Jami' al-Ulum wal Hikam, hlm 360)

Kesimpulannya

Diharuskan mencari harta sebanyak-banyaknya dengan syarat ia tidak melalaikan diri dari mengingati akhirat. Melalaikan akhirat adalah dengan tidak mengendahkan hukum Islam dan mengambil ringan tentangnya. Fokus utama hanyalah memperolehi keuntungan dan menebalkan poket sahaja. Halal haram diletakkan sebagai hal kedua. Justeru, fahamilah konsep sebenar dalam pencarian harta, fahamilah pandangan Islam dalam semua instrumen menperolehi harta, tidak dinafikan terlalu banyak cara dan instrumen baru serta canggih diperkenalkan tetapi AWAS! Tidak semuanya membawa kebahagiaan dan keuntungan di akhirat kelak.

Bersifat zuhud bukanlah bermaksud membiarkan diri miskin, tidak berusaha, berpakaian dan berkenderaan lusuh dalam keadaan berharta dan mampu. Justeru, amat diharapkan umat Islam tidak menjadikan zuhud sebagai alasan ketidakmajuan mereka dan tidak pula tersilap memahami konsep harta dalam Islam hanya kerana tidak faham erti sebenar zuhud.

Jadi, apakah makna pengertian zuhud yang sebenarnya hasil daripada tulisan di atas?

Sebenarnya zuhud bukanlah:-
1) Menjauhkan diri dari dunia.
2) Berpakaian lusuh.
3) Berkereta dan berumah buruk dalam keadaan MAMPU.
4) Membiarkan diri miskin.

Sekian

* dipetik dan diedit tanpa izin daripada zaharuddin.net.

9 comments:

marn said...

So, lepaih ni kene paham le konsep zuhud. Jangan sebab kononnye 'cas' zuhud, nak pakai kete buruk bila dah mampu. Hadis pun ade sebut suruh tunjukkan kesan nikmat Allah Taala (tanpa rasa riak, ujub dan takkabur).

Tu bukan zuhud namanya. Tu jahil takmau mengaji. Ada paham?

Mart J said...

Ayyoo meletop2, Thanks Sahabat, Artikel tanpa izin yg hebat, mantop & meletop kebaboomm.. Adeh deh sakit lutut

SMY said...

aik...? isu keter lagi ek? Heheh ni mcm nak promo suruh beli jugak Tuscon 2010 tu hehe

Abe Bub said...

Mampu bli Mi, bior selesa sket bini tu.. aku lambat lagi kot mm taun depan ker hehehe tapi tak ler Tuscon tu...

Marn said...

Bukan keta je mie. Lebih drpd keta kalau mampu, apa salahnya. Nikmat dunia ni bkn utk dilihat ja, tp utk dikecapi. Moga dgn mengecapi nikmat Allah Taala tu, iman kita bertambah hendaknya.

Ramai di kalangan umat islam hari ni salah paham konsep zuhud. Dan ramai yg pandang sinis dan anti kpd manusia kaya. Tu yg jdnya cas org kaya kalu x rasuah, menipu, merompak, x bleh kaya.

Sedangkan ramai jugak yg kaya tu hasil berkat usaha pulun masa muda dan diberikan Allah SWT kelebihan rezeki dan peluang di dunia.

ibnu jalal said...

Aku setuju ngn tuan presiden, zuhud bukan bermakna tolak segala nikmat dunia secara total, org yg tolak dunia secara total dianggap sebagai kufur nikmat.

Oleh itu segala nikmat dunia ni kita kena kaut mengikut apa yang kita mampu...aku stkt kete mesia mampulah.. tapi kalo macam kome yang income riban2 tak mau pakai kete mahal2 tu tak patut la...

he he he ghubin hang beli la Tuscon 2010 tu, boleh aku tumpang..

Bear said...

Emmphhh Juman sembang juta2 keta tak mau tukaq jugak... lebih ali dr azizi, aku pon duk tggu jugak Tuscon dier kluo nih... bleh tumpang pi mkn mee udang..

SMY said...

Pakai keter Mesia pun dah ghunsen membayor bulan2 heheh... cukup le kot dok ada 2 bijik tu laki bini mudah nak pi kerja/ outstation...

Ajer nyer yer... kalo mampu, pakai le besor mana pun, takde hair... Apapun kita ajer yg tau kita mampu ke idak...

Bab zuhud ni, ada sesetengah org2 alim tu mereka je yg tahu mcm mana nak amal/ aplikasi zuhud tu... Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu maksud sebahagian tu tidak dinyatakan, jadi ada yg guna mode separuh, mode wajib saja, mode guna apa yg perlu, selebihnya ambik le ke orang, ada yg guna mode tak pernah kira heheh...

Kita org awam ni pun guna le mode zuhud yg sesuai le kot, ye dak?

Tuscon? Teman sarender hehe

marn said...

aku sembang ja juta2. tu pun banyak yang ak ambik sebab rasuah. Apa2 nak mula bicara, kena huloq grease money. So, banyak peluang yang aku tolak sebab agama. Lagipun, juta2 tu duit orang. Mana boleh bergaya dengan duit orang. Duit sendiri tak sebanyak itu.

Lgipun, aku ada sekolah agama yang perlu aku bantu. so, walaupun gaji ribu2 tapi tanggungan pun ribu2 gak. so, back to square one la. aku tak sama macam hangpa semua. Arwah pak aku tak tinggaikan harta pusaka yang banyak. Dia tinggaikn amanah yakni skolah agama.

Dah alang2 sebut pasai skolah agama, sapa nak derma? Mai la tolong buat saham akhirat. Muahahahaha..