Solat Time

Thursday, May 6, 2010

Perhubungan

Assalamualaikum..

Bila mata mengantuk, teringat kat bantal dan tilam di rumah sendiri. Bila lapar, teringatkan masakan ibu dan isteri sendiri. Bila lihat anak-anak, teringat masa kecil. Bila terpandang murid-murid di sekolah, teringat kepada cikgu, ustaz, terutamanya kawan-kawan lama. Sedar tak sedar, dah bertahun-tahun kita berusaha untuk mengeratkan ikatan persahabatan sesama kita. Walaupun sibuk meladeni urusan seharian, kita ada juga kesempatan untuk bersosial bersama rakan-taulan.

Sesungguhnya dunia hari ini semakin mengecil. Tidak seperti mana zaman tok dan ayah kita. Bila difikirkan semula, macam mana la depa tu dulu berhubung antara satu sama lain selain surat dan telegram. Pernah satu hari, aku tertinggal henpon di rumah. Masyaallah! Jadi kelam-kabut urusan seharian, sunyi tiada deringan telefon. Rasa janggal bila henpon tiada di sisi. Rasanya, kita lebih rapat dengan henpon kita berbanding isteri. Bukan sekadar alat telekomunikasi, malahan ianya juga satu pengantara dengan dunia di sekeliling kita. Sudah menjadi satu keperluan dan bukan lagi kemudahan.

Sedar atau tidak, usia kita meningkat dewasa. Matang atau tidak bersama usia yang semakin bertambah bergantung kepada individu. Sedar atau tidak, badan dah mula tak berapa nak larat. Begitu jua dengan penyakit. Dah ramai yang dapat penyakit. Penyakit kencing manis, pirai (penyakit yang menyerang sendi-sendi dan ginjal ataupun lebih dikenali sebagai gout atau penyakit asam urat), jantung, dan pelbagai. Dan ada juga penyakit yang susah nak berubat, yakni penyakit malu nak jumpa kawan-kawan. Ada.. bukannya takda. Ada yang malu bersebab dan sengaja mencari alasan untuk tidak berjumpa. Malu kerana salah-laku masa lampau, malu kerana berasa kerdil kendiri (inferioriry complex), malu kerana tidak berjawatan besar seperti rakan-rakan, malu kerana runtuh rumahtangga dan macam-macam lagi alasan.

Walau apa jua alasan dan keadaan, seboleh-bolehnya usahakan untuk atasi kekangan dan halangan yang sedia ada. Tak rugi seduit pun melainkan ada di kalangan sahabat yang berhutang, tapi liat nak bayar. Tu rugi. Tak jumpa pun takpa sebab dah jatuh menyusahkan bila madu dibalas tuba. Berkawanlah kerana Allah, berkawanlah kerana menghidupkan sunnah rasulNya, berkawanlah untuk menjaga keharmonian hidup. Nak kenal seseorang, cuba lihat pada kenalannya yang lain. Kerana kita dibentuk oleh persekitaran dan perhubungan yang ada di sekeliling kehidupan kita.


8 comments:

Che Mart said...

Hidup penuh dengan alasan.. Hanya Allah Maha mengetahui.. bagi aku hidup ni semua atas pilihan terutama bagi yg dh dewasa mcm kita2 ni.. nak kawan ke tak nak, nak jumpa member ker tak nak, nak hisap rokok ke tak nak, nak keluar dating dgn awek baru ke tak nak, nak beli kamera ker nak beli electric guitar, nak beli acer ker dell, nk mkn kedai arab ker kedai mamak, nak belanjar perabih duit ker nak simpan sikit... semua tu kena buat keputusan sbb itulah Al Fadhil Ustaz Fariz mencadangkan kita baca ayat penggerak diawal pagi utk membantu kita membuat keputusan yg insyallah betul.. Aku harap aku byk buat keputusan yg betul. Takut sbb setiap perbuatan tu ada akibatnya.. Tapi kadang2 tu termakan juga kehendak nafsu..

Mie said...

Indeed. Mat sebut pilihan tu mcm bunyi iklan Bank Rakyat pulak hehe. "Pilihan saya!" kata depa hehe. Kita pulak, terpaksa pilih.

Anyway, sesama kita, teman tau kita cuba wujudkan persamaan. Kurangkan perbezaan. Hidup masing2 mmg berbeza, ada yg sangat berbeza. Dr. aspek kekeluargaan sampai le political affiliation and inclination hehe (contoh le). Tapi setakat ni yg teman join perjumpaan, kita sgt kurang sebut perbezaan. Banyak cerita pasal persamaan. Bagus le. Mcm tu mmg elok menor le.

Kita jumpa kawan2 lama pun bukan sbb nak sebut siapa yg superior dan siapa inferior. Kita anggap kita sama saja, mcm masa kita sekolah dulu. And all these efforts adalah untuk memanjangkan lagi silaturrahim.

frm kch wth luv said...

Assalamualaikum

Baru-baru ni ad trbk fb mibc, meriah jg kt sane, sape insan yg rajin set up fb, harap2 jgn sampai lp blog ni.
Dok gitu mr presiden

marn said...

barang lama pun baguih, barang baru pun baguih. 2-2 baguih. cumanya bila yang lama dah tak berapa nak dipakai, elok dibuang daripada menyemak mata. muahahahahahahah

Abe Burb said...

Hai lain mcm jer bunya abe marn kita ni.. jgn ler rasa macam melukut pulak.... buruk benor rhopernya dh ler mmg agak burok hahahahahaha

Abe Burb said...

Hai lain mcm jer bunya abe marn kita ni.. jgn ler rasa macam melukut pulak.... buruk benor rhopernya dh ler mmg agak burok hahahahahaha

marn said...

ate.. kalo dah KPN pun boleh 'merajuk', wa pun nak try rasa betapa burok kelakunya perasaan 'merajuk' ni bila dah tua2. muahahahahaha...

Mie said...

A wise man once said:

Hidup ini perjuangan, perjuangan menuntut pengorbanan. Takut berkorban? Berhenti hidup.

And that wise man is still alive...