Pages

Solat Time

Wednesday, April 28, 2010

Syukur

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, di pagi yang tenang ini baru ada kelapangan untuk aku kemaskinikan blog Komuniti87 ni. Alhamdulillah juga kerana majlis tahlil yang dicadangkan pada Sabtu malam Ahad baru-baru ini berjalan dengan penuh kesederhanaan. Hampir sepuluh sahabat menghadirkan diri untuk sama-sama beribadah dan beramah-mesra.

Terima kasih buat semua terutamanya sdr. kita Suhaimi Yusuf kerana bawa stok makanan yang banyak. Pertama kali dia bawa isteri tersayangnya. Pertama kali jua aku bertemu dengan isterinya. Harap lepas ni, jangan serik nak datang lagi sebab malam tu isteri dia sorang ja yang sertai majlis tahlil. Isterinya Mart bersama anak-anak daranya datang kemudian sikit.

Suasana memang meriah. Disusuli dengan upacara membakar kambing. Sambil gelak-tawa melatari suasana malam yang indah, diwangikan lagi dengan bau daging kambing yang terlentok cantik di atas perdupaan. Disepuh dengan bara-bara api yang mencanai, lalu transformasi berlaku. Daripada daging yang merah, menjadi santapan jasmani juga jambatan santapan rohani. Terpatri dan lestarinya sebuah kenangan buat ingatan di masa hadapan.

Insyaallah, jika tiada aral mahupun celaka datang menerpa, akan diusahakan lagi perjumpaan seumpamanya di masa mendatang.

Buat yang berduka dek kerana kekalahan PRK HS, sayugia ingin diingatkan bahawa perjuangan itu bukanlah sesuatu yang mudah. Jalan perjuangan itu penuh dengan mehnah dan diwarnai dengan tribulasi. Moga tabah mengharunginya.

p/s: gue masih menanti emel yang berisi gambar-gambar aktiviti di malam tersebut.


5 comments:

Mart said...

Terima kasih pada sahabat2 yg sudi meluangkan masa pada malam tu.. Mie bwk bini mmg mengejutkan semua.. Pasni bleh la kita anjurkan majlis bersama bini memasing... Terima kasih juga buat tuan tanah yg tak jemu2 menerima kedatangan kami pd mlm tu.. Kamben bako mmg terbaekkk cuma next time tolong remind aku bwk jaring sendiri yea... nampok uzor beno jaring tuh..

Mie said...

Teman mlm tu lewat juga tidonya... sbb badan paneh mungkin cekik kamben lewat sgt...

Anyway, ni kira first time teman involve directly dlm membakor kamben... mmg lebih baguih dr melangut kat kedai mamak... bakor kamben ni ada thrill tersendiri... tp hari tu mmg bersungguh lebih dr biasa sbb ngenangkan arwah bapak Karim... insya Allah ada masa lagi kita boleh pakat buat tahlil arwah org tua dan cikgu2... dan bakor kamben lagi... teman kalo ada masa gemor jg nak join... bersosial melupakan kerojer di pejabat...

Cuma dok cekik kamben ngan minum ayor gas je... kesian juga ngenangkan kengkawan yg uzur sbb kenchain manih bagai... ater komer cari le ubat...

frm kch wth love said...

Assalamualaikum,
Ni xde kene mgene dgn mjlis thlil kome ni, cuma nk cite kecik dnia ni, kisah brmula brgini, wa as jmpa mamat ni dua kali, dua kali dia tgur wa, dia kt “bro McM familiar je” wa x amik port Sgt takut slh org. Kali ke 3 jmp, dia trus smbar wa Dan kt “bro x idrisiah kn?” ropenye junior kita, bacth 91. Patut Le pn wa x knl. Dia dh jd kapten sojar, Dan ramai McM dia ni. Hokaloh ramai jg yg ikut McM bro rizal kita ni, wa jugak yg jd org kerdil. Emmm alahai

Abe Mark said...

From kucen wit love jgn ler berasa diri tu kerdil hanya kerana ramai kenalan yg jadi soldja... Itu la mike dulu kat skolah org panggil komunis.. hahahhahaha jgn marah Dur...

frm kch wth luv said...

Salam semua,
Buke gapo abe mak, set ni rama yg masuk army, pling lekeh pgkt kapitan, dok jumpo lg pgkt prebet sapu supo ambo ni