Pages

Solat Time

Monday, January 5, 2009

Tanggungjawab seorang bapa

Aassalamualaikum..

Update:

Tadi pagi anak aku memulakan sesi pengajiannya yang pertama. Sebak beb! Aku pulak yang lelebih. Sebabnya, pejam celik, pejam celik, dah masuk alam persekolahan dah anak aku yang sulung tu. Tak lama lagi, tau-tau dah nak kawin, pastu mula la sorang-sorang sahabat yang tiada. Rasa macam semalam aku dapat anak yang sulung, tau-tau hari ni dah masuk sekolah. Memang cepat masa berjalan. Umur makin pendek, amalan kurang banyak. 

Posting asal..

Semoga sihat sejahtera.

Buat mereka yang bergelar bapa, awal tahun macam ni memang pening kepala dan poket pun bocor sebab banyak perkara yang kena diselesaikan. Macam aku, baru tadi tanya yuran pendaftaran anak sulung aku si Najwa untuk masuk ke pra-sekolah. Kalau ikutkan hati, malas lagi nak hantar, tapi kalau dah tiap-tiap hari anak aku tu asyik dok galas beg mundar-mandir sambil berlakon jadi cikgu mengajar adiknya dan tanya bila nak hantar dia pi sekolah, rasa macam tak kena la pulak.

Tadi bila aku tanya tadika depan rumah aku di Pandan Indah, yuran pendaftaran saja RM535.00. Mak aih! Punya la mahai! Bulanan RM125.00. Rasa macam RM dah tiada nilai. Bila pikirkan balik, tu semua adalah pelaburan yang terbaik untuk anak aku dan aku. Takpa la. Esok kena la pi bayar yuran tu. 

Sedang aku menulis blog ni, aku terkenangkan masa arwah ayah aku yang hantar anak2nya seramai 12 orang ke sekolah. Aku ni baru tahap beginner yang hijau sangat-sangat. Belum lagi masuk peringkat sekolah rendah, menengah dan tinggi. Aduhai! Memang besar tanggungjawab seorang ayah. Antaranya, memastikan rumah selamat didiami, dapur berasap (bukan sebab terbakar, tapi sebab ada barang untuk memasak) dan pendidikan anak-anak. Patutlah arwah pak aku tak tukar kereta sampai ke mati. Habis duit gaji buat belanja dapur dan pendidikan anak-anak. Dalam pada tu pun, sempat jugak dia ada dua-tiga buah rumah dan beberapa bidang tanah. 

Kalau nak ikutkan semasa umur arwah ayah aku ketika sebaya aku la ni (aku berumur 34 tahun), dia dah ada 4 orang anak dan beberapa bidang tanah hasil duit gajinya. Kira aku ni 'under achiever' kalau aku jadikan ayah aku tu sebagai tanda aras. Muahahaahhahaha! 

Dilema bapa zaman sekarang ni, nakkan anak-anak mendapat pendidikan yang terbaik daripada institusi yang terbaik. Siapa yang taknak? Tapi, disebabkan kekangan kewangan dan juga masa, terpaksalah hantar ke sekolah yang biasa-biasa sahaja. Tambahan pula, kalau kita hantar anak-anak ke sekolah yang berprestij, lagilah mahal yurannya. Tu belum gedebuk-gedebak yuran yang lain-lain seperti baju, alatulis dan pelbagai. 

Memang seronok dan sedap buat anak. Tapi, anak-anak tu datang berpakej dengan tanggungjawab. Bab tanggungjawab ni lah yang menyebabkan umat Islam ramai tapi macam buih. Banyaknya yang tiada kualiti. Tambahan pulak, bila dikaji balik, umat Islam yang berbangsa Melayulah yang paling ramai buat tak kisah sangat dengan pendidikan anak-anak. Sebab tu ramai yang jadi minah ronggeng, mat rempit, bohsia dan bohjan serta pelbagai kebejatan sosial yang lain. 

Apa yang aku nampak di sini, selama aku buat pengamatan sebagai seorang manusia dan bekas guru sandaran, memang kurang sangat keluarga melayu yang memantau pendidikan anak-anak. Semua tanggungjawab pendidikan, diserahkan bulat-bulat kepada guru yang mengajar. Sedangkan guru-guru ni adalah pembantu. Tanggungjawab mendidik itu sebenarnya terletak dibahu ibubapa. 

Bila kita lihat sejarah tentang imam-imam dan para cendikiawan Islam, rata-rata ibubapa merekalah yang memainkan peranan besar dalam membentuk jati diri, peribadi dan shaksiah diri anak-anak mereka sehingga anak-anak itu menjadi hebat. Baik dari segi akhlaknya, ilmunya dan peribadinya. 

Oleh yang demikian, aku mengajak dan menyeru kepada semua kawan-kawan terutamanya diri aku untuk bermuhasabah diri untuk menilai sejauh mana yang telah, sedang dan akan kita laksanakan tanggungjawab besar yang terletak di atas batu jemala kita dalam mendidik anak-anak secara khususnya serta mencorak masa depan umat Islam secara amnya.

Semoga Allah SWT memberikan nikmat petunjuk dan hidayahNya buat kita. Segala yang baik, datangnya daripada Allah SWT dan segala yang tidak baik datangnya daripada kejahilan dan kedangkalan kita dalam membuat perhitungan.

11 comments:

Anonymous said...

mart, mung dok baya bulanang brape rat? anok mung blajo mende kat tempak mung dok gi tuh? ade tok die punye kurikulum? aku nok tengok dang buak komperizeng.

Anonymous said...

Salam ..

Mentang-mentang ler org Ganu nak ngundi 17 Januari nih , dia pung dok sibuk cakap Ganu gak .

Fulllamak .. sadis , sedih N pilu ... kalu gitu cakap mu ni Marn oi ... rasa-rasanyer slogan 'rezeki anak ' yg selalu org dok guna n sebutkan tu relevan dak lg ngan zaman ler ni .

Masa cuti sekolah ari tu ..aku ada ler hanto anak aku ( umur 5 tahun )kat pusat tuisyen berbayar . Tetapi masa tu ( mulai 17 - 31 November ) pusat tu buat promosi ( trial ) , free aje tak yah bayar . Perubahan pd anak aku memang ada , boleh ler mengira , sebut n cakap bahasa penjajah sikit2 . bila tanya bayarannya ... Mak Oooiiii , 1 subjek RM 120.00 sebulan . Seminggu cuma 2 jam . sejam RM 15.00 . Nih tengah mikior la ni , nak hantar belajar kat situ ker atau nak hantar ngaji quran n bahasa arab. Aiseehhhh .

Ye ler zaman ler ni semua nya guna duit . Sampekan TABIKA KEMAS sdn bhd , hak milik penuh kerajaan BN pung kena bayar , tiap-tiap bulan kena sumbang duit untuk bayar gaji tukang masak bebudak tu . Tak kan KPLB tak dak duit untuk bayar gaji deme tu. kata dik Pak Menteri 'Pendidikan Percuma' .. tang maner percuma nyer tu aku pun tak tau.. Pening-pening

ADIOS SPEKI

Anonymous said...

Percuma tu untuk anak2 depa sang menteri la. yang kita ikan-ikan bilih ni kene le bayo. Menatang sungguh BN ni.

Aku memang emo pasai pendidikan yang kena bayo mahai2 ni. Kat UK sana, bukan setakat orang Ngerih ja yang free, anak2 yang lahir kat sana macam anak2 orang luar bukan warganegara UK pun dapat keistimewaan yang macam tu.

Kita ni, kerajaan berniaga dengan rakyat. Abih semua depa nak caj. Kalau boleh, angin yang kita sedut tiap-tiap hari ni pun depa nak caj. Punya la cilaka.

Sori beb! Aku memang emo dalam bab2 macam ni.

Tapi soal rezeki tu, Allah SWT jua yang Maha Mengetahui. Kita ni kena usahakan saja. Pepatah lama yang berbunyi: "Kalau rezeki secupak, takkan jadi segantang" ni aku sanggah sebab kita disuruh berusaha sehabis baik. Pastu baru tawakkal, pastu barulah redha dengan pemberian Allah Azza wa Jalla. Barulah kena.

Barulah kena dengan hadis yang mafhumnya kurang lebih berbunyi: "Kerja kuat macam kita nak hidup seribu tahun, amalan kuat macam kita nak mati esok hari".

Barulah kita dapat dapat kecapi nikmat kehidupan di dunia dan kehidupan di akhirat kelak, insyaAllah. Ni tak, dunia pun gagal, akhirat pun gagal. Memang rugi dunia akhirat.

Rezeki anak2 ni tidak boleh diintepretasikan dengan sengkek atau tidak ibubapanya. Rezekinya mungkin datang dalam pelbagai bentuk. Anak yang soleh/solehah itu satu rezeki, anak yang bijak pandai itu satu rezeki, anak yang berpekerti mulia pun dikira satu rezeki. Yang jadi ujiannya bila mana anak2 tu melanggar syariat dan tak jadi manusia selepas kita ibubapa dah jalankan tanggungjawab sepenuhnya. Kalau kita lalai dan culas, tu bukan ujian, tu bala dan kaffarah buat kita.

Anonymous said...

Salam...
rase dah lame benor teman tak masuk blog ni. pejam celik 2x dah masuk 1430 hijrah dan 2009 masihi.

terasa umur dah semakin meningkat amalan masih di takok yang lame.
anak dah makin membesar, yg sulung dah tahun 4 mnakala sorang lg dah tahun 2. tibe masanya untuk tingkatkan amalan, kurangkan amalan yg lagho krn saat kematian tidak kita ketahui.

jangan tertipu dgn badan yg sihat krn mati tidak syarat sakit, jangan teripu dengan usia yang muda kerana mati tidak syarat tua.

tazkirah utk diri ini yg serba daif.semoga 1430 ini ALLAH memberi kekuatan kpd diri ini utk meningkatkan amalan. Insya Allah.

Anonymous said...

salam...
insaf aku baca tazkirah abu husni...cadang nak buat lawak kat blog ni terus tak jadi bila terkenang tazkirah td

Anonymous said...

abu husni ada...tapi kemana menghilangnya husaini dakir!!!!

Anonymous said...

abu atief!
info terkini, syeikh mohd noor mansur al-hafiz diangkat sebagai pengarah JAIPK yg baru.

mudah2an lps ni kerja2 dakwah di negeri kita akan lebih berjalan lancar.

tapi ape yang teman nengok, masjid2
dan musallaa2 masih lagi berkeaadan seperti dulu. ape lagi yang kita nantikan, dulu kate deme kontrol sume, skrg dah memerintah pun cara hidup mcm diperintah je.

kuliah2 agama masih kurang mendapat sambutan di kalangan orang yang mengaku pejuang Islam. bila cakap bab agama hui punya la hebat, kalah tok guru, tapi diri sendiri tah apa2, cakap tak serupa bikin.

firman Allah yg bermaksud:
Wahai org2 yg beriman! kenapa kamu mengatakan sesuatu tapi engkau tidak kotakannya. amat besarlah kemurkaan Allah kpd orang yg tidak melakukan apa yg diperkatakannya. As-Soff:2-3

esok deme perintah semule baru menyesal. maka jgnlah lepaskan peluang yang baik sebelum musuh merancang strategi untuk menghancurkan kita.

Anonymous said...

Abu husni,

Ramai antara kita nakkan islam, tapi nak buat kerja islam tu payah sket. Banyak halangan dan rintangannya. Contoh paling dekat, diri sendiri. Mana dengan nafsu, setan yang mai kacau bukannya bodo-bodo punya pangkat.

Pastu, nak berubah bukannya boleh sekelip mata bang oi. Rasulullah SAW sendiri tarbiah pun ambik masa 23 tahun. Ni kita punya level, berapa tahun pulak? Satu lagi, kita kena ambil model geng arqam dekati remaja dan orang muda. jangan asyik buat kuliah agama, pastu harap orang mai ramai2. tak boleh gitu geng.

Dunia hari ni lain beb. Kita kena cari dan pujuk orangramai untuk join kita. Kalau tunggu di surau/masjid, tobat tak penuh.

Sebab apa jadi macam ni? Ok, aku perincikan satu persatu mana yang dan aku terpikiaq la:
1. UMNO dah rosakkan minda orang Islam / Melayu dah berapa tahun? Nak kikih old habit dan kepercayaan karut bukannya senang beb.
2. bangsa melayu bukannya kaki mencari ilmu dan menambahkan ilmu. Tak percaya? tgk skolah-skolah sudah la. Budak2 cina yang banyak topscorer. Depa makan menda kotoq lebih dari kita, tapi bab blajaq, depa lebih 'exce' daripada kita. Sebab apa? Depa pulun beb!
3. Antara Penda'i dan Mad'u amat jauh dan besar jurangnya.
4. Tarbiyah di kalangan ahli. Kena kemaskan dulu jemaah, barulah boleh bergerak dengan teratur.
5. Cara pendekatan yang berbeza. Asyik2 ceramah agama ja, anjurkan pulak simposium ka, hari keluarga ka, hari rukun tetangga, hari taman perumahan ka, buat games, buat cabutan bertuah dsbgnya, barulah ramai yang join. Dalam pada tu, ambik slot tazkirah. Barulah orang ada hati mau dengaq.
6. Buat kelab sukan. bikin tournament peringkat taman2 perumaha, kampung,
7. Kelab motor. Anjurkan treasure hunt ka, ekspedisi bermotor pun cantik gak, dalam perjalanan solat jemaah jamak qasar, ada ustaz ikut skali. lepas solat ada tazkirah. pastu salurkan derma dalam perjalanan tu di rumah orang tua2 ka, anak2 yatimka, skolah tahfiz ka. Barulah dakwah sampai ke kumpulan sasaran.
8. pastu, bila penyampaian hadiah tak kira la apa2 program, buat kat surau/ masjid, barulah hidup fungsi surau/masjid tu. Tak la setakat nak pi solat sama kuliah agama ja.

ni yang mana dan aku pikiaq la. selebihnya tanya orang yang lebih arif la.

Anonymous said...

Marn,

Aku terima pandngan hang 100%, yg aku kesalkan adalah sikap segelelintir yg mengaku pejuang Islam. Memang aku akui para da'i perlu mempelbagaikan uslub atau method dakwah, bukan sekadar berkuliah atau berceramah sahaja.

Dah lebih 51 tahun negara kita merdeka tetapi minda orang melayu masih dijajah oleh golongan kuffar.Itu sebab ada di kalangan pendakwah menganggap uslub dakwah hanya bertumpu di masjid atau di surau je.

Byk perkara yg perlu diperbaiki, terutama usrah perlu dihidupkan. Aku rasa inilah antara penyebab utama yang membantutkan perkembangan dakwah Islamiyyah.
Kekuatan kita terletak pada jamaah yang menghidupkan program usrah.

Bila sembang pasal usrah pula, para da'i masih menggunakan kaedah kuliah dan ceramah, seolah-olah usrah adalah majlis ta'lim. Ini yang menyebabkan generasi muda malas nak pi usrah.

Sikap para da'i yang cepat menghukum orang lain merupakan sikap yang tak memberi keuntungan pada jemaah. Almarhum Syeikh Hassan al-Hudhaibi (Presiden Ikhwan al-Muslimin) ada keluarkan kitab yang bertajuk "Pendakwah Bukan Penghukum". Elok aku rasa para da'i baca kitab ni.

Mudah2an apa yang aku beri ni memberi manfaat untuk diri aku yang serba kekurangan. Yang baik tu dari Allah, kalau tak betul tolong betulkan krn matlamat kita hanya satu iaitu untuk meletakkan Islam di tempat yang selayaknya.

Wassalam.

Anonymous said...

Dear Abu Husni,

membaca komen hang, menyegarkan minda aku dan memberikan kekuatan kepada aku. terima kasih di atas rujukan buku yang tuan berikan.

Banyak perkara yang sebenarnya telah menyimpang daripada tujuan asal. Seperti uslub dakwah dalam bentuk usrah. Memang betul lah apa yang hang cakapkan. Aku setuju 110%. Usrah dah jadi seperti majlis ta'lim.

Cuba lihat contoh yang dibawa oleh wali songo dalam menyebarkan Islam di Nusantara. Kita tak boleh ambil contoh arab sebabnya budaya serta pola pemikiran kita berbeza. Caranya pun berbeza.

Sebab, apa yang aku nampak di sini, bila mana sebut ja tentang perjuangan, dah kena ubah segala-galanya. Bila sebut pasai Islam, abis semua dok kata kena ubah abih tunggang-langgang. dah jadi macam phobia. tu tak kira lagi dengan Islam itu ganas menurut kacamata barat.

Penerapan nilai-nilai Islam ke dalam kehidupan seharian, tu yang mesti dibuat dulu sebelum kita mampu berbicara tentang perjuangan Islam. Kena balik2 asal macam mana Rasulullah SAW mula-mula berdakwah. Bahasa tak boleh kasar. Sebab orag Melayu ni lembut tak bertempat.

Kita boleh ambil contoh bagaimana ABIM semasa di bawah sdr Anwar bergerak. Sesama ahli memang rapat. Kenapa tak boleh buat sekarang? Bila ada yang sakit, pasti cepat ja ahli2 lain datang ziarah dan menghulurkan bantuan.

Aku nampak ada dua-tiga kelemahan ketara dalam perjuangan:
1. Rasa peduli sesama ahli. Jumpa time ceramah saja. Hari-hari biasa tiada rasa nak ziarah rumah dan bertanya khabar. Bila kita dekati seseorang kerana Allah dan Rasul, nescaya akan terbit dalam benak sanubari rasa sayang sesama kita dengan lebih tulus. Jadikan perjumpaan itu rutin, supaya tiada rasa terpinggir dan takut bila ditimpa msibah mala-petaka. Bila ramai, kita rasa berani. Bila sorang, kita rasa sunyi. Tu sebab solat jemaah tu penting. Tapi kita silap! Selesai solat dan wirid dan doa, semua pakat2 balik ke rumah. Sepatutnya dipanjangkan dengan duduk dan bersembang perihal hal-ehwal sesama kita. Barulah kita tau apa yang sedang berlaku di antara kita.

2. Uslub dakwah yang 'rigid'. Dah sampai masa kita guna model Arqam. Tengok Arqam dulu bergerak menyampaikan dakwah. Sampai ke kelompok sasaran. Banyakkan buku-buku dakwah yang kotemporari. Cerita2 tauladan dan macam2. Bukan setakat usul fiqh. Tak tercapai akal fikiran budak2 muda nak baca buku2 macam tu. Guna senjata yang sesuai di tempat yang sesuai. Contoh; nak angkat pasir masuk dalam kereta sorong. Boleh guna cangkul, tapi lambat. Kita kena guna penyodok. Nak guna 'backhoe' kita tak mampu.

3. Ekonomi. Mana-mana tempat dalam dunia Islam hari ini, memang gagal ekonominya. Kita orang Islam di Msia, memang gagal. Kenapa tak ambik model Arqam? Bermula daripada mee buatan sendiri, dibeli oleh ahli secara istiqamah, dan masuk ke pasaran terbuka. Sudah sampai masanya kita bina empayar dagangan Muslim. Nak kumpulkan produk2 buatan Mulim dalam satu kedai pun susah. Inikan pulak nak cari kedai yang memang jual produk Muslim sahaja. Aku sarankan, buat satu kedai runcit, yang mana ahli wajib beli di kedai tu. Bila dah besar, bukak cawangan lain. Hasil daripada keuntungan, ambil la sikit dalam 3-5% kembali untuk jemaah. Barulah jemaah boleh bergerak untuk tugas dakwah.

Buat tabungan, jana tabung tu. Bila dah besar, tubuhkan koperasi. Mintak tanah dengan kerajaan negeri. Sebab koperasi ada hak untuk pohon tanah. Dah ada tanah, buat la projek pertanian. anak2 jemaah ramai yang tadak kerja. Inilah masanya untuk kita bantu ahli2.

Aku bukan orang Arqam, tapi aku tertarik dengan marketing plan yang Arqam buat. Sejak bila muslimat kita pakai tudung labuh? Sejak Arqam beb!

Sudah sampai masa kita berubah untuk melancarkan perjalanan dakwah kita.

Anonymous said...

sedih aku bila hangpa cerite pasal anak-anak. nak buat guane, aku takdak anak sampai la. belum ade rejeki. doa2kanlah aku cepat dapat anak dan dimurahkan rejeki.